Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1. Dalam era globalisasi, inovasi menjadi suatu elemen yang penting dalam pendidikan.
Penemuan inovasi adalah untuk menangani masalah bagi meningkatkan sistem
pendidikan. Inovasi dalam pendidikan merupakan usaha untuk mengubah proses
pembelajaran, perubahan dalam situasi belajar yang menyangkut soal
kurikulum, tempat mengajar dan belajar, mutu profesionalisme guru dan juga
hasil daripada pengurusan pendidikan.
2. Sebelum berbicara lebih jauh, marilah kita menelusuri makna inovasi secara
mendalam untuk kita dapat memahami dan mengetahui akan kepentingan
merencanakan amalan inovasi dalam kerja buat kita sebagai penjawat awam.
Merujuk Kamus Dewan (2005) inovasi sebagai sesuatu yang baharu
diperkenalkan seperti kaedah, sistem atau adat dalam bentuk baharu. Sufean
Hussin (2002) menyatakan bahawa inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi,
atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan
memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi
pasaran tertentu.
4. Dalam konteks pendidikan hari ini, suatu perubahan perlu dilaksanakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih inovatif. Guru-guru memainkan
peranan yang penting bagi menjayakan wawasan yang dihasratkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
5. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka.
Kaedah pengajaran yang bercorak chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa
kini.
HALANGAN
Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi
pendidikan bersifat dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi
kepada penerima akan mengambil masa yang panjang. Antara halangan yang dikenal pasti
wujudnya perasaan bimbang, konflik, rasa tidak tenteram dan kesukaran guru untuk
mengubah amalan sedia ada kepada amalan baru. Malah ada juga halangan dari segi
psikologi seperti tidak yakin dalam penggunaan alat-alat elektronik, komputer atau
komunikasi yang canggih. Suasana yang berlaku ini merupakan antara faktor penghalang
amalan inovasi dalam kalangan guru.
Dalam konteks pendidikan hari ini, suatu perubahan perlu dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran supaya lebih inovatif. Guru-guru memainkan peranan yang
penting bagi menjayakan wawasan yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang
membelenggu mereka. Kaedah pengajaran yang bercorak chalk and talk sudah tidak
relevan lagi buat masa kini. Implikasi daripada inovasi pendidikan akan membangunkan
kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid. Matlamat untuk melahirkan modal insan yang
berkeupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti akan dapat dicapai.
Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai
penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui
sistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga
belum begitu tercapai disebabkan jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud
antara sekolah-sekolah, terutama antara sekolah luar bandar yang begitu ketinggalan
dengan sekolah bandar yang lebih terdedah dengan kemudahan ini.
Jika dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet platform aplikasi dalam
talian dilarang dibawa ke sekolah, namun kini sebaliknya apabila dunia pendidikan berada
dalam alam maya dan dilakukan di rumah. Ramai juga guru veteran yang agak sukar
menguasai tetapi kebanyakan kami akan cuba yang terbaik, macam saya juga. Memang ia
mengambil masa tetapi alah tegar perkara biasa. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan,
serta perlu yakin boleh walaupun lambat," katanya yang mengajar mata pelajaran Sains dan
Matematik.
KEPENTINGAN
Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran
dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin
mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan
baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dilaksanakan secara
dalam talian.
Dalam alaf baharu yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, tiada
pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks
pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT).
Hala tuju pendidikan negara hari ini jelas menggalakkan para guru dan anak murid kita
untuk berinovasi. Hal ini dibuktikan menerusi dasar-dasar kerajaan dan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Guru merupakan agen utama bagi menyemai budaya inovasi dalam kalangan murid-murid.
Aktiviti inovasi juga dapat melahikan generasi yang bakal memimpin dunia ke arah
kecemerlangan.
IMPLIKASI
Musibah yang melanda negara sedikit sebanyak memberi impak terhadap penggunaan
sistem pembelajaran dalam talian di sekolah. Bermula dengan penutupan sekolah akibat
jerebu yang melanda beberapa negeri di Semenanjung dan terkini, penularan COVID 19
yang melanda seluruh dunia sudah memperlihatkan peningkatan mendadak penggunaan
pembelajaran dalam talian bagi menggantikan pembelajaran dalam bilik darjah.
Dalam situasi ini, pendidik perlu ada kemahiran mengguna aplikasi pembelajaran
secara maya dalam pelbagai mod seperti aplikasi Cisco Webex, Zoom, Google
Classroom, Google Meet, WhatsApp sebagai saluran pelajar mendapatkan ilmu.
Selain itu, pendidik perlu tahu aplikasi berkaitan penilaian kefahaman pelajar dalam
aktiviti pengajaran supaya penilaian berterusan dapat dilakukan setaraf dengan
penilaian yang dilakukan dalam keadaan biasa. Ini bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dan juga kaedah penilaian tetap sama seperti biasa walaupun
dilaksanakan secara dalam talian.
Secara umumnya, Malaysia tidak pernah mengalami bencana alam atau wabak penyakit
yang dahsyat. Beberapa kejadian bencana alam seperti banjir pernah berlaku namun tidak
melibatkan banyak negeri atau berlaku dalam tempoh waktu yang lama dan tidak sehingga
menjejaskan sistem pendidikan sekolah atau pengajian tinggi negara kerana selalunya ia
berlaku dalam tempoh cuti persekolahan hujung tahun.
Namun, pandemik COVID-19 yang menular dengan cepat di lebih 200 negara dan wilayah
termasuk Malaysia memberi pengalaman dan cabaran berbeza kepada negara dalam
mendepani bencana.
Bermula pada 18 Mac 2020 apabila kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang membabitkan empat fasa yang berakhir pada 12 Mei 2020. Ini diikuti Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan
Tersasar (PKPT), telah membataskan pergerakan rakyat di samping menekankan amalan
‘kebiasaan baharu’ demi memutuskan rangkaian penyebaran virus COVID-19 di negara ini.
Pelaksanaan perintah-perintah kawalan itu telah memberikan impak yang cukup besar
dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi, pelancongan, pertanian, kesihatan mahupun
pendidikan di negara-negara yang terjejas termasuk Malaysia.
Gangguan Psikologi
Dalam aspek pendidikan di negara ini, keputusan kerajaan membatalkan atau melewatkan
beberapa peperiksaan utama bagi memastikan keselamatan anak-anak dan para pelajar
bukan sahaja memberi kesan kepada sistem pendidikan negara tetapi turut menimbulkan
rasa sedih, trauma, kecewa dan takut dalam diri pelajar.
Contohnya, laporan media berkenaan sekumpulan pelajar Tahun Enam yang kecewa dan
menangis apabila dimaklumkan bahawa peperiksaan UPSR tahun ini dibatalkan. Mungkin
pada anggapan mereka, segala impian dan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di sekolah
yang lebih baik seperti di Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
atau Maktab Tentera Diraja (MTD) telah berakhir.
Dalam hal ini, adalah amat penting kajian dilakukan untuk mengenal pasti masalah-masalah
yang berlaku pasca COVID-19 yang mungkin dihadapi oleh murid-murid atau para pelajar di
peringkat sekolah. Ini terutamanya apabila banyak perubahan dan kebiasaan baharu ‘new
norm’ yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan susulan pandemic COVID-19 mungkin
memberi impak kepada mereka termasuk masalah psikologi, gangguan emosi dan
seumpamanya.
Penyesuaian Sistem Pendidikan
Michael Fullan (1999) dalam buku ‘The New Meaning of Educational Change’ menyatakan
perlunya tindakan penyesuaian dalam sistem pendidikan apabila berlaku bencana atau
wabak. Fullan (1999) menjelaskan bahawa terdapat tiga keadaan yang memungkinkan atau
membolehkan berlakunya sesuatu perubahan dalam sistem pendidikan iaitu:
Oleh yang demikian, apabila sesuatu wabak atau bencana berlaku semestinya seseorang
individu akan terkesan, apatah lagi yang membabitkan sektor pendidikan yang sangat
penting dalam sesebuah negara. Sekiranya, tiada cara terbaharu atau kaedah inovasi yang
kreatif dalam menangani isu sebegini, pasti akan terjejas dan mendatangkan mudarat yang
besar kepada bakal sumber manusia pada masa akan datang.