1.0 Pengenalan
Dalam tugasan kerja kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
(EDUP 3083), saya telah ditugaskan untuk melaksanakan temubual tentang peranan guru
profesional, isu dan cabaran semasa serta perundangan yang berkaitan dengan kerjaya
guru. Saya telah menemubual seorang Guru Cemerlang di SJK(T) Yahya Awal, Johor Bahru
untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tugasan ini. Guru Cemerlang yang telah
saya pilih ialah seorang guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Tamil. Beliau telah
memberi kerjasama yang agak baik semasa temubual dijalankan. Transkrip temubual
dengan Guru Cemerlang telah saya lampirkan dalam lampiran.
Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa guru profesional juga perlu memahami
perkembangan murid dan menyayangi mereka dalam apa keadaan jua. Menurut K. A.
Razhiyah (2005), apabila berada dalam dunia mendidik anak- anak, misinya hanya satu:
membimbing mereka. Kepuasan yang dapat dalam mendidik anak murid kita adalah satu
pengalaman yang agak istimewa dalam bidang perguruan ini. Perkembangan murid-murid
dalam pembelajaran adalah suatu kejayaan seseorang guru.
3.0 Isi -isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru
Beliau juga mengatakan bahawa seseorang guru sekolah rendah perlulah banyak bersabar
menghadapi situasi di sekolah. Selain berhadapan dengan murid, guru juga kena
berhadapan dengan karenah ibu bapa. Baru-baru ini, beliau nyaris ditegur oleh ibu bapa
pelajar atas ketegasan beliau. Namun, atas rundingan dan permintaan maaf daripada beliau
telah dapat selesaikan konflik tersebut. Hal ini disokong oleh Syed Anuar Syed Muhammad
(2018) mengatakan dalam Utusan Online bahawa guru perlu memiliki kesabaran tinggi dan
tidak terlalu mengikut emosi ketika mengambil tindakan terhadap murid bermasalah.
Perkara ini jika diolah dengan baik dan matang akan mewujudkan keadaan yang bukan
sahaja harmoni antara guru dengan ibu bapa, malah akan memberikan sumbangan besar
dalam melancarkan tugas dan kredibliti guru di sekolah.
Kod etika perguruan Malaysia disediakan dalam bentuk ikrar dan biasanya dipaparkan di
halaman depan buku persediaan mengajar. Dalam Ikrar tersebut terdapat empat tatasusila
yang dijadikan panduan bagi para guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar,
tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, serta
tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. (Muhammad Faizal A.
Ghani et al., 2017). Responden yang telah saya temubual ialah seorang guru yang sangat
mementingkan pengajaran muridnya. Beliau sangat mematuhi jadual waktu mengajar dan
mengajar dengan sebaiknya walaupun murid yang lemah. Beliau juga mengajar dengan adil
tanpa mengira latar belakang murid. Hal ini disokong oleh Siti Aisyah Kamaruddin dan
Latifah Abdul Majid (2017), guru yang cemerlang mempunyai aspek yang dapat memberi
pengaruh yang baik, tauladan, memberi motivasi, bimbingan serta adil kepada setiap pelajar
tanpa mengira latar belakang mereka.
Seterusnya, menurut responden, integriti beliau pernah diuji ketika beliau ditugaskan
untuk memesan sejumlah pakaian seragam PBSM untuk murid-murid. Kepercayaan yang
diberikan oleh pihak sekolah kepadanya untuk menguruskan sejumlah duit membolehkan
beliau untuk mendapat sejumlah keuntungan daripada pesanan baju seragam tersebut.
akan tetapi, beliau patuh kepada kod etika di mana beliau membuat kertas kerja dan
menyatakan harga sebenar baju itu tanpa mengambil sebarang keuntungan pun untuk
kepentingan beliau. Sifat-sifat dan sikap yang ditunjukkan oleh responden selaras dengan
kod etika perguruan iaitu mempunyai sikap tanggungjawab terhadap profesion perguruan,
terhadap murid, dan rakan sejawat.
Di samping itu, responden juga berpendapat bahawa, guru di sekolah adalah teladan
yang utama kepada murid. Nilai- nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara
tidak langsung diterapkan dalam jiwa murid. Sebagai guru generelisasi, pendidikan akhlak
sangatlah penting agar murid mampu memilih dan menentukan perbuatan mana yang baik
dan perbuatan mana yang buruk. Menurut Siti Halimah (2019), guru mempunyai beban
tugas untuk membantu membina, membimbing peserta didik ke arah yang baik dan sesuai
aturan dalam kehidupan seharian murid. Perlunya seorang guru menjadi suri teladan
sehingga murid terkesan dan memiliki rasa kagum kepada gurunya. Dengan sendirinya
murid akan terbiasa mempraktikkannya dalam kehidupan mereka.
Kesimpulannya, seiring dengan perkembangan negara dari aspek ekonomi, sosial, politik
dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada pendidik yang profesional agar
dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat
dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Para pendidik adalah wahana yang akan
menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
RUJUKAN
Abdullah, Zuraidah & Manaf, Zulkifli & Hashim, Hazri. (2015). The Empowerment of Malay
Language in Teacher Training Institutes in Malaysia (IPGM) Using Professional
Learning Community (PLC) Modules. Knowledge Transfer Programme.
Haminah Budi (2012). Profesionalisme Guru Novis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
http://www.slideshare.net/HamidahBudi/profesionalisme-guru-novis-dalam-
Mohd Sukri, Muhammad Shamsul Naim & syazwan, rifaa & aidill,. (2013). Modul
pembelajaran IPG EDU3108.
Penemu bual : Selamat sejahtera, Cikgu. Saya pelajar Program Pensiswazahan Guru,
Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru, ingin menemuramah cikgu
yang merupakan seorang guru cemerlang di sekolah ini.
Guru Cemerlang : Selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke
sekolah ini dan terima kasih juga kerana saudari sudi memilih saya
untuk berkongsi sedikit pengalaman dan kejayaan yang pernah saya
capai dalam bidang perguruan ini.
Penemu bual : Sebagai pembuka kata, saya tertarik dengan penampilan cikgu
pada pagi ini. Bolehkah cikgu memperkenalkan serba sedikit latar
belakang cikgu sehingga boleh memegang status guru cemerlang ini?
Guru Cemerlang : Terima kasih saudari. Saya Pn. Arianachi merupakan seorang guru
cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Tamil di sekolah ini. Saya
lahir dan dibesarkan di Pontian, Johor. Saya datang dari keluarga
yang boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Berkat kesusahan dan kegigihan menuntut ilmu, saya telah diterima
masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan mendapat Ijazah Sarjana
Muda dalam Sains dan Kemasyarakatan. Pada tahun 2009, saya telah
diterima menjawat jawatan guru pra sekolah setelah menamatkan KPLI
di Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim. Saya berkhidmat
selama 8 tahun di sekolah ini dan 3 tahun memegang status sebagai
guru cemerlang.
Guru Cemerlang : Profesion keguruan dianggap profesional kerana, kerjaya sebagai guru
dianggap sebagai profesional kerana memberikan perkhidmatan yang
penting iaitu mendidik anak bangsa, memerlukan keupayaan intelek
dalam melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan, memerlukan
latihan khusus dalam bidang perguruan dan mempunyai kod etika
tersendiri.
Penemu bual : Baik, Cikgu. Tadi kita sudah berbincang mengenai profesion keguruan
ini. Sekarang, menurut pendapat cikgu, apakah peranan guru-guru
sekolah rendah?
Guru Cemerlang : Pada pendapat saya, walaupun saya tidak mengajar Pendidikan Moral di
kelas, saya sentiasa tekankan nilai-nilai murni pada akhir pdpc supaya
dapat membentuk murid yang holistic dari segi JERIS. Oleh itu, saya
sangat berharap guru-guru lain melakukan perkara yang sama di bilik
darjah.
Penemu bual : Baik, Cikgu. Cikgu, kepemimpinan dan memimpin adalah berbeza. Boleh
cikgu nyatakan dari aspek apa dengan contoh yang sesuai?
Guru Cemerlang : Kepemimpinan ini lebih kepada ciri-ciri orang yang boleh memimpin.
Memimpin itu adalah kebolehan orang itu mengalas tanggungjawab
sebagai ketua. Kepemimpinan itu adalah ciri-cirinya, sama ada
seseorang itu layak memimpin atau tidak. Jadi, bukan semua orang
boleh memimpin.
Penemu bual : Jadi, apa pendapat cikgu mengenai gaya kepemimpinan guru di sekolah?
Yang mana paling sesuai antara demokratik, autokratik dan birokratik?
Guru Cemerlang : Bagi saya, autokratik dan demokratik. Amalan autokratik dalam bilik
darjah ini selalu dilakukan untuk kawalan kelas manakala demokratik
pula supaya murid rasa adil dalam semua perkara yang berlaku dalam
kelas. Jika kita tidak fleksible dan sering bersifat autokratik, murid akan
mengalami tekanan dalam kelas. Oleh itu, guru haruslah mengetahui
cara untuk mengimbang amalan autokratik dan demokratik dalam bilik
darjah.
Penemu bual : Pada pendapat cikgu, apakah cabaran pendidikan dalam abad ke–21 dan
bagaimanakah cikgu menanganinya?
Guru Cemerlang : Baik. Cabaran pertama adalah sekarang kita tidak dibenarkan memberi
hukuman atau menyentuh murid. Jika guru nak merotan murid pun tiada
kuasa. Ibubapa akan bergaduh jika kita apa-apakan anak mereka. Kedua
ialah dari segi ibubapa, kalau guru silap sikit pun ibu bapa akan jumpa
kita dan mencari hal. Ibubapa kini juga tidak tahu cara berbudi
bicara dengan seorang guru. Ada juga yang menggunakan kata-kata
kesat dan membawa peralatan tajam yang membahayakan ke sekolah
untuk mencederakan guru. Mengajar murid zaman sekarang ini adalah
jauh berbeza berbanding zaman dahulu. Ketiga ialah, murid-murid zaman
sekarang ini terlalu advance di mana mereka mempunyai sifat inkuiri yang
berbara-bara. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita haruslah lebih advance
daripada mereka di mana kita sentiasa peka terhadap isu-isu semasa.
Bukan itu sahaja, kita juga harus sentiasa bersedia untuk menjawab
segala soalan yang diajukan oleh mereka. Kalau tidak, murid.murid ini
akan memandang enteng terhadap kita.
Penemu bual : Pernah tak cikgu rasa terbeban dengan bidang tugas seorang guru?
Bagaimana cikgu nak menanganinya?
Guru Cemerlang : Pada masa dahulu, bidang perguruan ini tidak terlalu membebankan
kerana guru hanya ditugaskan untuk mengajar tetapi sekarang, guru
diwajibkan untuk membuat segala kerja -kerja perkeranian seperti
mengisi maklumat secara atas talian, menyediakan fail-fail panitia,
menyimpan rekod pencapaian murid dan sebagainya. Oleh itu, kami
sebagai guru mengalami kesukaran untuk memfokus dalam mengajar
murid -murid. Lagi pun, guru juga dikehendaki mengajar murid-murid
menggunakan BBM yang sesuai dengan isi pelajaran. Tetapi, disebabkan
terlalu bebanan kerja, kadangkala kami terpaksa memasuki kelas tanpa
sebarang persediaan pdpc.
Penemu bual : Terima kasih atas perkongsian ini. Sebagai penutup, apakah pesanan
atau harapan cikgu kepada guru-guru di negara ini?
Guru Cemerlang : Harapan saya semoga guru-guru dalam negara kita sentiasa berinovasi.
Kemajuan negara kita pada masa hadapan adalah bergantung kepada
bagaimana kita menyediakan modal insan pada masa sekarang. Guru-
guru merupakan golongan yang perlu membentuk dan menyediakan
modal insan ke arah itu.
Penemu bual : Saya ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu meluangkan masa
bersama saya.