Anda di halaman 1dari 4

NABI MUHAMMAD DIUTUSKAN UNTUK

MEMPERBAIKI AKHLAK MANUSIA

Hadith dari Abu Hurairah R.A. ia berkata: Rasulullah –


shallallâhu ‘alayhi wa sallam– bersabda:

ُ ُ ‫إِنَّ َما ب ُِع ْث‬


ِ ‫ار َم األَ ْخ‬
‫الق‬ ِ ‫ت ألتَ ِّم َم َم َك‬

“Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan


kemuliaan akhlak.”

Aqidah juga berkait rapat dengan akhlak seseorang insan itu.


Misalnya sebelum nabi Muhammad saw diutuskan, akhlak
masyarakat pada zaman Jahiliah tersangatlah buruk. Sebagai
contoh, kaum Quraisy mengamalkan kegiatan pembunuhan
bayi perempuan kerana mempercayai bahawa bayi
perempuan akan membawa bencana kepada keluarga. Ini
telah diceritakan oleh Allah swt dalam surah

“Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-


hidup ditanya, karena dosa apakah dia dibunuh.”

[At-Takwir/8—9]
Namun demikian setelah terutusnya nabi Muhammad saw,
kepercayaan ini telah berjaya dihapuskan secara total kerana
syariat Islam yang baru diperkenalkan telah melarang
perbuatan tidak bermoral ini. Sesuai dengan firmannya :

Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allâh


(membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang
benar. [al-Isrâ`/17:33].

Dengan itu terbuktilah bahawa syariah Islam yang dibawa


oleh nabi Muhammad saw telah berjaya mengubah akhlak
masyarakat Jahiliah sehingga menjadikan mereka masyarakat
yang lebih maju dan bertamadun malah pada suatu ketika
telah membawa kepada kemunculan tamadun Islam yang
hebat.
KESIMPULANNYA, PERUTUSAN NABI MUHAMMAD S.A.W
TELAH BERJAYA MENGUBAH AKIDAH MANUSIA KEPADA
AKIDAH YANG BENAR. SEBAGAI CONTOH, AKIDAH
MASYARAKAT QURAISY DAPAT DIBETULKAN DARIPADA
MENYEMBAH BERHALA KEPADA MENYEMBAH ALLAH YANG
MAHA ESA. SELAIN ITU, BERITA GEMBIRA DAPAT JUGA
DISAMPAIKAN KEPADA ORANG ORANG BERIMAN IAITU
BALASAN SYURGA. SETERUSNYA AGAMA ISLAM JUGA
BERJAYA DITEGAKKAN DAN PERPECAHAN UMMAH DAPAT
DIATASI. AKHIR SEKALI, AKHLAK MASYARAKAT JAHILIAH
BERJAYA DIUBAH SEHINGGA AKHLAK MEREKA TIDAK
DIWARISI KE GENERASI KINI.

Anda mungkin juga menyukai