Anda di halaman 1dari 12

BAHASA MELAYU 11 NOV 2020

KERTAS 1

BAHAGIAN A (MODEL 1)
CARA-CARA MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT

Dalam era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin meningkat di seluruh dunia. Penyakit
berjangkit telah menjejaskan kesihatan manusia dan menjadi masalah kepada kita. Manusia tidak peka
terhadap isu-isu yang serius ini menyebabkan penyakit berjangkit merebak dengan cepatnya. Kita
mestilah mengambil berat terhadap masalah ini kerana mencegah penyakit lebih baik daripada
mengubatinya. Persoalannya, apakah cara-cara menjauhi penyakit berjangkit? Perkara ini akan saya
huraikan hingga akar umbi.

            Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat mestilah memakai penutup mulut dan hidung.
Hal ini dikatakan demikian kerana  bakteria akan terperangkap dalam penutup itu. Penyakit berjangkit
tidak mudah menular antara satu sama lain. Setiap masyarakat patut menggunakan penutup mulut dan
hidung semasa berada di tempat yang terbuka. Penutup ini boleh mengelakkan bakteria ini menular
kepada orang lain juga boleh menjaga diri daripada bakteria. Hal ini merupakan sesuatu perlindungan
kepada kita untuk menjaga kesihatan diri. Tegasnya, memakai penutup mulut dan hidung dapat
mengatasi masalah penyakit berjangkit untuk merebak.

Selain itu, masyarakat boleh menggunakan pensanitasi tangan semasa berada di luar rumah.
Pensanitasi tangan ini dapat membunuh bakteria yang berada pada tangan kita. Kita haruslah sentiasa
memastikan tangan kita adalah bersih supaya bakteria ini tidak akan menyerang badan kita. Pihak
berkuasa haruslah menyediakan pensanitasi tangan sebagai kemudahan awam kepada setiap
masyarakat. Oleh itu, kita boleh menjaga kesihatan diri pada bila-bila masa sebelum nasi menjadi bubur.
Kita haruslah mengelakkan tangan kita daripada menyentuh pancaindera supaya bakteria tidak akan
memasuki ke dalam badan kita. Pendek kata, pensanitasi tangan amat penting kepada kita untuk
memastikan tangan kita sentiasa bersih dan menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit.

            Di samping itu, manusia haruslah mematuhi penjarakan sosial antara satu sama lain. Kita mestilah
sentiasa menjarakkan diri semasa berada di luar rumah. Kita mestilah menghentikan semua aktiviti luar
untuk memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan. Contohnya, pihak kerajaan telah menjalankan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sepanjang dua bulan. Penyakit berjangkit dapat dikawal
dengan cepat jika setiap masyarakat mematuhi arahan yang telah diberi oleh pihak berkuasa. Setiap
masyarakat mestilah bersatu padu untuk mengawal penularan wabak ini kerana bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. Jelaslah bahawa, kita bertanggungjawab mematuhi penjarakan sosial ini untuk
menjauhi penyakit berjangkit.

            Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menjauhkan diri
daripada penyakit berjangkit. Pihak kerajaan haruslah bijak memberikan arahan yang betul kepada
masyarakat untuk mengawal penularan wabak di negara kita. Setiap masyarakat mestilah berganding
bahu bagai aur dengan tebing dan mematuhi segala arahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan
supaya kes penyakit berjangkit dapat dikurangkan. Saya berharap agar penyakit berjangkit dapat
dikawal dengan cepatnya supaya setiap masyarakat akan hidup dengan gembiranya. Marilah kita sama-
sama mencegah penyakit berjangkit daripada mendadak.
BAHAGIAN A (MODEL 2)
KEPENTINGAN MENERAPKAN SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini
seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan
urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka,
perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak
mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan
semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota
masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan
kerana perkara ini memainkan peranan penting kepada sesebuah negara.

Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan
rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat
menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku,
pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.

Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat


patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada
kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan
pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara
kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan
sektor pelancongan negara.

Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rapatkyat juga dapat menaikkan imej negara.
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat
membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh
itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan
semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam
menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.

Kesimpulannya, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-
negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah
mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua
pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
BAHAGIAN B ( SOALAN 5 )
LANGKAH-LANGKAH YANG PATUT DILAKUKAN OLEH IBU BAPA UNTUK MENJAMIN KESIHATAN AHLI
KELUARGA.

Pada era globalisasi ini, ramai ibu bapa kurang menekankan penjagaan kesihatan ahli keluarga
dalam kehidupan seharian mereka.  Tumpuan mereka terhadap kerjaya seperti doktor, jurutera,
peguam, arkitek, akauntan dan sebagainya menjadi kekangan dan alasan penjagaan kesihatan
kurang diimplimentasikan oleh setiap ibu bapa. Walaupun banyak kempen mengenai penjagaan
kesihatan diuar-uarkan melalui media massa tetapi masyarakat seolah-olah tidak cakna akan kesihatan
diri. Tidak hairanlah daripada kajian yang dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia telah menunjukkan
bahawa semakin ramai pesakit kronik telah mendapat rawatan di hospital tersebut. Menurut Datuk Dr.
Zaidun Kamari, Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, kebanyakan pesakit yang mendapat
rawatan di situ ialah pesakit yang tidak menitikberatkan amalan gaya hidup sihat seperti tidak
mengambil makanan seimbang dalam diet seharian, tidak melakukan senaman dan tidak membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala. Persoalannya, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa untuk mengelakkan penyakit-penyakit kronik ini menyerang ahli keluarga? Oleh itu,
bagi merungkai persoalan ini, saya akan menghuraikan secara total tentang cara-cara untuk melakukan
penjagaan kesihatan oleh ibu bapa untuk menjamin kesihatan ahli keluarga mereka.

Langkah dominan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menjamin kesihatan ahli keluarga
adalah dengan menyediakan menu harian yang seimbang kepada setiap ahli keluarga. Ibu bapa perlu
memastikan menu harian anak-anak mereka mengandungi nutrisi yang mencukupi mengikut keperluan
diet harian yang telah ditetapkan. Kajian mendapati bahawa nutrisi yang baik dan pengambilan gizi
makanan yang seimbang bukan sahaja mampu membantu perkembangan fizikal malah dapat
meningkatkan kalsium dan vitamin khususnya dalam menjadikan anak-anak lebih kuat di samping
mampu merangsang minda yang lebih cerdas kerana peribahasa menyatakan badan sihat otak cerdas.
Oleh itu, ibu bapa mestilah menyediakan makanan seperti yang dianjurkan mengikut piramid makanan.
Sebagai contoh, ibu bapa mestilah melebihkan karbohidrat serta mengurangkan makanan berlemak dan
bergula dalam masakan harian. Hal ini patut dilakukan supaya ahli keluarga mendapat tenaga yang
mencukupi  untuk menjalankan aktiviti harian serta mengelakkan pengumpulan lemak yang berlebihan.
Makanan yang mengandungi vitamin juga perlu dimasukkan oleh ibu bapa dalam diet harian untuk
melancarkan sistem pencernaan dan mengekalkan kesihatan ahli keluarga. Ibu bapa juga mestilah
memastikan penyediaan makanan ini dalam kondisi yang bersih dan bahan-bahan yang segar sahaja
dimasak. Dengan ini, ahli keluarga dapat menikmati makanan yang bersih dan berkhasiat sekali gus
mampu menyumbang kepada kesihatan keluarga. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan vital untuk
menjamin kesihatan ahli keluarga dengan menyediakan menu harian yang seimbang sebelum ahli
keluarga diserang penyakit yang berbahaya kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Lain daripada itu, amalan melakukan pemeriksaan kesihatan ahli keluarga secara berkala juga
mampu menjamin kesihatan ahli keluarga. Ibu bapa hendaklah memastikan ahli keluarga mereka
menjalani pemeriksaan kesihatan secara berterusan kerana amalan ini dapat mengesan atau mencegah
sesuatu penyakit lebih awal sekali gus mampu mengawal daripada menjadi kronik ibarat kata
peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Sebagai contoh, jika ibu bapa membawa anak-anak
mereka menjalani pemeriksaan kesihatan, mereka akan mengetahui berat badan anak-anak mereka
sama ada bacaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang normal ataupun sebaliknya. Jika BMI anak mereka
melebihi bacaan 30, bacaan ini menunjukkan anak mereka dalam kategori obesiti. Jadi ibu bapa dapat
mengawal pemakanan anak-anak mereka kerana obesiti akan menyumbang kepada penyakit-penyakit
kronik seperti diabetis, jantung dan buah pinggang.  Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membawa anak-
anak kecil menjalani suntikan vaksin mengikut jadual yang ditetapkan kerana hal ini dapat mencegah
anak-anak mereka menghidap pelbagai penyakit nanti. Jika amalan ini tidak dapat dilakukan oleh ibu
bapa anak-anak mereka akan menghidap penyakit-penyakit seperti folio, campak, talasemia dan
sebagainya. Menurut mantan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Zulkifly Ahmad, beliau sangat
mengharapkan agar ibu bapa tidak gagal membawa anak-anak kecil mengambil suntikan vaksin
mengikut jadual yang ditetapkan kerana persekitaran pada masa ini mudah menyumbang kepada
penyakit folio seperti yang berlaku di Filipina. Seterusnya, ibu bapa juga perlu
mengambil prakarsa dengan membawa anak-anak mereka membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-
kurangnya 6 bulan sekali apabila anak-anak meningkat remaja. Hal ini penting kerana anak-anak pada
peringkat ini mengambil variasi makanan tanpa mengikut diet yang seimbang. Jika pemeriksaan
kesihatan ini dilakukan, ibu bapa dapat mengesan lebih awal jika anak-anak mereka menunjukkan
simpton menghidap sebarang penyakit sebelum nasi sudah menjadi bubur. Oleh itu, jelas menunjukkan
bahawa usaha ibu bapa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala mampu memastikan
kesihatan ahli keluarga mereka terjamin.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa melakukan aktiviti senaman secara berterusan juga
merupakan antara cara penjagaan kesihatan  yang mudah untuk dilakukan oleh individu. Bersenam
merupakan pergerakan atau gerak kerja yang melibatkan anggota badan sehingga boleh mengeluarkan
peluh. Oleh itu, ibu bapa perlu menggalakkan ahli keluarga mereka bersenam, daripada kanak-kanak,
remaja, orang dewasa sehinggalah warga emas  juga boleh melakukan senaman. Apabila bersenam,
badan kita akan mengeluarkan peluh sekali gus dapat menyahkan sisa-sisa toksik, melancarkan
pengaliran darah serta membakar lemak supaya jantung dapat berfungsi dengan baik. Benar kata
peribahasa, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih, ibu bapa perlu memastikan ahli keluarga
melakukan aktiviti senaman  pada bila-bila masa yang sesuai dan terluang. Sebagai contoh, pada waktu
petang atau pagi jika tidak bekerja, ibu bapa dan anak-anak boleh melakukan senaman di halaman
rumah, taman permainan, trek-trek joging, gelanggang badminton, padang bola sepak dan sebagainya.
Menurut pakar kesihatan, amalan senaman wajar diamalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
dalam masa seminimum 20 minit untuk satu sesi. Aktiviti senaman ini hendaklah diamalkan oleh ibu
bapa dan ahli keluarga mereka sehingga menjadi rutin harian dalam kehidupan sama ada secara
bersendirian ataupun berkeluarga kerana aktiviti ini dapat mencergaskan tubuh dan pada masa yang
sama mencerdaskan minda. Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa senaman merupakan aktiviti
penjagaan kesihatan yang mudah untuk dilakukan oleh ibu bapa dan anak-anak kerana aktiviti ini boleh
dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Kesimpulannya, terdapat heterogen cara penjagaan kesihatan yang patut dilakukan oleh ibu


bapa untuk menjamin kesihatan ahli keluarga.   Sehubungan dengan itu, semua lapisan masyarakat
amnya dan institusi keluarga khususnya perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam usaha
melahirkan generasi yang sihat dan cerdas supaya mereka dapat memacu untuk
merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diinspirasikan oleh mantan Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed. Saya berharap agar pelbagai program dapat terus dijalankan untuk
memberikan pendedahan kepada semua lapisan masyarakat tentang penjagaan kesihatan
bagi menjana kehidupan yang  mapan selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk
melahirkan masyarakat madani sekali gus mampu mengangkat negara ke mercu kegemilangan.
KERTAS 2
SOALAN 4: NOVEL (MODUL 1)

A. TEMA

Berdasarkan Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, tema novel ini ialah kecekalan
seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti
persekolahan di kampung datuknya.

Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala
Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh
dugaan dengan semangat yang kental. Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang
mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda. Selain itu, Lili cekal menghadapi karenah datuknya
yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.
Tambahan itu, Lili cekal menghadapi karenah ibunya yang memintanya menghabiskan cuti
persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia
amat menyayangi ibunya. Di samping itu, peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan
Haziq di sebuah pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk pulang
ke Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini. Akhir sekali, peristiwa Lili menaiki bas
ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula
dipupuk dalam diri Lili.

B. NILAI KEGIGIHAN

Novel yang saya pelajari iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, satu peristiwa
nilai kegigihan yang terdapat dalam novel ini ialah, peristiwa datuk yang gigih mempertahankan
perubatan tradisional. Buktinya, beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar
kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya. Datuk menggunakan kepakarannya dalam bidang
perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan. Usaha datuk telah
berjaya sebagai perubatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan
moden. Sebagai contoh, Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan
menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba. Datuk Lili merawat Kak Mimah yang
menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga,
daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.

Manakala dalam Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, satu peristiwa nilai
kegigihan yang terdapat dalam novel ialah peristiwa Dahlia yang gigih mengulang kaji pelajaran
walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa. Dahlia yang menghadapi pelbagai
masalah keluarga seperti kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan adik-adiknya yang
masih kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar tetap gigih bagi
mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan STPM. Akhirnya, segala kegigihan serta sifat
tidak mudah berputus asa Dahlia dibalas apabila dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke Jepun.
16 NOV 2020
BAHAGIAN A
FAEDAH-FAEDAH MENABUNG

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam kehidupan
manusia. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil. Terdapat banyak cara untuk
memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa boleh membuka akaun di bank atas
nama anak-anak untuk menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Jabatan Pelajaran Sarawak
telah melancarkan program menggalakkan pelajar menabung sama ada peringkat sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. Antaranya, Program Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di
peringkat sekolah. Kelab Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan saku tersebut. Oleh itu,
amalan menabung boleh dikatakan membawa faedah yang banyak kepada kita.
 
    Amalan menabung boleh memupuk nilai berdikari, terutamanya dalam kalangan pelajar.
Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan
dan sebagainya. kita akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna
wang yana ada pada kita. Misanya, seseorang yang berjimat cermat sudah tentu menggunakan separuh
daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk ditabung  sama ada di dalam bekas tabung
atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada simpanan, bak
kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, amalan menabung berupaya memupuk kita lebih
berdikari dengal mengamalkan amalan berjimat cermat untuk bila-bila masa.

    Di samping itu, amalan menabung boleh mengatasi masalah yang kita hadapi semasa
kecemasan. Keadaan ini boleh digambarkan seseorang menyediakan payung sebelum hujan. Kita dapat
membantu orang yang berada dalam keadaan susah, seperti mangsa dalam kemalangan atau ditimpa
bencana. Misalnya, kita boleh menggunakan tabungan kita untuk menderma kepada mangsa Gaza.
Selain itu, kita juga boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Hal ini
disebabkan kita tidak mungkin dapat memperoleh sejumlah wang yang banyak dengan segera jika kita
tidak ada wang tabungan. Untuk menyemai amalan yang murni ini dalam kalangan masyarakat, syarikat
insurans telah menggalakkan masyarakat  supaya menabung dengan cara menawarkan skim tabungan
yang pelbagai untuk kecemasan, iaitu kad perubatan.

   Pada hemat saya, kepentingan primanya ialah para pelajar dapat menyambung pelajaran dengan
menggunakan wang tabungan sekiranya diperlukan. Hal ini demikian kerana kos pengajian di peringkat
universiti semakin meningkat. Jika kita menabung, kita dapat menampng perbelanjaan persekolahan
lain, seperti membeli buku-buku rujukan, membayar yuran sekolah dan yuran kelas bimbingan luar.
Natijahnya, kita tidak perlu bersandar pada ibu bapa ataupun pada kerajaan untuk mendapatkan
bantuan kewangan ataupun biasiswa demi mengongkosi pengajian kita di menara gading nanti. Orang
tua-tua pernah berkata bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna haruslah
menjadi pedoman dalam amalan ini. Ringkasnya, kehidupan masa hadapan lebih terjamin dengan
pembelajaran sepanjang hayat dijadikan landasan untuk berjaya sekiranya ada tabungan yang
mencukupi.

   Intihanya, amalan menabung amat mulia. Setiap individu perlu mengorak langkah untuk menabung.
Amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan negara.  Dalam keadaan
kemelesetan ekonomi dunia, rakyat juga dapat menghadapi kegawatan ekonomi ini dengan tabah
kerana mempunyai tabungan yang cukup untuk membiayai kos hidup.
BAHAGIAN A
PERSEDIAAN SESEORANG MENCAPAI CITA-CITANYA

Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan dengan mencapai cita-cita.
Ahli bijak pandai pernah berkata bahawa,”Tiada anugerah yang lebih berharga yang diberikan oleh ibu
dan ayah kepada anaknya kecuali tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia”. Ungkapan ini jelas
memaparkan betapa besar pengorbanan  ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang
berguna.  Sebagai anak yang bertanggungjawab, kita perlu sentiasa ingat akan pengorbanan ibu bapa
kita dan sentiasa bersedia untuk membalas budi mereka agar kita tidak dianggap sebagai anak yang
derhaka atau kacang lupakan kulit.  Satu perkara yang amat wajar kita lakukan dalam kehidupan kita
ialah memenuhi harapan ibu bapa terhadap kita agar berjaya dalam hidup. Persoalannya, apakah usaha-
usaha yang wajar saya lakukan untuk memastikan cita-cita tercapai?

        Usaha pertama yang perlu saya lakukan untuk memastikan cita-cita tercapai ialah saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya akan menumpukan
sepenuh perhatian  semasa guru sedang mengajar di kelas. Sekiranya terdapat topik yang tidak
difahami, saya akan bertanya kepada guru. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kecemerlangan
dalam bidang akademik pada zaman ini menentukan keadaan masa hadapan seseorang kerana mereka
yang cemerlang dalam akademik biasanya mempunyai masa hadapan yang cerah. Oleh itu, saya akan
membuat persediaan yang rapi sebelum menduduki peperiksaan agar saya dapat menjawab semua
soalan dengan cemerlang kerana di mana ada kemahuan di situ  pasti ada jalan. Tegasnya,saya akan
belajar dengan tekun dan berusaha dengan gigih bagi mencapai cita-cita.

        Selain itu, saya juga akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam
kehidupan. Saya akan mengamalkan nilai ketabahan, kerajinan, amanah, tidak berputus asa dan
beryakinan tinggi dalam usaha mencapai kejayaan. Akhlak yang terpuji akan menjadi penghias diri dan
berjalan seiring dengan kejayaan yang kita miliki. Kita perlu ingat bahawa sekiranya ahklak seseorang itu
buruk, walau betapa cemerlang pun pencapaiannya dalam akademik tidak akan dihormati dan disegani.
Jelasnya, amalan berbudi bahasa amat penting dalam menentukan kejayaanseseorang individu.

            Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai keinginan untuk
menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Dengan ini, saya tidak akan
dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala social yang negatif.
Saya akan membezakan antara kaca dengan permata dan sentisasa memikirkan akan masa depan saya
serta matlamat hidup saya. Saya juga dapat bergantung kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya
tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan  sesuatu cabaran dalam hidup.. Tegasnya, saya
akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam
membuat sebarang keputusan dalam hidup saya agar dapat memenuhi impian saya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai


kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah dan segala perbincangan
yang saya rancangkan. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya
tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan
pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap gelita. Tanpa kecemerlangan
dalam peperiksaan terutamanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, hidup kita sudah tentu teraba-aba
dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan
tanpa berputus asa ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang
BAHAGIAN B (SOALAN 10)
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN SESEORANG MURID DALAM PELAJARAN

Belakangan ini, soal pembinaan modal insan cemerlang adalah antara perkara yang menjadi
agenda utama pembangunan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan Malaysia
muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan
cemerlang menerusi bidang pendidikan telah diberi penekanan.  Hal ini cukup penting kerana kita
memerlukan sejumlah besar golongan pelajar cerdik pandai bagi membolehkan negara bersaing di
peringkat global. Sehubungan dengan itu, kejayaan pelajar dalam pelajaran menjadi agenda perdana
setiap sekolah kerana mereka merupakan modal insan yang bakal memacu negara agar dapat berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Pada pendapat saya,
pelbagai faktor  yang dapat dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam
pelajaran. Persoalannya, apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan murid dalam pelajaran.

Faktor pertama menentukan kejayaan pelajar dalam pelajaran ialah proses guru mengajar di
dalam kelas. Oleh sebab itu,  kecemerlangan seseorang guru mengajar di dalam kelas menjadi faktor
perdana yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Hal ini berlaku demikian
kerana guru yang mahir mengajar mengatur pengajarannya mengikut pendekatan dan kaedah
pengajaran terkini yang sesuai dengan kehendak pelajar, justeru, dengan cara itu pelajar  akan mudah 
memahami ilmu yang hendak disampaikan oleh seseorang guru dan cemerlang dalam pelajaran. Selain
itu, guru cemerlang juga akan sentiasa menggunapakai pelbagai bahan bantu mengajar berdasarkan
teknologi terkini untuk menarik perhatian pelajar mengikuti pengajarannya. Contohnya, seorang guru
cemerlang akan menggunakan peralatan mengajar seperti komputer riba,  Liquid Crystal Display
Projektor (LCD Projektor), bijak mengakses bahan pengajaran menggunakan internet dan alatan bantu
mengajar lain sebagai usaha untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam
kelas. Tambahan pula, banyak bahan yang mudah dicapai dengan melayari internet kerana dunia tanpa
sempadan dan maklumat berada di hujung jari. Sekiranya seseorang guru mengajar hanya menggunakan
"calk and talk" sahaja, pelajar akan kurang memberi perhatian kepada pengajaran guru dan mereka akan
ketinggalan dalam pelajaran. Sebaliknya penggunaan teknologi maklumat serta penggunaan alat
teknologi terkini akan menambat hati mereka kepada pengajaran guru dan mereka akan berjaya dalam
pelajaran. Sudah terang lagi bersuluh faktor utama kejayaan pelajar terletak  pada proses guru mengajar
di dalam kelas.

Seterusnya faktor kedua penentu kejayaan seseorang pelajar berjaya dalam pelajaran ialah
pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara kondusif di dalam bilik darjah . Bilik darjah yang
mempunyai sistem pengudaraan yang baik, susun atur peralatan yang memudahkan pergerakan pelajar,
memiliki ciri-ciri keselamatan, bersih dan ceria menjadi pendorong kepada murid-murid untuk belajar
dengan selesa. Apabila murid-murid berasa selesa, mereka akan lebih fokus terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.  Oleh sebab itu, apabila murid memberikan perhatian di
dalam kelas, setiap perkara yang dipelajari oleh mereka akan dapat difahami dengan mudah. Menurut
kajian yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia, 70 peratus
kejayaan seseorang pelajar adalah kerana  memberi mereka memberi penumpuan penuh di dalam bilik
darjah ketika proses pembelajaran dan pembelajaran, 29 peratus adalah inspirasi dan 1 peratus
melibatkan genius. Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut, dapat dirumuskan   bahawa proses
pembelajaran dan pengajaran secara kondusif di dalam bilik darjah mempengaruhi kejayaan seseorang
murid dalam pelajaran. Sekiranya, suasana dalam kelas panas akibat sistem pengudaraan tidak
sistematik, susun atur kerusi tidak teratur, keadaan kelas tidak bersih, sudah pasti pelajar tidak akan
dapat belajar secara kondusif dan mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini dapat dilihat
dikebanyakan kelas, terutama kelas hujung yang dihuni oleh pelajar yang kurang memberangsankan
pelajaran mereka. Tegasnya, faktor pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara kondusif di dalam
bilik darjah penentu kejayaan pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi kejayaan


seseorang murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah dan panitia mata pelajaran sama ada di dalam  atau di luar sekolah berupaya mencemerlangkan
pelajar. Program-program seperti Kem Wacana Akademik, Ceramah Teknik Menjawab Soalan
Peperiksaan, Bengkel Akademik, Cemamah Motivasi  dan sebagainya mampu meningkatkan keupayaan
murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang seperti ini membolehkan murid-murid
menguasai topik-topik utama dengan mudah dan berupaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Hal ini demikian kerana mereka sudah menghadapi soalan-soalan yang mirip peperiksaan sebenar dan
telah berbincang  dengan guru dalam program yang dianjurkan.  Tambahan pula, sepanjang program
seperti teknik menjawab soalan, pihak pengurusan sekolah sekarang berlumba-lumba menjemput guru
pakar ke sekolah untuk menyampaikan ceramah dan membantu pelajar menjawab soalan bertepatan
dengan kehendak skema pemarkahan sesuatu mata pelajaran. Tokoh motivasi negara, Datuk Dr. Mohd
Fazilah Kamsah menegaskan bahawa jika seseorang melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang
kali maka mereka mampu menghadapi setiap cabaran dengan mudah kerana sudah melaluinya sebelum
ini. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa program yang dirancang oleh pihak sekolah mampu
mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran mereka. Tegasnya, program-program sekolah
yang dirancang juga mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Selain itu, murid-murid yang mengikuti kelas-kelas tuisyen juga mampu berjaya dalam pelajaran.
Ramai ibu bapa sekarang menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen berbayar pada luar
waktu persekolahan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak mereka dalam
pelajaran. Mereka tidak menghiraukan tentang kos yang perlu dibayar kepada pusat tuisyen kerana
mereka mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Kelas-kelas
tuisyen sama ada secara individu atau kelompok mampu meningkatkan kemahiran murid untuk siap
siaga menghadapi peperiksaan. Sebagai mana kita sedia maklum, pusat tuisyen menyediakan guru yang
pakar untuk membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan dan kebanyakan guru berkenaan mahir
dalam mata pelajaran yang diajar dan ada juga dalam kalangan mereka terlibat memeriksa kertas
peperiksaan. Murid-murid akan ditekankan oleh guru pusat tuisyen tentang teknik-teknik menjawab
yang betul dan strategi untuk mendapat markah yang tinggi. Murid-murid akan mendapat pendedahan
tersebut secara terus berbanding guru-guru di sekolah. Hal ini mampu meningkatkan kemahiran pelajar
dalam setiap mata pelajaran yang diikuti, sekali gus mereka mampu menjawab soalan peperiksaan
dengan cemerlang kerana peribahasa ada menyatakan bahawa alah bisa tegal biasa. Sekiranya, pelajar
mendapat bimbingan tambahan di pusat tuisyen, mereka mempunyai banyak kelebihan berbanding
pelajar yang hanya mendapat bimbingan daripada guru-guru sekolah. Jelas, pelajar yang menghadiri
kelas-kelas tuisyen mampu berjaya dalam pelajaran mereka.

Akhir sekali, dorongan daripada ibu bapa juga mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam
pelajaran. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa
menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Tiada ibu bapa yang  mahu melihat anak-anak
mereka gagal melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Mereka akan melakukan apa-apa sahaja
bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan kerana pada mereka di mana ada
kemahuan di situ ada jalan. Mereka akan memberikan dorongan dan kata-kata motivasi kepada anak-
anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat digapai. Selain motivasi, ibu bapa
akan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka dipermudahkan ketika menghadapi peperiksaan. Mereka
mengharapkan anak-anak mereka akan tenang apabila menduduki peperiksaan dan dapat menjawab
soalan dengan mudah. Apabila anak-anak merasakan diri mereka dihargai maka mereka akan belajar
bersungguh-sungguh supaya harapan ibu bapa dapat direalisasikan. Mereka berazam untuk
menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa sebagai balasan atas jasa dan pengorbanan mereka selama
ini. Sebaliknya, pelajar yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan tidak mendapat motivasi
untuk berjaya dalam pelajara akan terus tertinggal dalam pelajaran, Sudah terang lagi bersuluh
menunjukkan bahawa dorongan ibu bapa mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Kesimpulannya, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah
yang menjadi aset yang boleh disuntik nilai tambahnya untuk menjana pembangunan negara. Kejayaan
murid-murid dalam pelajaran menjadi keutamaan dalam membina modal insan yang berwawasan.
Anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dapat menjana idea untuk memacu negara ke arah
menjayakan Wawasan 2020. Jadi, ibu bapa memainkan tanggungjawab yang besar bagi memastikan
anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran kerana di bahu anak-anak inilah terletak harapan untuk
menggantikan barisan kepimpinan negara yang ada sekarang selaras dengan cogan kata pemuda
harapan bangsa pemudi tiang negara. Tambahan pula, peperiksaan awam cuma dilalui oleh anak-anak
sekali dalam seumur hidup, sekiranya mereka gagal menyumbang kejayaan dan kecemerlangan bukan
sahaja anak-anak yang rugi tetapi ibu bapa ibu bapa yang akan menyesal dikemudian hari kerana "
sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian sudah
tidak berguna lagi.
SOALAN 4: NOVEL (MODUL 2)

A. PERSOALAN KEBERANIAN
B. PERISTIWA KETABAHAN WATAK UTAMA

SOALAN 4: NOVEL (MODUL 3)

A. PERSOALAN KASIH SAYANG

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Mat Darin, terdapat persoalan kasih sayang antara
ahli keluarga yang diutarakan.Persoalan kasih sayang ibu yang mendalam terhadap anaknyadipaparkan
melalui watak ibu Lili yang sangat sayang akan anaknya Lili . Ibu Lili menolong mengeringkan tubuh
anaknya yang baru selesai mandi walaupun Lily sudah berusia 17 tahun. Ibu Lili juga mengupas-usap
rambut Lili dalam usaha memastikan Lili rela hati mengikut permintaannya pulang ke kampung.

Persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu pula digambarkan melalui watak Lili yang berusaha
mematuhi permintaan ibunya untuk menghabiskan cuti persekolahan terakhirnya di kampung datuk. Lili
sebenarnya berhasrat untuk bersama-sama teman sekelas terutama sekali menyertai majlis perpisahan
pengetua sekolah. Lili tidak membantah kerana dia ingin melihat ibunya gembira. Selain itu, persoalan
kasih sayang terhadap cucu dibuktikan melalui watak nenek dan datuk yang begitu risau setelah Lili
dilarikan ke dalam hutan oleh Haziq dan Rafiq. Setelah Lili diselamatkan, nenek melarang Lili keluar dari
rumah tanpa sebab.

B. PERISTIWA MENARIK PADA BAHAGIAN PELERAIAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Kak Mimah mencadangkan Che Jah
membuat laporan polis. Che Jah bersetuju membuat laporan polis tentang keganasan yang telah
dilakukan oleh suaminya Seman terhadap dirinya dan anak anaknya. Akhirnya Seman berjaya ditangkap
oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis. Hal ini supaya suaminya itu dapat
dipulihkan. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana atas bantuan Kak Mimah penderitaan yang
dihadapi oleh Che Jah sekeluarga dapat diselesaikan.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa datuk menceritakan rahsia jendela rumah
yang menghadap jalan. Datuk menjelaskan bahawa rekaan jendela dan pintu rumah ketika itu dibina
menghadap ke jalan supaya senang untuk penduduk kampung mengintai pergerakan musuh komunis
yang datang ke kampung mereka. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana cerita datuk dapat
menamatkan penantian pembaca tentang misteri jendela menghadap jalan.
SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa penduduk kampung bekerjasama
antara satu sama lain mengumpulkan wang untuk Dahlia mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam
bulan di Universiti Malaya. Haji Sulaiman telah menyerahkan sampul derma daripada orang kampung
yang berjumlah RM500 kepada Dahlia. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana wujudnya
kerjasama penduduk kampung untuk mengurangkan beban kewangan keluarga Dahlia demi
merealisasikan impiannya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Azhari berjumpa Dahlia di stesen bas.
Azhari pergi berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis
yang merupakan pakciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai
songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut "Koi-bito" yang tidak
diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada
di mana-mana pun. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana Azhari dan Dahlia sempat juga bertemu
sebelum berpisah kerana Dahlia akan melanjutk

Anda mungkin juga menyukai