Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Encik Zaini dan rakan-rakan sekalian,

Profession perguruan merupakan salah satu profession yang terkenal dalam kalangan generasi muda masa ini. Prestasi perguruan
juga sangat hangat di pasaran kerana banyak graduan muda yang memilih kerjaya untuk menjadi guru. Bukan itu sahaja perguruan
juga merupakan professiion yang padat pada masa ini sehingga kualiti seorang guru amat sulit untuk ditingkatkan kerana
kurangnya pengawasan terhadap guru-guru di sekolah. Oleh itu, terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan
martabat perguruan di Malaysia.

Salah satu cara terbaik untuk memartabatkan profession perguruan di Malaysia ialah dengan memberikan insentif atau ganjaran
wang sebagai motivasi untuk para guru untuk meningkatkan prestasi kerja mereka. Cara ini dapat dilaksanakan dengan memerhati
prestasi kerja guru setiap tahun. Prestasi ini dapat dinilai melalui laporan kerja yang diberikan kepada setiap guru iaitu buku rekod
mengajar tahunan guru. Maka daripada itu setiap prestasi guru dapat dinilai berdasarkan buku rekod mengajar tahunan tersebut.
Oleh hal yang demikian, pihak sekolah dapat memberikan ganjaran wang kepada para guru ataupun insentif penghargaan yang
berbentuk sijil guru cemerlang. Semangat mengajar seorang guru akan melonjak tinggi yang mendorong kepada penigkatan
prestasi profession perguruan.

Seterusnya, cara yang terbaik untuk memartabatkan profession perguruan ialah dengan memperketatkan syarat dan kriteria untuk
menjadi seorang guru. Cara ini sangat efisien kerana dapat mengerahkan seluruh kemampuan calon guru uuntuk menjadi guru
yang terbaik. Tambahan pula cara ini juga sangat berkesan kerana dapat menigkatkan kemampuan calon guru daripada segi fizikal,
intelektual, emosi dan rohani. Di samping itu, dengan pengetatan tersebut menyebabkan para calon guru untuk melewati batasan
mereka untuk menjadi yang terbaik yang dapat membantu mereka keluar daripada zon selesa yang sentiasa mengekang
peningkatan prestasi calon guru. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan cara ini sangat mendorong para calon guru untuk menjadi
seorang guru terbaik yang dapat meningkatkan martabat perguruan.

Akhir sekali, cara yang terbaik untuk memartabatkan profesion perguruan ialah dengan memperkasakan penggunaan “E-Learning”
dalam kalangan guru. Kaedah “E-Learning” atau juga dikenali sebagai pembelajaran atas talian sangat membantu guru untuk
meningkatkan prestasi mengajar mereka. Hal ini kerana melalui kaedah tersebut para guru mudah untuk melakukan penyampaian
pengajaran kepada murid-murid terutama sekali murid yang terlepas pembelajaran dalam kelas. Tambahan pula, kaedah ini juga
memudahkan komunikasi guru dengan murid kerana murid pada masa ini sangat terdedah dengan penggunaan telefon pintar dan
“internet”. Maka para murid akan dapat memanfaatkan penggunaan telefon pintar untuk tujuan belajar dan bukannya melayari
benda yang negatif. Oleh itu, para guru mudah untuk untuk meningkatkan prestasi mengajar sekaligus memartabatkan profession
perguruan.

Kesimpulannya, pemartaban profession perguruan melalui cara-cara tersebut dapat meningkatkan prestasi pendidikan di Malaysia
sehingga terkenal dalam kalangan negara antarabangsa.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai