Anda di halaman 1dari 2

Temu bual

Skrip temu bual Informan A


Pengkaji : Selamat pagi, cikgu.
Informan A : Selamat pagi
Pengkaji : Bolehkah saya bertemu bual dengan cikgu tentang penggunaan
Peta i-think dalam waktu PdPc di SMK Kampung Nangka.
Informan A : Boleh, anda dipersilakan untuk bertanya.
Pengkaji :Baiklah. Terima kasih kerana sudi ditemu bual. Adakah cikgu
menggunakan Peta i-think dalam waktu PdPc?
Informan A : Ya, saya sering menggunkan Peta i-think semasa mengajar untuk
memudahakn proses pengajian dan pembelajaran.
Pengkaji : Bolehkah saya tahu apa jenis Peta i-think yang kerap digunakan
oleh cikgu dalam waktu PdPc?
Informan A : Boleh, saya sering menggunakan peta bulatan dan peta pelbagai alir.
Pengkaji : Mengapakah cikgu menggunakan jenis Peta i-think ini dalam
waktu PdPc?
Informan A : Cikgu menggunakan peta i-think tersebut untuk meningkatkan
daya ingatan pelajar terutamanya bagi tajuk yang berteraskan fakta
dan isi-isi utama untuk memudahkan murid-murid membuat nota di
samping mengurangkan kesusahan dalam minda murid.
Pengakji :Cikgu, apakah jenis Peta i-think yang tidak kerap digunakan oleh cikgu?
Informan A : Cikgu tidak kerap menggunakan peta dakap dan peta titi.
Pengkaji : Mengapakah cikgu tidak kerap menggunakan jenis Peta i-think ini
dalam waktu PdPc?
Informan A : Saya tidak kerap menggunakan peta dakap dan peta titi kerana ia
akan menyebabkan murid-murid berasa keliru untuk membeza isi
utama dengan huraian.
Pengkaji : Adakah murid-murid cikgu mendapat kebaikan selepas
menggunakan Peta i-think dalam waktu PdPc?
Informan A : Ya.
Pengkaji : Bolehkah cikgu ceritakan kebaikan penggunaan peta minda dalam
kalangan murid ?
Informan A : Boleh. Contohnya, murid-murid hanya perlu mencatat isi utama
yang diberikan semasa kuliah dalam bentuk yang ringkas dalam bentuk
peta buih. Hal ini kerana peta buih hanya perlu dihasilkan dalam
bentuk yang ringkas dan padat. Selain itu, peta i-think juga membantu
murid-murid semsa membuat nota secara lebih mudah. Contohnya
semasa murid-murid membuat nota dalam bentuk peta pelbagai alir,
murid-murid hanya perlu menulis dua hingga tiga kata kunci sahaja
untuk sesuatu isi atau ayat namun ianya membawa maksud yang sangat
jelas. Peta i-think juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar
kerana cara belajar sudah dimudahkan.
Pengkaji : Baiklah. Begitulah temu bual pada hari ini. Terima kasih kepada
cikgu kerana telah memberi kerjasama dalam temu bual ini.
Informan A : Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai