Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2019

BIL PERISTIWA SKRIP CATATAN

Mohon perhatian, minta kerjasama majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, para hadirin
diminta mengambil tempat duduk. Saya akan umumkan etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran
majlis.

1.      Sila pastikan hand phone berada dalam mod senyap atau tidak diaktifkan


2.      Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan.
3.      Berdiri semasa nyanyian lagu patriotik
4.      Menghormati bacaan doa
5.      Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
6.      Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil tempat duduk.
7.      Tidak membuat bising sehingga mengganggu kelancaran majlis.
8.      Hadirin diminta agar  terus berada dalam dewan sehingga tetamu kehormat meninggalkan
majlis.

Minta kerjasama agar para pensyarah, ibu bapa, para tetamu serta para pelajar mengambil tempat di
Dewan  Gemilang. Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat IR Amiruddin b Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan


Malaysia.

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan perarakan masuk cokmar dan tetamu kehormat Yang Berhormat Dato IR Amiruddin
1 Perarakan Masuk VIP b Hamzah Timb. Menteri Kewangan Malaysia diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Hj Ismail b Othman Timb.
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Yang Berusaha Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua Smk Kubang Rotan,
Yang Berbahagia Dato’ Abd Mutalib b Haron YDP PIBG, serta barisan pentadbiran.
Perarakan diketuai oleh pembawa cokmar En Rosli b Ayob dan pembawa al-quran En Zul Ahmad Tarmizi

2 LAGU NEGARAKU Nyanyian Lagu Negaraku.


Hadirin sekalian dimohon bersedia bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Negeri Kedah.
Hadirin di jemput duduk.

Pergi ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah,
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

3 KATA-KATA ALUAN Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera,


1. Yang Berhormat, Dato Ir Amirruddin b Hamzah, Timb. Menteri Kewangan Malaysia.
2. Yang Berusaha, Tuan Hj Ismail b Othman Timb. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.
3. Yang Berusaha, Pejabat Pendidikan Daerah
4. Yang Berusaha, Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua SMK Kubang Rotan
5. Yang Berusaha, Dato’ Abdul Muthalib b Harun, Yang Dipertua PIBG
6. Yang Berusaha Pn Raudzah Bt Abdullah PK Pentadbiran
7. Yang Berusaha En Mohd Shukri b Abdul Razak PK Hem
8. Yang Berusaha Pn Rosmawati bt Osman PK Ko-kurikulum
9. Barisan Pengetua, Guru besar
10. Dif-dif terhormat
11. Guru-guru Kanan
12. Guru cemerlang
13. Ahli-ahli jawatankuasa PIBG
14. Guru-guru
15. Para tetamu serta
16. Pelajar yang dikasihi sekalian

Syukur alhamdulilah, kita sama-sama diberi kesempatan berhimpun dalam majlis yang bersejarah ini iaitu
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Kubang Rotan 2019. Lebih bermakna lagi apabila Yang
Berhormat, Dato Ir Amirruddin b Hamzah, Timb. Menteri Kewangan Malaysia sudi turun ke SMK Kubang
Rotan untuk sama-sama meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKKR 2019.

Jelas hari ini merupakan hari yang penuh bermakna khususnya bagi seluruh warga SMK Kubang Rotan.
Semoga kehadiran kalian semua akan memeriahkan lagi Majlis yang penuh gilang gemilang ini.

4 BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali pekasa,
10 jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa
Bagi memberkati majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ust Mohd Naser b Ayob untuk
memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan…
[Doa]
Amin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Saudara Hafiz Haikal b Ahmad Munawir dari tingkatan 4
Bestari untuk memperdengarkan bacaan ayat suci al-quran surah Ar rahman Ayat 1-28. Dipersilakan.
[Bacaan al-quran]
Terima kasih diucapkan di atas bacaan ayat suci al-quran sebentar tadi.
Untuk makluman, Saudari Alifa merupakan Johan Qariah kump 2 daerah Kota Setar.

5 UCAPAN Kalau dilipat sebesar kuku,


Kalau dibentang seluas alam,
Yang jauh diimbau,
Yang dekat digamit,
Seuntai salam sejambak kata,
Degup bicara, merisik rasa.

Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua SMK
Kubang Rotan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih Pn Pengetua atas ucapan itu tadi.

6 UCAPAN Majlis kita majlis bersejarah,


TIMB.PENGARAH Meninggalkan kenangan Inspirasi kejayaan,
PENDIDIKAN Majlis kita lebih terarah,
Ucapan timbalan pengarah kita nantikan.

Hadirin sekalian ,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Ismail Bin Othman Timbalan
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah .
Dipersilakan.

Terima kasih Yang Berusaha Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan diatas ucapan sebentar tadi.

7 UCAPAN YAB DATO Kompang dipalu cak lampung ditingkah,


& PERASMIAN Dengarkan pula alunan yang tersemat,
Doa sudah alu aluan sudah,
Dengarkan pula ucapan yang berhormat,

Para hadirin sekalian, kini tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar dan menghayati ucapan daripada
tetamu kehormat sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik. Untuk itu majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berhormat, Dato Ir Amirruddin b Hamzah, Timb. Menteri Kewangan
Malaysia untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyempurnakan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Akademik SMK Kubang Rotan 2019.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Ir Amiruddin b Hamzah , Timb.Menteri Kewangan
Malaysia diatas ucapan perasmian sebentar tadi.
8 PENYAMPAIAN Lunak suara membelai perasaan,
ANUGERAH Santun pelajar mengusik jiwa,
Berakhir sudah segala ucapan,
Kini tiba kemuncak acara,

Kalua tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah di beri,
Mohon sampaikan anugerah di majlis kami,

Untuk menyempurnakan majlispenyampaian anugerah, majilis mempersilakan,Yang Berusaha Puan Che


Rokian Bt Md Isa,Pengetua SMK Kubang Rotan untuk menjemput dan mengiringi :
Yang Berhormat Dato Ir Amiruddin Bin Hamzah Timbalan Menteri Keewangan Untuk menyampaikan
anugerah, Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

9 GILIRAN PENERIMA 1-Majlis dimulakan dengan Aanugerah KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS SENARAI
ANUGERAH 2-seterusnya,ANUGERAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 1 bagi kategori Terbaik keseluruhan dan NAMA
terbaik mata pelajaran tingkatan 1. PEMENANG
3-seterusnya,ANUGERAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 2 bagi kategori Terbaik keseluruhan dan TERDAPAT
terbaik mata pelajaran tingkatan 2. PADA
4-seterusnya,ANUGERAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 4 bagi kategori Terbaik keseluruhan dan LAMPIRAN
terbaik mata pelajaran tingkatan 4. YANG TELAH
5-seterusnya ANUGERAH KECEMERLANGAN PT3 DI SEDIAKAN.
PENINGKATAN PRESTASI PANATIA PT3
6-seterusnya,ANUGERAH KECEMERLANGAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018
PENINGKATAN PRESTASI PANATIA LONJAKAN SAUJANA SPM 2018
7-ANUGERAH KHAS SEKOLAH
8-ANUGERAH LONJAKAN KECERIAAN -BILIK-BILIK KHAS
9-ANUGERAH JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG(kepada bekas pengetua)
10-ANUGERAH KHAS PIHAK SEKOLAH

10 CENDERAMATA Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian yang berhormat Dato menyampaikan hadiah
sebentar tadi.
Kuntum mawar di pinggir kali,
Harum Semerbak di pagi hari,
Hadirmu tuan kami hargai,
Ta upaya di balas disemai di hati.
Majlis seterusnya mempersilakan tuan pengetua Pn Che Rokiah Bt Md Isa untuk menyampaikan cenderamata
kenang-kenangan kepada Yberhormat Ir Amiruddin B Hamzah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Seterusnya ,majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan yang berhormat Dato ir Amiruddin B INFO
11 PERSEMBAHAN Hamzah,Yang berusaha Tuan timbalan Pengarah, Yang berusaha Tuan Pengetua,Yang Berbahagia Dato YDP BERKAITAN
PELAJAR PIBG serta dif kehormat untuk turun dari pentas utama untuk menyaksikan persembahan pelajar sambil PERSEMBAHA
menikmati jamuan yang disediakan. Dipersilakan. N SEPERTI
LAMPIRAN
-PERSEMBAHAN NASYID YANG
-PERSEMBAHAN SOLO DISEDIAKAN
-PERSEMBAHAN KUMPULAN
12 PENUTUP Pohon selasih tumbuhnya rendah,
Ditiup angin daunnya gugur,
Majlis penyampaian anugerah berakhir sudah,
Tiba masa kami berundur,

Bunga seroja diatas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada yang berhormat,


Dato ir Ammiruddin Bin Hamzah kerana sudi hadir pada majlis kali ini.tidak ketinggalan ucapan terima kasih
buat hadirin yang hadir serta warga smkkr yang menjayakan majlis pada kali ini.

Para hadirin di pohon berdiri untuk sama – sama kita menyanyikan lagu negeri kedah.

Mengumumkan Perarakan Keluar Pembawa Cokmar Serta tetamu kehormat.


13. PERARAKAN
KELUAR

Anda mungkin juga menyukai