Anda di halaman 1dari 3

IMPLIKASI MOTIVASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID

Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang
digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pembelajaran murid
biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka
termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi
cabaran-cabaran tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain. Maka
guru boleh memberikan motivasi bagi setiap peringkat dalam PdP.

Bagi sesi sebelum memulakan PdP, guru-guru mesti membuat perancangan yang
sistematik dengan mengambilkira soalan-soalan yang ingin ditanya dan alat bantu mengajar
yang disediakan juga bersesuaian dan mencukupi. Guru mesti membuat persediaan yang rapi
supaya sepanjang penyampaian PdP guru berada dalam keadaan yang menyeronokkan.

Semasa proses PdP dijalankan pula, guru-guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah
untuk memperkenalkan sesuatu topik. Pengajaran yang melibatkan murid akan meningkatkan
motivasi murid. Sekiranya murid-murid dapat memahami tentang apa yang disampaikan, maka
murid-murid akan mempunyai motivasi intrinsik terhadap pembelajaran.

Selepas proses PdP pula, dengan adanya penambahan motivasi, murid-murid patut
diberi masa untuk membuat renungan atau refleksi. Ini kerana, proses refleksi ini dapat
membantu mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka.
Antara motivasi yang boleh diwujudkan adalah seperti maklumbalas hasil daripada penilaian
kemajuan pembelajaran murid-murid, akitiviti lanjutan untuk mengukuhkan pembelajaran serta
sikap keprihatinan guru-guru terhadap keperluan murid-murid.

Guru-guru harus sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan
terjamin, agar murid-murid mempunyai tahap azam kendiri dan rasa bertanggungjawab
terhadap pembelajaran sendiri. Guru-guru harus menyediakan suasana yang kaya dan
kondusif bagi murid-murid untuk pembelajaran mereka. Harus terdapat pelbagai jenis sumber
supaya mereka dimotivasikan untuk belajar.Ini akan membantu murid untuk lebih menyukai
suasana di dalam kelas dan akan mendorong murid untuk mempunyai semangat dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran.
Guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa setiap orang kanak-kanak boleh
belajar dengan baik di sekolah, tanpa mengambil kira latar belakang mereka yang berbeza-
beza. Dengan kepercayaan ini, guru-guru akan berikhtiar untuk bekerja keras dan murid-murid
juga akan dimotivasikan untuk belajar dan mendapat pencapaian yang baik.Guru-guru tidak
harus terlalu menekankan motivasi luaran seperti ganjaran luaran yang tidak akan membawa
hasil yang diinginkan. Pengukuhan positif atau negatif boleh digunakan untuk memotivasikan
murid untuk belajar. Misalnya, tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan dalam bilik darjah
untuk menggalakkan murid lain melakukan tugasan yang baik.

Guru-guru harus sentiasa menggunakan motivasi dalaman dalam pengajaran mereka.


Bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran haruslah berkaitan dengan minat dan rasa ingin
tahu murid. Umpamanya guru boleh menghubung kaitkan murid dengan kehidupannya,
menggunakan nama murid, menggunakan bahan pembelajaran yang jelas dan menarik, dan
sebagainya. Permainan dan teka silang kata boleh digunakan untuk mencetuskan minat
dalaman.

Murid atau aktiviti pembelajaran haruslah distrukturkan dengan cara mudah supaya
murid dapat mengikutinya. Murid dan aktiviti harus distrukturkan mengikut tahap pengetahuan
atau kemahiran murid.Guru-guru harus juga selalu melayani keperluan murid, termasuk
keperluan untuk azam sendiri. Guru-guru boleh menugaskan murid untuk melakukan tugas
yang penting seperti mengedar dan mengutip buku dan kertas, menjaga sudut bacaan dan lain-
lain tugasan lagi.

kesimpulan

   Secara kesimpulannya, motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati


seseorang untuk melakukan atau mencapai sesuatu tujuan. Motivasi juga biasa
dikatakan sebagai rencana atau keinginan untuk menuju kejayaan dan menghindari
kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah sebuah proses untuk tercapainya
suatu tujuan. Seseorang yang mempunyai motivasi bererti ia telah mempunyai
kekuatan untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan.
Adalah dipercayai bahawa setiap manusia adalah lahir dari personaliti dan
persekitaran yang berbeza. Maka sebagai pendidik yang berprofesional amatlah
penting untuk mengenali teori-teori motivasi ini, agar dapat mengaplikasikan segala
kemahiran dan ilmu yang berkaitan semasa penyampaian PdP. Saya percaya bahawa,
sekiranya seseorang guru dapat memahami muridnya bukan dari segi fizikal bahkan
juga dari dalaman, ini secara tidak langsung dapat membantu guru untuk membuat
perancangan mengajar yang bersesuaian dan guru juga dapat menggunakan kaedah
yang betul semasa berinteraksi dengan anak murid mereka.                      
Justeru, guru merupakan pembina bangsa negara yang penting, yang merupakan
golongan yang berada di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk
memastikan hasrat negara iaitu melahirkan modal insan yang berguna demi mencapai
matlamat pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai