Anda di halaman 1dari 1

Mohamad Ridzuan Che Mohamad Zin merupakan seorang lepasan Politeknik Sultan

Salahuddin abdul Azizi Shah Alam di Shah Alam, Selagor pada tahun 2017. Beliau berkongsi
pengalaman pahit manisnya ketika majlis konvokesyen di politeknik tersebut. Pada hari
berlangsungnya majlis tersebut, keluarga kandung pemuda ini tidak dapat hadir akibat faktor
kesihatan dan jarak yang jauh dari rumahnya di Kelantan. Dengan hati yang berat, beliau
menerima dugaan tersebut. Namun tanpa disangka keluarga angkatnya hadir ke majlis
konvokesyennya bagi memeriahkan majli tersebut. Pemuda melayu yang disapa sebagai
Ridzuan atau nama penuhnya mohd Ridzuan Che Mohamad Zin merupakan anak angkat
kepada sebuah keluarga yang berbangsa India. Ridzuan berasa terharu akan kesudian
keluarga angkatnya yang sudi memeriahkan majlis konvokesyennya. Kesudian keluarga
angkatnya yang sanggup datang dari Seberang Perai, Pulau Pinang ke Shah Alam hanya
untuk meraikan majlis konvokesyen Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Ridzuan mengenali
keluarga S. Ganesan ketika beliau melakukan latihan semasa kerja ( on job training ) di
Pulau Mutiara. Ridzuan terpegun dengan keperibadian keluarga tersebut yang
menghormatinya dan sangat baik hati. Ketika beliau pernah menginap di rumah mereka,
beliau dilayan dengan baik dan ramah terhadapnya. Malah, mereka meraikan budaya pemuda
ini ketika bulan Ramadan dengan mengejutnya untuk bersahur dan berbuka puasa bersama-
sama. Pada mulanya beliau baru bekerja dan Ganesan menjadi senior beliau dan banyak
membantu melatih beliau. Oleh itu, hubungan dari rakan sekerja juga telah beruba menjadi
keluarga angkat. Walaupun Ridzuan beragama islam tetapi keluarga Ganesan tetap
menghormatinya. Walaupun Ridzuan telah berkahwin tetapi hubungannya dengan keluarga
Ganesan masih lagi utuh sehingga kini.

Refleksi saya berkenaan dengan cerita ini adalah pemuda terharu keluarga angkat sudi
memeriahkan majlis konvo. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita perlu
sentiasa mencari jalan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dengan pelbagai etnik yang
berada di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana walaupun berbeza agama, budaya dan
adat, kita masih dapat mengeratkan hubungan perpaduan antara satu sama lain. Seterusnya,
melalui perkembangan teknologi ICT (Information Communication Technology) juga kami
dapat menonton video dan membaca pelbagai artikel dan berita melalui aplikasi facebook,
whatsapp, digital apps, Instagram, twitter dan pelbagai aplikasi lain. Oleh itu, perkembangan
teknologi ict di Malaysia dapat membantu rakyat dalam menjadi masyarakay yang progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Anda mungkin juga menyukai