Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL / APRESIASI TAHUN 6

TEMPAT : SK TAMAN SUTERA


TARIKH : 16 NOVEMBER 2019

TENTATIF 1 
(10.00 pagi)
Ibu dan bapa mengambil tempat 

TENTATIF 2 
(10.30 pagi)

Mengumumkan perarakan masuk para graduan SK Taman Sutera Tahun 2019


.

(Masuk melalui pintu belakang)

(Gamelan dimainkan kuat)

(Kemudian gamelan dimainkan perlahan) 

Panglima Johor segak bergaya


Srikandi negara cekal taat setia
Melangkah kemas penuh bergaya
Mengecap kejayaan yang dicita-cita
Tabah menempuh duga yang berbisa
Turun naik gunung lembah di mana jua
Bukan mudah menjulang cita yang dibangga
Bukan mudah menjejak mimpi menjadi nyata
Segala impian dan cita pasti berjaya
Bersama tekad dan semangat waja 

(Gamelan berhenti apabila graduan semua duduk) 

TENTATIF 3 
(10.40 pagi) 

Mengumumkan perarakan masuk barisan guru-guru Tahun 6 dan guru-guru SK Taman Sutera

(Masuk melalui pintu belakang)

(Gamelan dimainkan) 

(Kemudian gamelan dimainkan perlahan) 

Gagah melangkah bak pahlawan


Cekalnya hati memberi harapan
Onak dan duri sebagai teman
Menjunjung ilmu dan kepakaran
Atas bahu terpikul harapan
Dengan tabah menempuh seribu duga
Dengan tabah menyampai ilmu bermakna
Semoga segala harapan jaya dilaksana
Bersama tekad dan semangat yang dijana
Bukan mudah menjulang harapan bangsa

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


Bukan mudah menjejak mimpi warga Negara 
(Gamelan berhenti apabila semua guru duduk)

TENTATIF 4 
(10.45 pagi)

Hadirin hadirat sekelian, 

Mengumumkan perarakan masuk Yang Berusaha En. Mohamad bin Sohaini, Guru Besar SK Taman
Sutera Bersama Yang Dihormati En Norman bin Hamid, YDP PIBG SK Taman Sutera diiringi para
pentadbir.

Semua hadirin diminta berdiri.

(Perarakan didahului pembawa bunga- bunga pahar) 

(Gamelan dimainkan)

(VIP duduk di pentas YDP PIBG duduk di kanan Guru Besar 

(Gamelan berhenti. Semua hadirin terus berdiri) 

TENTATIF 5

Hadirin hadirat yang dihormati,

Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah. Semua hadirin diminta berdiri.

(Semua berdiri)

(Lagu-lagu dimainkan dan dinyanyikan)

(Lagu tamat, semua duduk dengan tertib tanpa bunyi) 

TENTATIF 6 

Duduk bersama satu tujuan


Indah majlis gilang gemilang
Kepada Allah doa dipohonkan
Semoga majlis peroleh keberkatan 

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru itu, marilah bersama-sama
menadah tangan mengaminkan bacaan doa.

(Bacaan doa) 

TENTATIF 7 

Amin Ya rabbal alamin.

TENTATIF 8 

Sidang Hadirin sekalian, 

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Jajaran mengkudu di selang bidara


Di celah angsana meredup di hutan 
Awal bismillah pembuka bicara 
Majlis gemilang kita raikan 

TENTATIF 9

Yang Berusaha, En. Mohamad bin Sohaini, Guru Besar SK Taman Sutera,
Yang Dihormati, En Norman bin Hamid, YDP PIBG SK Taman Sutera, barisan guru-guru kanan,
barisan ketua-ketua panitia, guru-guru, para ibu bapa dan graduan yang diraikan sekalian. 

TENTATIF 10 
Hadirin hadirat yang dimuliakan, 

Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada putera
dan puteri SK Taman Sutera yang berjaya menamatkan pembelajaran di alam persekolahan
selama 6 tahun di sekolah ini, Seramai 49 orang murid Tahun 6 akan diberikan penganugerahan
sijil sebentar lagi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis Penganugerahan Sijil tahun 2019 ini diraikan khusus untuk putera-putera dan puteri-
puteri SK Taman Sutera sebagai perangsang kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam
segala bidang yang bakal diceburi, terutamanya dalam bidang akademik.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh
bermakna dalam lipatan sejarah para murid-murid SK Taman Sutera. Diharapkan ia dapat di
jadikan obor semangat kepada para graduan untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang
pada hari mendatang. 

Kepada para penerima sijil SK Taman Sutera, diharap sentuhan majlis ini juga dapat
membuatkan anakanda putra dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah
dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SK Taman Sutera. Kami berharap, anakanda putra dan
puteri menjadi dewasa yang matang, luhur dan dan berbudi mulia apabila mendepani alam
remaja di sekolah menengah. 

TENTATIF 11 

Membuka tirai ucapan pada hari ini, majlis menjemput dan mempersilakan En Norman bin
Hamid, YDP PIBG SK Taman Sutera untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(Ucapan YDP PIBG)

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh YDP PIBG SK Taman Sutera.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih. 

Seterusnya, majlis mempersilakan En. Mohamad bin Sohaini, Guru Besar SK Taman Sutera,
mengisytiharkan tujuan majlis dan mengisytiharkan pembukaan Majlis Penganugerahan Sijil.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(GB membuat pengisytiharan)

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


Pengisytiharan pembukaan Majlis Graduasi 

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Mohamad bin Sohaini, Guru Besar SK
Taman Sutera dengan ini mengisytiharkan pembukaan Majlis Penganugerahan Sijil SK Taman
Sutera tahun 2018. Tujuannya untuk memberi pengiktirafan daripada pihak sekolah kepada
putera dan puteri SK Taman Sutera yang berjaya menamatkan pembelajaran selama 6 tahun
di sekolah in” 

(Gong dimainkan kuat sebanyak 3 kali) 

TENTATIF 12

Berilah kami haluan kemudi


Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Amanat tuan jadi pegangan 

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
ucapan dan amanat itu tadi. 

TENTATIF 13

Hadirin hadirat warga dewan sekelian,

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah dan sijil graduasi kepada
graduan-graduan SK Taman Sutera.

Terdapat beberapa anugerah yang bakal di anugerahkan kepada para graduaan sebentar lagi.
Anugerah itu adalah Anugerah Guru Besar dan hadiah-hadiah sepanjang pasca UPSR.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati, En Norman
bin Hamid untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, En Mohamad bin Sohaini bagi
menyempurnakan penyampaian sijil. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. 

TENTATIF 14 

Majlis dimulakan dengan mempersilakan penerima anugerah sijil kepada 49 orang murid SK
Taman Sutera.

Majlis mempersilakan penerima sijil graduasi dimulakan dengan penerima:

Tahun 6 Dinamik & Tahun 6 Efisien

TENTATIF 15 

Selesai sudah penganugerah sijil murid-murid Tahun 6 SK Taman Sutera. Namun, pihak sekolah berbesar
hati juga mengambil kesempatan pada majlis ini untuk menyampaikan hadiah-hadiah sepanjang aktiviti
Pasca UPSR 2019.

Berikut diumumkan pemenang-pemenang hadiah Pasca UPSR. Majlis mempersilakan penerima


hadiah bagi pertandingan :

Johan, Naib Johan, Ketiga Liga Bola Sepak Lelaki –


Johan, Naib Johan, Ketiga Liga Bola Sepak Perempuan –
Johan, Naib Johan, Ketiga Pertandingan Beyblade –
Johan, Naib Johan, Ketiga, Saguhati pertama, Saguhati kedua Pertandingan Pameran Seni –
(1-7)Pertandingan Memasak – 

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


TENTATIF 16

Demikianlah tadi berakhirnya pemyampaian sijil-sijil dan hadiah-hadiah Program Pasca UPSR
yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tetamu Kehormat
atas kesudian menyempurnakan penyampaian tersebut.

(Tetamu kehormat duduk) 

TENTATIF 17

Cantik jambangan bunga disusun,


Bunga orkid, cempaka, melati
Budimu bagaikan air terjun,
Mengalir terus tanpa henti.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung. 

Sebagai penutup majlis kita pada hari ini, marilah bersama-sama kita saksikan persembahan
akhir daripada murid-murid SK Taman Sutera. Semoga luahan hati melalui penyampaian
persembahan ini menjadi sebahagian memori indah kita bersama. Majlis mempersilakan semua
jurid Tahun 6 SK Taman Sutera naik ke atas pentas.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua murid SK Taman Sutera atas persembahan akhir itu
tadi.

Majlis juga sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berusaha, En. En Muhamad bin Sohani, Guru BEsar SK Taman Sutera,Yang Dihormati, En
Norman bin Hamid, YDP PIBG SK Taman Sutera, semua ahli jawatankuasa kerja Majlis
Penganugerah SijilTahun 6, 2019 yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya, barisan
guru-guru, para ibu bapa, para penyumbang dan murid-murid yang diraikan sekalian. 

Pulau Pandan Jauh di tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Pisang emas dibawa belayar


Masak sebiji di dalam peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Hari ini bertanam jagung


Hari esok bertanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai 

TENTATIF 18

Pengisytiharan penangguhan Majlis Penganugerahan Sijil SK Taman Sutera 2019.

Majlis mempersilakan En. Muhamad bin Sohaini, Guru Besar SK Taman Sutera mengisytiharkan
penangguhan Majlis Penganugerahan Sijil Tahun 6, 2018. Dengan segala hormatnya

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


dipersilakan.

(Pengetua membuat pengisytiharan) 

Pengisytiharan penangguhan Majlis Graduasi 

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya En. Muhamad bin Sohaini, Guru Besar SK
Taman Sutera dengan ini mengisytiharkan penangguhan Majlis Penganugerahan Sijil Tahun 6,
2019.”
(Gong dipalu kuat 3 kali) 

TENTATIF 19 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar.

TENTATIF 20

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Dengan ini selesailah sudah Majlis Penganugerahan Sijil Tahun 6, 2019.

Inilah yang dikatakan,


Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan

Akhir kata, marilah kita hayati 

Gurindam Dua Belas Pasal Yang Kelima: 

Jika hendak mengenal orang berbangsa,


lihat kepada budi dan bahasa.
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat meminggirkan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA


Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan. 

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan
sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian,  wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum.

Semua tetamu dijemput menikmati hidangan yang tersedia.

AIDIL SAHIPALUDIN | SK TAMAN SUTERA

Anda mungkin juga menyukai