Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana
telah memudahkan urusan saya sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus
BMZ1034 ini sehingga ke akhirnya. Tidak lupa kepada pihak IPG Kampus Ipoh, jutaan
terima kasih dan penghargaan diberikan kerana saya dapat nneyiapkan tugasan kerja
kursus ini dengan lebih mudah dengan adanya perpusataan untuk saya membuat rujukan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Rozita Binti HajI
Omar kerana memberikan penerangan yang lengkap dan padat semasa tugasan ini
diberikan dan sudi membimbing dan berkongsi idea semasa tugasan kerja kursus ini
disiapkan. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana puan sudi memberi
kepercayaan kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Begitu juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu dalam menyelesaikan
kerja kursus ini dengan memberikan wang untuk mencetak dan membeli bahan bagi
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa kalian, tugasan kerja kursus ini tidak akan dapat
dihasilkan dengan sepurna. Tidak terlupa kepada kawan-kawan yang sudi memberi tunjuk
ajar dan berkongsi buah fikiran dalam menjayakan kerja kursus ini, terima kasih saya
ucapkan.

Akhir sekali, diharapkan melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat menambah
ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi bakal guru kaunseling yang dapat melahirkan
modal insan yang cemerlang dunia akhirat. Harapan saya agar hasil penulisan ini akan
memberi kesan kepada diri saya begitu juga kepada diri pembaca seterusnya kita sama-
sama dapat menjadi pendidik yang berpengatuan luas dalam menyampaikan maklumat
bukan sahaja dalam proses pengajaran malah dalam kalangan masyarakat setempat
khususnya
ISI KANDUNGAN

Penghargaan

1.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

1.1 Asal-usul Bahasa Melayu ------------------------------------------------------------------------------ 1

1.2 Bahasa Melayu Kuno ----------------------------------------------------------------------------------- 2

1.3 Bahasa Melayu Klasik ---------------------------------------------------------------------------------- 2-3

1.4 Bahasa Melayu Moden --------------------------------------------------------------------------------- 3-4

1.5 Pengaruh Bahasa Asing Dalam Bahasa Melayu ------------------------------------------------ 4-5

Rujukan --------------------------------------------------------------------------------------------------------- 6
1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan suatu kelompok manusia manakala istilah melayu digunakan dalam
pengertian yang luas dan juga sempit. Fokus yang diberikan dalam penulisan ini adalah
kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu yang merangkumi asal-usul bahasa Melayu,
bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Moden dan pengaruh bahasa
asing dalam bahasa Melayu.

1.1 ASAL-USUL BAHASA MELAYU

Menurut beberapa teori mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal


daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia yang datang dari daerah Yunan
dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia.
Golongan pertama disebut Melayu Proto iaitu pada 2500 sebelum Masihi kemudian diikuti
oleh gelombang kedua iaitu Melayu Deutro pada 1500 sebelum Masihi dan menduduki
daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Namun, menurut Hendrick Kern (1889),
orang-orang Melayu berasal daripada Semenanjung Tanah Melayu. Orang-orang
Austronesia berasal dari Champa iaitu di persisiran pantai Kemboja dan kemudian mereka
turun ke Semenanjung menjadi orang Melayu.

Seterusnya, teori James Collins, Nothofer, Robert Blust dan Adelaar mempunyai
pendapat yang sama namun berbeza dari segi migrasi orang Melayu. Keempat-empat ahli
sarjana ini bersepakat mengatakan orang Melayu berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.
Teori ini terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah James Collins dan
Nothofer. Mereka berpendapat bahawa orang Melayu dipecahkan kepada tiga. Pertama,
migrasi terawal iaitu orang Melayu berpindah dari selebah barat Pulau borneo ke Sumatera.
Kedua, migrasi ke utara. Orang Melayu dari sebelah barat Pulau Borneo menjadi orang
Brunei yang ada pada masa sekarang. Akhir sekali, orang- orang di sebelah Barat Borneo
turun ke selatan menjadi orang Melayu Jakarta sekarang. Kelompok kedua pula ialah Blust
dan Adelaar. Meraka berpendapat migrasi bermula dari sebelah barat Pulau Borneo dan
hanya berlaku sekali sahaja. Seterusnya, orang Melayu berindah ke Sumatera menjadi
orang Melayu di kepulauan Sumatera dan berpindah balik ke Pulau Borneo mewujudkan
dua jenis Melayu iaitu Melayu yang ada pada masa sekarang dan Melayu Iban.

1
1.2 BAHASA MELAYU KUNO

Permulaan perkembangan bahasa Melayu bermula dengan bahasa Melayu Kuno.


Bahasa Melayu Kuno dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dari segi penggunaan kosa kata.
Kegemilangan zaman bahasa Melayu Kuno adalah ketika berada di bawah kerajaan
Srivijaya. Buktinya, Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan bahasa pemerintahan pada
ketika itu seterusnya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di kepulauan
Melayu,kepulauan Riau dan Sumatera. Buktinya, batu-batu bersurat seperti batu bersurat di
Kedukan Bukit, Palembang (683SM), batu bersurat di Kota Kapur, Pulau bangka (686M),
dan batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M) dijumpai. Batu bersurat di Gandasuli, Jawa
Tengah (832M) merupakan batu surat pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.
Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga
abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca.

Bahasa lingua franca banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang banyak
menyumbang kepada kepada pengayaan kosa kata bahasa Melayu. Pengaruh Sanskrit kuat
akibat kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya sebagai bahasa golongan
bangsawan dan hirarkinya yang tinggi. Antara ciri Bahasa Melayu Kuno ialah banyak kata-
kata pinjaman Sanskrit, sususan ayat bersifat Melayu, bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno
seperti bulan dieja wulan dan banyak lagi. Bahasa Melayu Kuno ternyata disebarkan pada
zaman beberapa buah kerajaan lama seperti kerajaan Campa dan empayar Funan di
Vietnam tengah dan selatan, Thailand Tengah dan selatan, kerajaan Sailendra di Pulau
Jawa dan empayar Srivijaya yang terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawa dan Tanah
Semenanjung hingga ke Segenting Kra.

1.3 BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Awang Sariyan (1992), Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga
dalam periodisasi bahasa Melayu iaitu bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad
ke-19. Bahasa melayu Klasik diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama iaitu
kerajaan Sumadera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa Melayu Klasik muncul
dengan wujudnya tulisan jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14.
Prasasti bahasa Melayu Klasik di semenanjung Tanah Melayu terdapat di Pangkalan
Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain.
Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh agama Islam ke Asia
Tenggara
2
mempengaruhi bahasa Melayu dari aspek kosa kata, struktur kata dan tulisannya. Peralihan
bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik dapat dibuktikan dengan penemuan
batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat
pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan
rahmat. Bukti kedua ialah batu bersurat Pagar Ruyung mempunyai sedikit perbezaan
dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya.

Kemunculan bahasa Melayu Klasik juga ditemui dalam Manuskrip Melayu Lama.
Manuskrip Melayu Lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari Kepulauan
Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Dari segi fonologi,
sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Awang Sariyan mengatakan
bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja i, a, dan u daripada vokal
Arab alif, ya dan wau. Dari segi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan
bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam bahasa Melayu Moden. Dari segi
tatabahasa, imbuhan yang digunakan sama juga dengan imbuhan yang digunakan dalam
bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik, pengandaan
dan pemajmukan. Antara ciri bahasa Melayu Klasik adalah ayat yang panjang dan berbelit-
belit, banyak ayat pasif, menggunakan bahasa istana dan banyak lagi. Gaya bahasa Melayu
Klasik memperlihatkan gaya yang tersendiri dan dapat dilihan pada ayat kompleks, ayat
pasif dan ayat songasang. Dari segi sejarah, bahasa Melayu Klasik mempunyai
kesignifikannya tersendiri kerana bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa
Melayu Moden.

1.4 BAHASA MELAYU MODEN

Bahasa Melayu Merupakan bahasa yang telah mengalami pelbagai perubahan


berbanding dengan bahasa Melayu sebelumnya menjadikannya semakin mantap dari aspek
tatabahasa, ejaan dan larasannya yang selari dengan perkembangan dunia. Bahasa Melayu
Moden ialah bahasa Melayu yang berkembang pada pertengahan abad ke-19, yang
dipercayai dicetuskan oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Bahasa Melayu ini mewarisi ciri
bahasaa Melayu Klasik yang memiliki fungsi yang lebih besar. Bahasa Melayu Moden
besifat dinamik kerana mudah menerima kemasukan bahasa asing, khususnya bahasa
Eropah dalam usaha memperlengkap pengungkapan pelbagai bidang ilmu. Seterusnya,
bahasa Melayu Moden dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia (Perkara 152 dalam
Perlembagaan Persekutuan) semenjak 1957 dan bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran
(Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67).

3
Perkembangan bahasa Melayu Moden dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu
sebelum merdeka (pramerdeka) dan selepas merdeka (pascamerdeka). Sebelum perang
dunia kedua, bahasa Melayu masih digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu dan di jabatan polis di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Banyak
pegawai Inggeris yang menguasai bahasa Melayu dengan baik seperti R.O Winstedt, J.R.
Wilkinson dan W. Marsden. Selepas perang dunia kedua, Laporan Razak (1956)
mencadangkan supaya bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah
rendah dan menengah bantuan kerajaan. Pada masa ini juga, akta-akta yang menyentuh
kedudukan bahasa Melayu telah digubal, malahan telah ditubuhkan institusi yang
bertanggungjawap untuk mengembangkan bahasa kebangsaan. Akta-akta yang berkaitan
dengan pelaksanaan Bahasa Melayu ialah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan banyak lagi.

1.5 PENGARUH BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU

Unsur bahasa asing banyak terdapat dalam bahasa Melayu Moden. Tujuannya
adalah untuk memastikan bahasa Melayu sentiasa berkembang dan dapat
mengungkkapkan pelbagai laras bahasa. Bahasa Melayu meminjam unsur daripada bahasa
asing yang maju dan bertamadun tinggi dan pernah trlibat dalam sejarah orang Melayu.
Peminjaman berlaku hasil daripada pertembungan dengan bahasa berkenaan melalui
peperangan atau penjajahan politik, perdagangan, pendidikan, penyebaran agama, dan
kejiranan dan persahabatan. Pengaruh pertama pengaruh bahasa dari India. Bahasa tertua
yang dipinjam ialah bahasa Sanskrit yang merupaka bahasa elit India. Peminjaman berlaku
semenjak abad ketujuh oleh bahasa Melayu Kuno untuk mengungkapkan pelbagai makna
dan mesej pada batu-batu bersurat. Seterusnya, pengaruh bahasa dari Asia Barat. bahasa
Melayu dipengaruhi kuat oleh bahasa Arab melalui perdagangan dan penyebaran agama
Islam. Bahasa ini menyerap sistem aksaranya yang dikenali dalam bahasa Melayu sebagai
tulisan Jawi di Malaysia atau tulisan Melayu-Arab di Indonesia.

Ketiga, pengaruh bahasa dari Eropah. Kehadiran penjajah Barat menyebabkan


bahasa Melayu menerima kosa kata daripada bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Keempat, pengaruh bahasa dari China. Bahasa ini terserap melalui pergaulan dengan orang
Cina, khususnya melalui perniagaan semenjak pendudukan Inggeris di Pulau Pinang dan
penubuhan Negeri-Negeri Selat (Za’ba 1965:267). Akhir sekali ialah pengaruh bahasa dari
Nusantara. Bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada bahasa Jawa, Sunda, Bugis,
Sumatera dan lain-lain lagi. Bahasa asing ini dipinjam atas dasar keperluan untuk
menyatukan
4
atau menamai sesuatu yang baharu atau asing daripada fikiran dan budaya orang Melayu.
Seterusnya, perkembangan dunia ilmu yang pesat memerlukan penggunaan istilah yang
sesuai dan memerlukan masa untuk menciptakanya sendiri.

Kesimpulannya, bahasa Melayu telah mengalami perubahan dalam beberapa


peringkat. Bermula dari bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik dan berubah
kepada bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu penting dan harus dijaga keasliannya.
Bahasa Melayu boleh menerima unsur lain tapi tidak boleh berlebihan sehingga menghakis
bahasa Melayu itu sendiri. Harapan saya agar bahasa Melayu terus dimartabatkan dan terus
berkembang dan akhirnya menjadi bahasa dunia.
5
RUJUKAN

Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain (2006), Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:
Utusan Malaysia Publish & Distributors.

AF Yassin (1996), Sembang Sastera Bersama Orang Persuratan, Shah Alam: Fajar Asia.

Ahmad Sarji (2005), Sekadar Pendapat, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Malaysia.

Asmah Haji Omar (1985), Susur Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Awang Sariyan (1998), dipetik dari Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Husin et al (1997), Pengajian Melayu 1, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Nik Safiah Karim el al (2004), Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
6

Anda mungkin juga menyukai