Anda di halaman 1dari 1

Back Rayyan's Post

Rayyan Rizqi
22 hours ago

Wanita maut, 11 cedera kemalangan empat kenderaan

WANITA maut, manakala 11 individu cedera dalam


kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM)
19 Jalan Endau-Mersing, hari ini.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, Syarifah Norhamimie


Syed Mohd, 40, yang menaiki Perodua Bezza bersama suami
dan anak lelakinya, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward


Nuing berkata, selain Perodua Bezza, kemalangan itu
membabitkan dua Toyota Vios dan sebuah bas ekspres.

“Siasatan awal mendapati, Perodua Bezza dari Terengganu


menuju ke Johor Bahru dipercayai hilang kawalan dan
berlanggar dengan Toyota Vios berwarna kelabu yang datang
dari arah bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah lagi Toyota Vios kuning dari arah
Mersing gagal mengelak dan melanggar Perodua Bezza
berkenaan.

“Pelanggaran itu menyebabkan enjin Perodua Bezza


berkenaan tercabut dan terpelanting ke arah bas ekspres,
yang dari Endau ke Mersing,” katanya ketika dihubungi, hari
ini.

Cyril Edward berkata, kejadian itu menyebabkan penumpang


hadapan Perodua Bezza (Syarifah Norhamimie), meninggal
dunia di tempat kejadian.

Katanya, 11 mangsa mengalami kecederaan adalah tiga


pemandu kereta, seorang pemandu bas ekspres, seorang
penumpang Perodua Bezza dan enam penumpang Toyota
Vios yang berusia antara setahun hingga 62 tahun.

“Mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk dibedah siasat.


Turut dihantar ke hospital sama, mangsa yang cedera. Kes
disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan
1987,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan


Penyelamat (BBP) Mersing, Amir Hamzah Aris berkata, 13
anggota dan dua jentera dikerah ke lokasi sebaik menerima
panggilan kecemasan.

“Apabila tiba, kami dapati berlaku kemalangan membabitkan


empat kenderaan dan seorang wanita disahkan meninggal
dunia,” katanya yang memberitahu pasukan membantu
mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke hospital.

Ibrahim Isa
Ibrahim@hmetro.com.my
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 7:30 PM

485 27 Comments 39 Shares

Like Share

39 Shares

View previous comments…

Rubiah Jarianti
AllahuAkbar hati hati di jalan raya
1 hr Like More

3 1 Share

Like

1 Share

Like

Like

Like

Like

9 1 Share

Like

1 Share

Anda mungkin juga menyukai