Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Personaliti merupakan aspek pernampilan tingkah laku penting seseorang. Personaliti


seseorang berkembang sebagaiman tingkah laku yang lain bermula dari awal hingga akhir
hayat dan peringkat remaja merupakan peringkat konflik personaliti yang serius.Jadi, kita
akan membincangkan tentang peranan ibu bapa dan guru dalam meningkatkan perkembangan
kognitif, emosi dan psikomotor yang mepengaruhi pembentukkan personaliti remaja.

2.0 Perkembangan kognitif

Pertama sekali apa itu perkembangan kognitif. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel
(2008), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia
melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,
menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting
untuk kelangsungan hidup bagi seseorang individu.

Piaget menyatakan ada empat tahap dalam perkembangan kognitif iaitu tahap Sensorimotor,
tahap Pra Operasi, tahap Operasi Konkrit, dan tahap Operasi Formal. Pada tahap
Sensorimotor iaitu anak yang berusia 2 tahun kebawah akan mula belajar berbahasa dan mula
mengenal dunia melalui pergerakan dan deria. Pada tahap ini, ibu bapa mestilah memberi
rangsangan dan mengadakan satu persekitaran di mana mereka dapat belajar secara spontan.
Ibu bapa mesti menunjukkan perbuatan yang dapat memberi didikan kepada mereka dan
memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak agar dapat merangsang
perkembangan bahasa mereka. Pada masa yang, kanak-kanak harus diberikan persekitaran di
mana mereka dapat meneroka sesuatu perkara seperti objek, mainan dan sebagai supaya
perkembangan mereka dapat berlaku dengan lancar.

Pada tahap Pra operasi kanak-kanak mula mengetahui tentang pelbagai perspektif kehidupan.
Ibu bapa mesti menyediakan barang permainan seperi blok bentuk-bentuk di mana kanak-
kanak tersebut harus memasukkan blok-blok tersebut ke dalam bekas tetapi melalui bentuk
yang sesuai. Hal ini akan memberi kelebihan kepada kanak-kanak untuk belajar secara
spontan dan membantu perkembangan pemikiran yang lebih baik serta penyelesaian masalah

Pada tahap Operasi Konkrit pula, anak-anak mula belajar berfikir secara logik. Oleh itu ibu
bapa harus menolong dan membimbing mereka bagaiman untuk menyelesaikan masalah.
Contohnya, jika kanak-kanak menuangkan air dalam dua bekas yang beza saiz, ibu bapa
haruslah membantu mereka dengan menyatakan bekas yang besar mempunyai kuantiti air
yang lebih banyak. Hal ini akan dapat membantu mereka untuk berfikir dengan logik dan
dapat memahami dengan lebih baik.

Pada tahap Operasi Formal, ibu bapa harus mengajarkan pelbagia jenis moral dan etika yang
baik yang perlu diketahui oleh mereka kerana pada masa ini mereka boleh berfikir abstrak
dan membuat hipotesis. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan dalam memberi didikan yang
baik kepada mereka serta perbuatan yang boleh memberi teladan kepada mereka. Hal ini akan
membuat mereka menjadi insan yang lebih baik dan bersikap positif.

Peranan guru pula dalam membantu meningkatkan perkembangan kognitif pelajar ialah
menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk memudahkan pemahaman murid.
Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran menambah dan menolak, guru boleh
menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di sekelilingnya seperti ranting kayu, batu,
daun, dan lain-lain. Pendekatan ini sesuai untuk kanak-kanak pada peringkat Pra operasi,
iaitu berumur 2 hingga 7 tahun. Selain itu, guru boleh menggunakan bahan konkrit sebagai
bahan bantu mengajar dalam mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah
menarik dan bersesuaian dengan pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai
contoh, guru boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan
mainan untuk mewakili objek yang dipelajari oleh mereka. Pendekatan ini boleh dipraktikkan
untuk kanak-kanak di peringkat operasi konkrit, iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11
tahun.

Guru juga boleh menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanak-kanak tidak
semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk merasa sendiri
pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran mereka kepada flora
dan fauna. Contohnya, guru membuat lawatan ke Zoo Negara, taman yang berada di sekolah,
dan sebagainya. Menerusi pengalaman ini, mereka akan dapat membuka minda mereka dan
dapat menikmati sendiri pengalaman tersebut

Guru boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk menggambarkan sesuatu konsep yang
lebih kompleks untuk kanak-kanak pada peringkat operasi formal. Contohnya, penggunaan
bahan tiga dimensi, carta, rajah, gambar, jadual, dan pengalaman murid sendiri sebagai
alternatif untuk mengajar sesuatu yang lebih sukar. Dengan penggunaan bahan-bahan
tersebut, murid-murid dapat membayangkan perkara yang diajar oleh guru serta dapat
memahami perkara yang kompleks dengan lebih mudah.

3.0 Perkembangan emosi

Dari segi perkembangan emosi, remaja, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang
sewajarnya dalam hal ini. Semasa pelajar berada di rumah, ibu bapa haruslah memberikan
perhatian yang secukupnya kepada pelajar serta merapatkan hubungan dengan pelajar. Hal ini
akan memudahka pelajar untuk berkongsi atau meluah perasaan dengan ibu bapakerana
remaja lebih selesa meluahkan perasaan mereka dengan orang yang mereka percayai dan
selesa.

Selain itu, ibu bapa tidak seharunya mengongkong remaja. Pada usia remaja, pelajar akan
cuba meneroka benda-benda baru dan inginkan kebebesan. Oleh itu ibu bapa seharusnya
membiarkan mereka menceburi sesuatu yang mereka minat seperti bermain alat muzik,
melukis, bermain permainan video dan sebagainya tetapi ibu bapa tetap harus memantau
mereka. Sekiranya mereka dikongkong seperti disuruh belajar sepanjang masa. Ini akan
menyebabkan remaja ini mula memberontak kerana keinginan mereka tidak dapat dipenuhi
serta menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

Seterusnya peranan guru dalam perkembangan emosi pelajar ialah Guru seharusnya sentiasa
berusaha untuk mewujudkan keadaan yang ceria dan kondusif ketika menguruskan kelas dan
melaksankan proses pengajaran. Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi minat  dan
kecergasan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini secara langsung
akan memberikan kesan dari segi emosi dan perasaan seperti marah, keupayaan untuk
bersaing, penggunaan sumber yang terhad, dengki, memfitnah dan lain-lain. Kesmua aspek
yang berkenaan akan dapat dikurangkan sekiranya murid dapat menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran dalam suasana kondusif dan emosi terkawal.

Guru juga harus cuba memperkembangkan pengalaman pelajar. Ini boleh dilaksanakan
dengan cara menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut kehendak kurikulum
dan ciri-ciri pelajar yang dihadapinya. Mereka boleh memberikan penjelasan serta
memperluas bahan bantuaan dengan tujuan memperkayakan kurikulum. Penggunaan bahan-
bahan yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar akan mendorong mereka untuk mengambil
bahagian aktif dalam proses pembelajaran. Penglibatan aktif murid secara langsung akan
membantu mereka untuk mengekalkan emosi terhadap aktiviti dalam pembelajaran.
3.0 Perkembangan psikomotor

Perkembangan psikomotor ialah perkembangan kemahiran fizikal seperti pergerakkan,


koordinasi, manipulasi, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, melalui aspek motor halus dan
motor kasar ataupun dalam bahasa yang mudah bermain. Sebagai ibu bapa, kita boleh
menjadikan permainan sebagai alat bantuan untuk mengasah kemahiran remaja di samping
meneroka bakat terpendam mereka. Oleh itu ibu bapa seharusnya mengalakkan anak-anak
mereka untuk menyertai pelbagai yang melibatkan fizikal seperti olahraga bagi membantu
perkembangan psikotor pelajar serta dapat menyerlahkan bakat pelajar dalam sesuatu
permainan.

Selain itu, guru seharusnya memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan fizikal. Hal ini dapat
membantu pelajar untuk

Kesimpulan

Kesimpulannya, untuk mencorak personaliti yang positif dalam kalangan pelajar, ibu bapa
dan guru haruslah melakukan peranan masing-masing dalam membentuk pelajar yang
mempunyai personaliti yang positif. Sekiranya salah satu tidak melaksanakan peranan
mereka mungki

Anda mungkin juga menyukai