Anda di halaman 1dari 2

mPENGENALAN

Kanak-kanak memperoleh bahasa pertama mereka daripada persekitaran seperti ibu


bapa dan sebagainya. Pemerolehan bahasa kanak-kanak menurut Simanjuntak (1982) adalah
penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam
kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2 hingga 6 tahun. Menurutnya juga,
pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak berlaku secara berperingkat dan bersifat arbitrari.
Selain itu, Tay Meng ( dalam Nor Shahirah& Sharifah Raihan 2018) juga ada mendefinisikan
pemerolehan bahasa. Menurut beliau, pemerolehan bahasa merupakan satu proses
perkembangan bahasa manusia dan lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan
perkembangan bahasa kanak-kanak, iaitu pemerolehan bahasa kanak-kanak mengikut pada
bahasa yang dituturkan oleh kedua orang tua mereka. Bagaimana manusia memperoleh
bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan.

Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik
dikuasai dengan pantas oleh individu kanak-kanak walaupun umumnya tiada pengajaran
formal. Sungguhpun rangsangan bahasa yang diterima oleh kanak-kanak tidak teratur dan
terhad, namun mereka berupaya memahami sistem-sistem linguistik bahasa pertama sebelum
menjangkau usia lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan
terus berlaku dalam kalangan semua masyarakat dan budaya pada setiap masa.

Pemerolehan bahasa setiap kanak-kanak dapat dilihat secara fonologi, morfologi,


sintaksis dan semantik. Namun, kajian ini hanya berfokus kepada bidang fonologi. Fonologi
menurut Ahmad Hamid Mahmood (dalam Nor Shahirah & Sharifah Raihan, 2018) adalah
suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.

Proses perkembangan bahasa kanak-kanak banyak dihuraikan oleh teori-teori yang


dipelopor oleh pengkaji barat. Antara teori yang menjelaskan proses pemerolehan bahasa
kanak-kanak adalah teori mentalis oleh Piaget dan teori behavioris oleh Skinner. Teori
nentalis menjelaskan bahawa seseorang belajar disebabkan oleh kemampuan mereka untuk
mentafsir peristiwa atau kejadian yang terjadi dalam lingkungan. Dalam kata yang lebih
mudah, kanak-kanak mempelajari atau memahami bahasa daripada persekitaran mereka.
Teori yang kedua adalah teori behavioris. Menurut Skinner, perilaku verbal adalah perilaku
yang dikendalikan oleh akibatnya. Hal ini bermaksud, sekiranya kanak-kanak mendapat
ganjaran, perilaku tersebut akan dikekalkan namun jika mereka mendapat hukuman atau
kurang proses penguatan, perilaku tersebut akan semakin lemah dan dihapuskan. Contohnya,
seorang kanak-kanak meminta susu dan diberikan oleh ibunya, maka mereka tahu bahawa
perilaku/permintaan mereka adalah tepat dan hal ini akan memperkuat operant tersebut.
Dalam proses berbahasa khususnya semantik, kanak-kanak akan menjelaskan sesuatu
berdasarkan makna yang mereka fahami (Saepudin, 2018).

RUJUKAN

Noor Shahirah Mohamad Rodzi&Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2018). Kajian Fonologi
Kesalahan Bunyi dalam Bahasa Kanak-Kanak. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan,
13, Artikel 1.

Tay, M. G. (2006). Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak: Satu Analisis Sintaksis. Jurnal


Penyelidikan IPBL, 7, Artikel 1.

Saepudin. (2018). Teori Linguistik dan Psikologi dalam Pembelajaran Bahasa. Jurnal Studi
Pendidikan, 16, Artikel 1.

Anda mungkin juga menyukai