Anda di halaman 1dari 8

1.

PENDAHULUAN

Al-Qur’an sebagai petunjuk dan pedoman hidup bagi manusia. Kitab ini bukan
hanya sebagai tuntutan bagi seorang muslim untuk beribadah saja, melainkan juga
sebagai sumber ilmu pengetahuan yang sangat lengkap. Oleh kerana itu, manusia
sebagai makhluk yang sungguh sempurna dalam penciptaannya yang dianugerahi
akal dan hati, dituntut untuk mengoptimalkan segala potensi yang dimilikinya. Maka
al-Qur’an sebagai petunjuk dan pedoman hidup bagi manusia sangat berperanan
bagi kelangsungan dan peradaban hidupnya. Namun dari segala potensi yang
dimiliki oleh manusia tersebut tidak serta kemudiaan berkembang dengan
sendirinya. Artinya, perkembangan dan pengoptimalan potensi yg dimiliki oleh
manusia  harus melalui proses pendidikan yang mampu menginternalisasikan nilai-
nilai yang terkandung dalam al-Qur’an. Oleh kerana itu, al-Qur’an harus terus digali
dan dikaji secara mendalam sehingga terciptanya segala bidang keilmuan yang
mampu menopang perkembangan dan peradaban manusia.

Peradaban manusia harus diarahkan pada tujuan yang positif-konstruktif,


maka al-Qur’an sebagai jawapan yang paling tepat untuk membimbing dan
mengarahkan manusia pada peradaban tersebut. Hal ini kerana, secara eksplisit al-
Qur’an memberikan kandungan-kandungan pelajaran yang bisa diambil sebagai
upaya pembentukan manusia yang sempurna (insan kamil) dalam kacamata Islam.
Oleh kerana itu, jika melihat penjelasan tersebut di atas maka al-Qur’an dan
manusia tidak dapat dipisahkan satu sama lainnya. Disatu sisi al-Qur’an sebagai
penjelas bagi manusia dalam membina kehidupannya baik di dunia maupun di
akhirat kelak, dan di sisi lain manusia adalah makhluk ciptaan-Nya yang akan
kembali pada sang pencipta-Nya sehingga ia ditugaskan untuk mendekatkan diri
dan mengenali pencipta-Nya melalui al-Qur’an. Dengan kata lain, mempelajari isi
kandungan yang terdapat dalam al-Qur’an adalah sebagai bentuk upaya
pengenalan manusia terhadap pencipta-Nya.

Dalam pembahasan masalah ini, penulis mencuba mengkaji isi kandungan


yang terdapat dalam al-Qur’an atau lebih tepatnya dalam Q.S. al-An’am ayat 125.
Hal ini dimaksudkan agar dalam ayat tersebut terkuak sebuah maksud yang
disampaikan oleh Allah Swt kepada manusia. Artinya, apa yang diperingatkan Allah
Swt terhadap manusia agar sentiasa menjadi isu pokok dalam kehidupan manusia.
Selain itu juga, dari kajian masalah mengenai Ayat ini adalah sebagai bentuk

1
penggalian ilmu pengetahuan, walaupun secara praktik kajian masalah ini masih
terbantahkan atau jauh dari kata sempurna. Namun, satu titik yang menjadi alasan
penulisan masalah ini adalah sebagai bentuk upaya dalam mengenali kebesaran
sang pencipta sehingga mampu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan pada Allah
Swt baik bagi penulis mahupun terhadap pembaca.

Tambahan pula, hidayat ialah cahaya petunjuk yang dikurniakan Allah SWT
kepada menusia pilihan-Nya bagi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup
di dunia dan akhirat.namun,ilmu adalah penyinar hidup dan wajib dituntut oleh
setiap orang islam untuk meningkatkan keimanan terhadap Allah SWT.Dalam pada
itu, ilmu yang dituntut dengan ikhlas kerana Allah SWT akan menjadikan seseorang
itu lebih beriman dan bertakwa kepada Tuhannya.Hal ini kerana,ilmu yang dituntut
dengan berhajatkan nama atau pangkat akan menjadikan seseorang itu bersifat
mengikut hawa nafsu dan mementingkan diri sendiri.Berikut merupakan ayat 125
dari surah Al-an’am:

ِ ‫ر ْد أَنْ ي‬3
‫ ْل‬3‫لَّ ُه َيجْ َع‬3‫ُض‬ ِ 3‫الم َو َمنْ ُي‬ِ 3‫ِإلس‬ َ ْ‫ َرح‬3‫ ُه َي ْش‬3‫ر ِد هَّللا ُ أَنْ َيه ِد َي‬3
ْ ‫ ْد َرهُ ل‬3‫ص‬ ِ 3‫َف َمنْ ُي‬
‫س َع َلى‬ َ ْ‫رِّ ج‬33‫ ُل هَّللا ُ ال‬3‫ك َيجْ َع‬ َ ِ‫ َذل‬3‫ َما ِء َك‬3 ‫الس‬ َّ ‫ض ِّي ًقا َح َرجً ا َكأ َ َّن َما َي‬
َّ ‫ص َّع ُد فِي‬ َ ُ‫ص ْد َره‬
َ
َ ‫الَّذ‬
َ ‫ِين ال ي ُْؤ ِم ُن‬
)١٢٥(‫ون‬

“Dan barangsiapa dikehendaki Allah hendak memberinya petunjuk, nescaya akan


Dia bukakan dadanya buat (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang Dia kehendaki
menyesatkannya, Dia jadikanlah dadanya terlalu sempit, seakan-akan dia akan
meningkat ke langit. Seperti demikianlah Allah menjadikan kekotoran atas orang-
orang yang tidak mahu beriman”

2
2. Isi

2.1 TAFSIRAN

Ayat ini membuka pintu kesempatan yang besar bagi setiap insan yang cinta akan
kebenaran. Bagaimana seseorang diselubungi dosa dan syirik dan kegelapan
selama ini, satu waktu jika petunjuk datang, wajah hidupnya boleh saja berubah.
Yang penting ialah penerangan agama yang diterimanya. Itu sebabnya maka
Rasulullah SAW diperintahkan Allah menyampaikan seruan Allah dengan sebaik-
baik penyampaian. Itu sebabnya maka memberikan dakwah agama hendaklah
dengan memakai tiga peringatan. Pertama dengan berhikmah, kedua dengan
Mau’izhah Hasanah; memberikan pengajaran secara baik. Ketiga, Wa Jadil Hum
Billati Hia Ahsan; bertukar fikiran (berbincang) terhadap mereka dengan jalan yang
sebaik-baiknya.

Di dalam dasar jiwa tiap-tiap manusia itu tersembunyi sesuatu dengan baik. Kalau
bukan kerana jiwa jiwa telah terlalu sakit, kebaikan di dasar jiwa itu boleh
dibangkitkan kembali. Kalau mereka mendengarkan keterangan yang baik tentang
agama daripada ahli dakwah atau mubaligh yang berilmu dan berpengalaman,
mereka boleh menerima. Dada mereka boleh terbuka bagi menerima Islam. Sebab
sebenarnya bahwa tiap-tiap manusia yang berakal sangat menginginkan pegangan
hidup yang akan mereka berpegang teguh, hidup yang akan dipakai, mati yang akan
ditumpang.

Di dalam ayat ini disabdakan oleh Allah bahawa kalau Allah mengkehendaki agar
seseorang beroleh petunjuk, nescaya dilapangkanlah atau dibukakanlah dadanya
untuk menerima Islam. Ayat ini bagi orang yang beriman akan menambah imannya,
selalu dia memohon kepada Allah agar ditunjukkan dan dibuka dadanya, dibuka
mata hatinya untuk menerima kebenaran.

Kalau kita lihat seorang kejam, jahat dan kasar, janganlah kita tergesa berburuk
sangka kepadanya, menyangka bahawa orang ini akan sukar menerima kebenaran.
Kalau hati orang ini sesuai pada agama Islam, sikapnya yang tegas dan gagah dan
kelihatan kasar itu, pastilah dia akan menjadi pahlawan yang menegakkan agama
Allah.

3
Kita lihat contohnya pada diri Saidina Umar bin Al-Khatab sendiri. Mulanya dia
seseorang yang amat benci kepada Rasulullah SAW dan para pengikutnya sehingga
dia bermaksud hendak membunuh mereka, apatah lagi setelah dia tahu banyak
diantara mereka telah berhijrah ke negeri Habsyi dan telah banyak perselisihan
timbul diantara orang berkeluarga. Tetapi setelah dia dapat membaca ayat-ayat
pertama dari surat Tha-ha yang pada tangan adik kandung perempuannya yang
rupanya telah masuk Islam, terbukalah dadanya dan datanglah petunjuk, sehingga
pada waktu itu juga dia menyatakan diri hendak berjumpa dengan Nabi, dan setelah
berjumpa langsung mengucpkan Dua Kalimah Syahadat. Sejak hari itu bertambah
majulah dia dalam keislaman sehingga menjadi Muslim yang sangat penting, sampai
diberi gelar kehormatan oleh Rasulullah S.A.W. iaitu “Al-Faruuq” artinya, orang yang
sanggup memisahkan dan membedahkan mana yang Hak dan mana yang batil.

2.2 Asbabun an- nuzul

Surah al-An’am telah dinyatakan keterangan dan penjelasan di dalam al-quran


tentang keistimewaanya. Dalam pada itu, al-quran dengan segala penjelasan yang
ada di dalamnya menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan terkandung dalam ayat-
ayat al-quran. Oleh itu, penurunan ayat yang disampaikan oleh malaikat kepada
Rasul yang terutama pada al-quran surah al-An’am ayat 125 ini tidak terlepas pada
asbabun an-Nuzul penurunan ayat tersebut .Hal ini dibuktikan apabila masyarakat
kaum kafir Quraisy yang tidak mengkehendaki kedatangan Islam, mereka menolak
keberadaan nabi Muhammad SAW serta ajarannya yang dibawakannya. Mereka
khawatir agama dan keyakinan mereka akan tergeser oleh ajaran yang dibawa oleh
nabi, sehingga berdampak pada posisi mereka di masyarakat pada saat itu. Dengan
kata lain, mereka kaum kafir mengingkari ajaran Islam sehingga memilih untuk tidak
mengikuti ajaran Islam daripada menggadaikan posisi mereka di masyarakat.

Selain itu, dalam kandungan al-quran Surah al-anam ayat 125 telah memperingatkan
manusia agar sentiasa beriman dan bertaqwa sehingga ia berada di jalan yang baik.
Seterusnya,ayat ini juga menunjukkan bahawa al-quran dengan segala
keistimewaan yang ada memiliki kandungan yang sangat lengkap sehingga layak
untuk menjadi dasar pengembangan ilmu pengetahuan.

4
2.3 Kelebihan ayat

 Membuka hati seseorang itu kepada Islam

Apabila Allah telah membuka hati seseorang itu kepada Islam, maka dia akan rasa
selamat dan selesa dengan agama Islam selama-lamanya. Dia tahu apa yang Islam
suruh buat itu adalah untuk kebaikan dirinya dan agamanya. Apabila ada amalan
yang dibuat tapi tidak bertepatan dengan nas syarak, mereka senang untuk tolak;
tidak berdalih-dalih dan memberi alasan lagi. Tidaklah mereka berat hati hendak
menerima ajaran al-Quran. Nabi pernah ditanya mengenai firman Allah : barang
siapa yang dikehendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia
melapangkan dadanya untuk(memeluk) Islam.(surah al an’am: 125) Mereka
bertanya, “ wahai rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan melapangkan
dadanya?” Rasulullah bersabda: Merupaka suatu nur yang dipancarkan ke dalam
dadanya, sehingga dada orang yang bersangkutan menjadi lapang dan mahu
menerimanya.

 Membentuk keperibadian seorang muslim untuk menjadi muslim yang sejati

Memberi pengajaran bahawasanya hidayah tidak datang bergolek dan diwarisi


sebaliknya hidayah itu datang dari Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendaki.
Oleh itu untuk mendapatkan hidayah Allah kita haruslah berusaha mendekatkan diri
kepada Allah dan mendapatkan ilmu-ilmu Islam dari pihak yang boleh dipercayai
untuk mendalami sendiri Islam itu dan tidak tersasar ke ajaran-ajaran sesat yang
wujud sekarang. Dengan mendalami agama Islam, kita akan mendapat kesedaran
tentang azab di akhirat dan nikmat-nikmat syurga agar kita menjadi takut untuk
melanggar suruhanNya dan melakukan laranganNya . Malangnya, kebanyakan
masyarakat Islam kita tidak dapat menerima. Apabila diberikan dengan dalil al-Quran
dan hadis, mereka tidak dapat terima kerana mereka lebih menerima apa yang telah
diajar oleh guru dan ustaz mereka dan apa yang banyak diamalkan oleh masyarakat
setempat. Contohnya, apabila dikatakan tidak boleh melakukan solat hajat
berjemaah, majlis tahlil, doa selamat, dan sebagainya, mereka tidak dapat terima.
Mereka tetap hendak membuat walaupun ianya berlawanan dengan al-Quran dan
hadis.

5
2.3 Pengajaran ayat

Ayat ini telah membuktikan bahawa hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk
memberi hidayah. Dalam pada itu, kita hendaklah bersyukur dengan nikmat iman
dan islam. Orang yang menerima hidayah akan terbuka hatinya untuk memeluk
islam. Hal ini juga kerana, orang yang memeluk islam boleh dikesan melalui
perkataan dan perbuatan. Hidayah ini bukan boleh diberi dengan kehendak kita.
Sebagai contoh, tentu kita sayang akan ahli keluarga kita, dan kita hendak mereka
mendapat hidayah. Tapi hidayah tidak boleh dipaksa dan diberikan kepada mereka.
Kita hanya boleh menyampaikan sahaja ajakan dakwah tauhid ini kepada mereka.
Tapi, samada mereka terima atau tolak, bukan kita yang mengawalnya. Allah lah
yang membuka dan melapangkan dada manusia untuk menerima Islam
sebagaimana Allah telah melapangkan dada Nabi Muhammad.

Orang yang telah disempitkan dadanya suah untuk belajar agama. Mereka mungkin
datang mempelajari agama tetapi mereka tidak faham. Berat untuk mereka
menerima apa yang telah dipelajari. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah
mentaati suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya supaya hidup kita menjadi
lebih tenang dan berjalan dengan lancar dimana hidup kita telah diberkati oleh Allah
SWT.

Ayat yang bermaksud “Begitulah Allah menimpakan kekotoran” merupakan


kekotoran dalam hati seperti penyakit- penyakit hati contohnya hasad dengki,
sombong, riak dan sebagainya. Kesannya akan membawa kepada kekotoran
didalam minda dan seterusnya kekotoran di dalam perbuatannya. Oleh itu, sebagai
umat Islam kita haruslah menghindari penyakit-penyakit hati ini supaya tidak terlanjur
kepada kekotoran-kekotoran seterusnya yang membolehkan kita melanggar
suruhanNya dan melakukan laranganNya dan sekaligus mendapat kemurkaan Allah
SWT. Kita mestilah beristighfar untuk mendapatkan keampunan dariNya apabila
datangnya penyakit hati ini supaya hati kita sentiasa dilindungi dari penyakit-penyakit
ini.

3. Kesimpulan

6
Konklusinya, manusia mempunyai potensinya masing-masing yang dianugerahkan
oleh Allah SWT sehingga manusia mempunyai sifat dasar kecenderungan yang
mengarah pada kecenderungan untuk bertakwa dan untuk membuat fujur.Dalam hal
ini,al-quran secara tegas sudah memperingatkan agar supaya menjadi peribadi
muslim yang sempurna. Sebagaimana tugas manusia sebagai makhluk ciptaan
tuhan maka kewajibannya adalah untuk beribadah dan wakil Tuhan di muka bumi
(khalifah).Oleh sebab itu, untuk membekali manusia dalam menjalankan tugasnya
tersebut maka ilmu pengetahuan dan agama lah sebagai jalannya, dan sebagai
petunjuk serta petunjuk jalannya adalah al-quran dan as-sunnah.

Al-quran sebagai pedoman sekaligus sebagai petunjuk bagi kehidupan manusia


telah memberikan pelajaran agar bisa mengoptimalkan segala potensi yang
dimilikinya.
Justeru, satu kenyataan ilmiah yang dijelaskan dalam al-quran jauh sebelum
manusia mengenali lebih jauh mengenai tatasurya.jika melihat penjelasan tersebut
maka sudah tidak dapat diragukan lagi bahawa al-quran merupakan kumpulan ilmu
pengetahuan mengenai alam dan seisinya. Maka,al-quran menjadi dasar yang
sangat sempurna jika berbincang tentang ilmu pengetahuan. Selain itu, alquran juga
dapat menjadi sumber dari segala sumber ilmu pengetahuan bagi manusia.

7
4. Rujukan

1) https://www.slideshare.net/mhamdy70/asas-islam-untuk-semua-10115254

2) http://jajatdarojat.blogspot.my/2013/03/kandungan-makna-dalam-surat-al-
anamayat.html?m=1

3) https://www.google.com/amp/s/celiktafsir.net/2014/11/08/tafsir-surah-al-anam-ayat-
125-127/amp/

Anda mungkin juga menyukai