Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 12 minggu untuk
fasa 2. Praktikum untuk sesi ini ialah opsyen major Bahasa Cina. Saya telah diberi
peluang menjalankan praktikum di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tat Choi pada
kali ini bermula 30 Julai 2018 sehingga 26 Oktober 2018. Latihan praktikum ini
dilaksanakan untuk memenuhi syarat yeng telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan
Guru.

Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini
ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu
memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan,
Pendidikan Moral dan Bahasa Cina di sekolah khususnya. Selain itu, dalam
praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai
budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan
pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti.
Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran
dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan
menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin supaya dapat digunakan dan
diaplikasikan semasa mengajar kelak.

Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan
diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, kehadiran saya ke sekolah itu diterima
oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu
menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik
antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan
profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini
dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan
prestasi murid-murid. dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi
dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang Pendidikan Jasmani
dan Bahasa Cina.
Ilmu yang dipelajari sepanjang 6 semester sebelum akan saya cuba
mempraktikkan bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa yang
sama, saya boleh merasai sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama murid-
murid. Dalam masa yang sama, saya boleh mengaplikasikan teori-teori pengajaran
yang telah saya pelajari sebelum ini.

Akhir kata, diharapkan seluruh warga SJKC Tat Choi dapat menerima
kehadiran saya di sekolah dengan menimba banyak perkara berguna di situ sebagai
persediaan untuk bergelar guru.

Anda mungkin juga menyukai