Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU: MINI BACAAN

Tarikh menghantar semula: 04 April 2020 (Sabtu).

Nama: ____________________________________________
Tahun: 8G / 8F
Tarikh: 30 Mac 2020 (Isnin)
Masa: Library Period (08:30 - 09:00 / 12:00 -12:30)

Pada cuti sekolah yang lalu, aku bersama-sama dengan lima orang rakan telah mengadakan
aktiviti perkhemahan di pinggir hutan Wasai Long Kadir. Perkhemahan tersebut memang telah dirancang
lebih awal. Kami membawa dua buah khemah yang sederhana besarnya. Di samping itu, kami juga
membawa peralatan memasak serta pancing.

Sebaik-baik sahaja tiba di Wasai tersebut kami mencari lokasi yang sesuai. Tidak jauh dari
tempat kami berkhemah terdapat sekumpulan pelajar dari sekolah lain sedang sibuk mendirikan khemah
dan ada juga yang sedang memasak. Setelah mendirikan khemah, kami bersama-sama memasak makanan
yang dibawa. Tengah hari itu kami makan nasi berlaukkan ikan sardin. Petangnya pula, Fikri dan Radzi
memancing ikan di sungai yang berhampiran. Pada petang itu, Radzi dan Fikri mendapat banyak ikan
talipia putih. Fikri memang pandai memancing. Dia mencadangkan kami makan ikan bakar pada malam
nanti. Kami bersetuju.

Malam itu kami semua tidur awal kerana keletihan. Kira-kira pada pukul 2.00 pagi aku terjaga.
Aku terdengar bunyi tapak kaki dan suara orang bercakap dengan nada suara yang diperlahankan. Pada
mulanya aku sangkakan, kumpulan pelajar yang berkhemah berhampiran dengan tempat kami. Walau
bagaimanapun, aku tetap berasa curiga. Aku mengejutkan rakan-rakanku.

Kami mengintai melalui tingkap khemah. Dalam samar-samar cahaya bulan, kami dapat melihat
lembaga manusia berjalan ke arah hutan. Akhirnya lembaga itu hilang dalam kegelapan malam. Kami
mengambil keputusan untuk mengekori lembaga tadi. Lebih kurang 10 minit berjalan, kami ternampak
bayangan tiga orang lelaki. Kelihatan dua orang daripada mereka sedang menggali lubang, manakala
seorang lagi mengawasi persekitaran dan memegang lampu suluh kecil. Kami bersembunyi di sebalik
rimbunan daun dan batang pokok sehingga mereka beredar dari situ. Kemudian, kami kembali ke khemah
sementara menunggu hari siang untuk bertindak.

Keesokannya, kami kembali ke tempat yang digali oleh tiga orang lelaki pada malam tadi.
Tempat tersebut ditutup dengan daun-daun kering. Kami mengorek lubang tersebut dengan berhati-hati.
Kmi terkejut besar apabila mendapati sebuah peti besi ditanam di dalam lubang itu. Kami menghubungi
pihak polis menggunakan telefon bimbit.

Tidak lama kemudian pihak polis tiba dan kami menunjukkan tempat peti besi itu ditemui.
Menurut polis, peti besi yang mengandungi barangan kemas itu dirompak daripada sebuah kedai emas
terkemuka. Demi keselamatan, kami diarahkan pulang. Pengalaman berkhemah di Wasai Long Kadir
tidak dapat aku luoakan seumur hidup aku.

GERBANG BAHASA

Beri makna yang sesuai bagi perkataan-perkataan di bawah berdasarkan petikan di atas

1. Lokasi (1 markah)
o Tempat
o Peristiwa
o Pengalaman

2. Curiga (1 markah)
o Cemburu
o Syak Wasangka
o Cemas

3. Mengintai (1 markah)
o Sasaran
o Meneropong
o Mengintip

4. Samar-samar (1 markah)
o Kabur
o Tidak Nampak
o Jelas

5. Rimbunan (1 markah)
o Hutan
o Semak
o Pokok

/5

Anda mungkin juga menyukai