Anda di halaman 1dari 2

Tugasan tutorial 1 Minggu 5

1) Navvita a/p Saravanan


2) Atikah binti Mohd Nasruddin

Secara berpasangan, laksanakan tugasan yang berikut:


1. Hasilkan satu karangan cerita pendek yang mengandungi semua jenis
binaan Frasa
Sendi Nama dan Frasa Adjektif.
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU
Pada sebatang sungai di Kampung Tanjung Rambutan, terdapat seekor
ibu ikan yang hidup bersama empat anak-anak ikan. Anak ikan yang keempat
sangat nakal. Ia bernama Jon. Jon tidak disenangi adik beradiknya kerana ia
suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika adik beradiknya yang
lain sedang bermain, Jon akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!”
Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony
akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Jon menjerit, “Jerung!
Jerung!” Namun Jon sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-
mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Jon, walaupun mereka
selalu tertipu dengan helah Jon. Pada suatu hari, Jon menghampiri abang dan
kakaknya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul
seekor jerung menghampiri mereka. Namun Jon tidak menyedari kehadiran
jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan
itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Jon tidak menghiraukan jeritan
rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah,
kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua
mempermain-mainkan aku!” jerit Jon. Jerung itu berenang menghampiri Tony.
Jon tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu. Maka berakhirlah
hayat Jon.

2. Analisiskan Frasa Sendi Nama dan Frasa Adjektif dalam cerita tersebut
dalam bentuk jadual.
Analisis binaan FSN
Bil. FSN Binaan
1. Pada sebatang sungai KSN + FN
2. di Kampung Tanjung Rambutan KSN + KNK
3. di celah-celah batu KSN + FN
4. Pada suatu hari KSN + KNA
5. Di sini KSN + KNA

Analisis binaan FA
Bil. FA Binaan
1. sangat nakal
2. ketakutan
3. belas kasihan
4. berasa seronok
5. Bersembunyi cepat
6. menang

Anda mungkin juga menyukai