Anda di halaman 1dari 2

SHAARMINI A/P ARUMUGAM

PPISMP SEM 1 ( UNIT : RBT (SK) )

SOALAN
BAGAIMANA KESIHATAN FIZIKAL DAN KESIHATAM MENTAL MEMBANTU
SISWA PENDIDIK

Kesihatan mental merupakan satu konsep yang menerangkan keseimbangan di


antara aspek fizikal, psikologi, kerohanian dan sosial. Kesemua aspek ini, ada
salingkaitnya yang boleh memepengaruhi kebolehan seseorang bertindakbalas
dengan cara yang sesuai dan sewajarnya. Kesihatan mental tidak boleh dipisahkan
daripada kesejahteraan fizikal. Kesihatan serta penyakit mental dan fizikal
merupakan sebahagian daripada kehidupan yang penting dan saling bergantungan
antara satu sama lain. Jelasnya di sini, sebarang penyakit atau gangguan fizikal
boleh memberi kesan emosi terhadap individu dan ahli keluarga

Pada pendapat saya kesihatan fizikal dan mental yang seimbang dapat
membantu untuk memperoleh kesihatan yang sihat. Hal ini demikian, kesihatan yang
seimbang dapat membantu pelajar daripada menghidapi masalah obesiti. Melalui
aktiviti senaman dan diet yang berterusan pelejar dapat mengawal berat badan serta
mengelakkan diri daripada menghidapi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis
dan juga penyakit kanser. Justeru itu senaman yang konsisten juga meningkatkan
kecekapan organ dalam tubuh badan. Sebagai contoh apabila kita melakukan aktiviti
seperti berjogging, senamarobik, secar langsungnya jantung dapat mengepam
darah dengan lancar. Dalam konteks ini, beriadah dan berekreasi adalah penting
untuk mengekalakan badan yang yang sihat. Bak kata pepatah badan cergas dan
otak cerdas mengatakan bahawa aktivi senaman dapat membina kesihatan fizikal
dan mental yang seimbang bagi pelajar Oleh itu kita perlu menjadikan aktiviti riadah
dan rekreasi sebagai agenda harian agar kesihatan badan yang hakiki boleh
dinikmati.

Tamabahan pula kesihatan fizikal dan kesihatan mental yang seimbang juga dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar. Dengan ini pelajar dapat
memberi komitmen dan focus yang tinggi ketika pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Hal ini demikian ini mereka dapat meyiapkan semua tugasan dalam
tempoh masa yang diberi oleh pensyarah. Pada masa yang sama mereka juga
mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan
di ipg. Perkara ini dapat membantu pelajar untuk mendapatkan markah yang
cemerlang serta dapat mempelajari untuk mengagihkan masa untuk setiap tugasan.

Akhirnya kesihatan fizikal dan mental yang seimbang dapat membantu siswa
pendidik ipgkpt untuk mengekalkan badan yang sihat . Kita menjaga kesihatan
bukan sekadar untuk sihat secara luaran dan dalaman, malah dapat membina
kehidupan yang memberi gembira.

Anda mungkin juga menyukai