Anda di halaman 1dari 1

Program Wave Awards 2021 memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk menghargai karya-

karya yang dihasilkan oleh pengkarya yang disenaraikan dalam program ini dimana hasil karya mereka
akan dipilih berdasarkan kualiti dan penyampaian mesej yang dihasilkan untuk menempat nama
mereka sebagai pemenang. Tidak kurang dengan itu, program ini turut memberi galakan kepada
orang awam untuk mengenali bidang seni persembahan dengan lebih mendalam serta dapat
memberi ruang kepada mereka untuk turut serta dalam katogari yang dipertandingkan. Seterusnya,
melalui program ini juga, para pelajar dapat didedahkan dengan nilai atau isi yang diaplikasikan oleh
pengkarya lain dalam hasil yang dipertandingkan serta perkara ini sedikit sebanyak dapat memberi
galakan kepada mereka untuk menambah ilmu baharu dalam usaha untuk menghasilkan karya
tersendiri. Akhir sekali, program ini dapat dilihat sebagai usaha yang dapat memberi dorongan dan
inspirasi kepada generasi muda untuk lebih cenderung menghasilkan karya yang mempunyai mesej
tersendiri serta dapat menarik minat mereka untuk lebih berani menempatkan nama dalam
pertandingan yang diadakan.

Anda mungkin juga menyukai