Anda di halaman 1dari 5

MEMAHAMI KONSEP BAI'AH - PERJALANAN DAN SEJARAHNYA

Ada yang bertanya tentang "nilai-nilai orang yang berbaiah" Moral atau nilai-nilai yang mesti ada pada orang-
orang yang telah berbaiah adalah seperti sabda Rasulullah S.A.W:
"Marilah, berbaiahlah kepadaku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allah
dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak, (tidak minum arak, tidak
membawa cerita-cerita fitnah, berbohong di hadapan atau di belakang kamu, dan tidak mendurhakaiku
dalam kebajikan.)"
Barang siapa yang 'terlanggar' sesuatu daripadanya lalu "dihukum semasa di dunia", maka itu adalah sebagai
'penebusnya'(kiffarah).
Baiah ada peristiwa dan kisahnya. Baiah secara ringkasnya, ia merupakan: "Perjanjian damai atau sumpah setia
yang berlaku di antara Nabi Muhammad S.A.W dengan beberapa orang penduduk Yatrib (nama lama Madinah
Al-Munawarrah) yang datang menemui baginda di sebuah tempat atau bukit bernama Aqabah". Bukit itu
terletak beberapa kilometer di utara Kota Mekah, iaitu berdekatan dengan Mina.

Kita jangan keliru, kerana terdapat sebuah perkampungan di Timur Laut Tebing Barat Palestin, juga dikenali
sebagai Aqabah yang telah dirampas daripada penduduk Palestin untuk dijadikan sebuah kem tentera besar
oleh rejim Israel.

Sebuah bandar di selatan Jordan juga bernama Aqabah. Di samping kita menyebut Aqabah iaitu perbuatan
ibadah haji: "Melontar batu di Jamrah yang ketiga iaitu 'Jamrah Al-Aqabah'".

"PERJANJIAN AQABAH", merupakan perjanjian pertama antara baginda dengan mana-mana pihak, sama ada
dari dalam mahupun luar Kota Mekah. Ia melibatkan "satu persefahaman untuk memberi ketaatan kepada
Rasulullah".

Namun dari aspek sosial dan politik penduduk Arab, "melakukan perjanjian damai antara kabilah dan
sebagainya" adalah biasa dilakukan. Telah menjadi adat dan tradisi, mereka saling menyatakan "sumpah setia
kawan" atau "bersahabat baik bagi mencapai pelbagai tujuan dan matlamat tertentu."

Namun yang paling penting...

Kedua-dua belah pihak yang membuat 'perjanjian' ini, "ikhlas untuk berbaiah", iaitu bukan kerana "dipaksa
atau sebagainya".
"PERISTIWA PERJANJIAN AQABAH"
Perjanjian Aqabah merupakan susulan selepas "enam orang penduduk Yatrib memeluk Islam pada musim Haji
tahun ke 11 Kenabian". Mereka berjanji kepada baginda untuk menyampaikan... risalah Islam di kalangan
kaum mereka apabila pulang semula ke Yatrib.

Hasilnya, pada musim Haji berikutnya , iaitu pada musim "Haji Tahun Ke 12 Kenabian", bersamaan Julai
621(M). Datanglah seramai 12 orang lelaki, termasuk 'lima' orang yang menemui baginda sebelum ini.

'Lima' daripada 'tujuh' orang muka baru yang menemui baginda itu terdiri daripada 'suku' atau 'kabilah Al-
Khazraj', manakala yang 'dua' lagi 'suku Aus'. Mereka bertemu dengan baginda di 'Bukit Aqabah', bagi
"memeterai satu perjanjian" yang dikenali sebagai "PERJANJIAN AQABAH" iaitu, "Baiah Aqabah".

Bahawa Rasulullah bersabda:

"Marilah! 'berbaiahlah kepadaku', bahawa kamu tidak "mensyirikkan Allah" dengan sesuatu pun, tidak
mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak minum arak, tidak membawa cerita-cerita
fitnah dari hadapan dan dari belakang kamu, dan tidak menderhakaiku dalam kebajikan."

"Barang siapa yang 'terlanggar' sesuatu daripadanya, lalu dihukum sewaktu di dunia lagi, maka itu adalah
sebagai 'penebusnya' (kiffarah)."

Namun, jika sesiapa yang "terlanggar akan perjanjian ini" dengan melakukan perkara yang kita sama-sama
"berjanji untuk tidak melakukannya", tetapi "ditutupkan oleh Allah" daripada pengetahuan manusia, maka
urusannya "terserah kepada Allah". "Jika 'Dia' mahu, 'Dia' akan menyeksakannya, dan jika 'Dia' mahu, 'Dia'
akan mengampunkannya".

Ubadah pun berkata:

"Lalu kami pun membaiahnya atas perkara yang disebutkan oleh Rasulullah itu."

Di antara 'dalil naqli' mengenai 'baiah' yang termaktub di dalam Al-Quran, surah 'Al-Fath, ayat 10', yang
berbunyi:

"Sesungguhnya orang-orang yang 'baiah' (berjanji setia, patuh) kepada engkau ya Muhammad, hanya
sebenarnya "mereka BAIAH KEPADA ALLAH." Tangan Allah di atas tangan mereka. Barangsiapa yang melanggar
baiah itu, maka pelanggarannya itu atas dirinya sendiri, dan barangsiapa yang menyempurnakan (menepati)
apa yang telah dijanjikan kepada Allah, maka Allah akan memberikan pahala yang besar kepadanya."

'Baiah' atau "perjanjian taat setia" adalah merupakan "Perjanjian Aqabah", iaitu "Perjanjian Pertama" antara
baginda dengan mana-mana pihak, sama ada dari dalam mahu pun luar 'Kota Mekah'. Ia melibatkan satu
persefahaman untuk memberi ketaatan kepada Rasulullah."

Namun, yang paling penting, kedua-dua belah pihak yang membuat perjanjian itu mestilah 'IKHLAS' untuk
berbaiah, iaitu "bukan kerana 'dipaksa' atau sebagainya."

"Ketaatan adalah terikat dengan hukum syar'i", membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang
dilarang," seperti firmanNya dalam surah Ali-Imran, ayat 104:

"Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik),
dan melarang dari yang mungkar dan mereka itulah orang yang menang."

FirmanNya lagi, surah Ali-Imran, ayat 110:

"Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, kamu disuruh kepada yang maaruf dan mencegah
daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah."
Riwayat daripada Abdullah bin Omar:

Ertinya:
"Kami dahulu ketika "membaiah Rasulullah" untuk mendengar dan membaiahnya. Selalu beliau mengatakan
kepada kami, FIIMASTATHA (Dalam hal yang dapat kamu kerjakan)".
Riwayat Jarir bin Abdullah:

Ertinya:
"Aku membaiah Nabi S.A.W. Untuk mendengar dan mentaati, seraya beliau menuntutku mengucapkan,
FIIMASTATHA'TU (Dalam hal yang dapat aku kerjakan). Juga agar selalu memberi nasihat kepada setiap
muslim."

Hadis: H.r. Ahmad:


"Tidak ada (kewajipan) taat dalam melakukan kemaksiatan kepada Yang Maha Pencipta (Allah)".

"Orang-orang yang telah membaiah adalah orang-orang yang memegang amanah dan rahsia."

Seperti firman, Surah Al-Anfal, ayat 27:

Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengkhianati (AMANAH) Allah dan RasulNya dan (janganlah)
kamu mengkhianati amanah-amanah kamu. Sedangkan kamu mengetahui (salahnya)."

FirmanNya lagi, Surah An-Nahl, ayat 125:

Ertinya:
"Ajaklah manusia ke jalan Tuhanmu, dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bermujahadahlah dengan
mereka, dengan cara yang baik."

Bagi menjawab soalan seterusnya, seperti di bawah:

"Mengapakah Perkara-Perkara Negatif Berlaku Setelah Berbaiah?"

"Apakah Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Mengatasi Tersebut?"

"Apakah Pengisiannya Bagi Orang-Orang Yang Telah Mengaku Dirinya Dibaiah?"


"RUKUN BAIAH DAN SASARANNYA"

"SALAM" - "AKAD JANJI SETIA (BAIAH)"

1. "Kehormatan dan maruah sebenar antara kita ahli baiah," terletak dalam genggaman kita masing-masing,
iaitu 'bersalam'.

2. Kita "mesti mengharung kegembiraan dan malapetaka bersama." Kita memang saling memerlukan antara
satu sama lain, di mana kita boleh saling berkomunikasi "perasaan dan Hati."

3. Sakit pening, kedukaan dan kegembiraan, "janji setia dalam persahabatan," akan membuat kita selalu di
samping masing-masing untuk menempuh jalan keras dan sukar yang menanti kita di hadapan.

4. "Sasaran Baiah" adalah "Ke Lubuk Hati", ertinya: "Dari Hati Ke Hati". "Baiah mesti terikat dan diikat di antara
'Dua Hati'" dan memberi kesan yang sangat baik untuk faedah bersama.

5. Apa jua yang akan terhalang, akan dihadapi bersama; Suka duka, untung rugi, "tetap utuh dan teguh dalam
apa jua keadaan".

6. Saling tegur-menegur, nasihat-menasihati, sanggup menerima kritikan dan komen, antara satu sama lain,
dan juga daripada "orang luar".

7. "Memperbaiki dan ingin memperelok sesuatu", "mesti bermula daripada Diri Sendiri". Teguran dan nasihat
mesti terus saja mengalir untuk memperbaiki keadaan.

8. Sentisa saja "berhati-hati dan berwaspada, jangan ada di antara kita tergelincir dari sifat-sifat "ketaatan dan
kesetiaan".

9. Mengelak dari"tabiat buruk", suka mementingkan diri, dan mempunyai "niat yang terselindung", yang
mempunyai unsur-unsur jahat, seperti "ingin memecah-belahkan jemaah."

10. Saling "memegang amanah", dan meletakkan "pergantungan kasih sayang antara satu sama lain."

11. Tahu menghormati "setia kawan", dan menjaga maruah kawan, emosi dan mentalnya.

12. "Menjauhi perasaan angkuh dan sombong", senda gurau yang melampau dan menyakitkan hati.

13. Ahli 'baiah' bukanlah sebarang kawan yang berkaitan dengan sosial dan status kewangan. Ikatan 'baiah'
adalah "Ikatan Dalaman Kerohanian".

14. Perasaan orang-orang yang "telah baiah", dalam janjinya "mesti meresap, dan berfungsi masuk ke
pembuluh dan saraf, di setiap sel darah, lalu mampu menyucikan setiap gelombang perasaan."

15. "Tidak ada niat menipu", untuk "orang yang telah berjanji setia" dalam mengangkat martabat
persahabatan. Malah "kemuliaan taat setialah" yang dijunjung tinggi.

Orang-orang yang 'berbaiah' adalah "orang yang ditugaskan" seperti firman Tuhan; Ali-Imran, ayat 104:

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh
kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung."
"PERINGATAN KEPADA SEMUA AHLI BAIAH DAN YANG MEMBAIAH"
Peringatan kepada semua "AYAHANDA" yang "menerima baiah daripada ummat", anda adalah selaku 'IMAM'
atau 'RA'IN'. 'IMAM' atau "AYAHANDA" mestilah mempunyai "dalil syarak" (As-Siyadah As-Syar'i) - "Kedaulatan
Di Tangan Syarak".

Apapun aktiviti yang tidak didukung oleh 'dalil syarak' secara langsung, maka ia "tidak dapat diterima sebagai
peraturan."

Untuk menjadi "Ayahanda" (IMAM atau RA'IN), mestilah mempunyai "Tiga Asas Penting". Jika "ketiga-tiga
asas" itu "tidak ada pada diri" masing-masing selaku "Ayahanda", "Abang Long", "Abang Ngah", atau "Abang
Chik", atau apapun "gelaran Abang"; Maka "struktur jemaah akan hancur", seperti apa yang telah berlaku di
hadapan mata kita dewasa ini, yang menggelarkan 'diri mereka' "orang-orang yang telah dibaiah".

1. Islam mengajar, "Kedaulatan Di Tangan Syarak", BUKAN "Di Tangan Manusia". Dengan kata lain, "manusia
diperhambakan oleh manusia lain", hukumnya adalah 'HARAM'. Sebab itu, "yang boleh memperhambakan
manusia" hanyalah "ALLAH S.W.T."

Justeru, 'As-Siyadah As-Syar'i'- yang menjadi 'pengendali' dan 'penguasa' adalah "HUKUM SYARAK" bukan
'AKAL'. Maka seluruh urusan dikembalikan kepada "Hukum Syarak". Oleh itu, "tidak ada satu masalah pun yang
terlepas" daripada "Hukum Syarak".

2. Bahawa sesiapapun akan mempunyai "kedudukan yang sama" di hadapan "Hukum Syarak", sama ada
"Khalifah" ataupun 'Ummat', 'Penguasa' (Hakim), mahupun 'rakyatnya' (al-mahkum, dan kerana itu, "tidak ada
seseorangpun" yang mempunyai 'Hak Immuniti' (Kekebalan Hukum) dalam "Pentadbiran Islam."

3. Bahawa 'Ketaatan Kepada "KHALIFAH" (Imam)' adalah "terikat dengan Hukum Syarak", dan BUKAN
"ketaatan secara mutlak".

'Ummat' atau 'ahli baiah' hanya 'diwajibkan' untuk "taat kepada "Khalifah" apabila "ia melaksanakan 'Hukum
Syarak'".

Seperti yang dinyatakan oleh 'Nas berikut':

'Tidak ada (kewajipan)' 'taat' dalam 'melakukan kemaksiatan' kepada "YANG MAHA PENCIPTA (ALLAH)."

Diingatkan: Jika terdapat "Ayahanda", "Paduka Ayahanda", "Abang-Abang", yang 'pemabuk', 'tidak
sembahyang' 'kaki judi', 'pembuang masa', 'merompak', 'menyamun', 'memeras ugut', 'berantai leher',
'bergelang tangan', atau apa saja 'kemungkaran': Saya menasihatkan 'ahli jemaah' yang bergelar 'adik-beradik',
jauhkanlah diri masing-masing agar 'tidak terjebak' di dalam "Kemurkaan Tuhan".

Seperti Hadis H.R Ahmad:

"Tidak ada (kewajipan) taat dalam melakukan kemaksiatan kepada "Yang Maha Pencipta (Allah)".

Disediakan Oleh:
Paduka Khalifah Dato’ Seri Jaafar Shaari
YDP Pengasas Utama Pewaris Malaysia

Anda mungkin juga menyukai