Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
NAMA PELAJAR :
NOMBOR MATRIK :
PROGRAM :
FASILITATOR :
AKADEMIK
PUSAT :
PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
Kandungan Mukasurat
Laporan
3
Program Khidmat Masyarakat
Lampiran 1 11
Lampiran 2 18
Lampiran 3 19
Pengenalan:
Program Khidmat Masyarakat ini telah dijalankan bersama-sama dengan ibu bapa
yang mempunyai anak-anak kecil yang berumur 4 hingga 5 tahun di sebuah kampung yang
dipilih di daerah Ranau, Sabah. Program ini merupakan salah satu projek yang dianjurkan
oleh mahasiswa Asia E Universiti dengan kerjasama daripada JKK Kampung yang terpilih.
Program Khidmat Masyarakat ini dijalankan bertujuan untuk memberikan ruang dan
pengalaman kepada mahasiswa untuk berinterkasi dengan masyarakat secara berkesan.
Bertemakan ‘Celik Tambah’, program Modul Fakta Asas Tambah ini diharapkan
dapat membantu ibu bapa untuk memupuk dan mengajarkan anak-anak mereka yang masih
belum bersekolah mahupun yang telah berada di tadika dan prasekolah berkaitan dengan
salah satu fakta asas dalam Matematik iaitu operasi Tambah. Selain itu, program ini juga
bertujuan agar dengan adanya modul yang dibina akan membantu anak-anak untuk belajar
fakta asas tambah di rumah dengan bimbingan daripada ibu bapa mereka. Program ini juga
diharap dapat mengisi masa lapang kanak-kanak secara ilmiah di luar waktu persekolahan.
Program Khidmat Masyarakat ini juga secara tidak langsung memberi peluang kepada
mahasiswa untuk memberi sumbangan dan idea kepada pembangunan masyarakat di
sekeliling mereka. Pengetahuan dan pengalaman yang akan diperolehi daripada proses
merancang sehinggalah pelaksanaan program juga diharapkan dapat membantu mahasiswa
apabila berada di dalam masyarakat kelak sebagai seorang pendidik yang akan secara tidak
langsung bertindak sebagai agen perubahan di dalam masyarakat. Program ini juga
diharapkan akan dapat memberi kematangan kepada mahasiswa dalam menyelesaikan apa
juga isu mahupun cabaran yang timbul dalam melakukan sesuatu perkara pada masa akan
datang.
Selain itu, sekiranya projek atau program khidmat masyarakat yang dirancang ini
dapat dilaksanakan dengan baik, ianya secara tidak langsung diharapkan dapat memberi
kesan mahupun impak yang positif di dalam diri ibu bapa dan juga kanak-kanak yang terlibat.
Kejayaan program ini juga diharapkan dapat menjadi kayu ukur kepada penganjuran
program-program lain seumpamanya pada masa akan datang. Ianya juga diharap dapat
mengukuhkan lagi hubungan institusi pendidikan tempatan dengan masyarakat setempat
3
dalam menghidupkan silaturrahim yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
yang terlibat.
Nama Projek:
Tema:
“Celik Tambah”
Penganjur:
Kerjasama:
1. JKK Kampung
2. Ibu bapa
Matlamat
Program Khidmat Masyarakat ini melalui Projek Modul Fakta Asas Tambah ini
bertujuan untuk mendedahkan masahasiswa kepada kemahiran mengaplikasikan
pengetahuan yang dipelajari sewaktu kuliah, kemahiran, nilai-nilai murni, nilai sivik
dan kewarganegaraan dalam program bersama masyarakat. Sumbangan dan khidmat
4
bakti yang tidak seberapa ini diharapkan dapat melahirkan mahasiswa yang perihatin
dan bertanggungjawab memenuhi keperluan di dalam kalangan masyarakat.
Objektif
1. Memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pengalaman serta
untuk berkongsi pengalaman bersama-sama dengan ibu bapa untuk membantu
anak-anak mereka menguasai fakta asas tambah pada usia awal kanak-kanak.
2. Memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk samada tenaga, pengetahuan,
idea dan kewangan dalam membantu ibu bapa untuk mengajar anak-anak
mereka di rumah dengan penghasilan modul fakta asas tambah.
3. Dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai rasa perihatin dan
tanggungjawab dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan masyarakat
setempat dalam pendidikan awal kanak-kanak.
4. Membentuk sifat keperibadian dan semangat tolong menolong serta
bekerjasama mahasiswa dengan pelbagai pihak di dalam kalangan masyarakat
setempat.
5. Memupuk perasaan kebersamaan dan kecintaan dalam kalangan mahasiswa
terhadap komuniti yang terdapat di persekitaran mereka.
6. Memperkasakan tahap disiplin diri yang tinggi dan melatih keikhlasan di
dalam diri setiap mahasiswa dalam memberi sumbangan samada dari aspek
kewangan, tenaga, idea serta pengetahuan dan sebagainya.
Perlaksanaan Projek:
5
5. Membina item dan bahan-bahan yang bersesuian dan mudah untuk dilaksanakan oleh
ibu bapa di rumah.
6. Membeli beberapa barang keperluan untuk digunakan dalam mencetak dan
memperbanyakkan modul untuk diagihkan kepada ibu bapa.
7. Mengadakan majlis penyerahan modul kepada ibu bapa dengan kerjasama daripada
ahli JKK kampung.
Perancangan:
Pelaksanaan aktiviti
Program khidmat masyarakat iaitu projek pembinaan Modul Fakta Asas Tambah ini
dengan kerjasama antara mahasiswa Asia E Universiti dengan kerjasama JKK kampung yang
terlibat adalah seperti yang berikut:
Tarikh Aktiviti
6
Mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bersama JU
Matematik sekolah rendah untuk memastikan kesesuain
bahan yang dipilih.
Refleksi
Saya juga sangat berpuas hati dan gembira kerana telah berjaya merancang dan
melaksanakan projek ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan sempat untuk menulis
laporan program sebagai tugasan yang perlu diserahkan pada 30 November yang akan
datang. Sepanjang melaksanakan projek ini juga saya secara tidak langsung dapat
mempelajari banyak perkara dalam menguruskan sesuatu program atau projek. Antaranya
7
ialah pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan masa, pengurusan dana, cara untuk
berhadapan dan berkomunikasi dengan pihak yang kita ingin bekerjasama dan sebagainya.
Menerusi pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperolehi ini diharapkan dapat
membantu saya sebagai pendidik pada masa akan datang.
Selain itu, program khidmat masyarakat ini turut mengajar saya tentang kepentingan
tanggungjawab dan semangat kerjasama yang erat apabila melakukan aktiviti yang
melibatkan pelbagai pihak dan masayarakat. Ini kerana hanya dengan kerjasama dan usaha
daripada semua pihak yang terlibat samada melibatkan sumbangan idea, tenaga, wang ringgit
dan sebagainya yang dapat menjayakan sesuatu program atau aktiviti yang dirancang. Secara
peribadi pula, saya juga dapat membina disiplin diri yang tinggi dalam mematuhi
peruntukkan dan dan masa yang telah ditetapkan selain dapat mempelajari cara
berkomunikasi yang betul dengan masyarakat di sekeliling dalam menjayakan sesuatu
program.
Kesimpuannya, program khidmat masyarakat melalui projek modul fakta asas tambah
ini dilihat meninggalkan kesan dan impak yang positif bukan sahaja kepada komuniti tetapi
juga di dalam diri saya sebagai seorang bakal pendidik dan juga ahli dalam masyarakat.
Antara impak atau kesan yang saya dapat lihat ialah hubungan institusi pendidikan dan
masyarakat dapat diperkukuhkan, ibu bapa gembira menerima bantuan dalam membantu
pencapaian anak-anak mereka, kanak-kanak juga dilihat gembira untuk menggunakan modul
dalam mempelajari fakta asas tambah dan sebagainya. Semoga pengalaman ini dapat
menjadikan saya sebagai seorang pendidik dan ahli masyarakat yang menjadi lebih peka
terhadap keperluan pembangunan masyarakat dan seterusnya tidak jemu untuk berbakti
kepada komuniti pada masa akan datang.
Cadangan/ Komen
Sepanjang melaksanakan projek membina modul fakta asas tambah ini, terdapat
pelbagai kelemahan yang dapat saya kenal pasti dan cadangan untuk memperbaikinya
sekiranya program seumpama ini dijalankan lagi kelak samada di peringkat universiti
mahupun di sekolah tempat mahasiswa akan ditempatkan untuk mengajar. Antaranya ialah
mempelbagaikan isi kandungan modul yang bukan hanya melibatkan fakta asas tambah tetapi
juga fakta asas operasi Matematik Rendah yang lain seperti Tolak, Darab dan Bahagi. Ini
8
untuk memastikan bahawa anak-anak bukan hanya akan menguasai kemahiran tambah tetapi
juga kemahiran operasi asas yang lain pada usia awal kanak-kanak lagi.
Cadangan yang kedua ialah menyerahkan surat memohon sumbangan dana kewangan
kepada lebih ramai orang perseorangan pada masa akan datang. Ini kerana dalam program ini
hanya bebrapa orang terpilih sahaja yang diberikan surat memohon sumbangan kerana
pelbagai faktor. Justeru, wang yang digunakan untuk mencetak modul yang lebih banyak
adalah terhad. Ini kerana pada minggu terakhir sebelum penyerahan, pihak saya mendapat
permintaan untuk mendapatkan modul lebih daripada senarai asal yang diberikan oleh JKK
kampung. Oleh kerana kekangan dana hanya yang tersenarai sahaja yang dapat diberikan
modul. Diharapkan dengan dana yang lebih banyak pada masa akan datang dapat memberi
peluang kepada mahasiswa untuk berkongsi bahan yang lebih banyak kepada komuniti.
Pada program kali ini akibat peruntukan masa yang sedikit, fokus projek hanya
kepada matapelajaran Matematik. Justeru jika diberi kesempatan pada masa akan datang,
pembinaan modul bukan sahaja hanya tertumpu kepada satu matapelajaran sahaja tetapi juga
boleh melibatkan matapaelajaran teras lain seperti bacaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Ini kerana sewaktu perjumpaan dengan ibu bapa terdapat dalam kalangan mereka
yang berharap sekiranya ada modul juga diberikan untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris yang boleh ibu bapa gunakan untuk mengajar anak-anak mereka di rumah
sebagai langkah awal dalam pembelajaran anak-anak sebelum melangkah ke persekitaran
pembelajaran yang lebih formal di peringkat prasekolah dan sekolah rendah.
Penghargaan
Sekapur sirih seulas pinang. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya
tujukan kepada pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan di Asia E Universiti di atas panduan
dan tunjuk ajar yang diberikan dalam melaksana dan menjayakan program khidmat
masyarakat yang bertajuk ‘Projek Modul Fakta Asas Tambah’ pada kali ini.
Saya juga ingin memanjangkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
terutama sekali JKK kampung dan ibu bapa dalam menjayakan program khidmat masyarakat
ini. Bantuan, kerjasama serta tunjuk ajar daripada mereka juga sangat penting dalam saya
melaksanakan projek ini walaupun terdapat pelbagai cabaran yang perlu saya hadapi. Namun,
akibat daripada kebaikan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh komuniti setempat akhirnya
saya berjaya melaksanakan program yang dirancang.
9
Ucapan jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada semua penderma dermawan
yang telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan kepada pihak saya. Ini kerana tanpa
sumbangan anda mungkin projek ini tidak dapat dilaksanakan kerana memerlukan dana yang
besar dalam mencetak modul untuk diberikan kepada ibu bapa secara percuma. Hanya Tuhan
sahaja yang dapat membalas budi baik semua penderma yang terlibat. Akhir kalam, saya
ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang menjayakan program ini
kerana semua kekurangan pastinya berpunca daripada diri saya sendiri. Sekian dan terima
kasih.
Lampiran 1
10
NAMA : _____________________________________________
PEMBIMBING : _____________________________________________
11
12
13
14
15
16
17
Lampiran 2: Surat Memohon Kebenaran kepada JKK Kampung
Alamat Mahasiswa,
_________________________
_________________________
___________________________________________________________________________
JKK Kampung,
_________________________
_________________________
September 2020
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJAYAKAN PROJEK KHIDMAT
MASYARAKAT BERSAMA IBU BAPA KANAK-KANAK PRASEKOLAH DI
KAMPUNG ANJURAN MAHASISWA ASIA E UNIVERSITI
Adalah dimaklumkan, saya seperti penama di atas ingin memohon kebenaran untuk
menjalankan projek khidmat masyarakat yang bertemakan ‘Celik Tambah’ bersama dengan
ibu bapa yang mempunyai anak-anak 4-5 tahun di kampung Tuan.
02. Untuk makluman, projek ini merupakan salah satu kerja kursus bagi program
pensiswazahan guru di Asia E Universiti. Laporan projek ini perlu dihantar sebagai tugasan
kepada pensyarah selewat-lewatnya pada 30 November.
03. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan
untuk memupuk dan menguasai kemahiran menambah dalam kalangan kanak-kanak pada
usia muda lagi. Program ini akan dijalankan seperti yang telah dinyatakan pada kertas kerja
yang telah dilampirkan.
04. Kerjasama dan keperihatinan pihak Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang Benar,
__________________________
( )
18
Lampiran 3: Surat Memohon Dana Kewangan
Alamat Mahasiswa,
_________________________
_________________________
___________________________________________________________________________
Yang berbahagia,
Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik
_________________________
September 2020
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MENJAYAKAN PROJEK
KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA IBU BAPA ANJURAN PELAJAR ASIA E
UNIVERSITI
Adalah dimaklumkan, saya seperti penama di atas ingin memohon sumbangan kewangan
untuk menjalankan projek khidmat masyarakat yang bertemakan ‘Celik Tambah’ bersama
dengan ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4-5 tahun di sebuah kampung di daerah
Ranau.
02. Untuk makluman, projek ini merupakan salah satu kerja kursus bagi program
pensiswazahan guru di Asia E Universiti. Laporan projek ini perlu dihantar sebagai tugasan
kepada pensyarah sebelum atau pada 30 November.
03. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan
untuk memupuk dan menguasai kemahiran Matematik Tambah dalam kalangan kanak-kanak
pada usia muda lagi. Program ini akan dijalankan seperti yang telah dinyatakan pada kertas
kerja yang telah dilampirkan.
04. Sumbangan dan keperihatinan pihak Tuan/ Puan saya dahului dengan ucapan terima
kasih.
Yang Benar,
__________________________
19
( )
20