Anda di halaman 1dari 6

3.

0 PERKEMBANGAN POLITIK DI NEW ZEALAND

Pertembungan Suku Maori dan Bangsa Eropah (Tahun 1600-1900)

Perkembangan politik di New Zealand bermula setelah datangnya penjajah


Eropah ke New Zealand. Jika dilihat penduduk asal New Zealand, ialah suku Maori
telah datang Ke New Zealand sekitar tahun 1300 AD (Anno Domini). Kelompok
polynesia kemudian harus beradaptasi dengan iklim yang sangat dingin dan berbeza
dengan wilayah asal mereka yang beriklim tropika, oleh kerana itu penduduk Maori
mampu mengadaptasikan persekitaran dengan membuat pakaian yang lebih tebal
dan diperbuat daripada kulit binatang. Penduduk Maori pada awalnya melakukan
perburuan dalam mencari makanan dan sumber utama makanan utama bagi
penduduk Maori adalah Burung Moa. Burung ini memiliki ukuran yang cukup besar.
Disebabkan perburuan yang berlebihan, burung ini akhirnya mengalami penurunan
populasi dan akhirnya pupus. Kemudian penduduk Maori, akhirnya memilih untuk
hidup bercucuk tanam. Kehidupan menetap dan bercucuk tanam ini bertahan
sehingga bangsa Eropah datang. Manakala bagi bangsa Eropah pertama kali datang
ke New Zealand ialah pada 13 Disember 1642. Tasman menamakan New Zealand
sebagai ‘ Staten Land’ yang sinonim dengan ‘tanah milik Belanda’. Pertembungan
antara Penduduk Maori dengan rombongan Tasman bermula pada tanggal 18
Disember 1642, namun komunikasi mereka tidak lancar sehingga wujudnya masalah
komunikasi. Sehingga akhirnya peperanga dan pergaduhan yang terjadi sehinggakan
mengakibatkan beberapa pelaut Belanda mati terbunuh. Abel Tasman akhirnya
meninggalkan perairan New Zealand. Setelah kedatangan Tasman, Inggris yang
dipimpin oleh James Cook mendarat di New Zealand pada tanggal 6 Oktober 1769
dan mendarat di tempat yang disebut sebagai Poverty Bay. Ketika James Cook
berlabuh, dia melihat adanya kepulan asap di pulau yang baru disinggahi dan dia
menyedari bahawa dia bukan satu-satunya orang yang ada di sana. Kelebihan yang
dimiliki oleh James Cook, salah satu krunya adalah orang Tahiti yang memiliki
kesamaan bahasa sehingga komunikasi antara rombongan Inggeris dengan Suku
Maori berjalan dengan lancar.
Gambar 1: Abel Tasman Gambar 2: James Cook

New Zealand kemudiannya menjadi pusat perdagangan Inggris di New South


Wales. Perdangan juga terjalin antara suku Maori dan Inggris iaitu salah satu
komiditi yang disukai Maori adalah senjata api. Pada tahun 1790, penduduk Maori
mulai menternak babi dan kentang untuk mencukupi keperluan penduduk Eropah.

Pada tahun 1807, Misionaris Eropah mulai memasuki New Zealand dengan dua
misi utama. Pertama, mengkristiankan penduduk Maori dan kedua ialah menegakkan
peraturan diantara penduduk Eropah. Misi yang dibawa oleh Marden iaitu misionari
pertama mengalami kejayaan menyebarkan agama kristian kepada penduduk Maori.
Suku Maori banyak dipelajari daripada para Missionari seperti hal-hal keagamaan,
teknik pertanian dan bercucuk tanam. Para Misionari sudah menjadi perantara antara
suku Maori dan orang Inggeris terutamanya perjanjian Waitangi yang bermulanya
era politik antara suku Maori dan orang Inggris.

Perjanjian Waitangi merupakan sebuah perjanjian kesefahaman antara Maori


dengan Inggris pada tahun 1840. Perjanjian tersebut diterjemahkan oleh misionaris
yang bernama Henry William dan anak lelakinya, Edward dari bahasa Inggris ke
dalam bahasa Maori. Dalam perjanjian tersebut terdapat perjanjian antara kedua-
dua pihak iaitu menyatakan bahawa Maori menyerahkan kedaulatannya kepada
Inggris di bawah Ratu Victoria bagi pihak Inggris, manakala bagi pihak Maori bahawa
mereka tidak pernah tunduk dibawah Ratu Inggris.Selain itu, warga Maori
mempunyai hak seperti penduduk Inggris. Perjanjian tersebut terbatas dengan
mengatur hubungan dua pihak. New Zealand merupakan bahagian pemerintahan
Inggris dengan dibawah New South Wales. Namun pada tahun1841, New Zealand
mendeklarisasikan diri menjadi sebahagian Britain dari New South Wales. Pada tahun
1852, kerajaan Britain mulai membentuk the New Zealand Constitution Act sebagai
bentuk kedaulatan kerajaan Britain ke atas New Zealand. Kemudian kerajaan Britain
bersepakat untuk membentuk pewakilan New Zealand dalam Parlimen Britain. Ibu
kota Pertama bagi New Zealand bertempat di russel, the Bay Of Island. Sejak itu,
Britain berdaulat penuh atas New Zealand. Walaubagaimanapun, Britain tidak
terlepas daripada perjanjian Waitangi, yang merupakan jaminan kelangsungan hidup
bagi suku Maori. Dapat disimpulkan bahawa masyarakat Maori memiliki sifat yang
cenderung terbuka dan lebih cerdik dalam menyikapi kedatangan Bangsa Eropah
apabila dibandingkan dengan suku Aborigin di Australia. Suku Maori berjaya
menjaminkan kelangsungan hidup disamping bersama orang Eropah dan berhasil
menjadi sebuah sebahagian identiti di New Zealand yang lebih moden.

Gambar 3: Perjanjian Waitangi ditandatangani pada tahun 1840

Pemerintahan New Zealand (Tahun 1900-2020)

New Zealand adalah merupakan sebuah kerajaan beraja dengan demokrasi


berparlimen. Walaupun ia tidak mempunyai perlembagaan berkod, Akta
Perlembagaan 1986 adalah merupakan prinsip penyataan rasmi bagi struktur
perlembagaan New Zealand. Ratu Elizabeth II adalah ketua negara dan bergelar
Ratu New Zealand di bawah Akta Gelaran Diraja 1974. Baginda diwakilkan oleh
Gabenor-Jeneral yang baginda lantik melalui nasihat Perdana Menteri. Gabenor-
Jeneral menggunakan kuasa prerogatif raja, seperti kuasa untuk melantik dan
memecat menteri dan membubarkan parlimen. Gabenor Jeneral juga
mempengerusikan Majlis Eksekutif yang merupakan jawatankuasa formal
mengandungi semua menteri kerajaan. Ahli-ahli majlis eksekutif diperlukan untuk
menjadi Ahli Parlimen, dan kebanyakannya juga termasuk di dalam kabinet. Kabinet
adalah badan membuat dasar paling senior dan ia diketuai oleh Perdana Menteri
yang juga merupakan ketua parlimen parti pemerintah atau perikatan.

Parlimen New Zealand mempunyai satu dewan perundangan, Dewan Perwakilan


yang biasanya mempunyai 120 kerusi 99 Ahli Parlimen. Pilihan Raya Umum diadakan
setiap tiga tahun di bawah satu bentuk nisbah perwakilan yang dipanggil sebagai
Nisbah Pencampuran Ahli.

Mahkamah tertinggi di New Zealand adalah Mahkamah Agung New Zealand,


ditubuhkan pada tahun 2004 berikutan penggubalan Akta Mahkamah Agung 2003.
Akta ini telah memansuhkan pilihan untuk merayu kepada Majlis Privi di London.
Ketua hakim terkini adalah Dame Sian Elias. Bidang kehakiman New Zealand juga
termasuklah Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, yang mengadili jenayah undang-
undang dan hal-ehwal sivil pada peringkat pembicaraan dan dengan rayuan dari
mahkamah rendah dan tribunak-tribunal dan mahkamah subordinat.

New Zealand adalah satu-satunya negara di dunia yang jawatan tertinggi di


begara berkenaan dikuasai oleh wanita iaitu Ratu Elizabeth II, Gabenor Jeneral
Dame Silva Cartwright, Perdana Menteri Helen Clark, Speaker Dewan Perkawilan
New Zealand Margerat Wilson dan Ketua Hakim Dame Sian Elias berada di dalam
pejabat antara Mac 2005 dan ogos 2006.

Gambar 4: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Adern (Sekarang)

 Hubungan Luar dan Ketenteraan


New Zealand mengekalkan satu profil yang kuat ke atas perlindungan alam
sekitar, hak asasi manusia dan perdagangan bebas, terutamanya di dalam pertanian.
New Zealand adalah ahli APEC, Kemuncak Asia Timur, Negara-negara Komanwel,
OECD dan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu. New Zealand adalah parti kepada
sebilangan perjanjian perdangangan bebas, yang mana Perjanjian perdangan bebas
China-New Zealand dan hubungan ekonomi lebih rapat dengan Australia.

Bagi seratus tahun pertama, New Zealand mengikut pimpinan United Kingdom
pada polisi luar negeri. Di dalam pengisytiharan perang ke atas Jerman pada 3
September 1939, Perdana Menteri Michael Savege mendakwa ‘mana dia pergi,kita
pergi, mana dia tegas, kita tegas’. Selepas peperangan, Amerika Syarikat
memberikan pengaruh yang lebih ke atas budaya dan masyarakat New Zealand
mendapat satu pandangan yang lebih jelas tentang identiti kenegaraan. Sehinggakan
New Zealand telah bergabung dengan Australia dan Amerika Syarikat dalam
perjanjian keselamatan ANZUS pada tahun 1951 dan kemudiannya berperang
bersama-sama diikuti Amerika Syarikat di dalam kedua-dua Perang Korea dan
Vietnam.

Gambar 5: Logo ANZUS 1951

New Zealand secara tradisinya bekerja rapat dengan Australia, yang mana polisi
luarnya mengikutu arah aliran sejarah yang sama. Kemudian, banyak kepulaun
pasifik seperti samoa barat telah melihat kepimpinan New Zealand. Pengaruh
Amerika ke atas New Zealand telah dilemahkan oleh rasa kekecewaan terhadap
perang Vietnam, penenggelaman Rainbow Warrior oleh Perancis, dan pertelagahan
isu-isu alam sekitar dan perdagangan pertanian serta polisi bebas nuklear.

RUJUKAN

Anon, T .2014. a Concise New Zealand History dlm. http: // www.


Freeinfosociety.com/media/pdf/2743.pdf.htm. Diakses pada 23 Disember.

“ Sejarah Awal Selandia Baru” dlm .http://moch-arief-


fisip12.web.unair.ac.id/artikel_detail-134452-MBP%20Aus tralia%20Selandia
%20Baru%20Pasifik%20Barat%20Daya%20dan%20Timor%2 0Leste-Sejarah
%20Awal%20Selandia%20Baru.html. 6 Julai 2020.

“ New Zealand” dlm. https://ms.wikipedia.org/wiki/New_Zealand. htm. 6 Julai 2020.

Anda mungkin juga menyukai