Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS KHATAM QURAN DAN KASIH RAMADAN

QUE TEKS
Ucapan aluan pengerusi Yang  berusaha, Puan Suraiyah bt Sulaiman
majlis Guru Besar Sekolah Kebangsaan 2 Tengku Bendahara Azman,

Yang  dihormati, Barisan Penolong Kanan,

Puan Norhashimah bt Adnan, Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Elmi Azham Shah bin Marsom @ Abdul Razak, Penolong Kanan
Hal-Ehwal Murid,

Tuan Haji Mohd Amirul Hakim bin Abdullah, Penolong Kanan Ko-
Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat Ilahi, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah
dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-
Quran dan Kasih Ramadan, Peringkat Sekolah bagi tahun 2019
bersamaan 1440 hijrah.

Semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang


mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat
Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam
melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Majlis khatam quran dan Hadirin hadirat sekalian
tahlil doa selamat
Majlis pada petang ini dimulai dengan bacaan khatam al-quran yang
akan diketuai oleh Ustaz Zharudin bin Mohd Nor. Dipersilakan.

Alhamdulillah. Dengan berakhirnya bacaan khatam Quran tersebut


maka sempurnalah majlis khatam quran dan tahlil doa selamat untuk
tahun ini.
Ucapan Guru Besar Sebelum kita teruskan kepada acara berikutnya, molek lah kiranya kita
dengari dahulu ucapan yang akan disampaikan oleh Puan Suraiyah binti
Sulaiman, guru besar Sekolah Kebangsaan 2 Tengku Bendahara Azman.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


Penyampaian sumbangan Seterusnya, kita teruskan majlis dengan acara penyampaian sumbangan
duit raya duit raya kepada murid-murid Kasih Ramadan.
Untuk maksud itu, dijemput Puan Suraiyah binti Sulaiman diiringi Puan
Norhashimah binti Adnan untuk menyampaikan sumbangan tersebut.
Dipersilakan.
Penyampaian cenderahati Kini, disampaikan pula cenderahati kepada murid-murid khatam al-
kepada murid khatam dan quran.
guru
Dijemput pula guru-guru untuk menerima cenderahati sempena majlis
pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Suraiyah binti Sulaiman dan Puan
Norhashimah binti Adnan atas kesudian menyempurnakan
penyampaian sumbangan dan cenderahati itu tadi.
Persembahan murid Hadirin sekalian,

Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan nasyid yang


akan disampaikan oleh _____________________________
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan nasyid itu tadi. Untuk


makluman, persembahan tersebut adalah dibawah pimpinan Puan Nor
Azina bt Sabu dan Puan Salena bt Shairi.
Bersurai Dengan berakhirnya persembahan nasyid itu tadi, maka tamatlah majlis
Khatam Al-Quran dan Kasih Ramadan bagi tahun ini. Semoga kita semua
dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan oleh Allah untuk
bertemu lagi dalam majlis ini pada tahun-tahun akan datang.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai