Anda di halaman 1dari 6

1

TUGASAN KKC3023 KAUNSELING KERJAYA


SEMESTER A201

Bahagian 1: Panduan Melaksanakan Sesi Kaunseling Kerjaya

Sesi Peringkat Aktiviti Catatan


Pra sesi Pra sesi  Pengisian borang biopsikososial oleh klien.  Selesai klien mengisi, kaunselor
 20 – 30 minit  Pengisian borang informed consent. menyemak semula agar semua bahagian
 Tidak perlu  Temubual (intake interview) ringkas tentang latar diisi.
dirakam. belakang klien, isu yang ingin dibincangkan serta  Jika tidak diisi, dapatkan kepastian dari
matlamat yang ingin dicapai dari sesi. klien.
 Dapatkan persetujuan klien berkaitan rakaman  Kaunselor boleh mendapatkan penjelasan
sesi secara audio-visual bagi tujuan penilaian bagi maklumat yang kabur.
terhadap kaunselor.
 Tetapkan tarikh perjumpaan sesi pertama.
Sesi 1 Permulaan sesi  Penstrukturan sesi  Kaunselor perlu faham apakah isu yang
 45 minit (10 minit)  Pastikan klien benar-benar jelas tentang terma di dihadapi klien, seperti;
 Rakaman dalam informed consent i. tidak jelas tentang minat
audio-visual  Beritahu klien bahawa sesi dirakam, namun hanya ii. tidak kenali diri
bagi tujuan penilaian pensyarah terhadap iii. mempunyai isu komunikasi di
kaunselor. tempat kerja
Penerokaan isu  Penerokaan berdasarkan isu yang dibawa klien. iv. ingin bertukar kerjaya
(25 minit)  Penerokaan boleh dibuat berdasarkan mana-mana v. dilema pilihan kerjaya

model atau teori perkembangan kerjaya. vi. jurusan pengajian yang patut

 Kaunselor boleh menggunakan handout bagi dipilih

membantu proses penerokaan isu. vii. masalah tingkahlaku dsb.

Mendefinisikan  Berdasarkan model atau teori perkembangan


masalah kerjaya, kaunselor membuat konseptualisasi  Bantu klien faham bagaimana dirinya

(10 minit) masalah klien. boleh mengalami masalah tersebut serta

 Konseptualisasi kes merujuk kepada pemahaman menilai kesan negatif terhadap klien jika
masalah tidak diselesaikan.
menyeluruh kaunselor terhadap isu klien,
bagaimana dan mengapa masalah tersebut terjadi
dan jenis intervensi yang sesuai untuk masalah  Setelah klien dan kaunselor jelas tentang

tersebut. isu yang dihadapi klien, jika bersesuaian,


kaunselor boleh syorkan penggunaan
 Setelah klien jelas tentang isu yang dihadapi,
instrumen. Sebaiknya instrumen dijawab
faktor penyebab dan intervensi yang sesuai, maka
di luar waktu rakaman.
kaunselor dan klien boleh bersama-sama bincang
tentang matlamat (hanya 1-2 matlamat) yang
2

hendak dicapai melalui sesi tersebut.  Selepas sesi, kaunselor perlu


 Instrumen kerjaya boleh digunakan berdasarkan menyediakan bahan untuk sesi seterusnya.
keperluan dan kesesuaian isu klien. Sediakan lampiran atau alatan yang
 Sebelum mengakhiri sesi, kaunselor buat rumusan diperlukan (cth: laptop & rangkaian
besar dan bincang dengan klien tarikh pertemuan internet) untuk kegunaan sesi akan datang.
yang berikutnya.
Sesi 2 Penerokaan  Penstrukturan secara ringkas, ingatkan semula  Kaunselor sudah bersedia dengan
 45 minit alternatif tentang sesi akan dirakam. keputusan daripada instrumen yang di
 Rakaman (15 minit)  Minta klien kongsi fikiran/tingkahlaku/perasaan jawab. Pastikan data keputusan
audio-visual selepas menghadiri sesi pertama. dilampirkan kepada klien dalam bentuk
 Kaunselor buat rumusan tentang perbincangan yang kemas dan menarik.
sesi lepas dan berkongsi dapatan daripada
instrumen yang dijawab klien.
 Kaunselor memimpin klien untuk faham peranan
dapatan instrumen terhadap pencapaian matlamat
sesi yang dibentuk.
 Perbincangan dialihkan kepada matlamat yang
ingin dicapai.
 Kaunselor dan klien berbincang tentang alternatif
bagi mencapai matlamat sesi berdasarkan dapatan
instrumen yang diperolehi.
Pelan Tindakan  Rujuk pada lampiran yang akan diberi tentang  Sediakan alatan yang sesuai untuk klien.
(30 minit) kaedah membuat pelan tindakan.  Kaunselor boleh menyediakan lampiran
 Kaunselor berbincang bersama klien kaedah pelan tindakan lebih awal agar klien
perlaksanaan pelan tindakan. Kaunselor boleh dapat mengisi dan melihat lebih jelas
memberikan homework kepada klien untuk apa yang hendak dilaksanakan.
memastikan pelan tersebut dijalankan.
 Selesai pelan tindakan dibangunkan, kaunselor
boleh membuat rumusan besar tentang hasil
perbincangan pada sesi tersebut.
 Sebelum menamatkan sesi, beritahu kepada klien,
bahawa sesi seterusnya merupakan sesi
penamatan, maka klien perlu berusaha
melaksanakan pelan tindakan tersebut.
Sesi 3 Penamatan sesi  Penstrukturan secara ringkas, ingatkan semula  Jika klien gagal melaksanakan pelan
 30 minit tentang sesi akan dirakam. tindakan, maka kaunselor perlu
 Rakaman  Kaunselor merumus perkara yang dibincangkan mengenalpasti apakah halangan yang
audio-visual dalam sesi lepas. wujud.
 Kaunselor meminta klien berkongsi
3

fikiran/tingkahlaku/perasaan tentang sesi lepas.  Walaupun kaunselor terpaksa


 Jika ada homework yang diberi, bincang tentang menamatkan sesi ini bagi tujuan latihan,
homework tersebut. namun kaunselor boleh terus membantu
 Semak semula adakah matlamat klien tercapai dan klien mencapai matlamat atas dasar
bagaimana klien membuktikan matlamat tersebut kebajikan klien.
tercapai. (Rujuk pelan tindakan klien)
 Minta klien berkongsi apakah ilmu dan kemahiran
yang dipelajari daripada sesi serta kesan terhadap
perkembangan psikologikalnya.
 Kaunselor membuat rumusan besar keseluruhan
sesi (tentang isu yang dikenalpasti, alternatif yang
dibuat untuk capai matlamat dan perubahan diri
klien yang disaksikan oleh kaunselor)
 Sebelum membuat penamatan, beri ruang pada
klien jika klien ingin katakan sesuatu.
 Penamatan sesi.
4

Bahagian 2: Panduan Menulis Laporan Sesi Kaunseling Kerjaya


Laporan perlu ditulis menggunakan font jenis Times New Roman, saiz 11, justify paragraph dan 1.5
spacing.

A. Latar belakang klien


Ditulis berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam borang biopsikososial klien.

B. Penerokaan isu/permasalahan klien


Huraikan isu yang dikenalpasti melalui penerokaan yang dilakukan. Apakah faktor yang
menyebabkan isu tersebut berlaku? Bagaimana isu tersebut memberi kesan kepada
fikiran/tingkahlaku/perasaan klien.

C. Analisis matlamat/keperluan kaunseling


Berdasarkan perbincangan bersama klien, huraikan matlamat yang ingin dicapai oleh klien
melalui sesi ini.

D. Pendekatan teori dan teknik yang digunakan


Huraikan dengan lengkap, teori yang digunakan oleh kaunselor untuk membentuk
konseptualisasi masalah klien. Hanya fokus kepada konsep penting dalam teori yang berkait
dengan isu klien dan tidak perlu hurai siapa yang mencipta teori. Jika kaunselor ada
menggunakan teknik tertentu dalam sesi, boleh nyatakan tentang justifikasi penggunaan teknik
tersebut.

E. Pilihan strategi/alternatif yang dipersetujui bersama


Huraikan tentang alternatif yang dibincangkan bersama klien untuk mencapai matlamat yang
dibentuk.

F. Penamatan/pelan tindakan susulan


Huraikan berkaitan perkongsian klien tentang ilmu dan kemahiran baharu yang diperolehi
melalui sesi. Kaunselor juga perlu nyatakan perubahan-perubahan diri klien dari aspek
fikiran/tingkahlaku/emosi.

G. Refleksi/diagnosis oleh kaunselor


Kaunselor nyatakan pengalaman kendiri melaksanakan sesi kaunseling kerjaya. Apakah yang
dirasakan dari aspek fikiran, emosi dan tingkahlaku sebelum, semasa dan selepas sesi dijalankan.
Kaunselor juga perlu berkongsi tentang halangan yang dihadapi untuk menjalankan sesi.
5

H. Analisis kekuatan dan kelemahan kaunselor


Nyatakan secara spesifik kekuatan dan kelemahan diri kaunselor semasa melaksanakan sesi
kaunseling kerjaya. Kekuatan dan kelemahan boleh dikategorikan kepada pengetahuan dan
kemahiran.

I. Langkah-langkah penambahbaikan pada masa akan datang


Berdasarkan halangan yang dihadapi dan kelemahan diri yang dinyatakan, sila huraikan apakah
langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh kaunselor untuk meningkatkan prestasi.

J. Lampiran
Kaunselor dikehendaki menyediakan lampiran dokumen yang berkaitan dengan sesi kaunseling
yang dijalankan seperti borang persetujuan termaklum, inventori, laman web atau lain-lain
dokumen yang berkaitan. Laporan verbatim juga dilampirkan pada bahagian ini.
6

Bahagian 3: Format Laporan Verbatim Sesi Kaunseling Kerjaya (Diasingkan bagi setiap sesi)

Rakaman Sesi Ke _____________

Individu Dialog Catatan


(Di bahagian ini (Nyatakan dialog yang disebut oleh kaunselor dan (Di bahagian ini, sila nyatakan proses
nyatakan siapa yang klien.) kaunseling, kemahiran verbal dan non-
sedang berdialog.) verbal yang digunakan kaunselor serta
tunjukkan penggunaan teori yang sejajar
dengan bahagian dialog.)

Contoh:
Kaunselor Assalamualaikum Hawa.. Apa khabar hari ni? Soalan Terbuka

Klien Baik, alhamdulillah (tersenyum).

Kaunselor Baik saya terangkan serba sedikit tentang Penstrukturan


penstrukturan sesi ini di mana saya adalah kaunselor Soalan Terbuka
Hawa dan Hawa boleh panggil saya Cik Jun. Dalam
sesi ni Hawa berperanan sebagai klien saya dan Hawa
boleh share apa sahaja yang Hawa selesa. Sesi ni lebih
kurang 45 minit dan segala perkongsian Hawa adalah
rahsia melainkan jika saya dapati ada perkara-perkara
yang boleh memudharatkan Hawa atau orang
sekeliling Hawa, maka saya terpaksa merujuk kepada
pihak yang berkenaan. Setakat ini Hawa ada apa-apa
soalan?

Klien Maksud cik perkara memudharatkan tu macam mana


ye?

Selepas beberapa ketika kaunselor meneroka isu klien…

Kaunselor Jadi berdasarkan penceritaan Hawa tadi, saya dapati Mendefinisikan masalah
Hawa dalam dilema sebab Hawa tak pasti antara Rumusan Kecil
kerjaya guru dan akauntan mana yang lebih sesuai
dengan Hawa sebab Hawa memang minat kedua- Memperkenalkan Pendekatan Teori Tret
duanya. Baiklah, untuk pengetahuan Hawa, bagi dan Faktor
mendapatkan kepuasan dalam kerjaya ni, personaliti
Soalan Tertutup
diri kita perlu selaras dengan minat kerjaya kita
sebab kerjaya ni sudah tentu untuk jangka masa
panjang. Sebelum kita tamatkan sesi hari ini, saya
akan minta Hawa untuk menjawab beberapa
inventori yang dapat bantu Hawa kenal diri dan
minat kerjaya Hawa. Hawa berminat tak?

Nota:
 Dialog yang menunjukkan penggunaan teori dan kemahiran asas (verbal & non-verbal) perlu di
highlight kan.
 Hanya dialog kaunselor sahaja yang perlu diberi perhatian dari aspek proses, kemahiran dan teori.

Anda mungkin juga menyukai