Anda di halaman 1dari 12

QKU3143 – PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TAJUK: LAPORAN

MASALAH GANGSTERISME DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH


.................................................................................................................................

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO.MATRIK KUMPULAN


MUHAMMAD IZZARUL AIZEK D20172081148
BIN MOHD ZULKIFLI
MUHAMAD ARIF BIN LASEMANG D20172081138
ELVIS ASRANDY MALIUS D20172081123 A
FADLEE BIN OYOI D20172081143

ALDERIAN JOLIUS D20172081099


JAHADI AMPALUS D20172081133
1.0 PENGENALAN

Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para


pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang
berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan.
Mengikut Kamus Dewan, disiplin bererti latihan pemikiran dan kelakuan supaya
boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib.
Terdapat juga masalah disiplin dari segi gangsterisme dikalangan pelajar
dan disebabkan itu semua pihak harus memainkan peranan dalam membanteras
gejala ini. Gejala ini perlu ditangani kerana ianya boleh mempengaruhi pelajar dalam
kegiatan lain seperti buli,penagihan dadah,ponteng sekolah,ketagihan alkohol
,kekerasan dan rogol.Hal ini menjadi bertambah serius apabila terdapat juga pelajar
perempuan pada peringkat menengah yang dikesan terlibat dalam tingkah laku
bermasalah ini. Hal ini telah menjadi satu fenomena yang dianggap semakin
menular di kalangan remaja serta peningkatannya kelihatan seiring dengan
kemajuan dan pembangunan Negara.Ternyata mereka semakin berani mencabar
uundang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk
menggunakan senjata merbahaya.
Foucault (1977), menyatakan disiplin merupakan satu bentuk pengawasan
dan membiasakan amalan yang dikehendaki. Pandangan beliau melihat sekolah
sebagai sebuah ‘mesin pedagogi’ dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi
peraturan-peraturan. Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi
mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan teratur dan lancar. Namun di ketika ini permasalahan yang timbul
membabitkan masalah-masalah disiplin pelajar di sekolah merunsingkan banyak
pihak.
Mengikut Ee Ah Meng (1990), disiplin merupakan yang dipersetujui oleh
sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi
kesempurnaan masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir
yang tersusun dan seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri
seseorang itu.
2.0 PERMASALAHAN

Permasalahan tentang disiplin pelajar di sekolah sering diperkatakan oleh media


massa, pada surat khabar tempatan serta masyarakat. Ianya dapat dilihat daripada
permasalahan yang boleh dikatakan sudah mencapai ke tahap yang
membimbangkan pada masa kini. Ianya dilihat daripada bermacam-macam gejala
yang tidak sihat berlaku disebabkan oleh remaja atau pelajar. Masalah seperti
masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah disiplin merupakan antara
masalah paling dominan yang mempengaruhi disiplin dikalangan pelajar.Masalah
disiplin ini akan mempengaruhi diri pelajar ke arah yang tidak baik jika ianya tidak
dikawal. Permasalahan disiplin ini banyak berlaku pada peringkat menengah kerana
golongan remaja merupakan darah muda dan sentiasa melakukan perkara yang
baru kepada mereka. Ianya memerlukan pergabungan tenaga dalam membendung
masalah ini.

3.0 TUJUAN

Penguatkuasaan disiplin adalah bertujuan untuk memastikan pelajar lebih


berdedikasi serta bertanggungjawab dalam menguruskan diri serta menjadikan
mereka sebagai insan yang berguna di masa hadapan. Selain itu, pengurusan
disiplin yang dilakukan di setiap sekolah juga memberikan banyak kebaikan kepada
pelajar-pelajar. Antara contohnya adalah pendisipilinan pada diri, sosial serta
memberikan kesan yang baik terhadap masyarakat. Disiplin juga dapat membentuk
jatidiri pelajar menjadi insan yang patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan dan
meningkatkan sikap yang baik pada diri pelaja
4.0 KEPENTINGAN PROGRAM

Program ini dilaksanakan untuk tujuan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar


Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist bahawa gejala gengsterisme merupakan
kegiatan yang tidak baik dan boleh menjejaskan maruah diri mereka serta keluarga.
Penerimaan mereka dapat diketahui dengan melihat kepada keberkesanan dalam
membangunkan kesedaran diri pelajar sekolah menengah ini. Kepentingan program
yang dapat diperoleh adalah seperti berikut :-

1) Kepentingan program kepada pihak sekolah, semoga program yang dilakukan


selepas ini dapat dilaksanakan secara lebih banyak aktiviti yang dapat membantu
pihak sekolah menangani masalah gejala gengsterisme di sekolah dan lebih
berdisiplin.
2) Kepentingan program kepada para pelajar, semoga para pelajar sedar dan tahu
bahawa gejala gengsterime sangatlah tidak berfaedah dan tidak baik untuk diseertai
malah menggelakkan diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak baik ini.
3) Kepentingan program kepada masyarakat, semoga hasil program ini dapat
membantu masyarakat setempat untuk meyelesaikan masalah-masalah gengsterime
di kawasan tempat tinggal mereka.
4) Kepentingan program kepada ibu bapa, semoga hasil program yang dilaksanakan
dapat membantu mengenal pasti bahawa anak mereka tidak terjebak dengan gejala
gengsterime di sekolah mahupun di luar sekolah untuk memastikan anak mempunyai
akhlak yang tinggi.
5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Program ini dilaksanakan bagi tujuan memberi kesedaran dan pengetahuan


mengenai kesan dan keburukan gejala gengsterime kepada pelajar pelajar SMK
Methodist. Di samping itu, program ini juga memberi panduan tentang tindakan yang
perlu di ambil oleh pelajar sekiranya terjebak atau terlibat dengan gejala
gengsterime. Justeru, program ini wajar dilaksanakan di sekolah kerana telah
banyak kes buruk yang berlaku akibat pelajar-pelajar terlibat dengan gejala
gengsterime pada usia muda yang akan memusnahkan masa depan mereka serta
masa depan negara.
Dalam perancangan program ini, kami telah membahagikan tugas masing-masing
supaya lebih mudah untuk menyiapkan kerja-kerja dan maklumat-maklumat yang
diperlukan. Oleh yang demikian, kami telah melaksanakan kerja-kerja mengikut
bahagian-bahagian yang teah ditetapkan agar program dapat dilaksanakan dengan
lancar tanpa sebarang halangan.
Dalam melaksanakan program ini, perbincangan dalam kumpulan telah dilakukan
bagi merangka program yang sesuai untuk dilaksanakan dan bersesuaian kepada
pelajar-pelajar sekolah menengah. Program ini mungkin tidak mendapat sambutan
daripada para pelajar kerana berunsurkan ceramah dan motivasi tetapi terapat juga
aktiviti-akitiviti yang disukai oleh pelajar untuk menghilangkan rasa bosan mereka
dan lebih faham mengenai perkara utama yang ingin disampaikan.

6.0 OBJEKTIF PROGRAM


I. Melahirkan pelajar yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan
sosial.
II. Memupuk sikap dan amalan yang baik dan sihat dalam kalangan pelajar.
III. Memberikan kesedaran mengenai kesan dan keburukan gangsterisme
kepada pelajar.
IV. Memberi panduan tentang tindakan yang di ambil oleh pelajar, sekiranya
terlibat dengan gangsterisme
7.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini mensasarkan penyertaan daripada kalangan ahli-ahli PIBG, warga


sekolah yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan dan murid-murid Sekolah
Menengah Kebangsaan Methodist. Kumpulan sasaran ini hanya menumpuhkan
kepada skop yang kecil iaitu hanya terdiri daripada satu sekolah untuk memudahkan
program dijalankan dengan sempurna

8.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Program mencegah gangsterime merupakan satu program yang bertujuan


untuk membantu murid-murid yang tidak mengetahui kesan dan akibat yang mereka
akan tanggung jika terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat ini. Dalam melaksanakan
program tersebut  program ini memerlukan satu proses yang saling berkaitan di
antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah mengumpulkan  murid dan
pengumpulan maklumat, ujian saringan yang melibatkan soal selidik atau soalan
lisan kepada murid.

i. Mengumpulkan  murid

Proses pertama bagi pelaksanaan program ialah Mengumpulkan  murid.


Pemilihan murid adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk
menjayakan program ini di dalam program pencegahan gangsterime. Pemilihan
murid boleh dilakukan oleh empat pihak iaitu guru kelas, pengetua, guru mata
pelajaran ataupun ibu bapa dan penjaga murid. Antara peranan pihak-pihak ini
adalah memilih wakil pelajar yang mempunyai tahap-tahap pengetahuan yang
berlainan dan mempunyai kelakuan disiplin yang berlainan. Ibu bapa juga perlu
mencalonkan anak-anak mereka untuk menambah ilmu tentang masalah
gangsterime yang berlaku pada peringkat remaja
ii. pengumpulan maklumat

Selepas pemilihan murid dilaksanakan, proses seterusnya merupakan


pengumpulan maklumat murid. Maklumat yang berkaitan prestasi akademik
dan prestasi disiplin mereka akan murid akan menentukan murid tersebut perlu
mengikuti Program mencegah gangsterisme. Maklumat ini akan memberikan
kemudahan kepada menjayakan program ini. Selain itu, pelajar-pelajar yang
tidak terpilih juga boleh menyertai program seperti mengikuti ceramah dan
aktiviti-aktiviti lain. Tetapi, pelajar yang terpilih mempunyai aktiviti khusus kerana
dalam program ini terdapat beberapa objektif yang melibatkan kepada
memberikan kesedaran mengenai kesan dan keburukan gangstrisme kepada
pelajar. Melalui pelajar yang dipilih ini kita dapat mengenal pasti atau
mendapatkan keputusan berkaitan dengan kesedaran pelajar dan tingkah laku
pelajar yang berkaitan dengan gengsterisme di sekolah.

iii. Ujian Saringan

Setelah selesai pengumpulan maklumat murid, ujian saringan dilaksanankan.


Ujian saringan yang berbentuk soal selidik dan soalan lisan akan diberikan
kepada murid yang terpilih. Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang
menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan pengetahuan
dan kesedaran asas oleh murid secara individu untuk memberikan pendapat
serta reaksi mereka terhadap gengsterisme ini. Ujian ini dapat membantu atau
menjayakaan program ini kerana melalui ujian ini pihak yang terlibat akan
memberikan penerangan agar murid serta ibu bapa mempunyai kesedaran
terhadap gejala gengsterisme yang sering kali berlaku pada peringkat remaja
terutamanya pelajar sekolah. Setelah selesai melakukan ujian saringan ini, pihak
tertentu akan memberikan beberapa cerama yang melibatkan semua pelajar,
guru-guru dan ibu bapa pelajar
9.0 KEKUATAN/KELEBIHAN

Kekuatan atau kelebihan melaksanakan program ini adalah dapat memberi


kesedaran kepada pelajar tentang keburukan dan akibat gejala gangsterism kepada
pelajar yang terlibat sama ada bagi pelajar yang terliabt ataupun pelajar yang
menjadi mangsa kepada gangsterism. Hal ini kerana, akriviti ataupun langkah yang
diambil dalam program ini adalah lebih memfokuskan kepada peranan dan
tanggungjawab orang disekeliling pelajar dan melibatkan pelajar itu sendiri.

Oleh kerana kehadiran pelajar adalah diwajibkan, kemngkinan pelajar untuk tidak
mengambil bahagian dalam program ini adalah kurang. Program ini juga akan
dipantau oleh guru terutamanaya guru disiplin disekolah tersebut. Program ini juga
membantu pelajar untuk mengetahui tindakan yang sepatutnya dilakukan sekiranya
melihat atau menjadi mangsa kepada gangsterisam di sekolah. Program ini juga
membantu pelajar untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala
gangsterism di sekolah mahupun luar sekolah. Program ini juga membantu ibu bapa
dan guru di sekolah dalam usaha menangani masalah gejala gangsterism dalam
kalangan pelajar sekolah.

10.0 KELEMAHAN/KEKURANGAN

Kelemahan atau kekurangan daripada program ini adalah apabila terdapat


segelintir pelajar yang masih berdegil untuk tidak mengambil bahagian dalam
program ini walaupun telah ditegaskan bahawa kehadiran semua pelajar adalah
wajib. Hal ini serba sedikit membantutkan usaha pihak sekolah dalam menangani
gejala gangsterism dalam kalangan pelajar sekolah kerana terdapat pelajar yang
cuba mengelak untuk mengambil bahagian dalam program ini.

11.0 PELUANG/PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk program yang akan datang adalah
dengan memperbanyakkan lagi aktiviti yang dapat menarik perhatian dan minat
pelajar untuk mengambil bahagian dalam program tersebut. Hal ini sekaligus dapat
menggalakkan pelajar datang dan mengambil bahagian dalam program tersebut dan
tiada pelajar yang berkeras untuk tidak mengambil bahagian dalam program
tersebut.
Selain itu, pemantauan dan pengawasan yang lebih ketat perlu dilakukan untuk
memastikan semua pelajar yang berada dikawasan sekolah mengambil bahagian
dalam program tersebut dan tidak berkeliaran ataupun bersembunyi dikawasan
sekolah.

12.0 ANCAMAN LUAR

Dalam melaksanakan program ini, sudah pastinya akan memberi kesan dan
ancaman dalam mana-mana bentuk seperti ancaman halus atau kasar. Ancaman
luar yang terdapat dalam perlaksanaan program ini ialah, masyarakat sendiri.
Apabila masyarakat kurang peka dengan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sekolah
apabila waktu persekolahan tamat, sudah pastinya gengsterisme ini sukar untuk
dibendung. Malahan masalah ini boleh saja berleluasa ke generasi-generasi akan
datang.

Selain itu, kesibukan ibu bapa dengan alam pekerjaan sehingga


mengakibatkan anak-anak terabai juga merpukan satu ancaman. Ibu bapa berada
dalam dunia tersendiri sehingga kebajikan anak-anak kurang mendapat perhatian
dalam satu organisasi keluarga. Pelajar mula akan melakukan apa sahaja yang
mereka suka lakukan oleh keranan ibu bapa itu sendiri tidak memberi perhatian
yang wajar terhadap anak-anak. Dengan demikian, tidak mustahil masalah
gengsterisme ini berleluasa.

Pengaruh media massa, gadget, dan bahan eletronik pada masa kini turut
menjadi satu ancaman. Pelajar pada usia muda suka untuk mengikuti hawa nafsu
jiwa muda yang mereka anggap sebagai alam kedewasaan. Dengan pengaruh yang
tinggi daripada gadget dan bahan elektronik serta jiwa keremajaan pelajar itu sendiri,
maka pelajar senang untuk mengikuti masalah tingkah laku ini
12.1 ANCAMAN DALAM

Selain ancaman luaran, ancaman dalaman juga wujud dalam


perlaksanaan program ini. Antaranya ialah, pelajar itu sendiri. Sejauh mana
pelajar menerima segala yang disampaikan khususnya pelajar yang terlibat
dalam masalah gengsterisme ini. Adakah pelajar bersedia untuk tidak
mengikuti aktiviti yang tidak berfaedah itu lagi selepas program selesai
dilaksanakan. Oleh yang demikian, sikap yang ada dalam pelajar itu sendiri
dianggap sebagai ancaman dalaman yang berlaku.
Selain itu, rakan sebaya daripada pelajar itu sendiri. Rakan sebaya
merupakan orang yang rapat dengan seseorang individu apabila berada
dalam sekolah. Pemilihan yang tepat apabila memilih rakan merupakan faktor
penting untuk mengelakkan terjebak daripada masalah gengsterisme.
Pemilihan rakan yang salah sudah pastinya akan membawa kepada masalah-
masalah tertentu khususnya masalah gengsterisme.

13.0 KESIMPULAN

Masalah gensterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah telah wujud


sekian lama dan telah menular sehingga ke hari ini. Masalah ini telahpun diambil
tindakan yang sewajarnya oleh pihak sekolah melalui unit disipilin dalam sekolah
tertentu. Namun sehingga ke hari ini, masalah gensgterisme belum dapat
dihapuskan sepenuhnya. Semua pihak perlu berganding bahu untuk membendung
masalah gengsetrisme dalam sekolah. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu
memainkan peranan sebagai orang yang dekat dengan pelajar untuk memantau
segala aktiviti selepas waktu persekolahan. Pembendungan awal yang dilakukan
mampu untuk mengurangkan gejala yang tidak baik berterusan terutama masalah
gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Program yang
dilaksanakan juga perlu untuk memberi kesedaran kepada pelajar yang terlibat
tentang keburukan gengsetrisme. Melalui strategi perlaksanaan program, pelajar
mampu untuk memberi komitmen yang tinggi sekaligus meninggalkan kegiatan
gengsterisme yang hanya membawa impak negatif terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan juga negara. Pelajar akan lebih sedar dan berfikir secara rasional
terhadap tindakan yang diambi
14.0 RUJUKAN

Haslina, H. (2000). Gejala Gengsterisme di kalangan Pelajar.Fenomena yang


semakin meresahkan. Dewan Masyarakat (Jun). 14-27

Azizi bin Hj Yahya, Rosnah bt Hj Buang (2000). Punca Berlakunya Gengsterisme


Dikalangan Remaja Di Beberapa Sekolah Di Empat Buah Negeri. Fakulti
Pendididkan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Fahilah Akmal et al., (2016). “Buli dan gengsterisme di sekolah” Universiti


Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor.

Mohamad Khairi et al., (2017). Permasalahan Dan Cabaran Guru Dalam Membentuk
Nilai Pelajar Di Sekolah Menengah, Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. e-ISSN:
2289-8042

Pusat Maklumat Rakyat (PMR).Reaksi Terhadap Kes Buli dan Gangsterisme di


Sekolah. Mac 2009

Foucault, Michel, 1926-1984. (1977). Discipline and punish : the birth of the prison.
New York :Pantheon Books,

Zulkifli, Noraini. (2010). Disiplin dan Pelajar. 10.13140/RG.2.2.24024.60161

Anda mungkin juga menyukai