Anda di halaman 1dari 5

Khas Untuk Orang Baru Berniaga!

Cara Tulis Headline Step By Step

Takde idea nak tulis headline? Pernah tulis headline, tapi rasa macam
takde orang baca? Dalam Ebook Ini, Anda Akan Belajar:
1) Apa Yang Perlu Anda Buat Sebelum Tulis Headline?
2) Bagaimana Nak Bermula?
3) Bonus: Skrip Power untuk Tulis Headline yang Menjual.
Apa Yang Perlu Anda Buat Sebelum
Tulis Headline?

Sebelum kita fikir tentang ‘cara’ nak tulis headline. Apa yang
perlu anda buat adalah. Fikir dulu tentang tujuan dan siapa
yang patut baca headline tu.

Ia akan memudahkan kita menulis. Dapatkan apa yang


pembaca korang nak dan apakah penarik yang membuat dia
membaca lebih lanjut.

Ianya memerlukan focus yang sangat tinggi. Sebab Headline ni


99% orang akan baca. Persoalannya, anda berjaya tarik
perhatian mereka ke tak?
Bagaimana Nak Mula? Ini step-nya!
1) Tentukan dulu. Iklan anda ini, nak bagitahu tentang apa?
2) Nak ditujukan kepada siapa?
3) Guna “Simple Headline Formula” ini untuk bermula.

#1 - Nak bagitahu tentang apa?


Apa objektif anda tulis iklan? Fikirkan dulu tentang ni. Tanpa tujuan,
anda susah nak tulis headline. Sebab, headline yang kita tulis nanti,
mesti ada kena-mengena dengan mesej yang nak disampaikan.
Tujuan orang menulis iklan ni ada macam-macam, antaranya:
✓ Nak bagitahu ada offer ABC sebelum menjelang Ramadhan.
✓ Nak bagitahu HQ ada nak keluar pakej terbaru.
✓ Nak share tip untuk urus hutang dan kewangan dengan betul.
✓ Nak bagitahu kesilapan ketika beli rumah pertama.
✓ Nak kongsikan travelog pengalaman travel ke luar negara.
✓ Nak jemput orang datang ke kedai, dll.
Tugas anda? Tetapkan dulu TUJUAN anda buat iklan tu. Bila ada
hala tuju, baru senang nak menulis.

#2 - Nak ditujukan kepada siapa?

Siapa yang patut baca iklan anda?


Bagaimana kriterianya? Kenapa orang itu patut baca? Orang yang
minat apa? Orang yang ada masalah apa? “Kepada siapa” ini
mestilah ada kenamengena dengan “tujuan” anda tulis iklan tadi.
Senaraikan kriteria orang yang anda nak panggil di headline.
Contohnya:
✓ Pelanggan sedia ada
✓ Ibu-ibu yang baru lahirkan anak
✓ Geng yang baru first time nak travel
✓ Gadis muslimah yang suka aktiviti lasak
✓ Lelaki yang plus saiz yang susah cari seluar
✓ Peminat moto kereta lama
Tentukan SIAPA patut baca headline ni sangat penting. Sebab
orang inilah yang akan anda layan nanti di Whatsapp, Chatbot,
dll Salah panggil orang, anda susah nak close. Rugi tenaga. Bazir
masa!

#3 - Guna “Simple Headline Formula” ini untuk


bermula.
Inilah masanya untuk anda tulis. Boleh guna formula simple di
bawah ni:

“Untuk [siapa]. Nak tak kalau [nama anda] bagitahu [tujuan]?”

Skrip ini fleksibel. Jangan tiru bulat-bulat. Anda boleh adjust


kemudian. Ia sekadar panduan sahaja.

Contoh ada di bawah.


Contohnya:
✔ Untuk ibu-ibu yang baru lahirkan anak. Nak tak kalau Kak
Ika share pengalaman cara jaga anak pertama yang ada
eczema?
✔ Untuk peminat kereta lama. Nak tak kalau Abang Arip
kongsikan 3 rahsia macamana nak kasi kereta korang
bertambah pick-up & laju?
✔ Untuk geng yang baru first time travel. Nak tak kalau Pak
Maun kongsikan 11 tempat best di Sabah yang mirip travel ke
luar negara?

Dah siap. Kemudian, anda ceritalah pengalaman ke, tip ke,


promosi ke, selepas headline tu. Tulis macam anda bercakap
pun takpe.

Settle dah!
Simple jer kan nak tulis headline ni? Ramai stuck nak tulis
headline bukan sebab tak reti nak tulis tetapi tak tahu:
Nak tulis dekat siapa?
Nak bagitahu tentang apa? Baru-baru ini saya buat kajian
tentang keberkesanan headline & pengaruhnya terhadap
jualan.

Anda mungkin juga menyukai