Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Restoran Papar Gambar Pemimpin Komunis

Negara Malaysia yang merdeka kini berada dalam keadaan yang aman dan harmoni
namun semangat patriotik dalam kalangan rakyat masih ada yang goyah akibat pengaruh
komuni. Pada 3 Januari 2021, negara kita digemparkan dengan tindakan pemilik restoran
yang menghiasi dinding premis dengan gambar ektremis komunis dan wajah pemimpin
komunis Mao Tze Tong yang seolah-olah ingin menyanjung tinggi revolusi komunis semasa
penjajahan di tanah melayu. Premis pemilik restoran itu yang bertempat di Pulau Pinang telah
ramai dikunjungi oleh rakyat Malaysia yang rata-ratanya sangat tidak berpuas hati dengan
tindakan pemilik restoran tersebut kerana gambar yang terdapat di dinding tersebut dianggap
biadap dan tidak menghormati perjuangan pejuang-pejuang tanah melayu yang membawa
negara ke dalam pasca kemerdekaan. Oleh yang demikian, orang ramai telah membuat aduan
kepada pihak polis untuk membuka siasatan ke atas pemilik restoran mengikut seksyen 47,
Akta Pertubuhan dan Seksyen 505B kanun keseksaan. Ketua Jabatan Siasatan Jabatan
Negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais telah mengambil langkah untuk mensoal-
selidik motif dan tujuan pemilik restoran yang telah berbuat perkara yang sangat
mengguriskan hati rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, siasatan yang dilakukan tertangguh
akibat tempoh kuarantin Covid 19 yang masih dijalani oleh pemilik restoran. Namun,
tindakan yang sepatutnya perlu diambil kira ke atas pemilik restoran tersebut agar
mendapatkan hukuman mahupun denda yang selayaknya kerana tindakan yang dilakukan
tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia. Hal ini wajar kerana tindakannya itu mampu
merosakkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda yang masih kurang
mengetahui tentang sejarah negara. Bukan itu sahaja, ekstremis pada masa ini yang masih
menyokong fahaman komunis pasti akan terdorong untuk menyebarkan fahaman mereka.
Oleh itu, jelaslah bahawa isu ini merupakan fenomena anomie kerana mampu untuk
merosakkan kedaulatan dan kemanan negara.

Anda mungkin juga menyukai