Anda di halaman 1dari 6

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

TOPIK 1 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN

SINOPSIS

Bidang ini bertujuan membolehkan pelajar mengenal pasti sumber metodologi al-Quran
serta membuat perbandingan antara metodologi pembelajaran zaman silam dan yang
dilaksanakan di Malaysia serta mengaplikasikan kaedah P&P al-Quran di dalam bilik darjah.
Melalui tajuk ini pelajar akan dilatih untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
dan kreatif serta berkesan dalam menyampaikan ilmu al-Quran. Tajuk ini juga akan memberi
pendedahan tentang konsep, kemahiran asas, perancangan dan amali pengajaran mikro
dan makro bagi pendidikan al-Quran.

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat ;

i. mengenalpasti metodologi dan kaedah pengajaran al-Quran zaman Rasulullah


s.a.w;

ii. membandingbeza metodologi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman


Rasulullah s.a.w dan Sahabat dengan kaedah P&P al-Quran di Malaysia hingga kini;

iii. mengaplikasi metodologi dan kaedah pengajaran pembelajaran al-Quran yang


diamalkan di dalam sistem Persekolahan Malaysia;

iv. membina, memilih dan menilai sumber pengajaran yang sesuai dengan pendidikan
al-Quran; dan

v. mengaplikasi kemahiran asas pengajaran mikro dan makro dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran.

1
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

TOPIK 1 METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AL-QURAN

TAJUK 1.1 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


RASULULLAH, SAHABAT DAN TABI’IN.

1.1.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah


1.1.2 Kaedah Tasmik
1.1.3 Kaedah Tadarus
1.1.4 Kaedah Tikrar / Mulazamah
1.1.5 Kaedah Imla’i

1.1.1. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Pengenalan

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada
Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci
al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.
Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW
membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW
kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.

Talaqqi

Talaqqi pada bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.


Talaqqi pada Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan
guru secara beramai-ramai.

Musyafahah

Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari
pergerakan dua bibir.
Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru,
melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut )

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh
bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan
secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul

2
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang
meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah

1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.


2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.
Objektif

1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.


2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
3. Membaca dengan betul dan fasih.
4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Ciri-Ciri

1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.


2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.


2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid
mengikut)
8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiranmembaca,
mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah
pengawasan guru.
9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun
dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10.Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad
imbasan. Guru menulis di papan tulis.
11.Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di
papan gulung, manila kad atau sebagainya. Pemulihan boleh dilakukan
secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid
turus.
12.Penilaian - guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa
ayat. Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam
ayat.
13.Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak
sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu
berikutnya.

3
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

1.1.2. KAEDAH TASMIK

Pengenalan

Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca mereka
akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih,menelaah, menguji dan megesahkan
maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid diminta membaca
dan guru mendengar.

Kaedah Tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan hafazan.
Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan,
guru akan memperbetulkan. Selepas itu murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum
bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

Objektif

1. Mengetahui pencapaian murid.


2. kenal pasti tahap pencapaian.
3. Menyedarkan kesilapan bacaan.
4. Meningkatkan kemahiran indidvidu.
5. mengklafikasikan murid mengikut pencapaian

Pelaksanaan

1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid.


2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.
3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.

Kekuatan
1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat
2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik
3. Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan.
4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat
5. Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.

1.1.3. KAEDAH TADARUS

Pengenalan

Pada bahasa : Belajar mengajar


Pada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat
yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.

Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang.
Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika terdapat kesalahan
dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-
murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang
tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya
membaca atau mengeja.

4
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

Objektif:

1. Meningkatkan kemahiran sesama murid


2. Guru dapat memantau pencapaian murid.
3. Murid mendapat keyakinan diri.
4. Pencapaian murid dapat diselaraskan.

Prinsip

1 . Bacaan dilaksanakan dalam halaqah.


2. Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah.
3. Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan.
4. Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli.

Pelaksanaan :
1. Hendaklah ditentukan bahan/ ayat.
2. Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqat mengikut peringkat kemahiran.
3. Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang.
4. Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib.
5. Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu.

Kekuatan

1. Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.


2. Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif
3. Berani mencuba
4. Membina keyakinan diri.

1.1.4. KAEDAH TIKRAR / MULAZAMAH (Latih tubi/Ulangan)

Pengenalan

Maksud Tikrar pada bahasa ; Ulangan berkali-kali

Pada Istilah : Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untukmenguatkan


ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.
Selepas guru membaca, murid-murid ikut. Seorang murid
membaca dan dikuti oleh murid-murid lain. Murid-murid
membaca secara kelas. Murid-murid membaca beramai-ramai
mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja.
Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.

Objektif:
1. Murid dapatmenyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih.
2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal.
3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.

5
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

Pelaksanaan:
1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.
2. Memastikan tahap kebolehan murid.
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati.
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Kekuatan:
1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina keyakinan diri murid.

1.1.5. KAEDAH IMLA’I

Murid menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang
atau pendek ayat itu. Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati ayat
tersebut. Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan
mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.

Anda mungkin juga menyukai