Anda di halaman 1dari 1

APAKAH JENIS PRODUK YANG DIKELUARKAN ?

Delish Kitchen memilih produk Roti Jala dan Sambal Bilis Tempe kerana ia
merupakan cita rasa makanan tempatan yang diminati oleh semua golongan tidak
kiralah dari peringkat umur. Roti Jala adalah makanan yang berasal daripada Melayu
Sumatera Utara dan menurut budayawan M.Muhar Omtatok, roti jala adalah
makanan melayu yang teradaptasi daripada dari unsur India. Biasanya makanan ini
akan dicecah bersama dengan kuah kari. Bagi syarikat Delish Kitchen, kami memlih
kuah yang berasakan kari ayam dan ikan kerana digemari oleh pengguna. Kami
memilih produk ini juga kerana cara memproses atau penyediaan yang agak mudah.
Bahan-bahan yang diperlukan agak mudah didapati dan murah seperti tepung
gandum, garam,santan, minyak masak, pewarna kuning dan dan telur. Cara
memprosesan atau cara memasaknya agak mudah iaitu kita blend semua bahan
sehingga sebati dan selepas itu masukkan adunan tersebut dalam acuan dan terus
menjala di atas kuali leper yang dimasak menggunakan api kecil. Dengan
memprosesan seperti ini dapat menjimatkan masa kerana tidak memerlukan masa
yang lama untuk dimasak. Harga yang dijual adalah sangat berpatutan kerana
bahan-bahan yang diperlukan adalah sangat murah.
Selepas itu, Sambal Bilis Tempe adalah makanan tradisional yang sinonim
dengan masyarakat Jawa. Makanan ini adalah pembuka selera dengan pelbagai jenis
makanan seperti boleh dimakan dengan Nasi kosong atau penambah selera terhadap
makanan yang berjeniskan lauk.Oleh kerana, kehidupan Mahasiswa dan Mahasiswa
Universiti dan golongan perkerja yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa
untuk memasak, bolehlah mereka memilih produk ini sebagai hidangan sampingan
yang menyelerakan dengan hanya meletakkan makanan ini diatas hidangan mereka.
Produk Sambal Bilis Tempe ini juga mempunyai ketahanan kerana tidak cepat basi
dan boleh disimpan dengan suhu bilik. Disebabkan gaya mahasiswa dan mahasiswi
UMS dan golongan pekerja yang sentiasa sibuk, mereka mungkin terdedah dengan
makanan segara yang tidak menyihatkan tetapi dengan adanya produk ini yang
tanpa bahan pengawet, kesihatan dapat dikekalkan.

Oleh itu, kami memilih dua produk tersebut kerana ia mempunyai kualiti yang
tersendiri dan mempunyai harga yang berpatutan yang boleh dibeli oleh semua
pengguna.

Anda mungkin juga menyukai