Jawa Tengah selepas didapati mewarnakan cili padi kuning dengan cat merah
berikutan kenaikan harga cili merah.
Menurut laporan Kompas.com, petani yang mengecat warna merah pada cili padi
dihasilkannya ditahan sebagai suspek utama susulan penemuan cili itu di tiga pasar
tradisional di Banyumas.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Komisioner Berry, berkata suspek
berasal dari Kampung Nampirejo dan pihaknya masih menjalankan siasatan
terhadap petani lain di Temenggung.
Suspek, yang menanam cili sejak 2010, mengaku ini adalah kali dia melakukannya
berikutan perbezaan harga antara cili padi merah dan kuning yang agak ketara.
"Kami masih mencari saksi lain di kawasan berkenaan dan menyiasat berapa ramai
lagi terbabit," katanya.
Pegawai Pentadbiran Makanan dan Dadah (POM), Sulianto, berkata cili yang dicat
itu dijumpai di Pasar Wage Purwokerto, Pasar Cermai Baturraden dan Pasar
Kemukusan Sumbang.
"Jika anda melihat secara fizikal, ia kelihatan seperti cat kerana jika anda
menggunakan pewarna makanan, ia sangat sukar untuk melekat, ini jelas bukan
pewarna makanan," katanya.
Tambah beliau, polis bersama POM akan melakukan ujian makmal untuk
memastikan kandungan bahan pewarna pada cili terbabit.
Dalam pada itu Ketua Perindustrian dan Perdagangan, Yunianto, berkata ini baru
pertama kali pihaknya menemukan cili yang diwarnakan di pasar tradisional.
"Ia dicampur dengan cili merah biasa dan mengesyaki perbuatan itu dilakukan
selepas peningkatan harga bahan mentah terbabit sejak beberapa hari lalu.
"Harga cili merah akhir-akhir ini mengalami kenaikan, daripada 44,000 rupiah
(RM12.60 sen) sekilogram (kg) kemudian naik mendadak kepada 54,000 rupiah
(RM16) dan paling tinggi mencapai 60,000 rupiah (RM17) satu kg.
"Jika dibandingkan, cili padi berwarna kuning pula hanya berharga 19,000 rupiah
(RM5.30) setiap kg, ini mungkin mendorong suspek bertindak sedemikian," katanya.
- AGENSI