Anda di halaman 1dari 8

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID

KALI PERTAMA SESI 2020

Tarikh : 30 Disember 2019


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Kehadiran :
1. En Mohammed Sobri Bin Dato Hj Termizi (Pengerusi)
2. Pn Nor Hidayu Binti Jamali ( Naib Pengerusi )
3. Pn Shahpina Binti Shahrin (PK KoKurikulum)
4. Pn Masitah Binti Mohmad Shakore (Setiausaha)
5. Pn Nooraishah Binti Ahmad (N.Setiausaha)
6. Semua guru

Tidak Hadir 1. En. Ahmad bin Man

Agenda Mesyuarat:-
• 1.Kata Alu-aluan pengerusi
• 2.Program HEM 2019
• 3. Fokus Hem 2020
• 4. Misi dan Visi 2020
• 5. Pengurusan HEM
• 6. Senarai jawatankuasa HEM 2020
• -Tugas dan Tanggungjawab
• -Panduan Am untuk semua guru
• 7.Panduan untuk Guru Kelas dan guru pembantu
• 8.Laporan Berkala
• 9.Aktiviti HEM 2020
• 10.Hal-hal lain.
• Majlis Transisi & Orientasi untuk murid Tahun 1
1.0 Ucapan aluan Pengerusi (Guru Besar)
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat HEM.
1.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua
AJK unit HEM yang telah memberi kerjasama dalam menyediakan
dan mengemaskini data HEM serta program di bawah unit HEM telah
berjalan dengan lancarnya.

2.0 Ucapan Pengerusi 1 (PK HEM)


Pn Nur Hidayu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua unit di bawah HEM kerana memberikan
kerjasama dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik bagi
melancarkan program yang dirancangkan dengan jayanya pada tahun 2019.

2.0.1Puan Nur Hidayu memberitahu guru bahawa focus HEM bagi tahun
2020 adalah kehadiran murid 100%, disiplin murid, perkasakan RMT dan
naik taraf tandas.

2.0.2 Visi HEM bagi tahun 2020 adalah untuk melahirkan murid-murid
berakhlak cemerlang ke arah merealisasikan matlamat sekolah cemerlang.

2.0.3 Misi HEM bagi tahun 2020 pula adalah untuk membentuk pengurusan
Hal Ehwal Murid yang lebih berkesan demi keunggulan peribadi dan jati diri
murid-murid.

2.0.4 Puan Nurhidayu membacakan senarai jawatankuasa di bawah unit


HEM . Guru-guru di minta merujuk kepada buku pengurusan , mukasurat 44-
61.

2.0.5 Pengurusan disiplin murid.

Puan Nur Hidayu berharap agar disiplin murid dapat diberbaiki lagi bagi
tahun 2020. Puan Nur Hidayu meminta guru-guru mengisi data SSDM
megikut ketetapan berikut:

i. Bagi kes ringan dan sederhana- isi SSDM sekiranya kes yang sama
nerulang sebanyak 3 kali.

ii. Bagi kes berat- terus isi SSDM

Laporan SSDM perlu di kemaskini, dicetak setiap bulan dan di sahkan oleh
PGB. Analisa juga perlu dibuat dan akhirnya perlu difailkan.

Puan Nur Hidayu memberikan panduan untuk perhatian semua guru kelas.
Guru kelas dan guru mata pelajaran diminta bekerjasama dengan guru
disiplin bagi mengekalkan disiplin sekolah. Guru kelas perlu melaporkan
kepada guru disiplin tentang sebarang kes pelanggaran disiplin dan tindakan
yang dilakukan. Guru-guru diminta merujuk kepada panduan kes disiplin
dan jenis kesalahahan hukuman.

Guru kelas dan guru mata pelajaran juga perlu melapor dengan segera
sebarang kemalangan yang berlaku dalam kelas kepada Guru Besar atau
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Nur Hidayu meminta semua guru kelas dan guru mata pelajaran untuk
menyelesaikan masalah disiplin yang timbul semasa waktu P & P dan terus
mengisi SSDM dengan mencatat nama murid yang melanggar disiplin.

Sekiranya ada kes yang tidak dapat diselesaikan bawa kes tersebutkepada
guru disiplin dan juga guru bimbingan kaunseling.

Puan Nur Hidayu meminta guru-guru mempertingkatkat peranan sebagai


guru disiplin. Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua
murid dalam sebarang tindakan dimana:

– Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN


MENGHUKUM”.

– Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

– Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa semua murid perlu memiliki


Buku Panduan Tatacara Displin Sekolah. Murid-murid dikehendaki
memakai lencana sekolah dan tanda nama.

– Pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga


tahun enam akan dilantik. Barisan pengawas adalah badan pencegah
jenayah sekolah.

– Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan


keseluruhan murid pada tahun semasa. Buat masa ini, bilangan
pengawas sekolah adah seramai 36 orang. Bilangan pengawas yang
diperlukan adalah seramai 40 orang.

– Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut:

i. Pencalonan oleh guru kelas.

ii. Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.

Iii. Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.

– Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.

– Majlis watikah perlantikan pengawas akan diadakan pada 10


Februari 2020.
– Puan Nur Hidayu juga menyarankan bahawa sesi kaunseling khas
perlu diberikan kepada murid-murid yang sering melanggar
peraturan sekolah.

2.0.6 Pelaksanaan sesi kaunseling & motivasi.

– Puan Nur Hidayu memberirahu bahawa murid-murid yang


menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa
diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :

i. Sesi kaunseling Individu

ii. Sesi kaunseling kelompok

iii. Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.

iv. Kem Jati diri

2.1Pengurusan 3 K

2.1.1Kebersihan

Puan Nur Hidayu meminta agar AJK Kebersihan memastikan kawasan


sekitar sekolah, kantin, tandas, kelas, bilik khas dan longkang bersih.

2.1.2 Pemeriksaan Kesihatan (PKS)

Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa rekod kesihatan murid tahap 1 akan
di isi secara online manakala rekod kesihatan murid tahap 2 akan di isi
dalam buku. Fokus kesihatan adalah obes, sclerosis dan penglihatan. Guru
perlulah membuat pemeriksaan mata dan ketinggian murid dengan betul
dan tepat. Guru perlulah mengiringi murid sewaktu pemeriksaan kesihatan
dijalankan, Guru perlu memastikan lokasi yang disediakan untuk
pemeriksaan kesihatan sesuai. Bagi pemeriksaan gigi pula, guru perlu
menyediakan sebuah bilik yang ada sinki dan punca kuasa yang cukup. Guru
juga perlu memastikan semua murid tahap 2 termasuk murid ynag baru
masuk mempunyai Buku Rekod Kesihatan.

2.1.3 Keselamatan

Puan Nur Hidayu meminta guru-guru melaksanakan modul-modulyang telah


dinyatakan dalam program keselamatan.

2.2 PROGRAM PPDa

Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa laluan PPDa akan dimurnikan lagi.
Minggu PPDa akan diadakan.
2.3SPBT

Puan Nur Hidayu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hashibah
kerana telah datang ke sekolah pada waktu cuti untuk mengecop buku-
buku baru yang diterima. Hasil dapatan lawatan Pegawai SPBT ke sekolah
SK Toh Johan, di dapapati banyak sangat buku teks yang masih tidak
dilupuskan. Puan Nur Hidayu berharap agar buku-buku tersebut dapat
dilupuskan pada tahun 2020 ini.

2.4 Kantin

Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa sekiranya berlaku kes keracunan


yang melibatkan lebih daripada 5 orang murid ianya perlu disiasat. Suntikan
perlu diberikan kepada pengusaha dan pekerja kantin setiap tiga tahun.
Terdapat lebih daripada 200 jenis makanan yang tidak boleh dijual di kantin
sekolah termasuklah sosej, nugget, roti berkrim dan kordial. Bagi tahun
2018 dan 2019, markah % kantin sekolah SK Toh Johan adalah baik. Puan
Nur Hidayu berharap prestasi ini dapat dikekalkan bagi tahun 2020.

2.4.1 Jualan makanan

Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa jualan makanan di kantin perlu


mematuhi gagis panduan penjualan makanan sihat di sekolah dan kalori
makanan perlu dipamerkan.

2.4.2 Pengurusan kantin.

Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa kendiri kantin perlu di isi setiap
hari. Sekiranya markah kantin kurang daripada 70 %, kantin boleh di tutup.
Bagi tahun 2019, ada penurunan dalam kes keracunan makanan. Untuk
memastikan tidak berlaku kes keracunan makanan, perhatian diberikan
kepada tempat simpanan sejuk beku dan cara makanan diproses.
Pengiklanan tawaran tender kantin pula perlu disebarkan dengan meluas.
Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa PK HEM akan memantau bayaran
sewa kantin pada setiap bulan. Beliau juga meminta guru –guru untuk
memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara
berfaedah.

2.5 Pengurusan murid (APDM)

Puan Nur Hidayu mengucapkan terima kasih kepada Puan Siti Nora’ani yang
merupakan setiausaha SPS/APDM kerana telah menjalankan semua
tanggungjawab dengan baik. Puan Nur Hidayu juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Encik Zaharil Anuar kerana banyak membantu dalam
proses kehadiran murid. Puan Nur Hidayu meminta guru-guru untuk
mengemaskinikan data murid dalam APDM kerana ia sangat penting untuk
permohonan bantuan.
2.6 Pengurusan Bantuan

Puan Nur Hidayu memberikahu jenis-jenis bantuan yang ada iaitu:

– SPBT – SEPANJANG TAHUN/ONLINE

– BKAP – ONE OFF

– KWAPM – IKUT TEMPOH MASA/ONLINE

– RMT – MENGIKUT PENCALONAN

– SUSU – IKUT TEMPOH MASA

– INSURANS – SEPANJANG TAHUN

Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa setiap murid sekolah dilindung


insurans walaupun bayaran intuk insurans tidak dikutip. Satu borang sahaja
(boring PB1 &PB2) digunakan untuk 3 jenis bantuan iaitu KWAPM, RMT dan
BAP.

- Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa bantuan MAIP adalah berdasarkan


permohonan ibu bapa sendiri dengan pejabat penghulu dan baitumal.
Walaubagaimanapun duit bantuan akan diserahkan oleh pihak sekolah.

Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa murid RMT adalah seramai 48


orang. Pemilihan murid RMT tahun 1 akan dibuat. Semua guru SK Toh Johan
sebulat suara bersetuju untuk memberikan makanan RMT pada waktu rehat
kerana didapati majoriti murid tidak mahu makan pada pukul 7.00-8.30
pagi. Puan Nur Hidayu juga memberitahu bahawa pemantauan RMT akan
dilakukan pada awal tahun. Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa Program
susu bagi tahun 2020 tidak pasti sama ada berjalan ataupun tidak. Namun
begitu, diwujudkan terlebih dahulu jawatankuasa program susu. AJk
program susu diminta untuk memastikan pengurusan pemberian susu
teratur.

2.7 Pendaftaran dan Transisi Tahun 1

Puan Nur Hidayu memaklumkan kepada semua guru bahawa pendaftaran


tahun 1 akan bermula pada pukul 8 pagi pada 31 Disember 2019. Guru yang
akan mengacarakan majlis ini adalah En Ahmad bin Man. Aturcara majlis
adalah seperti berikut :

i. Ibu bapa akan mendaftar di kantin sekolah dan seterusnya akan


masuk ke dewan untuk mendengar taklimat.
ii. Murid-murid tahun 1 akan berkumpul di kantin sekolah dan
diuruskan oleh AJK bahagian pengurusan murid.

iii. Selepas mendengar taklimat guru besar, ibu bapa akan menyerahkan
dokumen-dokumen anak kepada AJK pendaftaran dan mengambil
buku teks yang diuruskan oleh Puan Insyirah dan Puan Hashibah
selaku AJK SPBT. Ada 11 orang murid yang kekurangan buku teks.
Murid-murid ini di kenalpasti dan buku teks akan di agihkan kepada
mereka selepas mendapat bekalan yang mencukupi.

iv. Murid tahun 1 akan menduduki peperiksaan diagnostik.

v. Murid akan diberikan nmakanan pada waktu rehat.

Puan Nur Hidayu juga mengikatkan guru kelas untuk mengisi nombor pendaftaran
murid tahun 1 dalam buku besar. Guru-guru kelas lain diminta untuk mengisi
nombor pendaftaran murid baru.

2. 8 Pendaftaran murid.

Puan Nur Hidayu memaklumkan bahawa panduan guru kelas dan senarai nama
mengikut abjad akan diedarkan kepada semua guru kelas. Kehadiran perlu di isi
secara online dan di cetak pada setiap bulan. Maklumat murid seperti nama ibu
bapa, alamat dan nombor telefon ibu bapa perlu di tulis dalam fail kedatangan
untuk memudahkan guru kelas mencari maklumat apabila diperlukan.

2.9 Pendaftaran Tingkatan 1

Puan Nur Hidayu memberitahu bahawa sekolah Feeder SK Toh Johan adalah SM
Toh Johan. Permohonan Kelas Rancangan Khas, SMKA & KAA di buat secara online
menerusi APDM. Guru kelas di minta mengemaskini maklumat murid untuk
mudahkan urusan permohonan. Permohonan SBP & MRSM juga dilakukan oleh ibu
bapa secara online. Guru-guru bolehlah monolong membuat permohonan sekiranya
ibu bapa menghadapi masalah.

2.10 Aktiviti HEM

Puan Nur Hidayu memaklumkan kepada semua guru bahawa aktiviti-aktiviti HEM
bagi tahun 2020 adalah sama seperti tahun 2019.

2.11 Hal-hal lain.

Puan Nur Hidayu mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perhatian yang
diberikan oleh semua guru dalam melaksanakan semua program di bawah unit
HEM. Beliau berharap semua guru dapat menjalankan tugas dengan rasa
tanggungjawab dan ikhlas.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari.


Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………………. …………………………………….
Grace Chitra A/P Packirnathan Pn Nor Hidayu binti Jamali
Setiausaha Hal Ehwal Pelajar Penolong Kanan HEM
SK Toh Johan. SK Toh Johan.

Anda mungkin juga menyukai