Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG WEBINAR

Nama Sekolah : SMK TTDI JAYA Kod Sekolah: BEA 8637

1. Nama Guru AZURA BINTI ABDULLAH


WACANA ILMU 2020 :
2. Tajuk PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 3. Bidang: KURIKULUM
2021
4. Tarikh online 08.01.2021 5. Masa: 3.00 – 5.00 petang
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid
menghadapi perubahan dan menyesuaikan diri dengan alam persekolahan yang baharu serta
membina keyakinan diri mereka dengan dunia pendidikan sekolah rendah. Program transisi ini
bukanlah satu program yang baharu tetapi telah dilaksanakan sejak tahun 2001 untuk tempoh 3
bulan. Namun, mulai 2007 tempoh program telah dipendekkan kepada 3 minggu. Pada tahun
2021 ini, tempoh program ini dilanjutkan semula kepada 3 bulan atas keperluan semasa.

Berdasarkan dapatan kajian, pengalaman positif yang diterima oleh murid semasa transisi
merupakan antara faktor penentu kejayaan pembelajaran pada peringkat seterusnya. Oleh itu,
Program Transisi Tahun 1 2021 telah dibangunkan untuk membantu murid memula proses
pembelajaran tahun 1 pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.

Program Transisi Tahun 1 2021 dirangka dalam 3 fasa iaitu Fasa 1 : Persediaan (11-19 Januari
2021), Fasa 2: Penyesuaian (20-29 Januari 2021) dan Fasa 3 : Kesediaan (1 Feb – 25 Mac
2021). Program ini bertujuan untuk menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran
sekolah, membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru, meningkatkan
keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran dan
menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

Program Transisi Tahun 1 2021 dirancang dengan mengambil kira Kandungan Kurikulum
Persekolahan dengan Kandungan Kurikulum Pra Persekolahan dan Kurikulum Tahun 1 dengan
penekanan kepada sosioemosi dan Literasi serta Numerasi awal. Rasional perancangan ini
adalah berdasarkan dapatan tinjauan penguasaan Literasi dan Numerasi awal murid Pra Sekolah
yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pada 2020. Dapatan ini
menunjukkan wujudnya jurang penguasaan literasi awal Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid pra sekolah. Sebagai panduan pelaksanaan program ini, KPM telah
menyediakan Kit Program Transisi Tahun 1 2021. KPM berharap program ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

Fasa 1 : Persediaan (11 - 19 Januari) adalah merupakan fasa yang penting bagi memastikan
sekolah, ibubapa dan murid bersedia sebelum sesi persekolahan bermula. Fasa Persediaan di
Sekolah melibatkan Pentadbir, Guru dan Persekitaran Fizikal. Fasa Persediaan di Rumah
melibatkan ibubapa/ penjaga dan murid.

Fasa 2 : Penyesuaian (20 - 29 Januari) di mana murid diberi peluang menyesuaikan diri dalam
situasi dan persekitaran baru. Untuk membantu guru- guru dalam Fasa 2 ini, Modul Orientasi
disediakan. Melalui pelaksanaan Modul Orientasi ini, murid diharap dapat menyesuaikan dengan
keadaan dan persekitaran sekolah, membina hubungan baik dengan rakan dan guru, membina
keyakinan diri untuk berkomunikasi dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Fasa 3: Kesediaan (1 Feb – 25 Mac 2021). Murid diperkenalkan dengan pembelajaran yang lebih
berfokus. Dalam fasa ini, guru akan menggunakan Modul PdP. Pelaksanaan modul ini adalah
bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran
seterusnya. Modul PdP ini dibangunkan berasaskan 5 aspek pembelajaran iaitu kognitif,
nilai,kreativiti dan estetika, kesejahteraan fizikal dan kesihatan dan sosioemosi. Modul ini
dilaksanakan menggunakan pendekatan modular, bersepadu dan bertema.

7. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pelaksanaan modul ini melibatkan kerjasama semua guru yang terlibat, pentadbir sekolah,
ibubapa serta disokong oleh persekitaran sekolah yang memberansangkan.

Modul PdP ini mengandungi 4 tema iaitu Saya Sihat Saya Selamat, Mari Fikirkan, Detektif Alam
dan Hidup Bersama. Guru perlu melaksanakan semua tema dan subtema yang terdapat dalam
Modul PdP. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti boleh diubahsuai mengikut tahap murid dan
konteks sekolah.

Perbincangan dan kerjasama dari semua guru mata pelajaran yang terlibat diperlukan untuk
memastikan kelancaran dan keberkesanan modul ini.

Guru perlu melaksanakan pentaksiran dari semasa ke semasa. Tujuan pentaksiran diadakan
adalah untuk mengetahui tahap perkembangan dan tahap pencapaian murid. Bukan untuk
membuat perbandingan murid antara murid. Selain itu, ia membantu guru merancang tindakan
susulan yang sesuai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................. ........................................................


(AZURA BINTI ABDULLAH ) ( )

Anda mungkin juga menyukai