Anda di halaman 1dari 17

Assignment 1

APPRECIATION

Allhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan tugas pertama. Saya berterima kasih
kepada Allah SWT kerana saya boleh mempersiapkan tugasan yang diberi oleh Encik
Ariffudin Bin Osman untuk tugasan pertama saya pada awal semester dan saya melakukan
dengan sebaik yang mungkin. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengajar
saya iaitu Encik Ariffudin, ketua kursus, tenaga pengajar serta kedua ibu bapa saya kerana
memberi sokongan dan dorongan kepada saya supaya jangan berputus asa.Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan saya kerana bekerjasama untuk membantu dan memberi sedikit
maklumat untuk dilakukan untuk tugas pertama saya. Juga terima kasih kepada orang tua
saya kerana sokongan mereka, membantu dan mendorong saya untuk melakukan tugas
saya.

1
Assignment 1

INTRODUCTION

Sebagai pelajar Jurusan Diploma Rekabentuk Media Digital semester 4, kami ditugaskan
untuk membuat kajian tentang seorang usahawan yang berjaya. Bagi melengkapkan
tugasan tersebut, kami telah mencari maklumat tantang usahawan yang berjaya. Selama
seminggu untuk mendapatkan serta mengumpul maklumat sebanyak mungkin tentang
seorang usahawan ini. Usahawan ini adalah seorang lelaki yang cukup tabah dan juga
sabar untuk mencapai cita-cita beliau sehingga berjaya. Beliau adalah Tan Sri Rozali bin
Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad. Bhd. Untuk
melaksanakan tugasan ini, pelbagai sumber digunakan termasuk sumber internet dan
bantuan daripada rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah.

Keusahawanan boleh didefinisikan sebagai Usahawan menurut Kamus Dewan Edisi


Baru ialah sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha.
Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-
barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.Selain usahawan adalah
seorang ahli perniagaan yang harus mengambil risiko menggabungkanfaktor pengeluaran
termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai
pasaran barangannya. Dengan kata mudah,seorang usahawan akan bertindak sebagai
orang yang mengurus sesuatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki,
mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan dan merupakan seorang inovator
yang boleh mengakibatkan kepada sesuatu pembaharuan.

2
Assignment 1

Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat
menurut segala hak keempunyaan keatas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung
risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk
kemakmuran masyarakat. Usahawan juga adalah seseorang yang inginkan kebebasan
dalam perniagaan,membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha
sendiri.

Kesimpulannya, Seorang usahawan juga seorang peniaga yang melibatkan diri dengan
usahamencipta barangan keluaran sendiri, mementingkan kejayaan dan kepuasan,
bukannya keuntungan semata-mata dengan mengikuti segala pembaharuan untuk
menambah kreativiti .Bagi seorang usahawan persaingan adalah satu cabaran yang
memerlukan penelitian rapi untuk terus hidup dengan merenung jauh kehadapan dan
sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemajuan pada masa hadapan untuk jangka masa
yang panjang.

3
Assignment 1

BACKGROUND

Tan Sri Rozali dilahirkan pada bulan Disember 1957, iaitu tahun Malaysia mencapai
kemerdekaan. Tan Sri Rozali adalah peguam yang kemudiannya melibatkan diri dalam
dunia perniagaan. Sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan, beliau bekerja dengan
kerajaan dan lapan agensi kerajaan selama lapan tahun.

Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1981, Tan Sri Rozali
memulakan kerjayanya di Biro Penyiasatan Kebangsaan sebelum bekerja dengan UDA
sebagai Penasihat Undang-undang dalam perkara yang berkaitan dengan pekerja,
pembangunan dan perancangan.

4
Assignment 1

COMPETENCIES VALUE

 Bersungguh-sungguh

 Beliau bersungguh-sungguh dalam menghasilkan mutu air terbaik dengan


mendapatkan respon dari rakan-rakan terdekatnya. Pada peringkat permulaan,
beliau melakukan semua aktiviti perusahaan ini sendirian.

 Tolong menolong

 Tan Sri Rozali yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang
dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi
masyarakat hidup dengan aman untuk kegunaan air yang bersih.

 Berpendidikan Tinggi

 Mempunyai pendidikan di Universiti Malaya.

 Sanggup mengambil Risiko

 Beliau menguruskan loji penapisan air bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan.

 Keikhlasan dan keteguhan iman


 Beliau sering mengamalkan solat tahajud dan solat dhuha setiap hari. Beliau
berkongsi doa yg sering diamalkan sewaktu solat dhuha.

 Kecekalan

 “Kejayaan ini tidak datang dengan mudah.

5
Assignment 1

ATTRACTING & DETERRING FACTORS

Penglibatan dalam sektor swasta

Pada tahun 1983, Tan Sri Rozali menyertai Bank Islam (M) Berhad sebagai Pengurus
Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan. Pada masa itu, Tan Sri Rozali adalah perintis
dalam Bank Islam Malaysia Berhad banyak membantu mengembangkan lagi institusi
perbankan Islam itu. Tan Sri Rozali kemudiannya dijemput oleh Bank Rakyat supaya
bertindak sebagai jururunding bagi menukarkan operasi perbankan mereka kepada operasi
yang mematuhi kehendak Shariah. Kini, Bank Rakyat adalah antara institusi kewangan
pembangunan (IKP) yang berdaya maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan
kewangan Islam yang inovatif.

Kejayaan

Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah,


pembinaan dan juga perbankan. Beliau menceburkan diri dalam bidang hartanah melalui
beberapa syarikat persendirian seperti Central Plus Sdn. Bhd. dan Corporate Line (M) Sdn.
Bhd. Kejayaan terbesarnya dalam sektor pembangunan hartanah adalah projek perumahan
Puncak Alam di Kuala Selangor. Tan Sri Rozali juga mengasaskan firma guamannya
sendiri, iaitu Rozali Ismail & Co. sebagai peguam cara dan peguam bela. Beliau
menguruskan firma guamannya itu selama tujuh tahun dan mengkhususkan kepada kes
korporat, hartanah dan perbankan.

Tan Sri Rozali diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menguruskan loji
penapisan air bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1997, Puncak Niaga (M)
Sdn. Bhd. disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Kontrak yang dianugerahkan bagi menjalankan sistem pembekalan air Selangor dan
Wilayah Persekutuan bernilai RM1 bilion. Projek ini melibatkan pembekalan dan
penggantian pair air dan ini dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(Syabas), yang dikuasai oleh Tan Sri Rozali melalui syarikatnya, Central Plus (M) Sdn. Bhd.

6
Assignment 1

yang memegang 69.9 peratus kepentingan dan adiknya Mat Hairi yang memegang 30
peratus saham dalam Syabas melalui syarikatnya, Corporate Line (M) Sdn Bhd.

Business ethics principle

Disebabkan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang kejayaan besarnya tiba
apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad.
Tan Sri Rozali juga memiliki kepentingan dalam dua buah lagi syarikat yang tersenarai, iaitu
U-Wood Holdings Berhad dengan 8.1 peratus kepentingan dan WWE Holdings Berhad
dengan 30 peratus kepentingan melalui Peribadi Johan Sdn. Bhd.Puncak Niaga Holdings
Berhad memegang konsesi dalam 28 buah pusat rawatan air di Selangor, menjadikannya
pembekal air yang terbesar di Selangor dengan membekalkan 1,929 juta liter air sehari.
Konsesi itu berakhir pada tahun 2020.

7
Assignment 1

ELEMEN ETIKA SEORANG USAHAWAN

Antara etika-etika yang diamalkan dalam keusahawanan Tan Sri Rozali ini ialah,Keikhlasan
berpegang teguh kepada ajaran dan amalan agama dalam menceburi bidang perniagaan ini
dengan sering mengamalkan solat tahajud dan solat dhuha setiap hari,serta doa yang sering
diamalkan sewaktu solat dhuha.Selain itu juga,etika yang diamalkan ialah dengan tidak
mengenal erti kalah dimana,beliau berjaya menubuhkan syarikat sendiri . Tan Sri Rozali
juga bersungguh-sungguh dalam menceburi didalam bidang perniagaan beliau mula belajar
mengenali pelbagai jenis struktur air. Beliau juga seorang yang tidak suka membuang masa
dengan duduk dirumah tanpa berbuat apa-apa dengan hidup yang bermasyarakat beliau
mendapat idea untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau.Tan Sri Rozali juga
mempunyai etika dengan keazaman yang kuat dimana walaupun saingan sengit dengan
tetapi dengan usaha beliau berjaya menempuh nama sebagai seorang usahawan yang
berjaya. Selain itu, berniaga ke arah memajukan diri dan masyarakat,dimana Tan Sri Rozali
ingin meningkatkan ekonomi dan membantu masyarakat dalam meningkatkan kualiti .Etika
yang ada pada Tan Sri Rozali ialah dengan mengamalkan cara kerja yang bersih dan halal
terhindar dari benda pekara yang tidak baik. Selain dari itu juga, sikap berdisiplin Tan Sri
Rozali dalam kehidupan menjadikan beliau seorang yang tabah dan sabar hingga beliau
berjaya hinggalah mempunyai syarikat sendiri di Malaysia. Sikap tanggungjawab yang ada
pada Tan Sri Rozali ada dimana beliau berasa tanggungjawab dalam membantu
masyarakat yang susah dengan memberikan sumbangan.

8
Assignment 1

SUMMARY

Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah dalam U-Wood pada 3 September 1999.
Tan Sri Rozali juga adalah Pengerusi Eksekutif WWE Holdings Berhad, iaitu syarikat
pelaburan dan pembinaan yang membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang berkaitan
dengan reka bentuk, aktiviti memasang siap, pemasangan, pembekalan air, pemprosesan
kumbahan dan kemudahan alam sekitar.

Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat persendirian. Tan Sri
Rozali juga pernah dan sedang memegang jawatan sebagai Penasihat dan Pengerusi
bersama Generasi Wawasan FELDA dan Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia. Antara
anugerah yang pernah diterima oleh Tan Sri Rozali adalah Fellowship Award dari Institut
Pemasaran Malaysia pada 6 November 2001. Ini adalah kerana sumbangannya kepada
institut itu dan juga strategi unik yang digunakan bagi memasarkan projek Bandar Baru
Puncak Alam dan Bandar Puncak Perdana.

Pada 26 Mac 2002, Tan Sri Rozali dianugerahkan Anugerah Pengurusan Air Cemerlang
peringkat Asia 2002 bagi kategori Anugerah Individu oleh Persatuan Air Malaysia. Ini adalah
kerana sumbangannya dalam menjana pengurusan yang cemerlang dan amalan terbaik
dalam industri air. Pada 16 Januari 2003, Tan Sri Rozali dinamakan sebagai antara 10
usahawan terbaik Malaysia oleh Ernst & Young. Ini adalah kerana sumbangannya dalam
bidang keusahawanan dan kepimpinan.

9
Assignment 1

APPENDIX

Ampang Impounding

Air pertama skim penyediaan awam yang telah dibangunkan adalah merampas Ampang
yang terletak di Jalan Kolam Air Ampang, Taman Tun Abd. Razak, Ampang (Bahagian
Gombak), Selangor. Dirasmikan oleh Al-Marhum DYMM Sultan Sulaiman Shah Alaeddin
Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Samad, ia memiliki kemampuan untuk menghasilkan 1.5 juta
liter per hari (MLD) air. Skim ini telah berjaya untuk membekalkan air yang tidak dirawat
untuk bangunan-bangunan kerajaan serta tempat-tempat umum di Kuala Lumpur. Bukit
Maxwell reservoir juga telah dibina di bawah skim ini.

10
Assignment 1

Ampang Intake
Slow Sand
Filter

Pada tahun 1906, sumber kedua iaitu Intake


Ampang yang terletak di Bukit belacan,
Ampang (Bahagian Gombak) dibina dengan
kemampuan 15 MLD dan telah meningkat
menjadi 18 MLD. Sistem pasir lambat
filteration diperkenalkan dan diikuti oleh kawalan jangkitan kuman dengan menggunakan
jenis iaitu kimia klorida kapur. Air itu kemudian diberikan kepada orang-orang di Kuala
Lumpur. Dalam skim ini, Bukit Nenas reservoir, sebelumnya dikenali sebagai reservoir Weld
Bukit dibina.

11
Assignment 1

Klang Gates Dam

Dengan kemampuan menghasilkan 28 MLD, terletak di Hulu Kelang (Bahagian Gombak),


Kuala Sleh headworks skim dibina pada tahun 1928 dan saat ini dikenal sebagai empangan
Gates Klang. Perlakuan sama diterapkan sebagai Intake Ampang. Reservoir Sentul dibina
dalam skim ini. Sumber air telah proses air semi-diubati, (air itu diedarkan ke desa-desa di
daerah Kuala Lumpur 1948-1960) adalah:

- Gombak Setia atau Gunung bekalan air Estate


- Batu Cantonment air
- Sungai Tua air
- Sungai Besi air
- Sungai Way air
- Kampung Damansara air

12
Assignment 1

TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad. Bhd.
Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak
Niaga Holdings Berhad.
TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad.

Kerjaya

Tan Sri Rozali dilahirkan pada bulan Disember 1957, iaitu tahun Malaysia mencapai
kemerdekaan. Tan Sri Rozali adalah peguam yang kemudiannya melibatkan diri dalam
dunia perniagaan. Sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan, beliau bekerja dengan
kerajaan dan lapan agensi kerajaan selama lapan tahun.

Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1981, Tan Sri Rozali
memulakan kerjayanya di Biro Penyiasatan Kebangsaan sebelum bekerja dengan UDA
sebagai Penasihat Undang-undang dalam perkara yang berkaitan dengan pekerja,
pembangunan dan perancangan.

Penglibatan dalam sektor swasta

Pada tahun 1983, Tan Sri Rozali menyertai Bank Islam (M) Berhad sebagai Pengurus
Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan. Pada masa itu, Tan Sri Rozali adalah perintis
dalam Bank Islam Malaysia Berhad banyak membantu mengembangkan lagi institusi
perbankan Islam itu. Tan Sri Rozali kemudiannya dijemput oleh Bank Rakyat supaya
bertindak sebagai jururunding bagi menukarkan operasi perbankan mereka kepada operasi
yang mematuhi kehendak Shariah. Kini, Bank Rakyat adalah antara institusi kewangan
pembangunan (IKP) yang berdaya maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan
kewangan Islam yang inovatif.

13
Assignment 1

Kejayaan

Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah,


pembinaan dan juga perbankan. Beliau menceburkan diri dalam bidang hartanah melalui
beberapa syarikat persendirian seperti Central Plus Sdn. Bhd. dan Corporate Line (M) Sdn.
Bhd.

Kejayaan terbesarnya dalam sektor pembangunan hartanah adalah projek perumahan


Puncak Alam di Kuala Selangor. Tan Sri Rozali juga mengasaskan firma guamannya
sendiri, iaitu Rozali Ismail & Co. sebagai peguam cara dan peguam bela. Beliau
menguruskan firma guamannya itu selama tujuh tahun dan mengkhususkan kepada kes
korporat, hartanah dan perbankan.

Pada tahun 1989 pula, Tan Sri Rozali mengasaskan syarikat milikan keluarga, iaitu Puncak
Alam Housing Sdn. Bhd. bagi menjalankan projek pembangunan hartanah di Lembah Klang,
Kuantan dan Johor. Antara projek terbesarnya adalah Bandar Baru Puncak Alam dan
Bandar Puncak Perdana. Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. juga melibatkan diri dalam
perniagaan kemudahan awam, juga pada tahun 1989, dengan penubuhan Puncak Niaga
(M) Sdn. Bhd.

Disebabkan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang, Tan Sri Rozali diberi
kepercayaan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menguruskan loji penapisan air bagi
Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1997, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd.
disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

14
Assignment 1

Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak
Niaga Holdings Berhad. Tan Sri Rozali juga memiliki kepentingan dalam dua buah lagi
syarikat yang tersenarai, iaitu U-Wood Holdings Berhad dengan 8.1 peratus kepentingan
dan WWE Holdings Berhad dengan 30 peratus kepentingan melalui Peribadi Johan Sdn.
Bhd.

Puncak Niaga Holdings Berhad memegang konsesi dalam 28 buah pusat rawatan air di
Selangor, menjadikannya pembekal air yang terbesar di Selangor dengan membekalkan
1,929 juta liter air sehari. Konsesi itu berakhir pada tahun 2020.

Kontrak yang dianugerahkan bagi menjalankan sistem pembekalan air Selangor dan
Wilayah Persekutuan bernilai RM1 bilion. Projek ini melibatkan pembekalan dan
penggantian pair air dan ini dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(Syabas), yang dikuasai oleh Tan Sri Rozali melalui syarikatnya, Central Plus (M) Sdn. Bhd.
yang memegang 69.9 peratus kepentingan dan adiknya Mat Hairi yang memegang 30
peratus saham dalam Syabas melalui syarikatnya, Corporate Line (M) Sdn Bhd.

Bagi memudahkan perjalanan projek penswastaan itu, Syabas dibeli oleh Puncak
Niaga.Puncak Niaga membeli 700,000 saham Syabas daripada Central Plus (M) Sdn. Bhd.
pada harga RM38 juta. Dengan demikian, 70 peratus saham Syabas dimiliki oleh Puncak
Niaga dan baki 30 peratus saham Syabas dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan
Persekutuan pula memegang satu unit saham emas dalam Syabas. Melalui projek
penswastaan ini, Kerajaan Persekutuan memberi bantuan kewangan sebanyak RM2.9 bilion
kepada Syabas. Dana itu digunakan bagi memenuhi keperluan modal kerja, pembayaran
hutang oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada tiga syarikat rawatan air dan juga bagi
membiayai kerja-kerja modal.

15
Assignment 1

Pengiktirafan dan anugerah

Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah dalam U-Wood pada 3 September 1999.
Tan Sri Rozali juga adalah Pengerusi Eksekutif WWE Holdings Berhad, iaitu syarikat
pelaburan dan pembinaan yang membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang berkaitan
dengan reka bentuk, aktiviti memasang siap, pemasangan, pembekalan air, pemprosesan
kumbahan dan kemudahan alam sekitar.

Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat persendirian. Tan Sri
Rozali juga pernah dan sedang memegang jawatan sebagai Penasihat dan Pengerusi
bersama Generasi Wawasan FELDA dan Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia.

Antara anugerah yang pernah diterima oleh Tan Sri Rozali adalah Fellowship Award dari
Institut Pemasaran Malaysia pada 6 November 2001. Ini adalah kerana sumbangannya
kepada institut itu dan juga strategi unik yang digunakan bagi memasarkan projek Bandar
Baru Puncak Alam dan Bandar Puncak Perdana.

Pada 26 Mac 2002, Tan Sri Rozali dianugerahkan Anugerah Pengurusan Air Cemerlang
peringkat Asia 2002 bagi kategori Anugerah Individu oleh Persatuan Air Malaysia. Ini adalah
kerana sumbangannya dalam menjana pengurusan yang cemerlang dan amalan terbaik
dalam industri air.
Pada 16 Januari 2003, Tan Sri Rozali dinamakan sebagai antara 10 usahawan terbaik
Malaysia oleh Ernst & Young. Ini adalah kerana sumbangannya dalam bidang
keusahawanan dan kepimpinan.

16
Assignment 1

RUJUKAN
 http://duriyan.blogspot.com/2007/01/billionaire-from-malaysia-tan-sri.html
 http://www.syabas.com.my/maincorp.php?pg_post=2&pg_id=1&menu_id=2

17

Anda mungkin juga menyukai