Anda di halaman 1dari 14

KURSUS:

METODOLOGI FALSAFAH DAN PEMIKIRAN ISLAM

(PPPQ6243)

TAJUK TUGASAN:

PERKEMBANGAN PASCAMODENISME

NAMA PELAJAR:

NURULFATHONAH BINTI MOHD EFFENDY

(P85771)

NAMA PENSYARAH:

Prof. Madya Dr. AHMAD SUNAWARI BIN LONG

JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 DEFINISI 2

2.1 Definisi Modenisme 2

2.2 Definisi Pascamodenisme 3

3.0 SEJARAH PASCAMODENISME 3

3.1 Modenisme 4

3.2 Pascamodenisme 4

4.0 CIRI-CIRI PASCAMODENISME 5

5.0 TOKOH PASCAMODENISME 6

5.1 Jean Francois Lyotard 6

5.1.1 Biodata Ringkas Lyotard 6

5.1.2 Lyotard: “The Postmodern Condition” 6

5.2 Jacques Derrida 7

5.2.1 Biodata Ringkas Derrida 7

5.2.2 Derrida: “Deconstruction and Differance” 8

5.3 Michel Foucault 9

5.3.1 Biodata Michel Foucault 9

5.3.2 Foucault: “Discourse and Discursive” 9

6.0 PENOLAKAN PASCAMODENISME TERHADAP MODENISME 10

7.0 PASCAMODENISME MENURUT ISLAM 11

8.0 KESIMPULAN 11

9.0 RUJUKAN 12
2

1.0 PENDAHULUAN

“Pascamodenisme bukanlah suatu teori mahu pun konsep; ‘ianya lebih


bersifat suatu sikap atau minda yang skeptikal (ragu-ragu) atau estetik
(nilai) yang menolak segala bentuk teori yang menerangkan berkenaan
fenomena sosial’”.

Kata-kata di atas merupakan gambaran pendapat Gary Minda (1996) berkenaan


dengan pascamodenisme. Beliau telah menyatakan bahawa pascamodenisme ini amat sukar
didefinisikan dan merupakan suatu idea yang tidak jelas.

Kemunculan aliran pascamodenisme yang sedang berkembang kini, seringkali


dianggap dan dinilai sebagai sesuatu bentuk reaksi atau sesuatu bentuk cabaran terhadap
pemikiran yang wujud dalam aliran modenisme. Oleh kerana itu, aliran pascamodenisme telah
banyak meresap masuk ke dalam pelbagai bidang ilmu seperti kerohanian, agama, pendidikan,
kesenian dan kebudayaan serta banyak lagi bidang-bidang lain yang telah dipelopori oleh
aliran pemikiran moden sebelumnya.

Pertembungan yang telah berlaku antara kedua-dua aliran tersebut akhirnya telah
membawa kesan perbincangan yang pelbagai dalam lapangan ilmu pengetahuan. Ramai di
kalangan golongan intelektual, telah mencuba untuk membincangkan aliran-aliran ini daripada
pelbagai aspek perkembangan dan kemajuan dunia kini. Perbincangan yang dilakukan
termasuk jugalah berkaitan dengan gaya hidup dan keperluan masyarakat pada masa kini.
Kebebasan merupakan elemen penting yang telah di dukung oleh aliran pascamodenisme.

Sehubungan dengan ini, penulis akan menjelaskan serba ringkas mengenai


pascamodenisme. Ia bermula dari segi definisi modernisme, definisi pascamodenisme,
persejarahan atau perkembangan modernisme dengan pascamodenisme, mengenai tokoh
pascamodenisme dan pemikiran tokoh secara ringkas dan padat dan faktor penolakan
pascamodenisme terhadap modenisme serta pascamodenisme menurut Islam.

2.0 DEFINISI

2.1 Definisi Modenisme

Modenisme bukan sekadar suatu perkataan biasa. Ia merupakan suatu signifikan penting
dimana ia mempunyai perkaitan dalam pembinaan tamadun. Konsep modenisme berasal
daripada perkataan Latin iaitu perkataan “modo” yang bermaksud dengan “recently”, “just
now” dan ia mula digunakan pada abad ke-15 lagi (Krishan Kumar 1995).

Berpandukan rujukan yang dilakukan oleh Ghazali Darussalam (1998), definisi


modenisme boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat kini atau yang baru (berhubung
dengan waktu yang berlalu atau waktu kini). Dalam konteks ini, sesuatu yang baru selalunya
dikaitkan dengan perubahan, di mana perubahan tertakluk kepada apa yang selama ini ada dan
kemudian ia mungkin diganti dengan yang lain, atau boleh difahami juga sebagai suatu
tindakan pengubahsuaian.

Dalam rujukan kamus-kamus terkini, tiada definisi yang kompleks dapat dijelaskan
secara literal. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (2008: 260), perkataan “modernisme”
didefinisikan sebagai idea, kaedah atau gaya moden. Untuk perkataan “modern” pula
membawa maksud moden. Bagi perkataan “modernity” ialah kemodenan.

Artikel yang bertajuk “Pengalaman Modenisasi dan Sekularisasi di Asia” oleh


Shamsul Amri (1995) secara tidak langsung menjelaskan perbezaan makna antara modeniti,
3

modenisasi, dan modenisme. Baginya, modenisme dan modeniti merupakan dua komponen
utama yang menjadi teras kepada proses modenisasi. Modeniti dikatakan sebagai asas material
kepada modenisasi dan modenisme pula merupakan gagasan ideologikal yang mengiringi
fenomena modenisasi. Modenisasi pula walaupun tidak diterjemahkan secara khusus, tetapi ia
disebut sebagai proses sosial yang membawa perubahan terhadap politik, ekonomi dan
ideologi.

2.2 Definisi Pascamodenisme

Menurut Kamus Dewan (1994: 914) “pasca” bermaksud selepas, sesudah atau setelah.
“moden” pula bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara
(kaedah) baru dan mutakhir.

Drs. Sidi Gazalba (1973) mendefinisikan “moden” sebagai pembaharuan, iaitu yang
lama ditinggalkan, orang melangkah kepada yang baru atau peristiwa yang mengandungi
gerak dan membawa hakikat perubahan. Modenisasi merangkumi dua dimensi yang luas.
Pertama, perkembangan struktur sosial yang ditandai dengan perbezaan, deversifikasi dan
pemisah di mana berlakunya perubahan umum sistem sosial dan intergrasinya kembali di
sekitar suatu matrik dari struktur-struktur yang berbeza. Kedua, modenisasi meliputi
perkembangan kelembagaan untuk menangani perubahan terus-menerus dan kelangsungan
modenisasi termasuk rangkaian nilai, sikap, aspirasi dan tujuan yang tersusun (Calvin
Glodscheider 1985: 141; Aminuddin Ruskam 2004: 5).

Menurut Zakaria Stapa (1999: 144; Aminuddin Ruskam 2004: 6), pascamoden ialah
fahaman yang bersifat antiagama dan anti Tuhan kerana pascamoden ialah lanjutan dan edisi
baru kepada fahaman sekularisme Barat moden. Jika difahami dengan mendalam lagi,
Shahrom T. M. Sulaiman (2000: 165) merumuskan bahawa pascamoden adalah dominasi
budaya atau logik budaya dari budaya kapitalisme yang bermula pada Perang Dunia kedua.

Menurut Sarup (1989), jika modenisme dianggap budaya moden, maka pascamoden
ialah budaya kemodenan. Manakala Encyclopedia of Cultural Anthropology (1996)
menyatakan;

“Pascamoden ditakrifkan sebagai satu gerakan dari pelbagai sistem atau


falsafah, bermula dalam reka bentuk dan falsafah-estetik”.

Tokoh pascamoden Jean Francois Lyotard dalam tulisan nya “The Postmodern
Condition” menyatakan tiada kebenaran terhadap metanaratif yang akhirnya membawa
kepada penafian terhadap wahyu dan berubah kepada pandangan dunia yang berasaskan sains
semata-mata. Menurut Jencks, (1989: 478) pascamoden ditakrifkan sebagai;

“Satu daripada anjakan utama ke arah dunia pascamoden ialah berlakunya


perubahan dalam epistomologi, kefahaman terhadap pengetahuan dan
bagaimana pengetahuan itu berkembang dan dikaitkan dengan anggapan-
anggapan lain”.

3.0 SEJARAH PASCAMODENISME

Untuk memahami atau mengetahui dengan lebih jelas mengenai pascamodenisme, ia perlu
dikaji mengikut turutan iaitu bermula dari kemunculan modenisme yang mana ia muncul
sebelum pascamodenisme. Modenisme merupakan faktor kemunculan atau kelahiran
pascamodenisme.
4

3.1 Modenisme

Sejarah mencatatkan bahawa kemunculan dan perkembangan modenisme juga berkait rapat
dengan perubahan dan perkembangan dalam persejarahan masyarakat Barat sama seperti
fundamentalisme. Yang mana gereja mengongkong idea-idea dan penemuan baru sains serta
kejumudannya menerima pandangan yang berbeza dari fatwa gereja telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dan kemarahan golongan intelektual Barat yang akhirnya memberi ruang
kepada kelahiran Zaman Renaisans, Pencahayaan (Enlightment) dan Moden (Kamarudin
Salleh 2010: 17-18).

Perkataan “modernisme” ini dikatakan telah digunakan sejak kurun ke-16 lagi bagi
mencirikan penemuan-penemuan baru sains tabii dan kecenderungan untuk menghormati
zaman moden lebih utama dari zaman lampau. Pada kurun ke-19, ia telah dipakai oleh
sesetengah ahli Protestant dengan kefahaman keagamaan bagi menunjukkan secara jelas
kecenderungan ahli-Kristian dunia moden dan sikap radikalisme teologi liberal. Pada lewat
kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, modenisme dalam kefaham teologi adalah terma umum
bagi pelbagai krisis dalam doktrin dan disiplin gereja (Kamarudin Salleh 2010: 18).

Zaman sebelum era modenisme, semua bentuk nilai dan urusan kehidupan berasaskan
kepada agama (encient regine). Namun ketika zaman “enlightment”, ia telah ditukar secara
menyeluruh kepada nilai sekular dan perkara yang bersandar kepada agama turut dihapuskan
oleh golongan modenisme. Sekularisme yang diperjuangkan telah menjadi realiti sebenar
dalam kehidupan selepas berlakunya Revolusi Perancis pada tahun 1789. Kebebasan secara
menyeluruh dan demokrasi liberal yang telah dianggap moden, yang mana telah menjadi
sandaran hidup barat sehingga hari ini. Akibat daripada keangkuhan dan keegoan terhadap
agama, masyarakat barat berusaha mencari alternatif baru untuk menggantikan nilai agama
yang sekian lama mendasari kehidupan mereka. Ia bertujuan untuk mencorak kehidupan
mereka yang dikatakan moden (Richard Schacht 1991:1-4; Kamal Azmi 2013).

Maka muncullah pelbagai kaedah ilmu seperti rasional, empirikal, saintifik dan logik
yang bersesuaian dengan kehidupan mereka kini. Modenisme di Barat digerakkan oleh
falsafah “enlightment humanism” yang berjaya mempengaruhi pemikiran sebahagian
masyarakat Barat dan majoriti intelektual mereka. Ahli-ahli falsafah seperti Rene Decartes
(1592-1650), Benedict de Spinoza (1632-1677), John Locke (1632-1704), Immanuel Kant
(1724-1804), David Hume (1711-1776), Auguste Comte (1798-1857), Gottfried Wilheim
Leibniz (1646-1716), George Berkeley (1685-1753) dan lain-lain telah memberikan
penekanan terhadap rasionalisme dan liberalisme atau pembebasan manusia daripada tradisi
dan dogma (Richard Schacht 1991:1-4; Kamal Azmi 2013)

3.2 Pascamodenisme

Dunia seluruhnya kini sedang berada dalam satu era baru yang digelar sebagai zaman
pascamoden. Kemunculannya, secara mudah iaitu menandakan berakhirnya zaman moden.
Pascamoden mula dirasai dalam ilmu sains sosial pada penghujung tahun 70-an dan
pertengahan 80-an (International theory). Akan tetapi, kesannya dalam antarabangsa mula
dikaji pada tahun 1990-an. Pelbagai pendapat dan telahan telah diluahkan berhubungan
dengan perkara ini.

Michael Koehler dalam pengkajianya, beliau menjelaskan bahawa kemunculan awal


pascamodenisme adalah sekitar tahun 1970. Tempoh waktu antara 1945 dan 1970 adalah lebih
tepat dikenali sebagai era lewat modenisme (late modernisme). Namun sekitar tahun 60-an
dan 70-an lebih jelas dan diperkukuhkan lagi dengan kelahiran tokoh-tokoh atau pemikir-
pemikir yang fanatik pada tahun-tahun tersebut. Antara tokoh tersebut adalah Jean Francois
5

Lyotard (1924-1998), Jacques Derrida (1930-2004), Michel Foucault (1926-1984), Jean


Baudrillard (1929-2007), Arnold Toynbee (1889-1975) dan sebagainya.

Ia merupakan pendekatan teori yang sering di perbincangkan. Perkara yang paling


sukar dalam pengkajian pascamoden adalah dalam pemberian maksud atau membuat
pendefinisian tentang pascamoden itu sendiri. Menurut Jean Francois Lyotard mengenai
pascamoden adalah (John Baylis, et 2006: 285):

“Simplifying to the extreme, I define postmodern as incredulity towards


metanarrative”.

Secara ringkasnya, Jean Francois Lyotard menerangkan bahawa pascamoden sebagai


teori yang bersifat skepticism; “metanarrative” bermaksud mana-mana teori yang mendesak
atau menuntut sesuatu perlu mempunyai asas pembentukan atau dasar alasan yang jelas untuk
mewujudkan sesuatu tuntutan ilmu pengetahuan dan memerlukan penyertaan asas
epistemologi (Jean Francois Lyotard 1979).

4.0 CIRI-CIRI PASCAMODENISME

Menurut Akbar S. Ahmed (1992: 143-144; Aminuddin Ruskam 2004: 6-7) terdapat lapan ciri-
ciri penting sifat sosiologi pascamoden, iaitu:

Pertama: Timbulnya pemberontakan secara kritis terhadap modenisme,


memudarnya kepercayaan kepada agama yang bersifat transenden (meta-
narasi) dan menerima pandangan pluralisme-relativisme kebenaran.

Kedua: Meledaknya industri media massa sehingga seolah-olah ia adalah


kesinambungan daripada sistem pancaindera, organ dan saraf manusia.
Keadaan ini menjadikan dunia dan ruang realiti kehidupan terasa sempit.
Dengan kekuatan media massa yang telah menjelma menjadi “agama” atau
“tuhan” sekular, yang mana menentukan kebenaran dan kesalahan perbuatan
manusia tanpa disedari telah diatur oleh media massa seperti program
television.

Ketiga: Munculnya radikalisme etnik dan keagamaan. Fenomena ini muncul


sebagai reaksi atau alternatif apabila manusia semakin meragukan terhadap
kebenaran sains, teknologi dan falsafah moden yang dinilai gagal memenuhi
janji untuk membebaskan manusia dan menciptakan kehidupan yang lebih
baik. Akan tetapi sebaliknya yang terjadi iaitu penindasan.

Keempat: Munculnya kecenderungan baru untuk menemukan identiti dan


penghargaan serta keterikatan rasionalisme dengan masa lalu.

Kelima: Semakin luas wilayah perbandaran (urban) sebagai pusat


kebudayaan dan kawasan luar bandar semakin terpinggir. Pola ini juga
berlaku dalam dominasi negara maju (Negara Dunia Pertama) ke atas negara
membangun (Negara Dunia Ke-3). Ibarat negara maju sebagai “titik pusat”
yang menentukan gerak pada “lingkaran pinggir”.

Keenam: Semakin terbukanya peluang untuk kelas sosial atau kelompok


minoriti untuk mengemukakan pendapat secara lebih bebas dan terbuka.
Dengan kata lain, era pascamodenisme telah mendorong proses
pendemokrasian.
6

Ketujuh, era pascamodenisme juga ditandai dengan munculnya


kecenderungan pencampuradukan pelbagai nilai, keyakinan dan potret
serpihan realiti. Hal ini menyebabkan usaha menempatkan sesuatu objek
budaya secara ketara terhadap kelompok budaya tertentu secara eksklusif
menjadi sulit.

Kelapan, bahasa yang digunakan dalam wacana atau perbincangan


pascamodenisme seringkali dikesan tidak lagi memiliki kejelasan makna dan
inkonsistensi sehingga apa yang disebut “era pascamodenisme” banyak
mengandungi sifat paradoks (bertentangan dengan pendapat atau penerimaan
umum).

5.0 TOKOH PASCAMODENISME

5.1 Jean Francois Lyotard

5.1.1 Biodata Ringkas Lyotard

Jean Francois Lyotard lahir pada tahun 1924 di Versailles, Perancis dan meninggal dunia pada
tahun 1998 di Paris. Beliau merupakan seorang mahasiswa dari Universiti Sorbonne pada
tahun 1950. Kemudian, Lyotard menjadi seorang guru SMU di Constantine, Aljazair. Ketika
beliau berkhidmat sebagai seorang guru, beliau turut terlibat dalam gerakan kemerdekaan
Aljazair dan akhirnya kembali ke Paris pada tahun 1959 kerana beliau telah dilantik sebagai
pembantu pensyarah di Almamaternya, Universiti Sorbonne. Pada tahun 1960, beliau
mengajar di Naterre dan beliau sentiasa bersama dengan golongan terpelajar yang lain.
Antaranya adalah Sartre, Deleuze, Foucault dan Lacan, mereka terlibat dan aktif dalam
gerakan anti perang (M. Chairul Basrun Umanailo t.th: 3).

Tahun 1970 sehingga 1972, beliau mengajar di Institute Polytechnique de Philosophie


Vincennes. Kemudian mengajar di Universaitaire de Paris VIII St. Denis pada tahun 1972
sehingga 1987. Lyotard meraih gelaran doktor sastra pada tahun 1971 dengan hasil penulisan
(tesis) yang bertajuk “Discours, Figure”, ia membahaskan tentang permasalahan bahasa
dengan membandingkan antara pendekatan strukturalisme dan fenomenologi (M. Chairul
Basrun Umanailo t.th: 3). Terdapat beberapa karya Lyotard dalam akademik terutamanya
dalam bidang falsafah, antaranya adalah (M. Chairul Basrun Umanailo t.th: 4):

1. La Phenomenologie (1954);
2. Discours, Figure (1971);
3. De`rive a`partire de Marx et Freud (1973);
4. Libidinal Economy (1973);
5. La Condition Postmoderne, Rapport sur le Savoir (1979);
6. Just Gaming (1979);
7. The Different: Phrases ini Dispute (1983);
8. The Inhuman: Reflections on Time (1988);
9. The Lyotard Reader (1989); dan
10. The Postmodern Explained to Children.

5.1.2 Lyotard: “The Postmodern Condition”

Lyotard telah membincangkan mengenai pascamoden dalam penulisan beliau, “The


Postmodern Condition” bahawa keadaan pascamoden telah muncul di negara-negara pasca-
industri, terutamanya Eropah dan Amerika. Menurut beliau, keadaan pascamoden bukannya
lahir sebagai satu tahap sejarah setelah masyarakat barat melalui zaman moden. Pascamoden
ialah satu keadaan “mood” dan tanggapan terhadap kehidupan secara umum yang terhasil
7

kerana perubahan dalam pengorganisasian ilmu pengetahuan. Keadaan pascamoden


merupakan perkembangan pesat dalam pengeluaran dan pemasaran ilmu secara global
(Kamaruddin M. Said. t.th: 180).

Keadaan ini telah memperlihatkan bahawa taraf ilmu yang eksklusif yang dilahirkan
sebagai zaman pencerahan “Enlightenment” dan telah melahirkan beberapa rumpun naratif
aliran utama yang perkasa. Pemikiran rasional pada zaman pencerahan telah mula diragui.
Kehebatan naratif aliran utama (grand narrative) mula mengalami proses pemikiran semula
dalam mentakrifkan idea pascamoden, seperti berikut (Kamaruddin M. Said. t.th: 181):

“The postmodern would be that which is in the modern invokes the


unpresentable in presentation itself, that which refuses the consolation of
correct forms, refuses the consensus of taste permitting a common
experience of nostalgia for the impossible, and incquires into the new
presentations – not to take pleasure in them but to better produce the feeling
that there is something unpresentable”.

Oleh itu, pascamoden ialah satu aliran idea dan sikap yang memilik untuk
menampilkan apa yang tidak dapat ditampilkan oleh pemodenan, menampilkan apa yang
dianggap songsang oleh pemodenan, mengiktirafkan pihak lain yang enggan menerima, malah
menpersoalkan sistem nilai dan cita rasa golongan yang berkuasa. Pascamoden bukan lahir
semata-mata untuk keseronokan menampilkan pelbagai perkara lain yang sebelum ini berada
di pinggiran, tetapi sebenarnya bertujuan untuk menyemarakkan perasaan bersedia menerima
kehadiran pelbagai perkara lain ini (Kamaruddin M. Said. t.th: 181).

Lyotard (1988) berpendapat bahawa pemikiran pascamoden tidak mengiktirafkan


naratif aliran utama atau metanarrative, yang dilahirkan oleh tradisi moden. Naratif ini tidak
mungkin dapat menukilkan kesemua aspek budaya seperti yang didakwa oleh pengkaji
moden. Oleh itu, pascamoden ini dalam konteks pengajian kesusasteraan mempunyai kaitan
dengan keinginan baru untuk memberi pengiktirafan kepada naratif “pihak lain” yang selama
ini tidak kelihatan, tidak bersuara dan tidak dihiraukan oleh pemodenan. Nama Lyotard
menjadi begitu terkenal kerana memperkenalkan istilah “postmodern”, walaupun beliau
meneruskan perbincangan mengenai situasi atau keadaan pasca-industri (Kamaruddin M.
Said. t.th: 181).

5.2 Jacques Derrida

5.2.1 Biodata Ringkas Derrida

Jacques Derrida lahir di El-Biar pada 15 Julai 1930. Beliau berketurunan yahudi. Aljazair
merupakan wilayah konflik kerana peperangan berlaku di negara ini pada saat itu. Derrida
melihat penindasan terhadap masyarakat Aljazair atas kekuasaan kolonial dalam
persengketaan tanah jajahan Dunia Ketiga. Bermula daripada pengalaman inilah yang menjadi
semangat awal dalam pencapaian pemikiran “deconstruction” beliau (John Lechte 2001:
169).

Pada 1949, Derrida pindah ke Prancis untuk melanjutkan pembelajarannya. Ketika


tahun 1952, Derrida belajar di École Normal Supériuere (ENS) (John Lechte 2001: 169).
Beliau kembali ke Aljazair pada tahun 1957 untuk memenuhi kewajiban dalam
ketenteraannya dengan mengajar bahasa Perancis dan Inggeris kepada anak-anak tentera di
sana. Derrida mulai mempelajari karya-karya falsafah berkenamaan, bermula dari Aristotel,
Nietzsche, Heidegger, Marx, Hegel, Husserl dan lain-lain. Beliau begitu tertarik dengan
pemikiran Marxisme yang membawa beliau menjadi bahagian anggota parti komunis di
Perancis (John Lechte 2001: 169). Namun begitu, beliau juga meminati pemikiran nihilisme
8

(Nietzsche) (ST. Sunardi 2001: 119).

Tambahan lagi, Derrida pernah memegang jawatan sebagai profesor falsafah di Ecole
des Hautes Etudes en Sciences Sociales, Paris. Ahli falsafah ini juga pernah mendapat gelar
“Doctor Honoris Causa” di Universiti Cambridge. Pada tanggal 9 Oktober 2004, Derrida
meninggal dunia kerana kanser pankreas. Terdapat beberapa karya beliau dalam bidang
falsafah, antara penulisan beliau dalam bahasa perancis adalah (Satrio Arismunandar 2008: 2-
3):

1. L’ecritue et La Difference (1967);


2. De La Gramatology (1967);
3. La Voix et le Phenomene (1967);
4. La Dissemination (1972);
5. L’archeologie du Frivole (1976) ;
6. Glas (1974);
7. Eperons, Les Styles de Nietzche (1978);
8. Verite en Peinture (1978);
9. De l’espirit. Heidegger et la question (1987);
10. Spectres de Marx (1993);
11. Politiques de l’amitie (1994) dan lain-lain.

5.2.2 Derrida: “Deconstruction and Differance”

Tiga tahun sebelum terbitnya buku “The Postmodern Condition”, iaitu pada tahun 1967,
seorang ahli falsafah Perancis keturunan Algeria iaitu Jacques Derrida (1976), telah
menerbitkan tiga buah bukunya serentak, antaranya adalah “Writing and Difference”
(L’ecritue et La Difference), “Of Grammatology” (De La Gramatology) dan “Speech and
Phenomena” (La Voix et le Phenomene) (Kamaruddin M. Said. t.th: 183). Hasil daripada
karya beliau bukan sahaja mendapat sambutan di Perancis, malah turut mendapat sambutan di
Amerika. Dengan ini, beliau telah mempopularkan konsep “deconstruction” yang bermaksud
proses percanggahan pendapat yang bertujuan menolak naratif aliran utama atau yang
dikatakannya terhasil menerusi “logocentrism”. Pascamoden menurut Derrida,
mengutamakan proses penghapusan pusat (decentering) sebagai matlamat mendekonstruk
naratif aliran utama (Kamaruddin M. Said. t.th: 183).

Derrida berbeza dengan Loytard, beliau merupakan seorang falsafah yang sentiasa
ingin melawan dan menolak naratif aliran utama barat (Kamaruddin M. Said. t.th: 184). Pada
beliau, naratif aliran utama telah dilahirkan oleh logocentrism iaitu aliran pemikiran atau
metafizik yang sangat dominan, yang mana tidak memberi tempat kepada naratif “pihak lain”.
Naratif aliran utama yang terbentuk menerusi konsep “kontrak sosial” yang diperkenalkan
oleh Jean – Jacques Rousseau iaitu ahli falsafah Perancis pada abad ke-18, sering dijadikan
sasaran “deconstruction” beliau (Kamaruddin M. Said. t.th: 184). Jelas dapat dilihat bahawa
Derrida tidak mahu terus terikat dengan kontrak sosial yang sekian lama mengikat pemikiran
masyarakat moden barat. Beliau ingin masyarakat berusaha untuk melepaskan diri daripada
ikatan kontrak dan falsafah moden yang terlalu lama mengongkong pemikiran lain yang
bercanggah dengannya (Kamaruddin M. Said. t.th: 184).

Menerusi satu disiplin ilmu bahasa yang dinamakan “grammatology”, beliau


melancarkan satu metodologi baru yang dinamakan “deconstruction” dan konsep falsafah
yang berteraskan konsep differance (Derrida 1976). Deconstruction ialah metodologi yang
digunakan dalam penelitian terhadap naratif aliran utama dan differance ialah prinsip
penolakan (dan penerimaan pada aspek tertentu) yang dianggap sebagai satu konsep yang
tersendiri. Oleh itu, ia melahirkan satu identiti lain yang boleh digunakan untuk melahirkan
neologism atau naratif baru (Kamaruddin M. Said. t.th: 184).
9

Derrida (1976) berpendapat bahawa bahasa, pemikiran dan budaya barat, sejak zaman
Plato lagi, sentiasa mempunyai kecenderungan bahawa ia berupaya menemui suatu hukum
(law) dan kebenaran (truth). Logos berasal daripada bahasa Greek, merujuk kepada
perkataan, pertuturan dan penghujahan. Oleh itu, logocentrism bermaksud satu sistem bahasa,
pemikiran dan budaya yang bukan sahaja berpegang kepada perlunya satu hukum dan
kebenaran yang berpusat, tetapi menganggap hukum dan kebenaran itu sebagai prinsip yang
benar secara menyeluruh. Aliran pemikiran pascamoden menolak logocentrism sebagai salah
satu tatacara pemikiran. Penolakan ini kerana logocentrism adalah salah satu prinsip
pemodenan (Kamaruddin M. Said. t.th: 185).

Gagasan deconstruction dan differance yang dibawa oleh Derrida (1976) adalah wakil
daripada suara golongan minoriti (yang tidak mempunyai identiti aliran utama). Ia bertujuan
supaya suara mereka didengari oleh para pendukung naratif aliran utama (Kamaruddin M.
Said. t.th: 186).

5.3 Michel Foucault

5.3.1 Biodata Michel Foucault

Michel Foucault dilahirkan pada 15 Oktober 1926 di Poitiers, Prancis. Beliau meninggal
dunia pada 25 Jun 1984 di Paris. Foucault merupakan murid kepada seorang ahli falsafah
sosial iaitu Althusser. Beliau berkelulusan daripada Ecole Superieure. Pada awalnya, beliau
adalah seorang ahli falsafah, akan tetapi Foucault meninggalkan falsafah kerana menurut
beliau falsafah bersifat terlampau abstrak dan sukar untuk menyatakan kebenarannya.
Kemudian, beliau mendalami psikologi dan patologi serta berkerja di hospital sakit jiwa
(Steven Best 2003: 40).

Selain itu, beliau pernah menjadi seorang pengajar dalam bidang bahasa Perancis di
Swedia, Jerman dan Polandia pada tahun 1950-1960. Pada tahun 1968, selepas peristiwa
demonstrasi mahasiswa, beliau dilantik sebagai ketua bidang falsafah di Vincennes (Steven
Best 2003: 40). Seterusnya, beliau dilantik menjadi profesor untuk bidang “Sejarah Sistem
Pemikiran” di College France pada tahun 1970. Ia merupakan pekerjaan terakhir Foucault
sehingga beliau meninggal dunia (Steven Best 2003: 40). Beliau telah menghasilkan begitu
banyak karya terkenal, antara penulisan beliau adalah (K. Bertens 2001: 279):

1. Maladie mentale et psychologie (1954);


2. Madness and Civilization (1961);
3. Birth of the Clinic (1963);
4. The Order of Things; An Archeology of Human Sciences (1966);
5. The Archeology of Knowledge (1969);
6. Discourse on Language (1970);
7. Discipline and Punish (1975);
8. The History of Sexuality Vol 1: An Introduction (1976); dan
9. The History of Sexuality Vol 1I & III: An Introduction (1984), diterbitkan selepas
kematian beliau.

5.3.2 Foucault: “Discourse and Discursive”

Foucault (1970) berpendapat bahawa pemodenan telah melahirkan ilmu dalam bentuk
discursive iaitu ilmu yang dibina, disusun, diiktiraf serta dihubungkaitkan antara satu sama
lain dengan tujuan untuk mengesahkan keilmuan terhadap sistem pemikiran dan budaya
masyarakat barat moden. Pada pendapat beliau, naratif terhasil daripada discourse (wacana).
Edward Said (1978) menggunakan konsep ini untuk menunjukkan bahawa orientalisme ialah
10

satu bentuk ilmu discursive yang dibina oleh ilmuan barat dengan tujuan mengesahkan
kolonialisme terhadap masyarakat dan budaya di tanah-tanah jajahan.

Orientalisme dibina berdasarkan andaian bahawa masyarakat dan budaya barat adalah
lebih tinggi dan mulia daripada masyarakat dan budaya timur. Aliran pemikiran pascamoden,
pascastruktur dan pascakolonial menolak pembentukan ilmu discursive ini. Ini memberikan
implikasi bahawa aliran pemikiran pascamoden tidak bertujuan untuk mengesahkan naratif
moden yang dikatakan bersifat discursive. Pandangan Edward Said ini turut memberikan
implikasi bahawa naratif aliran utama barat yang berteraskan orientalisme sedang berhadapan
dengan deconstruction menerusi pemikiran pascakolonial (Kamaruddin M. Said. t.th: 186).

Dalam konteks ini juga, pemikiran pascamoden Foucault (1970) tidak mengiktirafkan
sejarah sebagai disiplin yang menerangkan apa yang “sebenarnya” terjadi. Sejarah daripada
kacamata pascamoden ialah ilmu yang cukup sekadar menyatakan apa yang telah terjadi
daripada satu sudut pandangan yang ideologi dan kepentingan tertentu. Menurut foucault,
hanya dengan cara ini sejarah (pihak lain) boleh mendapat tempat dalam kepustakaan ilmu
secara lebih adil. Tujuan wacana Foucault bukanlah untuk mencari kebenaran, akan tetapi
untuk menilai kewajaran kegiatan proses menyatakan kebenaran (truth - telling).

6.0 PENOLAKAN PASCAMODENISME TERHADAP MODENISME

Kecenderungan terhadap pascamoden bukanlah dibuat tanpa alasan. Sebagai sebuah


pemikiran, pascamoden pada awalnya lahir sebagai reaksi kritis dan reflektif terhadap
paradigma modenisme yang dipandang gagal dalam projek pencerahan dan menyebabkan
munculnya pelbagai “patologi” (penyakit) modenisasi (Aminuddin Ruskam 2004: 3). Pauline
M. Rosenau (1992: 10) dalam kajiannya tentang pascamoden dan ilmu sosial, memberikan
sekurang-kurangnya lima alasan penting gugatan pascamoden terhadap modenisme, antaranya
adalah:

Pertama: Modenisme dipandang gagal mewujudkan pemulihan kearah masa


depan kehidupan yang lebih baik sebagaimana yang diharapkan oleh para
pendukungnya.

Kedua: Ilmu pengetahuan moden tidak mampu melepaskan diri daripada


penyalahgunaan kuasa keilmuwan demi kepentingan kekuasaan.

Ketiga: Terdapat banyak percanggahan antara teori dengan fakta dalam


perkembangan ilmu moden.

Keempat: Ada keyakinan bahawa ilmu pengetahuan moden mampu


memecahkan segala persoalan yang dihadapi manusia. Namun ternyata
keyakinan ini meleset apabila kini munculnya pelbagai penyakit sosial.

Kelima: Ilmu moden kurang memerhatikan dimensi mistik dan metafizik


manusia kerana terlalu menekankan sifat fizikal individu.

Dengan yang demikian, modenisme mulai kehilangan landasan praktiknya dalam


memenuhi janji-janji pembebasan yang dahulu lantang disuarakan. Modenisme yang dulu
diagung-agungkan sebagai pembebas manusia dari belenggu mitos dan berhala-berhala serta
budaya abad pertengahan yang menindas, kini terbukti membelenggu manusia dengan mitos
dan berhala-berhala baru yang lebih menindas dan menekankan (Aminuddin Ruskam 2004:
4).
11

7.0 PASCAMODENISME MENURUT ISLAM

Pascamodenisme boleh dilihat dalam kerangka epistimologi (faham ilmu), aksiologi (faham
tentang nilai) dan world-view (pandang tentang kehidupan). Secara ringkas, pascamodenisme
adalah penolakan terhadap naratif aliran utama (grand-narratives) dalam rupa agama-agama
besar, termasuk Islam dengan kebenaran-kebenaran hakiki dan sekali gus berlakunya
penolakan nilai-nilai mutlak (absolute) dan penekanan kepada kerelatifan nilai dalam semua
perkara. Dalam konteks ad-din Islam, nilai-nilai pascamodenisme amat membahayakan nilai-
nilai rabbani yang telah sebati dengan Islam antaranya (Mohd. Azhar, e.t. t.th.: 2):

1. Nilai-nilai pascamodensime bertentangan dengan akidah kerana pascamodenisme


menolak rukun iman dan rukun Islam;

2. Ia menentang nilai-nilai rohaniah yang hakiki, menolak ibadat seperti sembahyang,


puasa, zakat dan sebagainya;

3. Ia menolak nilai-nilai moral dan etika yang mutlak dalam agama, dalam perspektif
pascamodenisme tidak wujud nilai-nilai mutlak yag kekal dan mutlak dan kesemua
nilai boleh dirasionalkan; dan

4. Ia menolak sistem hukum yang dibawa agama dalam bentuk syariat seperti Islam,
dengan itu manusia akan tersesat tanpa panduan syariat sebagai penyelamat.

8.0 KESIMPULAN

Dapatlah disimpulkan bahawa pascamodenisme adalah sebahagian daripada sejarah yang lahir
daripada zaman moden sebagai perkembangan budaya. Pascamodenisme merupakan produk
budaya dan gaya hidup baru sebagai pemikiran. Selain itu, ia merupakan cara pemikiran dan
penteorian baru tentang kehidupan manusia dan masyarakat hari ini. Ia merupakan suatu
zaman yang penuh dengan panik, antaranya adalah:

1. Budaya yang panik;


2. Ideologi yang panik; dan
3. Teori yang panik.

Pascamoden ialah fahaman yang bersifat antiagama dan anti Tuhan kerana
pascamoden ialah lanjutan dan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden. Jika
difahami dengan mendalam lagi, Shahrom T. M. Sulaiman (1999: 165) merumuskan bahawa
pascamoden adalah dominasi budaya atau logik budaya dari budaya kapitalisme yang bermula
pada Perang Dunia kedua.

Pascamoden menimbulkan beberapa kontroversi dari segi kewujudannya, pengaruh,


ciri-ciri pascamoden yang tersendiri serta sering menjadi pendebatan dikalangan para sarjana
daripada pelbagai disiplin akademik. Pada mulanya melibatkan pemikiran yang dicetuskan
oleh para sarjana dan ahli falsafah seperti Jean Francois Lyotard, Jacques Derrida dan Michel
Foucault.

Dalam konteks ad-din Islam, nilai-nilai pascamodenisme amat membahayakan nilai-


nilai rabbani yang telah sebati dengan Islam. Sesungguhnya, umat Islam perlu
memperkukuhkan akidah. Ini kerana apabila ummah dipersiapkan dengan peralatan
penagkisan yang wajar, pastinya mereka tidak mudah, dan malahan sekali-kali tidak mungkin,
hanyut sekalipun dilanda badai besar yang melanda secara tiba-tiba seperti yang berlaku
dengan kehadiran faham pascamodenisme pada masa kini.
12

9.0 RUJUKAN

1994. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2008. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Ahmed Akbar, S. 1992. Postmodernisme and Islam. New York: Routledge.

Aminuddin Ruskam al-Dawamy. 2004. Pascamoden: Perbincangan Isu Sosial. Johor:


Universiti Teknologi Malaysia.

Calvin Goldscheider. 1985. Populasi, Modenisasi dan Struktur Sosial. Jakarta: CV Rajawali.

Charles Jencks. 1989. What is Post Modenrnisme. London: St Martin’s Press.

Derrida, J. 1976. Of Grammatology. Terj. Gayapati Spivak. London: Johns Hopkins


University Press.

Foucault, M. 1970. The Order of Things: An Archeology of the Human Sciences. New York:
Pantheon.

Gary Minda. 1996. Postmodern Legal Movements: Law and Jurisprudence at Century’s
End. New York and London: New York University Press.

Ghazali Darussalam. 1998. Dakwah Islam dan Ideologi Barat. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn Bhd.

Jean Francois Lyotard. 1979. The Postmodern Condition A Report on Knowledge.


http://www.marxists.org/reference/subject/philosophy/works/fr/lyotard.htm [20 Mei
2016]

John Baylis & Steve Smith. 2006. The Globalization of World Politics: An Introduction to
International Relations. New York: Oxford University Press.

John Lechte. 2001. 50 Filsuf Kontemporer dari Strukturalisme sampai Postmodernisme. Terj.
A. Gunawan Admiranto. Yogyakarta: Kanisius.

K. Bertens. 2001. Filsafat Barat Kontemporer Prancis. Jakarta: Gramedia.

Kamal Azmi b. Abd Rahman (pnyt.). Modern Philosophy: A Journey through Modern
Philosophy. BIAF 6102: Modern Philosophy, Bangi, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.

Kamaruddin M. Said. t.th. Mainan Pascamoden di Malaysia. Jurnal Melayu: 1: 179-218.

Kamarudin Salleh. 2010. Modenisme Islam dan Impaknya di Malaysia. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Krishan Kumar. 1995. From post industrial to post modern society, New Theories of The
Contemporary World. USA: Blackwell Publishers.

Lyotard, J. 1988. The Postmodernisme Explained. Terj. Don Barry et. al., Ed. Julian Pefanis &
Morgan Thomas. Sydney: Power Publications.
13

M. Chairul Basrun Umanailo. t.th. Postmodernisme dalam Pandangan Jean Francois


Lyotard: 3-4.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, Muhamed Fauzi Othman dan Othman
A. Kassim. t.th. Wajah Moral Masyarakat Melayu Pascamoden: Antara Realiti,
Harapan dan Gagasan Pendidikan Moral Tinggi. Jabatan Pembangunan Sumber
Manusia. Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi
Malaysia: 1-24.

Rosenau, P. M. 1992. Postmedernisme and Social Sciences: Insight, Inroads and Intrusion.
Princeton: Princeton University Press.

Said, E. 1978. Orientalism. New York: Routledge.

Sarup, Madan. 1989. An Introduction Guide to Post-Structuralism and Postmodernisme.


Athens: The University of Georgia Press.

Satrio Arismunandar. 2008. Dekonstruksi Derrida dan Pengaruhnya pada Kajian Budaya.
Fakulti Ilmu Budaya, Universiti Indonesia.

Schacht, Richard. 1991. Classical Modern Philosophers: Descartes to Kant. London: T. J.


Press (Padstow) Ltd.

Shaharom T. M. Sulaiman. 2000. Dari Pascamodenisme ke “Cyberspace”. Jurnal Pemikiran:


101-122.

ShamsulAmri Baharuddin. 1995. Pengalaman modenisasi dan sekularisasi di Asia, dalam


Pemikir, Bil. 1, edisi Julai-September. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia.

Sidi Gazalba. 1973. Modernisme dalam Persoalan: Bagaimana Sikap Islam. Jakarta: Bulan
Bintang.

Steven Best dan Douglas Kellner. 2003. Teori Postmodern, Interogasi Kritis. Terj. Indah
Rohmani. Malang: Boyan Publishing.

ST. Sunardi. 2001. Nietsche. Yogyakarta: Lkis.

Anda mungkin juga menyukai