Anda di halaman 1dari 7

c

UE00402 PENGANTAR ETIKA

SEMESTER 1, SESI 2010/2011

MARY MAGDELINA BINTI GEORGE

BS10110246

SITI AZIAH BINTI NORDIN

BS10110470c c
Mempunyai kehidupan yang bahagia sudah tentu menjadi impian setiap

individu. Hal ini merupakan norma seorang manusia biasa. Kehidupan kita dan takdir

setiap individu adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat kita ramalkan seperti pepatah

yang menyatakan, kehidupan umpama roda yang berputar, kadang di atas dan kadang

pula dibawah. Tidak semua orang mampu merealisasikan impian dalam kehidupan

mereka. Terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuhi sehingga ada ketikanya kita perlu

membuat pilihan yang sukar dan kurang logik pada pandangan dunia. Keadaan kadang

kala memaksa kita untuk mengambil keputusan yang di luar jangkaan kita sendiri

walaupun pada hakikatnya terlalu banyak pilihan yang ada dalam kehidupan seharian

kita. Melihat kepada hal ini,bayangkan nasib golongan yang malang akibat perbuatan

insan lain yang tidak bermoral. Adakah golongan ini berhak mengambil apa jua

keputusan walau salah di mata masyarakat seperti melakukan aborsi mahupun

membunuh diri? Wajarkah tindakan golongan ini dipersoalkan? Kes yang menjadi

tumpuan utama dalam hujah saya ini adalah mengenai wanita yang hamil akibat

dirogol. Hujah saya bertunjangkan bahawa setiap insan berhak menentukan pilihan

dalam hidup masing-masing. Justeru ,dalam kes ini, saya berhujah bahawa 3 33

3 3
 3
3 3
 3
3 
  33  3
 3 3 3
3

3  3 

3 3 
333  3
 
 3

Hidup kita sesungguhnya dipenuhi dengan pelbagai pilihan dan kemungkinan

untuk membuat pilihan yang tidak sepatutnya adalah tinggi. Keadaan kadang-

kadang menjadikan kita untuk membuat pilihan secara terburu-buru. Pilihan yang
terbaik pada amnya adalah pilihan yang menghasilkan natijah positif untuk semua

pihak yang terlibat. Sesuai dengan norma seorang manusia, dalam kita menentukan

pilihan untuk hidup, kita dipengaruhi dengan sikap mementingkan diri sendiri terlebih

dahulu. Hal ini yang telah menyebabkan berlakunya konflik dan ketidakadilan

terutamanya pada pandangan masyarakat. Sebagai contohnya, Ali mendapat

keputusan cemerlang dalam SPM beliau dan hal ini menyebabkan semua orang

mengharapkan beliau untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Namun

,sekiranya Ali membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajiannya dan

memilih untuk bekerja terlebih dahulu, hal ini akan menimbulkan konflik yang

pastinya banyak orang tidak akan bersetuju dengan pilihan beliau. Keadaan ini

sesungguhnya berlaku pada setiap orang kerana kita sebagai insan biasa tidak

mungkin dapat memuaskan hati semua pihak dalam segala hal yang kita lakukan.

Namun ,apa yang terbaik adalah kita tidak menyesal dengan pilihan yang kita

tentukan.

Setiap orang berhak untuk menentukan pilihan yang dirasakan adalah pilihan

terbaik. Demikian halnya dengan seorang wanita. Dalam kes ini, kita

membincangkan tentang wanita yang pada amnya mempunyai hak dalam

menentukan cara hidupnya. Impian setiap orang pastinya adalah mengharapkan

kehidupan berjalan dengan lancar dan dipenuhi dengan kebahagiaan. Hal ini

menjadikan kita untuk berusaha mencapai kehendak kita dengan terpaksa

melakukan pilihan yang ada dalam apa jua keadaan. Menentukan pilihan terbaik
bagi seorang wanita merangkumi pasangan hidup dan bidang kerjaya yang ingin

diceburi di samping budaya hidup yang diamalkan. Hal ini adalah penting bagi

menjamin kebahagiaan di masa hadapan. Umumnya , kita akan memilih bidang

kerjaya yang paling diminati dan menguntungkan di samping pasangan hidup yang

bertanggungjawab dalam segala hal. Tambahan pula, setiap wanita pastinya

mempunyai perancangan dalam hidup terutama sekali hal yang berkaitan dengan

kehidupan berkeluarga. Hal ini adalah kerana, untuk menjalani kehidupan

berkeluarga, seseorang itu harus bersedia sepenuhnya dalam setiap aspek

termasuklah mental dan fizikal.

Tidak semua yang kita impikan dan rancangkan dalam hidup akan menjadi

kenyataan kerana kehidupan kita sesungguhnya tidak dapat diramalkan. Apa sahaja

boleh berlaku di sepanjang hayat kita. Keadaan ini agak sukar untuk diterima pada

hakikatnya lebih-lebih lagi jika impian kita musnah akibat perbuatan insan lain yang

tidak berperikemanusiaan. Bayangkan nasib yang harus ditempuhi oleh mangsa rogol

terutamanya. Golongan bernasib malang ini bukan hanya wanita dewasa mahupun

remaja malah termasuk juga kanak-kanak yang masih kecil. Keadaan bertambah

teruk jika golongan ini mengandungkan anak perogol tersebut. Hal ini boleh

diumpamakan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Fikirkan sejenak,adakah golongan

ini berhak melakukan aborsi? Kehamilan yang terhasil sudah tentu menambahkan

lagi tekanan yang dialami. Gangguan emosi yang dialami akan menghalang golongan

ini untuk menjalani kehidupan mereka di samping akan sukar untuk berfikir secara
rasional. Peristiwa yang menjadi memori menyakitkan ini akan sentiasa menghantui

mereka setiap masa. Hal ini membuktikan bahawa kehamilan yang terhasil itu hanya

akan menjadikan wanita tersebut lebih tertekan.

Aborsi umumnya adalah salah dan tidak sepatutnya dilakukan. Namun ,melihat

kepada kes ini dan bertunjangkan bahawa setiap orang berhak menentukan pilihan

masing-masing, golongan wanita tersebut sesungguhnya berhak melakukan aborsi

sekiranya mereka memilih untuk melakukannya. Pilihan wanita tersebut sudah tentu

dipengaruhi dengan emosi mereka sepenuhnya kerana hanya mereka yang benar-

benar merasakan beban yang dipikul dek peristiwa hitam itu. Mengandungkan anak

perogol untuk tempoh sembilan bulan bukan suatu perkara yang mudah. Bayangkan

jika kita berada di tempat wanita itu. Kemungkinan untuk berbuat demikian juga

adalah tinggi. Perogol tersebut telah memusnahkan segala impian wanita itu dan

sesungguhnya tidak adil kerana hanya wanita itu yang terpaksa menanggung akibat

dari perbuatan perogol itu. Tambahan pula, wanita itu sudah tentu tidak merelakan

kandungan tersebut kerana kandungan itu hanya mengingatkan beliau tentang

tindakan tidak bermoral yang dilakukan oleh perogol itu. Oleh yang demikian, adalah

wajar untuk wanita itu menentukan pilihannya mengenai kandungan itu.

Bangkangan yang dapat dilontarkan bagi kes ini adalah wanita tersebut tidak

mempunyai hak untuk meragut nyawa fetus yang ada dalam kandungannya
termasuklah menentukan keputusan bagi pihak fetus itu. Hal ini kerana, fetus tersebut

tidak bersalah dalam hal ini dan mempunyai hak untuk hidup. Keadaan yang menimpa

wanita itu bukanlah atas kehendak fetus tersebut dan fetus juga merupakan makhluk

ciptaan Tuhan. Di samping itu, fetus yang terhasil itu berkemungkinan untuk

mempunyai masa hadapan yang cerah kerana hal ini sesungguhnya tidak dapat untuk

diramalkan. Fetus yang berada dalam kandungan wanita tersebut tidak seharusnya

dipersalahkan kerana kejadian itu berlaku secara mendadak dan berada di luar

jangkaan sesiapa pun. Tidak ada sesiapa yang menjangkakan perkara ini akan berlaku

dan adalah sesungguhnya tidak wajar jika fetus yang tidak berdosa ini harus menjadi

korban. Umumnya di mata dunia, fetus juga adalah benda bernyawa yang mampu

untuk merasa kesakitan dan mempunyai hak sama seperti insan lain. Justeru

,menentukan keputusan bagi pihak fetus sesungguhnya tidak adil jika pilihan yang

diambil meragut nyawa fetus tersebut.

Walaubagaimanapun , bangkangan tersebut dapat ditepis berdasarkan hujah

yang diperjuangkan dalam kes ini bahawa wanita hamil tersebut mempunyai hak untuk

menentukan pilihan terbaik dengan mengambil apa jua keputusan dalam hidupnya

terutama sekali mengenai kandungan yang terhasil tanpa kerelaaanya itu. Hal ini dapat

dikukuhkan lagi dengan melihat dari aspek keadaan wanita tersebut yang tertekan.

Apabila kita berada dalam situasi yang tertekan, kita cenderung untuk melakukan apa

saja yang kita fikirkan betul pada ketika itu. Tambahan pula, si fetus harus bergantung

kepada wanita tersebut selama sembilan bulan sebelum dilahirkan dan menjadi
sempurna untuk digelar sebagai seorang manusia. Hal ini bukanlah suatu perkara

mudah untuk dilaksanakan. Adalah wajar untuk kita fikirkan bahawa aborsi merupakan

tindakan yang tidak adil bagi si fetus namun jika difikirkan, adakah si fetus mempunyai

hak untuk tinggal dalam rahim wanita itu sedangkan kewujudannya sangat tidak

direlakan oleh si ibu? Justeru ,sesungguhnya si ibu berhak sepenuhnya ke atas tubuh

dan hidupnya dalam membuat pilihan yang dirasakan terbaik bagi dirinya kerana

rasionalnya dalam kes ini, cuma wanita itu yang mampu untuk membuat pilihan.

Sebagai kesimpulan, saya telah berhujah bahawa adalah bermoral bagi wanita

hamil akibat dirogol melakukan aborsi kerana wanita tersebut berhak menentukan

pilihan yang dirasakan terbaik untuk hidupnya. Setiap orang sudah tentu mempunyai

impian masing-masing dan hal ini menjadikan kita untuk sentiasa berusaha untuk

membuat pilhan terbaik untuk hidup kita. Sekiranya impian kita dimusnahkan oleh

golongan manusia yang tidak berperikemanusiaan, kita tetap berhak untuk menentukan

pilihan kita seperti yang berlaku pada wanita hamil akibat dirogol. Wanita itu berhak

melakukan aborsi jika itu pilihan terbaik yang difikirkannya. Pilihan ini sesungguhnya

tidak adil bagi pihak fetus kerana nyawa fetus harus dikorbankan. Namun berbalik

kepada tunjang kes ini, wanita itu tetap berhak menentukan apa yang difikirkan terbaik

untuk hidupnya kerana hanya beliau yang berupaya untuk menentukan pilihannya.

(1299 patah perkataan)