Anda di halaman 1dari 2

Haryati Arshad, [29.01.

20 06:52]

[Forwarded from TADABBUR AL QURAN, HADIS & SIRAH NABI]

SYARAT SAH BACAAN FATIHAH DALAM SOLAT

💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

Membaca surah al-Fatihah di dalam solat merupakan salah satu daripada rukun-rukun solat dan ia
wajib dibaca di dalam setiap rakaat samaada solat sunat ataupun fardhu. Sekiranya seseorang itu
tidak membaca surah al-Fatihah di dalam mana-mana rakaat maka solatnya itu tidak sah. Ini jelas
melalui sabda Nabi SAW:

ِ ‫صالَ َة لِ َمنْ لَ ْم َي ْق َر ْأ ِب َفات َِح ِة ْال ِك َتا‬


‫ب‬ َ َ‫ال‬

Maksudnya: “Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.” [Riwayat al-Bukhari (756)]

Tambahan pula, membaca surah al-fatihah di dalam solat termasuk di antara rukun qauli (ucapan)
yang mana jika ditinggalkannya maka tidak sah solat yang dilakukan. Justeru, bacaan al-fatihah itu
perlulah dipenuhi syarat-syaratnya supaya solat tidak batal.

🍄 1. Dibaca dengan lisan iaitu dituturkan melalui lidah dan bukannya ia sekadar dituturkan di dalam
hati.

Imam al-Syafi’e pernah berkata:

َّ ‫َواَل يُجْ ِزئُ الرَّ جُل أَنْ يحْ ِر َم لِل‬


َ ِّ‫ َواَل َي ْق َرأ ِب َق ْل ِب ِه َح َّتى ي َُحر‬، ‫صاَل ة ِب َق ْل ِب ِه‬
‫ك ل َِسا َن ُه‬

Maksudnya; “Tidak sah bagi seorang lelaki (atau wanita) mengangkat takbiratul ihram untuk solat
melalui hatinya dan tidak sah pula dia membaca (al-fatihah) melalui hatinya sehinggalah dia
menggerakkan lidahnya.” [Lihat: Mukhtasar al-Buwaithi, 244]

🍄 2. Pembaca mestilah mendengar bacaannya sekadar didengari telinganya sendiri.


🍄 3. Bacaannya mestilah secara tertib iaitu mengikut susunan ayat seperti dalam al-Quran di samping
menjaga makhraj (tempat keluar ) huruf dan menzahirkan bacaan yang bertasydid(bersabdu).

🍄 4. Hendaklah melafazkan setiap kalimahnya dengan lafaz yang tidak mengubah makna.

🍄 5. Membaca semua ayat dalam surat al-Fatihah. Tidak boleh ada satu ayat pun dari surah al-
Fatihah yang tidak dibaca.

🍄 6. Dibaca dan disempurnakan ketika dalam saat posisi berdiri.Jika dibaca pada saat berdiri namun
posisi berdirinya tidak sempurna, maka bacaan al-Fatihahnya tidak sah. Misalnya, saat pertengahan
bangun dari tasyahud sudah mula membaca al-Fatihah maka tidak sah, kerana dibaca pada saat
posisi berdiri belum sempurna. Jika dia rukuk namun bacaan fatihahnya belum sempurna,maka
bacaan fatihahnya batal dan wajib diulangi semula.

🍄 7. Hendaklah dibaca dalam bahasa Arab. Tidak sah solat jika dibaca dgn bahasa lain, samaada dia
faham atau tidak bahasa arab kerana bahasa lain merupakan terjemahan dari ayat al-Quran.

Permasalahan:

🌱 Bacaan fatihah bagi orang bisu : Memadai dengan menggerakkan lidah dan dua bibirnya sekadar
mampu.

🌱 Hukum bacaan fatihah yang didengari oleh orang sebelah kita ketika solat adalah harus,namun
didengari oleh orang selang sebelah kita makruh.

TADABBUR AL QURAN, HADIS & SIRAH NABI

Mari bersama belajar mendalami Al-Quran, Hadis dan Sirah Nabi di channel ini.

https://t.me/mendalamikalamAllahdanHadisNabi

Anda mungkin juga menyukai