Anda di halaman 1dari 6

HIMPUNAN HADITH NABI SAW

Doa Mohon Perlindungan

‫ار َوفِ ْت َن ِة ْال َقب ِْر‬ ِ ‫ار َو َع َذا‬ ُ ‫ت اللَّ ُه َّم َفإِ ِّني أَع‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َك‬ َ ِ ‫َعنْ َعا ِئ َش َة أَنَّ َرسُو َل هَّللا‬
ِ ‫ب ال َّن‬ ِ ‫ك مِنْ فِ ْت َن ِة ال َّن‬ َ ‫ُوذ ِب‬ ِ ‫َّع َوا‬َ ‫ان َي ْدعُو ِب َهؤُ اَل ِء الد‬
َّ ‫اي ِب َما ِء‬
‫الث ْل ِج َو ْال َب َر ِد َو َن ِّق‬ َ ‫اغسِ ْل َخ َطا َي‬ ْ ‫ال اللَّ ُه َّم‬ ْ ُ ‫ب ْال َقبْر َومِنْ َشرِّ فِ ْت َن ِة ْال ِغ َنى َومِنْ َشرِّ فِ ْت َن ِة ْال َف ْقر َوأَع‬ ِ ‫َو َع َذا‬
ِ ِ‫ك مِنْ َشرِّ فِ ْت َن ِة المَس‬
ِ َّ‫يح ال َّدج‬ َ ‫ُوذ ِب‬ ِ ِ
ُ َ ِّ َ َّ ْ ْ ْ ْ
ِ ‫اي ك َما َبا َع ْدتَ َبي َْن ال َمش ِر ِق َوال َمغ ِر‬ َ َ َ
َ ‫س َوبَاعِ ْد َب ْينِي َو َبي َْن خطا َي‬ َ َ ‫أْل‬ َّ
َ ‫َق ْل ِبي مِنْ الخطا َيا ك َما نقيْتَ الث ْو‬
َّ َ َ َ َ ْ
ْ‫ك مِن‬ َ ‫ب الل ُه َّم فإِني أعُوذ ِب‬ ِ ‫ض مِنْ ال َّدن‬ َ ‫ب ا ْب َي‬
ْ
‫ْال َك َس ِل َو ْال َه َر ِم َو ْال َمأ َث ِم َو ْال َم ْغ َر ِم‬

Daripada ‘Aisyah bahawasanya Rasulullah SAW pernah membaca doa yang berbunyi: “Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari fitnah api neraka dan siksanya, dari fitnah kubur dan
siksanya, dari fitnah kekayaan, dari fitnah kefakiran, dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah dari fitnah
Dajjal. Ya Allah, hapuskanlah dosaku dengan air salju dan air embun, bersihkanlah hatiku dari segala
kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan kain putih dari noda. Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan
dosaku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dengan barat. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepada-Mu dari malas dan tua pikun (nyanyuk) serta dari dosa dan bebanan hutang.” (HR Muslim No:
4877) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

5. Seorang Muslim amat bergantung pengharapan kepada Allah SWT dalam hidup ini.

2. Munajat dan doa kepada Allah adalah ibadat dan suatu tuntutan dalam kehidupan kita.

3. Rasulullah SAW sebagai seorang Rasul sentiasa memanjatkan doa memohon perlindungan daripada
Allah.

4. Antara doa Rasulullah SAW adalah memohon perlindungan dari azab api neraka, siksa kubur, fitnah
kekayaan, ujian kefakiran, kejahatan dajjal, sifat malas, tua pikun atau nyanyuk , dosa serta hutang.

5. Ayuh kita amalkan 9o aini:


‫ك مِنْ َشرِّ فِ ْت َن ِة‬ ُ ‫ب ْال َقبْر َومِنْ َشرِّ فِ ْت َن ِة ْال ِغ َنى َومِنْ َشرِّ فِ ْت َن ِة ْال َف ْقر َوأَع‬ ِ ‫ار َوفِ ْت َن ِة ْال َقب ِْر َو َع َذا‬ ِ ‫ار َو َع َذا‬ ُ ‫اللَّ ُه َّم َفإِ ِّني أَع‬
َ ‫ُوذ ِب‬ ِ ِ ِ ‫ب ال َّن‬ ِ ‫ك مِنْ فِ ْت َن ِة ال َّن‬ َ ‫ُوذ ِب‬
َ ‫س َوبَاعِ ْد َب ْينِي َو َبي َْن َخ َطا َي‬
‫اي‬ ِ ‫ض مِنْ ال َّد َن‬ َ ‫ب اأْل َ ْب َي‬ َّ َ‫الث ْلج َو ْال َب َر ِد َو َن ِّق َق ْل ِبي مِنْ ْال َخ َطا َيا َك َما َن َّقيْت‬
َ ‫الث ْو‬ ِ
َّ ‫اي ِب َما ِء‬
َ ‫اغسِ ْل َخ َطا َي‬ ْ ‫ال اللَّ ُه َّم‬
ِ َّ‫يح ال َّدج‬
ِ ِ‫المَس‬
ْ
ْ َ ْ ْ ْ ْ
‫ك مِنْ ال َك َس ِل َوال َه َر ِم َوال َمأث ِم َوال َم ْغ َر ِم‬ ُ َ
َ ‫ب الل ُه َّم َفإِ ِّني أعُوذ ِب‬َّ ْ ْ ْ
ِ ‫اع ْدتَ َبي َْن ال َمش ِر ِق َوال َم ْغ ِر‬ َ ‫َك َما َب‬

Doa Diberikan Hidayah

‫اف َو ْال ِغ َنى‬ َ ُ‫ان َيقُو ُل اللَّ ُه َّم إِ ِّني أَسْ أَل‬
َ ‫ك ْال ُهدَى َوال ُّت َقى َو ْال َع َف‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم أَ َّن ُه َك‬
َ ِّ‫َعنْ َع ْب ِد هَّللا ِ َعنْ ال َّن ِبي‬

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah
berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar
daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)." (HR Muslim No: 2721)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan
sifat ‘afaf dan ghina.

2. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat
hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

3. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya,
meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai
masalah dunia dan akhirat.

4. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang
baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar
daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.

5. Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: mengatakan, “”Afaf bermakna menjauhkan dan menahan
diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al-ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan
tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”
6. Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti:

‫اف َو ْال ِغ َنى‬ َ ُ‫اللَّ ُه َّم إِ ِّني أَسْ أَل‬


َ ‫ك ْال ُهدَى َوال ُّت َقى َو ْال َع َف‬

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada
perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)

Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:

a. Al-huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal.

b. Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi
larangan.

c. Al-afaf iaitu dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.

d. Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu
merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.

Istiqamah Jaga Lidah

َ ْ‫عن أَبي َسعي ٍد ال ُخ ْد ِريِّ عن ال َّنبيّ ﷺ َقا َل إِ َذا أَصْ َب َح ابْنُ آدَ َم َفإِنَّ ْاألَع‬
َ ‫ضا َء ُكلَّ َها ُت َك ِّف ُر اللِّ َس‬
‫ ِا َّت ِق هللاَ فِ ْي َنا َفإِ َّن َمـا‬: ‫ان َف َتقُ ْو ُل‬
‫ك َفإِ ِن اسْ َت َقمْتَ اِسْ َت َق ْم َنا َوإِ ِن اعْ َو َججْ تَ اِعْ َو َججْ َنا‬ َ ‫َنحْ نُ ِب‬

Daripada Abu Said al-Hudari dari Nabi SAW baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di
pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa
Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau
menyimpang, kami juga menyimpang.” (HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Lidah boleh menjadi penyebab seseorang kufur.

2. Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang
mendatangkan dosa dan murka Allah, seseorang itu akan selamat di sisi Allah.

3. Lisan yang tidak dijaga (termasuk tulisan) malah biasa dengan mengumpat dan memfitnah, maka
perbuatan itu akan berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.

4. Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh
Malaikat dan akan dihisab. Firman Allah:

ُ ‫مَّا َي ۡلف‬
‫ِيد‬ٞ ‫ِظ مِن َق ۡو ٍل إِاَّل لَد َۡي ِه َرقِيبٌ َعت‬

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di
sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). [Qâf:18]

Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat

َ ‫ َقا َل َرسُو ُل هللا‬:‫َعنْ أَ ِبي ه َُری َْر َة َرضِ َى هللا َع ْن ُه َقا َل‬
‫ مِنْ حُسْ ِن إِسْ الَ ِم ْال َمرْ ِء َترْ ُك ُه َما الَ َيعْ نِي ِه‬: ‫صلَّى هللا َعلَ ْي ِه َو َسلَّم‬

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara kesempurnaan Islam
seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya).
(HR Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:

1. Seorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara
yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

2. Antara sifat seorang muslim yang berakhlak adalah sentiasa menyibukkan dirinya dengan perkara
yang mulia dan bermanfaat serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah moral.

3. Menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat dan berfaedah adalah sia-sia apatah lagi jika
membawa kepada dosa dan maksiat. Ia merupakan pertanda kelemahan iman.

4. Antara perkara yang tidak berfaedah ialah bercakap kosong, menulis serta memfowardkan sesuatu
yang tidak mendatangkan pahala. Termasuk juga menghabiskan masa bermain game, saja duduk di
kedai kopi, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau suka menjaga tepi kain
orang kemudian memberi komen yang negatif.

5. Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah
pembangunan umat.

6. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada
kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta
menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

Jaminan Syurga
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َقا َل اضْ َم ُنوا لِي سِ ًّتا مِنْ أَ ْنفُسِ ُك ْم أَضْ َمنْ لَ ُك ْم ْال َج َّن َة اصْ ُدقُوا إِ َذا َحد َّْث ُت ْم َوأَ ْوفُوا‬
َ َّ‫ت أَنَّ ال َّن ِبي‬ ِ ‫َعنْ ُع َبادَ َة ب‬
‫ْن الصَّا ِم ِـ‬
َ
‫ار ُك ْم َو ُك ُّفوا أ ْي ِد َي ُك ْم‬
َ ‫ص‬ َ
َ ‫ُوج ُك ْم َو ُغضُّوا أ ْب‬ ُ َ َ َ
َ ‫إِذا َو َع ْد ُت ْم َوأدُّوا إِذا ْاؤ ُت ِم ْن ُت ْم َواحْ َفظوا فُر‬

Daripada 'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku
dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah
jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian,
tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian." (HR Ahmad No: 21695) Status: Hadis
Hasan
Pengajaran:

Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam
perkara:

1. Jujur jika berbicara.


Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa.
Kejujuran membezakan antara munafik dan beriman.

2. Menepati janji.
Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik.

3. Menunaikan amanah.
Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan

4. Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah dan halal).

5. Menundukkan pandangan.
Menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga
pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran

6. Menahan tangan.
Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, mahupun
tetangganya baik dengan lisan, tulisan mahupun perbuatannya. Mereka merasa aman dengan
kehadiran dirinya.

Ayuh kita berlaku jujur, tepati janji, tunaikan amanah, jaga kemaluan, tundukkan pandangan dan
menahan tangan.

Anda mungkin juga menyukai