Anda di halaman 1dari 2

Teacher’s Accountability: Key to Quality Education

Kanika, Assistan Professor, C.T. College of Education, Jalandhar, Punjab, India

Teacher’s Accountability: Key to Quality Education, International Journal of Advanced


Research in Education & Technology (IJARET), Vol. 3, Issue 1 (Jan – Mar. 2016),
ISSN : 2394-2975 (Online), 2394-6814 (Print)

Guru adalah teras sistem pendidikan untuk transformasi kemahiran intelektual dan
teknikal dari satu generasi ke generasi berikutnya. Pertumbuhan dan pembangunan
mana-mana negara bergantung kepada sistem pendidikan. Faktor terpenting dalam
perkembangan pendidikan adalah guru yang secara profesional dilengkapi dengan
pelbagai kemahiran, kecekapan, tekad dan kebertanggungjawaban untuk
memberikan yang terbaik kepada individu dan juga masyarakat. Oleh itu, seorang
guru harus komited dan bertanggungjawab terhadap perkembangan keseluruhan
pelajar, masyarakat, profesion, dirinya sendiri dan juga pertumbuhan bangsa.

Isu utama yang terdapat dalam artikel ini adalah berkenaan dengan ciri-ciri guru
bertanggungjawab secara profesionaldan kualiti akauntabiliti yang diperlukan oleh
seorang guru dalam profesion mereka. Bagi saya, isu yang diketengahkan dalam
artikel ini amat menarik dan relevan kerana perbincangan yang dilaksanakan adalah
terhadap profesion yang merupakan perantara kepada mana-mana sistem
pendidikan sama ada untuk penyampaian secara intelektual atau kemahiran teknikal
dari satu generasi ke generasi akan datang. Seorang guru yang berjaya mampu
memupuk pemikiran kreatif, membangunkan kemahiran dan menanamkan keinginan
untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajarnya. Kebolehpercayaan
dan kesahan kajian yang dilaksanakan ini amat boleh dipercayai setelah meneliti
setiap rujukan yang tersenarai dalam artikel tersebut di mana semuanya mempunyai
prinsip dan asas kajian yang amat berkaitan dengan tajuk yang dinyatakan. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa penulis telah mengambil langkah yang betul dalam etika
menjalankan penyelidikan Secara keseluruhannya, saya amat bersetuju serta yakin
dengan dapatan kajian yang diperoleh dalam artikel ini iaitu guru sememangnya perlu
menitikberatkan akan akauntabiliti dalam profesionalisme mereka untuk memastikan
pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dapat dihasilkan. Ianya secara langsung
memberi pendedahan yang jelas kepada saya bahawa seorang guru haruslah
bersikap realistik dan sentiasa mempraktikkan model pengajaran, reflektif, komited
dan bertanggungjawab dalam profesion sebagai pendidik dan harus multidimensi
dalam setiap gerak kerja. Untuk perkembangan pendidikan, guru perlu ada ciri-ciri
sebagai seorang yang profesional yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran, dan
kecekapan dan kebertanggungjawaban untuk memberikan yang terbaik.

Kesimpulannya, seorang guru yang baik dan bertanggungjawab seharusnya


cemerlang dalam mengajar subjek tetapi mereka juga harus memahami masalah dan
keperluan dan kehendak pelajarnya. Ini membawa kepada pembangunan yang
harmoni dalam pembentukan keperibadian pelajar dan kemakmuran negara. Oleh itu,
seorang guru mesti peka, komited dan bertanggungjawab terhadapnya profesion
sebagai seorang pendidik dengan memberikan pendidikan yang berkualiti kepada
pelajarnya. Sekiranya seorang guru memberi sumbangan sepenuh hati dengan
profesionnya sebagai pendidik maka dengan itu dapat membuktikan bahawa
profesion sebagai guru adalah yang paling mulia dari semua profesion. Oleh yang
demikian, sebagai seorang guru, hasil dapatan kajian yang telah dinyatakan dalam
artikel ini amat penting untuk dijadikan panduan dan dicontohi supaya akauntabiliti
yang diperlukan dalam diri seorang guru dapat diterapkan dan seterusnya
membentuk sistem pendidikan yang berkualiti kepada pelajar. Natijahnya, kemajuan
dalam bidang pendidikan di negara ini sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) akan dapat dicapai dengan penuh kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai