Anda di halaman 1dari 5

NAMA: NOR IKHMAL BIN ABD HAMID

NOMBOR MATRIK: M101815013


TAJUK 1 : JENIS TEKNIK RENANG TERMASUK TEKNIK RENANG & MENYELAMAT

Dalam rumusan yang pengkaji perolehi, terdapat jenis teknik renang termasuk teknik renang dan
menyelamat iaitu usaha penyelamatan diri di air dengan seseorang perlu menguasai kemampuan
renang dengan baik, berenang sesuai aturan yang ada pada kolam renang tersebut, belajar cara
mengatasi pertolongan pada diri sendiri bila terjadi kecelakaan, mengetahui cara pemberian
pernapasan buatan, boleh mengukur kemampuan diri sendiri serta berusaha meminta pertolongan
jika memang sangat memerlukan. Seterusnya teknik yang kedua ialah pertolongan kecelakaan di
air iaitu pertolongan dengan jangkauan. Pertolongan dengan cara ini dapat kita berikan pada saat
korban dapat kita jangkau dengan anggota tubuh kita. Antara cara pertolongan dengan jangkauan
seperti berikut iaitu pertolongan dengan jangkauan dari dekat, pertolongan dengan jangkauan
turun tangga, Pertolongan dengan jangkauan kaki, pertolongan korban jauh dari jangkauan,
pertolongan dengan menggunakan ban serta pertolongan dengan menggunakan ring pelambung.
Selain itu, teknik renang dan menyelamat yang lain iaitu teknik pertolongan masuk ke dalam air
seperti melompat dengan kaki terlebih dahulu (stride jump), lari kemudian masuk ke air (run and
plunge drive) dan terjun dekat jangkauan jauh (long shallow drive). Kemudian, dalam rumusan
ini meceritakan juga cara mendakati korban iaitu dengan menggunakan menggunakan gaya
bebas dan gaya dada. Dalam kedua-dua gaya tersebut mereka perlu melakukan renang
pertolongan dengan baik dengan memegang lengan dari depan, memegang lengan dari belakang,
memegang lengan korban dua orang penolong serta penyelamatan dengan satu tangan dan
penyelamatan dengan dua tangan. Akhir sekali rumusan ini menceritakan juga tentang
pernafasan buatan iaitu apabila kita menemukan seseorang mengalami pingsan atau sulit
bernapas, hal yang dapat kita lakukan dengan bersihkan saluran pernapasan. Hidung jangan ada
yang menghalangi. Mulut jangan ada lumpur atau makanan. Kemudian, lakukan pernapasan
buatan dengan pedoman. Lakukan pernapasan buatan dengan segera karena jika terlambat jiwa
orang tidak akan tertolong. Lakukan pernapasan buatan sampai korban bernapas teratur. Lakukan
cara pernapasan buatan yang kita ketahui betul dan sesuaikan dengan keadaan korban.
TAJUK 2 : CPR (PEMULIHAN NAFAS)

Dalam rumusan ini pengkaji memperolehi cara pemulihan nafas selepas mangsa kelemasan
dalam air iaitu dengan cara kaedah (Airway) saluran pernafasan, (Breathing) Pernafasan,
(Circulation) Peredaran darah, dan kaedah pemulihan pernafasan mulut ke mulut siasat kejadian,
kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Pertama, (Airway) iaitu merupakan
tindakan yang pertama perlu dialakukan dalam proses CPR. Proses ini bertujuan untuk
memastikan saluran udara untuk pernafasan terbuka. Antara caranya ialah penyelamat boleh
membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu
mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak
menghalang laluan udara. penyelamat juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut
mangsa dan gunakan jari penyelamat untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.
Seterusnya, (Breathing) Pernafasan iaitu selepas saluran pernafasan dibuka, penyelamat perlu
lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga penyelamat disisi mulut dan
hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut
membolehkan penyelamat mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata penyelamat
memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah
3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas, penyelamat perlu memberikan pernafasan
bantuan. Contohnya mulut ke mulut. Kemudian, (Circulation) peredaran darah. Langkah ini
adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung
mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai
denyutan nadi penyelamat hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan
sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ini dilakukan dengan memberi tekanan
atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
Gunakan berat badan penyelamat untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di
tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid). Akhir sekali,
kaedah pemulihan pernafasan mulut ke mulut siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras
kesedaran, goyangkan badan. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. Dapatkan
bantuan. Bukakan saluran pernafasan. Buangkan sebarang benda asing dari mulut. Tutup lubang
hidung mangsa Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. Tentukan mulutnya terbuka dengan
menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tarik nafas

sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga penyelamat melihat dada mangsa
bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. Angkat mulut dan
biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa. Tarik nafas kembali dan selama sekitar
2 saat untuk melihat sebarang reaksi. ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar
10 kali seminit. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan Catat
tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara tidak terkeluar.
Gunakan kaedah yang ditiup melalui hidung agar tidak keluar melalui mulut mangsa. Mulut ke
mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan
lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. Pastikan dada bergerak naik
semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin
terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Pernafasan dan kadar normal, letakkannya dalam
kedudukan pemulihan. Denyutan nadi setiap 10 minit.

Anda mungkin juga menyukai