Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH

BIL-1/2020

Tarikh: 17/01/2020

Masa: 12.30pm-2.00pm

Tempat: Bilik Sains

Kehadiran:-

1.PN.K.MAGESWARY (GB)

2.EN.B SELVAN (Ketua Panitia)

3.PN.LETCHUMI

4.PN.THILAGAMALAR

1.Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan AJK Panitia yang hadir pada mesyuarat tersebut.

1..2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang hadir pada mesyuarat

pertama untuk tahun 2020.

2. Pengesahan minit

2.1 Ketua Panitia membentangkan laporan minit mesyuarat yang lalu.Laporan minit ini

dicadangkan oleh Pn.Letchumi dan disokong oleh Pn.Thilagamalar.

3. Perkara-perkara yang dibincangkan

3.1 Markah Peperiksaan Akhir Tahun telah dianalisis . Jika dibandingkan dengan Keputusan

Peperiksaan Pertengahan tahun keputusan Akhir tahun lebih baik di semua kelas kecuali di

tahun 5.
3.2 Guru Besar mengingatkan guru-guru untuk melaksanakan pengajaran abad ke 21 dalam PdPc

supaya murid minat belajar.

3.3 Ketua Panitia juga mengingatkan semula tentang perkara-perkara yang telah dibincang dalam

kursus yang dihadiri. Guru-guru sejarah perlu gunakan pendekatan yang menekankan

lakonan, diorama, model teaching dan petak i-think supaya PdPc tidak bosankan murid.

3.4 Guru tahun 6 memberitahu tentang masalah yang beliau menghadapi dalam PdPc

tahun 6. Skop sukatan terlalu luas dan waktu yang diberikan hanya 2. Beliau tidak

dapat menghabiskan sukatan pelajaran. Guru Besar akan cari jalan untuk

menyelesaikan masalah ini.

3.5 Menurut Ketua Panitia masa yang diberikan untuk PdPc Sejarah dalam tahun 6 perlu

digunakan dengan optimumnya untuk mengatasi masalah yang diutarakan di atas.

Tindakan :Guru- guru sejarah

4. Rancangan Tahunan 2020

4.1 Beberapa Aktiviti Tahunan dibincangan. Semua guru mencadangkan aktiviti tahunan

yangnakan dilaksanakan pada tahun ini.


Tindakan :Guru- guru sejarah

5. PBS

5.1Guru-guru yang mengajar SEJARAH perlu mencetak borang offline pada awal tahun dan

menanda pencapaian murid selepas mengajar satu standard kurikulum. Pihak pentadbir akan

memantau dari masa ke semasa.


Tindakan :Guru- guru sejarah
6. Hal-hal lain

6.1Masalah folio dapat diatasi dengan cara pemerhatian tetapi markah perlu disimpan

dengan baik. Ia akan dijalankan dalam UB 1.

6.2 Lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah.

6.3 Sudut Laluan Asean akan diwujudkan dalam 2020.

6.4 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30pm.

Disediakan oleh,

_________________________

(EN.B.SELVAN)

Ketua Panitia Sejarah,

SJKT Ramakrishna ,

Pulau Pinang.