Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

PUSAT KAJIAN SEJARAH, POLITIK & HAL EHWAL ANTARABANGSA


(SPHEA)

SKSE 1033 :
KERAJAAN DAN MASYARAKAT MELAYU

SEMESTER 1 SESI 2020/2021

ULASAN ARTIKEL:
THE INSTALLATION OF THE FIRST SULTAN OF SELANGOR IN 1766

NAMA DAN NO. MATRIK:


IZZAIDAH BINTI IHWAN (A163698)

NAMA PENSYARAH:

DR. KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ROSLI

DR. RAHILAH BINTI OMAR


1

The Installation Of The First Sultan Of Selangor In 1766


Oleh: Barbara Watson Andaya
1974, Journal of the Malaysian Branch of Royal Asiatic Society,
Vol 47, No 1. (255): 41-57

Artikel penulisan Barbara Watson Andaya ini mengisahkan mengenai


pertabalan Sultan pertama di negeri Selangor pada tahun 1766. Pertabalan raja
merupakan sebuah peristiwa penting bagi negeri Selangor kerana bermulalah
pentadbiran seorang sultan yang diiktiraf dan berdaulat. Kisah ini bermula dengan
penempatan orang-orang Bugis di Selangor kesan daripada penghijrahan mereka dari
Sulawesi (Celebes). Mohor kuasa yang diterima oleh Yam Tuan Bugis menjadi faktor
penempatan mereka secara bebas di Selangor di samping persaingan orang-orang
Bugis dengan dominasi Belanda dan Inggeris di tanah air mereka. Penulisan artikel ini
adalah sangat baik dengan penggunaan kata dan bahasa yang mudah difahami. Dalam
masa yang sama, penulis turut menggarapkan dialog-dialog dan penghujahan bagi
menjelaskan situasi sebenar dalam beberapa peristiwa. Penulisan ini bukan sahaja
mengemukakan persoalan kepada para pembaca malah, telah menyentuh pemikiran
dan membuka minda pembaca untuk terus berfikir secara kritis. Setiap persoalan yang
dipersoal dalam penulisan telah menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan
dan mendapatkan jawapan yang betul dan sahih. Penulis juga berjaya
memperkenalkan watak-watak dalam kisah ini dengan penjelasan yang terperinci dan
dikaitkan dengan salasilah dan keturunan Opu Lima Bersaudara seperti Daeng Cellak,
Daeng Merewah, Daeng Kembuja, Daeng Lakani dan Raja Said. Penulis turut berjaya
menghuraikan watak dan peranan Opu Lima Bersaudara yang amat jelas dalam
pentadbiran di Selangor meskipun pada awalnya kehadiran mereka adalah untuk
membantu raja-raja Melayu mengukuhkan kuasa di kerajaan masing-masing.

Menerusi penulisan ini, penulis berjaya mengetengahkan isi utama penulisan


iaitu usaha Raja Lumu untuk menjalinkan hubungan dengan Sultan Mahmud iaitu
Sultan Perak yang merupakan keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Usaha ini amat
sukar kerana berlaku ketegangan antara kedua-dua negeri yang menyebabkan
permusuhan. Raja Lumu juga ingin mmembebaskan diri daripada penguasaan
Kesultanan Johor-Riau. Raja mula berasa dirinya bukan sultan yang sah sepenuhnya
dan tidak memiliki penampilan raja seperti gelaran, bangsa sendiri dan permeteraian
2

kerajaan. Pada tahun 1766 itu, Raja Lumu telah dianugerahkan gelaran raja oleh
Sultan Mahmud dan menerima alat muzik kerajaan. Oleh itu, Raja Lumu telah
memakai gelaran Sultan Salahuddin dan memerintah Selangor sehingga tahun 1782
dan digantikan oleh anakandanya, iaitu Sultan Ibrahim. Dalam masa yang sama,
timbul konflik antara Sultan Perak dan pihak Belanda. Belanda yang mempunyai
perjanjian perdagangan dengan Perak khuatir kehadiran Selangor akan menggugat
kedudukan dan penguasaan Belanda terhadap bijih timah di Perak. Belanda dikatakan
takut akan Bugis yang dikatakan sebagai lanun laut. Namun, perkara ini tidak benar
kerana Bugis melayan Belanda dengan teruk kerana dasar monopoli Belanda di Selat
Melaka. Penulisan ini juga berjaya menggarapkan dua sudut pandangan yang berbeza
mengenai usaha Raja Lumu ini iaitu daripada sisi Raja Lumu dan Sultan Mahmud
Shah. Tambahan lagi, isi penulisan ini juga memberi penumpuan kepada usaha
perdamaian Selangor dengan negeri-negeri Melayu yang lain seperti Terengganu dan
Kedah.

Seterusnya, saya amat bersetuju dengan pernyataan Barbara Watson Andaya


bahawa anak raja memberi penghormatan kepada Raja Lumu kerana itulah cara raja
ditabal mengikut adat. Raja-raja Melayu terikat dengan adat istiadat dan majlis
pertabalan raja merupakan salah satu acara yang penting. Seseorang raja hendaklah
menerima layanan yang baik meskipun daripada rakyat di wilayah lain kerana kuasa
dan status yang tertinggi yang dimilik raja tersebut. Umum mengetahui kisah Sang
Sapurba dan Demang Lebar Daun yang mana kedua-duanya merupakan raja namun
Demang Lebar Daun memberi penghormatan kepada Sang Sapurba yang merupakan
keturunan Iskandar Zulkarnain. Ini jelas memperlihatkan bahawa dalam kalangan raja
juga terdapat pelbagai golongan raja yang dipisahkan sama ada menerusi keturunan
atau sebagainya. Di Perak, Raja Lumu mendapat layanan yang baik meskipun pada
awal kedatangannya tidak diterima dan tidak dialu-alukan oleh Sultan Perak.
Kedatangan Raja Lumu itu diraikan dan diiringi dengan nobat iaitu pukulan gendang,
gong, serunai, nafiri, negara dan medeli. Menurut Muhammad Yusof Hashim (2015),
nobat hanya berhak dimiliki oleh raja dan alat-alat tersebut akan digunakan untuk
acara peribadi atau istiadat istana dan kerajaan, Nobat menjadi lambang pemerintahan
dan pemangkin kepada kedaulatan sultan. Unsur taat dan setia juga jelas dilihat
menerusi tindakan pembesar-pembesar istana, Raja Muda, Raja Bendahara,
3

hulubalang dan rakyat yang bersujud menyembah Sultan Mahmud Shah dan akur
dengan perintah Sultan Perak meskipun mereka tidak menyukai kehadiran Raja Lumu.

Sebagai kesimpulan, idea yang disampaikan adalah menepati tema dan


dihuraikan dengan jelas berserta contoh-contoh yang releven. Pembaca dapat
memahami kisah pertabalan sultan Selangor dengan baik dan penulisan ini
membuktikan bahawa sejarah bukanlah kisah kuno yang bosan tetapi sarat dengan
peristiwa-peristiwa penting dan menarik yang menjadi pemangkin kepada
pembangunan negara pada hari ini. Pelbagai pengajaran dan moral yang boleh
diperolehi setelah tamat pembacaan. Pengkaji mencadangkan supaya penulisan ini
dikembangkan dengan menjelaskan kejayaan Raja Lumu memerintah Selangor dan
perubahan politik, ekonomi dan sosial jika dibandingkan dengan pemerintahan
terdahulu.

Anda mungkin juga menyukai