Anda di halaman 1dari 1

JERANTUT: Seorang peneroka FELDA Sungai Retang, dekat sini terkejut apabila

memenangi sebuah Perodua Axia sempena Cabutan Bonanza Pasaraya TF Value


Mart Sdn Bhd di sini, hari ini.

Mohd Hakib Jaafar, 58, berkata dia pada mulanya tidak percaya apabila diumumkan
sebagai pemenang oleh wakil pasaraya berkenaan kerana tidak pernah menghantar
borang untuk menyertai peraduan terbabit.

"Saya sangat terkejut dan menyangka hanya gurauan, rupanya isteri saya (Safiah
Mohd Ali) menghantar borang peraduan menggunakan nama saya.

"Kami sangat bersyukur kerana menang kereta Perodua Axia itu, ia adalah rezeki
kepada kami sekeluarga menjelang Aidilfitri," katanya pada majlis penyampaian
hadiah disempurnakan Pengurus cawangan Pasaraya TF Value Mart Jerantut, Lim
Tian Loi, di sini, hari ini.

Mohd Hakib berkata, dia akan menggunakan kenderaan dimenangi itu untuk
kegunaan seharian keluarganya dan akan menyimpan kerana ia adalah antara
kenangan manis dalam hidupnya.

"Sebelum ini, saya pernah suarakan hasrat untuk menukar kereta digunakan kini
untuk mengajar di sekolah memandu iaitu Perodua Kancil kepada Perodua Axia bagi
memberi keselesaan kepada pelajar.

"Namun saya tangguhkan terlebih dulu, hari ini dapat percuma pula tetapi saya tidak
akan guna di sekolah memandu...sebaliknya untuk kegunaan seharian bersama
keluarga," katanya.

Sementara itu, Tian Loi mengucapkan tahniah kepada Mohd Hakib kerana menjadi
pemenang bertuah dan pihaknya akan meneruskan Cabutan Bonanza dengan
menawarkan hadiah lebih menarik.