Anda di halaman 1dari 2

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya,


pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Pemantauan yang
dijalankan adalah berjadual dan mengikut keperluan. Selepas pemantauan dibuat,
penilai perlu mengisi borang penilaian untuk dinilai tahap Kesihatan Sekolah. Aspek –
aspek yang dapat meningkatkan tahap penilaian sekolah – sekolah ialah dengan
mengadakan pelbagai aktiviti – aktiviti yang bermanfaat seperti Hari Kesihatan Sedunia,
Pameran Kesihatan dan Kuiz Kesihatan. Segala aktiviti – aktiviti yang dijalankan perlu
direkodkan supaya ianya boleh dijadikan rujukan pihak berkenaan.

Kuiz Kesihatan Sekolah

Kuiz kesihatan sekolah merupakan salah satu daripada aktiviti wajib pihak sekolah
kerana ianya bertujuan untuk menguji tahap dan kefahaman murid – murid berkaitan
kesihatan diri dan persekitaran. Kuiz ini dijalankan pada peringkat sekolah dan
seterusnya negeri. Pemenang – pemenang kuiz yang dijalankan akan diumumkan dan
diletakkan pada papan kenyataan kelab kesihatan sekolah. Kuiz yang dijalankan
berbentuk objektif atau struktur mengikut keputusan jawatankuasa sekolah.

Rekod dan Reten

Rekod – rekod dan reten merupakan dokumen penting yang mempunyai catatan
sistematik mengenai perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid –
murid. Rekod dan reten diuruskan oleh guru – guru. Rekod perlu diselenggara agar
tidak berselerak dan teratur. Guru juga perlu memastikan bahawa segala retan-retan
yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Antara rekod – rekod yang biasa diuruskan oleh guru disekolah
ialah Rekod Kesihatan Murid dan Rekod Rancangan Makanan Tambahan.

Laporan Tahunan dan sistem pengiktirafan

Segala aktiviti yang dijalankan perlu dibuat laporan untuk rujukan oleh pihak tertentu
atau dibentangkan semasa mesyuarat.
Laporan Bulanan

Merupakan laporan bulanan aktiviti yang disediakan oleh guru bertugas pada keempat
– empat minggu. Laporan yang dibuat akan disahkan oleh guru besar.

Laporan Tahunan

Merupakan laporan yang dibuat oleh Ketua Panitia dan ahli jawatankuasa yang terlibat.

Pengiktirafan

Pengiktirafan akan diberikan kepada individu, kelas atau sekolah. Pada peringkat
sekolah, murid yang Berjaya menjawab kuiz dangan markah tertinggi akan diiktiraf
sebagai murid terbaik. Seterusnya akan mewakili sekolah untuk ke kuiz di peringkat
daerah dan negeri. Bagi kelas yang cantik dan bersih akan diiktiraf sebagai Kelas
Terbersih dan dijadikan kelas contoh di sekolah itu. Sekolah yang terbersih pula akan
diiktiraf oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri.

Anda mungkin juga menyukai