Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

A) PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS


1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Ketua
Kumpulan.
2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
 Jadual Waktu
 Jadual Tugas Harian
 Struktur Organisasi Kelas
 Pelan Sekolah
 Pelan Kecemasan
 Sudut Bacaan
 Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori
4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat.
5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.
6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.

B) JADUAL KEDATANGAN MURID


1) Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum 8.30 pagi di portal APDM.
2) Memastikan semua butir yang dikehendaki adalah diisi dan dikemaskini.
3) Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
4) Mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

C) REKOD PRESTASI AKADEMIK, SIJIL BERHENTI, SURAT AKUAN DAN KAD 001
1) Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap.
2) Memasukkan laporan kemajuan akademik serta lain-lain maklumat yang diperlukan dalam Fail
Kemajuan Murid mengikut masa yang ditetapkan (ujian bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan
percubaan).
3) Memastikan laporan kemajuan akademik tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh
waris pelajar.
4) Menyedia dan melengkapkan Kad 001.
5) Menyedia dan mengisi surat akuan pelajar jika diperlukan.

D) MASALAH PEMBELAJARAN,KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN


1) Memberi galakan,motivasi,dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.
2) Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.
3) Sentiasa prihatin terhadap masaah pelajar kelasnya.
4) Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat pelajar yang menghadapi
masalah kesihatan.
5) Menyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan pelajar dan diberikan kepada pihak berkenaan jika
diperlukan.
6) Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
7) Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan pelajar ponteng.

E) BUKU TEKS DAN BANTUAN KEBAJIKAN


1) Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada pelajar, memastikan buku-buku tersebut dibalut dan
dicatat nama pelajar, dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.
2) Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan nama pelajar
yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru
SPBT.

F) KUTIPAN YURAN BUKU DAN DERMA


1) Mengutip yuran buku pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.
2) Menguitp derma PIBG.
3) Mengeluarkan resit bagi semua kutipan yuran dan derma.
4) Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada:
 Penyelia Yuran Buku
 Bendahari PIBG (Derma PIBG)
 Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.

G) PENDAFTARAN PELAJAR BARU


1) Mendaftarkan pelajar baru yang diterima dari PK HEM dalam portal APDM dan mendapatkan nombor
pendaftaran pelajar dari kerani sekolah.
2) Menentukan penerimaan Kad 001 dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah terdahulu.
3) Menyemak jika pelajar berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan dan melaporkan kepada Guru
RMT dan Guru KWAPM.
4) Maklumkan kepada pelajar selepas penentuan rumah sukan daripada PK KOKUM.
5) Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

H) MURID KELUAR
1) Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Pelajar, dan Kad 001 diserah ke pejabat.
2) Menentukan kelulusan pertukaran telah diterima.
3) Memastikan buku teks dipulangkan jika pelajar tersebut berpindah ke aliran lain serta semua bayaran
yuran telah dijelaskan.

I) PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN


1) Memastikan setiap pelajar:
 mempunyai rumah sukan.
 menganggotai Kumpulan A, B dan C dalam KOKUM.
2) Menggalakkan setiap pelajar bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
J) GURU BIMBINGAN / KAUNSELING DAN GURU DISIPLIN
1) Menjalankan tugas sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling.
2) Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.

Anda mungkin juga menyukai