Anda di halaman 1dari 6

HBME2103_SEM SEPT08/F_NE

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Banding dan bezakan antara pendekatan generik dengan pendekatan


modular. Apakah hubungan kedua-duanya dengan pengembangan
kreativiti kanak-kanak?
(2)

2. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip ‘altruisme’? Nyatakan


hubungan konsep ini dengan ‘toleransi’.
(2)

3. Ibu bapa yang bersikap autokratik melahirkan anak yang taat dan patuh
pada peraturan dan undang-undang. Bincangkan kebenaran ini.
(2)

4. Isu tingkah laku dan personaliti telah disentuh oleh Halcomb (1991) di
dalam konteks remaja devian. Apakah maksud ‘devian’ dan kaitkan
dengan teori ‘subbudaya?

(2)

5. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ‘kurikulum tersembunyi’?


Nyatakan peranan kurikulum ini dengan kurikulum biasa.
(2)

1…
HBME2103_SEM SEPT08/F_NE

6. Matlamat kokurikulum tidak membentuk dan membina iklim budaya dan


tempat yang menarik dan menyeronokkan di sekolah. Jelaskan.
(2)

7. Peranan PIBG harus merealisasikan pengintegrasian keperluan


pendidikan secara berterusan dan menyeluruh. Adakah PIBG bertindak
demikian dewasa ini? Sediakan contoh yang sesuai.
(2)

8. Mercy Malaysia memainkan peranan yang tidak ada bandingannya. Akan


tetapi komentar tentang tugas mereka tidak disenangi oleh banyak pihak.
Kenapakah ini berlaku?
(2)

9. Keruntuhan moral berlaku di dalam pelbagai bentuk; di dalam media, di


atas jalanraya, pasaraya dan di tempat-tempat tertentu di mana manusia
berkumpul. Huraikan keruntuhan moral di media seperti ‘blog’ dan
‘internet’ dan nyatakan cara membendungnya.
(2)

10. Bagaimanakah pembelajaran koloboratif boleh memupuk kecerdasan


moral pelajar. Beri DUA contoh aktiviti yang sesuai untuk menghidupkan
pembelajaran kolaboratif ini.

(2)

2…
HBME2103_SEM SEPT08/F_NE

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Pernah kita dengar orang berkata ‘kemahiran berfikir secara kritikal tidak
berguna kalau kita tidak melakukan apa-apa’. Samalah seperti pepatah
China yang berkata, “ajar saya bagaimana memancing, bukan berikan saya
ikan kerana saya tidak akan mempelajari apa-apa pun tanpa ilmu”.
( 10 )
(a) Kaitkan kenyataan di atas dengan hujah, nas dan dalil di dalam
konteks pemikiran berfikir.

(b) Apakah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan kemahiran berfikir


secara analitis? Apakah matlamat kaedah analitikal ini? ( 10 )
(Jumlah: 20)

2. Bruner (1980), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu


proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep tertentu
berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka.

(a) Adakah kenyaaan ini membawa maksud ‘menguji idea dan


pendekatan’ (Bruner, 1989) dan ‘pembelajaran konstruktivisme’? ( 10)
Bincangkan.

(b) Huraikan dan kaitkan pembelajaran penemuan dan pembelajaran ( 10 )


kontekstualisme?
(Jumlah: 20)

3…
HBME2103_SEM SEPT08/F_NE

3. Kumpulan remaja di dalam masyarakat mempunyai subbudaya masing -


masing dan memperkenalkan ‘gaya remaja ‘secara meluas. Mereka merasa
selesa dengan subbudaya ini dan sering menentang dunia orang dewasa.

(a) Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh guru yang dapat
melenturkan penentangan remaja ini? Apakah tindakan yang boleh
dilakukan oleh guru untuk mendekatkan remaja dengan orang
dewasa?
( 10 )
(b) Terdapat banyak unsur negatif yang disalurkan melalui media
massa. Kebanyakan unsur-unsur yang negatif ini didapati melalui
video, internet dan televisyen. Apakah yang boleh anda lakukan
untuk memantau menghalang gejala ini?
( 10 )

(Jumlah: 20)

4. Yang dikatakan insan menyeluruh seperti yang diwar-war di dalam


huraian sukatan pelajaran yang menggunakan empat lajur, mesti
mengandungi ciri ciri seperti kesedaran hati nurani, insan berakhlak
mulia, pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan oral.

(a) Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh guru pendidikan moral
untuk mewujudkan kesedaran hati nurani? (6)

(b) Apakah jalan terbaik untuk menguatkan penguasaan kemahiran


menentang rakan sebaya supaya perasaan moral terjamin? (8)

(c) Huraikan kelebihan komunikasi sosial di dalam pendidikan moral.


Apakah hubungan komuniksi pemikiran moral? Perjelaskan. (6)
(Jumlah: 20)

4…
HBME2103_SEM SEPT08/F_NE

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Sebagai seorang guru anda mahukan pelajar berfikir secara rasional dan
logik di dalam membuat keputusan. Di dalam hal ini perkembangan
kognitif pelajar perlu dititikberatkan dan diberi perhatian. Guru harus
menerima pendapat pelajar secara terbuka dan membimbing mereka
supaya tahap penaakulan moral mereka terjamin.

(a) Untuk mengasah dan mempertajamkan daya pemikiran pelajar


Piaget telah mengetengahkan teori perkembangan moral dan
kognitif. Walau bagaimanapun teori kognitifnya telah menerima
tentangan yang hebat. Kenapakah hal ini berlaku? Bincangkan teori
Piaget dengan teori Kohlberg? (5)

(b) Setelah mengetahui kekuatan dan kelemahan teori Piaget dan teori
Kohlberg, nyatakan bagaimana anda boleh meningkatkan profesyen
anda sebagai seorang guru pendidikan moral? (5)

(c) Perkembangan moral kognitif dianggap lebih relevan berbanding


dengan perkembangan behavioris. Bagaimanakah keadaan ini boleh
berlaku? ( 10 )

(Jumlah: 20)

5…
HBME2103_SEM SEPT08/F_NE

2. Konsep nilai dan tekanan yang diberi kepada konsep itu adalah bersifat
subjektif. Ianya ditentukan oleh seseorang berdasarkan latarbelakang,
pengalaman, faktor luaran, agama dan masyarakat. Dalam konteks ini
Elias (1989) berkata bahawa bagi penganut pendekatan ini guru bukan
pengajar nilai, tetapi berperanan sebagai ‘role model’ sahaja.

(a) Perjelaskan kenyataan yang diketengahkan oleh Elias (1989) dan


kaitkan pendapat ini dengan teori yang diberi oleh Rogers. ( 10 )

(b) Simon et al (1972) menganjurkan enam formula tentang pendekatan


penjelasan nilai. Antara konsep yang dianjurkan ialah ‘memilih
daripada alternatif’ dan ‘membuat pilihan sendiri’. Bincangkan
kedua-dua konsep ini dan kaitkan dengan konsep ‘kebebasan’ yang
dikemukakan oleh Rogers. ( 10 )
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT