Anda di halaman 1dari 3

Transformasi bermakna perubahan mega dan komprehensif, iaitu yang melibatkan perubahan

kepercayaan, ilmu, sikap, struktur sistem dan organisasi, rupa bentuk sistem dan
organisasi,teknologi, budaya kerja, proses kerja, dan prestasi kerja. Contohnya, Malaya
ditransformasikan kepada Malaysia melalui penubuhan satu gagasan negara bangsa pada
tahun 1963, yang diringi dengan beberapa agenda penting iaitu pembinaan kerajaan
demokrasi, mewujudkan perpaduan kaum dan wilayah, pembasmian kemiskinan,
pembasmian buta huruf, pembinaan prasarana sosial, dan pembangunan
ekonomi. Kepercayaan teras dalam pembentukan Malaysia ialah penubuhan satu kerajaan
pusat (federalisme) dengan sentralisasi pentadbiran akan mampu menggembleng segala
sumber dalam negara untuk menjamin pembangunan pelbagai sektor dan agihan sumber
yang seimbang (ekuiti) untuk semua wilayah dan lapisan masyarakat. Kepercayaan itu masih
kuat pada hari ini.

Pada dekad ini, kita bangkit semula dengan hasrat transformasi komprehensif yang
merangkumi pelbagai sektor dan bidang dalam kerajaan. Sejajar dengan Pelan Transformasi
Kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengusulkan pelan transformasi
dengan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Transformasi
dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi polemik dan diberi perhatian khusus
oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa merangka,
merancang dan melakukan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Antara langkah
yang diambil termasuklah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara ini
dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan
cabaran abad ke 21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025).

Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan


perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan
terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Walaupun pada hakikatnya
keupayaan setiap sekolah adalah berbeza namun sistem yang digunakan ini menyebabkan
semua sekolah di Malaysia perlu akur dan mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan
yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk
sekolah tersebut untuk melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai
contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
yang dilaksanakan pada tahun 2003 telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di
sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus yang dikelolakan selama
tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain. Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran
bertahun-tahun mengajar mata pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran
tersebut kerana bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha
meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan
dan digantikan dengan dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris
(MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI. Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk
Perubahan MBMMBI atau kekal PPSMI oleh Tan Sri Alimuddin (2011) menyatakan bahawa
antara sebab pemansuhan PPSMI adalah kerana penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata
pelajaran tersebut semakin merosot jika dibandingkan semasa penggunaannya dalam bahasa
Malaysia. Maka, sekali lagi guru-guru yang terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa
yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya.

Sebagaimana yang telah diketahui, kurikulum persekolahan mengalami perubahan


bermula tahun 2011 apabila KBSR telah digantikan dengan KSSR. Kewujudan KSSR di
sekolah ada baik dan buruknya. Usaha transformasi ini dinggap baik kerana melalui KSSR
pihak KPM berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan
estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Namun begitu,
Menurut Shafizan Omar (2013) dalam artikel akhbar yang dikeluarkannya menyatakan
bahawa sebahagian kumpulan guru berdepan tekanan dalam melaksanakan KSSR berikutan
beban kerja yang bertambah, termasuk proses memfailkan laporan KSSR yang menurut
mereka, boleh mengurangkan masa untuk mereka bersama murid.

Dalam masa yang sama, guru juga bertanggungjawab terhadap Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh KPM yang berfungsi sebagai pusat
pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di
seluruh Malaysia. Guru mata pelajaran dan guru kelas perlu mengisi markah dan data-data
murid dalam peperiksaan melalui internet. Saya memetik keluhan daripada oleh Siti Roshayu,
seorang guru mengenai sistem ini. Beliau mengatakan bahawa, “sistem SAPS yang kononnya
diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN di kepala
kami sebagai warga pendidik”. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun transformasi ini pada
dasarnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai
impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun dalam masa yang sama kelemahan yang
terdapat dalam penyelenggaraan sistem ini menyebabkan guru menghadapi beban tugas yang
amat berat di luar keupayaan mereka.

Hamid, M. A. (7 Jan, 2019). The Malaysian InSight. Retrieved from Mendepani cabaran Revolusi
Industri 4.0 – Adakah kita bersedia?:
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/124158

Anda mungkin juga menyukai