Anda di halaman 1dari 3

Keutamaan Mengamalkan Sunnah Nabi SAW dalam Kehidupan

َ ُ‫ ُك ُّل أ ُ َّمتِي َي ْد ُخل‬: ‫صلَّى هَّللا ُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َقا َل‬


‫ون ْال َج َّن َة إِاَّل َمنْ أَ َبى َقالُوا َيا‬ َ ِ ‫َعنْ أَ ِبي ه َُري َْر َةأَنَّ َرسُو َل هَّللا‬
)‫( صحيح البخاري‬. ‫صانِي َف َق ْد أَ َبى‬ َ ‫ َرسُو َل هَّللا ِ َو َمنْ َيأْ َبى َقا َل َمنْ أَ َطا َعنِي دَ َخ َل ْال َج َّن َة َو َمنْ َع‬.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan memasuki syurga
melainkan mereka yang enggan, "Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, lantas siapakah yang
enggan?" Nabi SAW menjawab: "Sesiapa yang taat kepadaku akan memasuki syurga dan sesiapa yang
mengingkariku bererti dia enggan masuk syurga."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith :7280)
Pengajaran Hadith :
Umat Nabi SAW disebut sebagai “Umat Dakwah” kerana umat ini dipertanggungjawabkan meneruskan
usaha dakwah yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW.
Setiap umat Nabi SAW akan memasuki syurga apabila mereka menjalankan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan sebagai umat Nabi SAW dan berpegang teguh dengan Sunnah Nabi SAW dalam
kehidupan mereka.
Apabila umat Nabi SAW meninggalkan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan meninggalkan
Sunnah Nabi SAW maka mereka telah mengingkari Nabi SAW dan menjauhkan diri mereka daripada
memasuki syurga Allah SWT yang kekal abadi selama-lamanya.

Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup Diredhai

‫اب اللَّ ِه َو ُسنَّةَ نَبِيِّ ِه‬ ِ ِ َ‫ت فِي ُكم أ َْمريْ ِن لَن ت‬ َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬ ِ َ ‫َن رس‬ ِ
َ َ‫س ْكتُ ْم بِ ِه َما كت‬
َّ ‫ضلُّوا َما تَ َم‬ ْ َ ْ ُ ‫ال َت َر ْك‬ َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫َع ْن َمالك أ‬
Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara
yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan
Sunnah Nabi ”
Pengajaran:

1. Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman
agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.

2. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan
panduan dalam kehidupan ini.

3. Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca,
memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.
ِ ِ ِ
ُ‫َّق َمن َج َعلَهُ أ ََم َامهُ قَ َادهُ إِىَل اجْلَنَّة َو َمن َج َعلَه‬
ٌ ‫صد‬َ ‫َّع َو َماح ٌل ُم‬
ٌ ‫عن جابر عن النيب صلى اهلل عليه وسلم قال اَل ُق ْرءَا ُن َشاف ٌع ُم َشف‬
‫ف ظَ ْه ِر ِه َساقَطَهُ إِىَل النَّا ِر‬
َ ‫َخ ْل‬
Dari Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan
diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di
hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di
belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka”   (HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis
Sahih

4. Al-Sunnah adalah penjelas bagi Al-Qur-an yang diturunkan kepada Rasulullah. Al-Sunnah adalah
jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah sama ada percakapan, perbuatan
mahupun perakuan.

5. Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami asas ibadah yang diterangkan dalam al-quran serta
dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah seperti muamalah, jinayat, akhlak,
pentadbiran dan lain-lain.
 

Marilah kita memastikan dua pusaka ini kita pelajari, fahami dan mengamalkannya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah
SAW.

Sabda Rasulullah SAW :

‫َاب هللاِ َو ُسنَّةَ َرسُوْ لِ ِه‬ ِ ‫ت فِ ْي ُك ْم أَ ْم َر ْي ِن لَ ْن ت‬


َ ‫ ِكت‬: ‫َضلُّوْ ا َما تَ َم َّس ْكتُ ْم بِ ِه َما‬ ُ ‫ت ََر ْك‬

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya selama
kamu berpegang dengan kedua-duanya, yaitu kitab Allah (Alquran) dan Sunahku.” (HR Al-
Hakim)
Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Iman dan Ketaatan

ِ ‫ف ْالقُلُو‬
‫ب‬ َ ‫ اللَّ ُه َّم ُم‬:‫صلَّى هَّللا ُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ِّ‫صر‬ َ ِ ‫ َقا َل َرسُو ُل هَّللا‬:‫اص َقا َل‬ ِ ‫ْن ْال َع‬ ِ ‫َعنْ َعبْدَ هَّللا ِ ب َْن َع‬
ِ ‫مْرو ب‬
‫ِك‬ َ ‫ف قُلُو َب َنا َع َلى َط‬
َ ‫اعت‬ ْ ِّ‫صر‬
َ
,2654 ‫ حديث رقم‬, ‫ْف َشا َء‬ َ ‫وب َكي‬ َ ُ‫ َبابُ َتصْ ِريفِ هَّللا ِ َت َعا َلى ْالقُل‬, ‫دَر‬ ِ ‫كتاب ْال َق‬, ‫ صحيح مسلم‬:‫]التخريج‬
[‫عن عبد هللا بن عمرو بن العاص رضي هللا عنهما‬
َ ‫ِّت َق ْل ِبي َعلَى دِين‬
‫ِك‬ ْ ‫ب َثب‬ ِ ‫ب ْالقُلُو‬ َ ِّ‫ َيا ُم َقل‬:ِ‫ان أَ ْك َث ُر ُد َعا ِئه‬
َ ‫ َك‬:‫َوفِي ِر َوا َي ِة التِرْ ِمذِي‬
َ ‫ِّت قُلُو َب َنا َعلَى دِين‬
‫ِك‬ ْ ‫ب َثب‬ َ ‫ َيا ُم َثب‬:ُ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َيقُول‬
ِ ‫ِّت ْالقُلُو‬ َ ِ ‫ان َرسُو ُل هَّللا‬ َ ‫ َو َك‬: ‫اجه‬
َ ‫ْن َم‬ ِ ‫َوفِي ِر َوا َي ِة إِب‬
 
Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:
َ ‫ف ُقلُو َب َنا َع َلى َطا َع ِت‬
‫ك‬ ْ ِّ‫صر‬ ِ ‫ف ْالقُلُو‬
َ ‫ب‬ َ ‫اللَّ ُه َّم ُم‬
َ ِّ‫صر‬
“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-
Mu!”
Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

َ ‫ِّت َق ْل ِبي َع َلى دِين‬


‫ِك‬ ِ ‫ب ْالقُلُو‬
ْ ‫ب َثب‬ َ ِّ‫َيا ُم َقل‬
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:

َ ‫ِّت قُلُو َب َنا َع َلى دِين‬


‫ِك‬ ِ ‫ِّت ْالقُلُو‬
ْ ‫ب َثب‬ َ ‫َيا ُم َثب‬
"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."

Pengajaran Hadith :
 

1. Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap
bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika
ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam
periuk.
2. Begitulah fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan
kejahatan. Maka berhati-hatilah dalam menjaga apa yg ada dalam hati agar tetap berada atas
kebaikan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran, persekitaran, pergaulan dan apa yang dimakan
atau diminum serta dibaca oleh seseorang mampu menyebabkan hati itu berubah-ubah dengan izin
Allah SWT. Namun, Allah SWT jua yang memberikan ilham dan ikhtiar kepada hamba-Nya
untuk memilih jalan bahagia ataupun sengsara. Seseorang Muslim dituntut agar memohon hidayah
kepada Allah SWT sekurang-kurang sebanyak 17 kali sehari (dalam solat).
3. Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam
melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah
SWT berkehendak (untuk menjadikan hati seseorang sesat) maka ia akan disesatkan-Nya dan jika
Dia berkehendak (menetapkan iman seseorang) maka akan diteguhkan di atas petunjuk-Nya.
Justeru, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat
dan hidayah-Nya.

Anda mungkin juga menyukai