Anda di halaman 1dari 9

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK ST ANTHONY Kod Sekolah : YFB6102

1. Nama Guru Amirul bin Othman


2. Judul Bangkit Sebagai Juara 3. Bidang : Pembangunan Diri
4. Tarikh Pembentangan 06/04/2010 5. Masa : 3.00 Petang
6. Tempat Pembentangan Dewan kuliah
7. Sinopsis
Setiap orang pernah melalui liku-liku kegagalan dalam menempuh jalan kejayaan. Namun, itu bukan
bermakna kita sudah gagal, tetapi situasi sebenarnya kita sedang merentasi suatu laluan menuju kejayaan
yang paling bermakna.

Buku ini mengisi kekosongan diri setiap individu dalam melalui ujian kegagalan semasa menuju kejayaan.
Daripada berputus asa kepada seorang yang bersemangat, daripada seorang yang kurang bermotivasi
kepada berkeyakinan diri, daripada seorang yang kurang keyakinan diri kepada seorang yang persuasif dan
berkarismatik, miskin menjadi kaya dan daripada gagal menjadi juara.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Meningkatkan motivasi diri dalam menjalani kehidupan seharian dan perancangan yang kadang
kala berlaku tidak seperti yang dirancang, dan juga cara untuk melihat sesuatu kegagalan sebagai
satu cabaran dan ruang untuk menempuh sesuatu kejayaan. Buku ini meningkatkan dan
menyemarakkan semangat serta keyakinan diri supaya tidak mengenal istilah ‘Berputus Asa’.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P


Sekiranya sesuatu perancangan Pengajaran dan Pembelajaran tidak menemui kejayaan, buku ini
memberi konsep dan cara untuk melihat sesuatu kegagalan itu dari aspek yang positif. Dengan
cara ini, maka kita berani untuk mencuba sesuatu teknik pengajaran yang baru tanpa risaukan
berlakunya kegagalan dan ketidaksempurnaan sesuatu yang dirancang ataupun dapat
diungkapkan sebagai ‘Dare To Fail’.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................

( ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK ST ANTHONY Kod Sekolah : YFB6102

1. Nama Guru Amirul bin Othman


2. Judul Petua Menangani Stres 3. Bidang : Pembangunan Diri
4. Tarikh Pembentangan 30/03/2010 5. Masa : 3.30 Petang

6. Tempat Pembentangan Dewan kuliah

7. Sinopsis
Kehidupan kita dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai
semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat
jelata.
Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi
tidak rasional. Pada masa sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri
Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap
‘perfectionist’, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan
berdendam.
Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak
boleh dihilangkan sepenuhnya, ia perlu dikawal. Terdapat 4 elemen yang perlu dititikberatkan: Spiritual,
emosi, intelektual dan fizikal. Buku ini menganalisis dan memperhalusi elemen ini untuk anda.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Membantu saya agar dapat menghalang tekanan sebelum ianya berlaku dan juga cara untuk
berhadapan dengan sesuatu tekanan sekiranya ia berlaku.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P


Pengetahuan yang diperolehi diaplikasikan semasa berlakunya pertindihan masa dan kerja yang
banyak. Tekanan yang diterima diurus dan diselesaikan agar tidak menjejaskan produktiviti ,tahap
prestasi serta kualiti kerja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................

( ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK ST ANTHONY Kod Sekolah : YFB6102

1. Nama Guru Amirul bin Othman


2. Judul Berfikir Secara Logik & Kritis 3. Bidang : Pembangunan Diri
4. Tarikh Pembentangan 30/03/2010 5. Masa : 3.15 Petang
6. Tempat Pembentangan Dewan kuliah
7. Sinopsis
Panduan meningkatkan ketajaman analisis dan membuat keputusan. Berfikir secara logik & kritis
adalah sangat penting , terutamanya untuk menghindari kesilapan semasa membuat pilihan dan
mengambil keputusan.

Ramai orang yang pandai semasa mereka masih belajar ternyata tidak begitu pandai apabila
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan seharian. Mereka
melakukan kesilapan-kesilapan yang merugikan diri mereka sendiri dan juga menjejaskan orang
lain dengan keputusan itu.

Keupayaan berfikir secara logik dan kritis adalah kemahiran yang boleh dipelajari secara
sistematik oleh sesiapa sahaja dengan sedikit usaha dan ketekunan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Meningkatkan ideologi tentang kemampuan akal dan cara menggunakannya untuk
mempengaruhi individu lain agar mampu berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara ataupun
melaksanakan sesuatu keputusan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P


Kemahiran yang diperolehi digunapakai semasa berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita
membuat keputusan segera seperti pergaduhan di dalam kelas dan situasi apabila disoal oleh
pelajar tentang sesuatu yang diluar pengetahuan kita dan juga ia menjadi motivasi kepada diri
saya untuk berhadapan dengan permasalahan yang berlaku dalam suasana pembelajaran dunia
masa kini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................

( ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK ST ANTHONY Kod Sekolah : YFB6102

1. Nama Guru Amirul bin Othman


Teori Personaliti dari Perspektif Islam,
2. Judul 3. Bidang : Pendidikan
Timur & Barat
4. Tarikh Pembentangan 23/03/2010 5. Masa : 3.15 Petang
6. Tempat Pembentangan Dewan Kuliah
7. Sinopsis

Buku ini menerangkan bagaimana pakar-pakar psikologi Islam, Timur dan Barat masing-masing cuba
menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan setiap individu mempunyai perwatakan yang berbeza-beza,
walaupun di kalangan adik-beradik.Penghasilan buku ini diilhamkan dari perbincangan berkenaan manusia
dan kemanusiaan yang berlaku dalam kehidupan manusia.Di kalangan pendidik dan pelajar serta pencinta
budaya, buku ini sesuai dimiliki kerana ia memuatkan penerangan yang jelas bagi membandingkan teori
personaliti dari perspektif islam, timur dan barat. Kefahaman serta penghayatan kebudayaan dan ilmu yang
pelbagai dapat memelihara budaya dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang watak dan perangai sesuatu individu
berdasarkan latar belakang kefahaman, budaya dan bangsa yang berbeza

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P


Ilmu yang diperolehi digunakan sebagai rujukan bagi mendekatkan diri dengan pelajar agar
konsep kesatuan antara guru dan pelajar dapat diaplikasikan supaya pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan berada dalam suasana yang gembira dan menyeronokkan
serentak dengan proses ilmu yang hendak diterapkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................

( ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK ST ANTHONY Kod Sekolah : YFB6102

1. Nama Guru Amirul bin Othman


Intrapersonal & Interpersonal untuk
2. Judul 3. Bidang : Pendidikan
Remaja (Edisi Kemas Kini)
4. Tarikh Pembentangan 23/03/2010 5. Masa : 3.00 Petang
6. Tempat Pembentangan Dewan Kuliah
7. Sinopsis
Buku Intrapersonal dan Interpersonal untuk Remaja memerihalkan beberapa konsep dan kemahiran yang
berkaitan dengan remaja terutamanya pada peringkat sekolah, kolej, maktab perguruan dan universiti.

Ia menerangkan dengan jelas bagaimana kedua-dua proses komunikasi ini berlaku dalam jiwa remaja. Buku
ini juga membincangkan beberapa konsep seperti intimasi, afiniti, hormat dan kawalan dikalangan
remaja.Ia turut mengupas perkembangan sosio-emosi remaja, masalah-masalah remaja, peranan
kemahiran kaunseling dalam interpersonal remaja dan banyak lagi.Definisi mentoring, mentor, ciri-ciri
mentor serta prinsip-prinsip mentoring yang seringkali disalah guna oleh ibu bapa dalam menangani anak
remaja mereka.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Memahami permasalahan dan cara yang kerapkali diambil oleh remaja untuk menangani atau
mengelak sesuatu permasalahan yang berlaku.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P


Menggunakan kemahiran yang diperolehi untuk menarik minat pelajar melalui penekanan
tentang cara terbaik yang perlu dilaksanakan sebelum bermulanya sesebuah kelas pengajaran dan
pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................

( ) ( )

Lampiran C
Contoh BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul Makna BAHARU Perubahan 3. Bidang: Pengetahuan


Pendidikan Profesional
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi segala info tentang perubahan dalam pendidikan. Sebanyak 3 bahagian
dimuatkan dan setiap bahagian dihuraikan dengan jelas, langkah demi langkah. Antara contoh
bahagian yang dimuatkan oleh penulis adalah perubahan pendidikan pada peringkat
tempatan,bermula dari guru sehinggalah kepada pentadbir daerah. Bagi setiap bahagian, penulis
akan memuatkan gambaran keseluruhan perubahan yang yang berlaku. Seterusnya proses
perubahan pada peringkat wilayah negara turut disertakan bersama bagi memahami lebih erti
BAHARU perubahan pendidikan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Selepas membaca buku ini saya dapati bahawa terdapat perubahan yang berlaku dalam dunia
pendidikan. Maka, saya perlu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran yang agar sesuai
dengan perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Beberapa budaya dan amalan yang
dimuatkan dalam buku ini perlu saya cuba di dalam P&P saya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Terdapat banyak strategi yang boleh saya aplikasikan di dalam P&P. Antara yang paling menarik
minat saya adalah bagaimana untuk menjadikan proses pembelajaran untuk pelajar supaya lebih
sempurna dengan memahami hakikat perubahan tersebut. Dalam strategi ini saya dapat meneliti
cara untuk membantu pelajar menjadi lebih berani menanyakan soalan. Selain itu saya juga
boleh menggalakkan pembelajaran secara bebas. Dalam strategi ini saya dapat memupuk sifat
tanggungjawab pelajar bagi menentukan pembelajarannya sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................

BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU


Nama Sekolah : SMK SUNGAI LEMBING

1 Nama Pegawai / Kakitangan NORSULIHA BT YACOB

2 Judul Buku BUKTI-BUKTI SAINS DAN SEJARAH KERASULAN


MUHAMMAD

3 Nama Pengarang Dr Danial Zainal Abidin 4 . Tahun Diterbitkan :2007

4 Tarikh Hantar 17 NOVEMBER 2014

5 Bidang/ Fokus KEAGAMAAN

6 Ringkasan Eksekutif /Sinopsis : Buku ini menceritakan tentang kepentingan mengenal


peribadi Nabi Muhammad S.A.W dengan secara lebih
mendalam.
Beberapa kajian telah dilakukan oleh tokoh-tokoh
ilmuwan di seluruh dunia berkenaan dengan bukti-bukti
mengenai kerasulan Rasulullah S.A.W. Kajian demi kajian
yang telah dilakukan akhirnya membawa kepada penemuan
yang menakjubkan dimana segala tanda-tanda kerasulan
Nabi S.A.W ini telah dibuktikan melalui bukti-bukti dari aspek
sejarah, sains, dan melalui kitab-kitab agama lain.
Penemuan ini hakikatnya telah dikisahkan atau dicatat
suatu masa dahulu cuma kini setelah kajian-demi kajian di
jalankan barulah menemukan tentang penemuan terbaru ini.

Pembelajaran yang diperolehi : 1. Kepentingan mengenal peribadi Nabi S.A.W


2. Kepentingan untuk mengikut Sunnah Rasulullah
dalam kehidupan seharian.
3. Kepentingan menghayati semangat yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W kepada umat
manusia yang lain.
8 Aplikasi di dalam organisasi : 1. Pekerjaan di tempat kerja adalah ibadah.
2. Memikul tugas yang diberikan dengan penuh
tanggungjawab.
3. Sentiasa memperbaiki amal kebaikan.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

……………………………………………………… ……………………………………………………………..

( NORSULIHA BT YACOB ) ( )
BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

Nama Sekolah : SMK SUNGAI LEMBING

1 Nama Pegawai / Kakitangan NORSULIHA BT YACOB

2 Judul Buku 7 Formula individu cemerlang

3 Nama Pengarang Dr Danial Zainal Abidin 4 . Tahun Diterbitkan :2006

4 Tarikh Hantar 17 NOVEMBER 2014

5 Bidang/ Fokus Motivasi

6 Ringkasan Eksekutif /Sinopsis : Buku ini menceritakan tentang tip-tip atau formula yang
boleh dikutip dari kitab Al-Quran untuk tujuan motivasi diri.
Pada masa kini terdapat banyak buku-buku motivasi yang
menggunakan teori-teori dari penulis barat, hanya segelintir
sahaja yang menggunakan teori yang telah diajarkan oleh
Rasulullah kepada umat manusia. Yang mana hakikatnya
sekiranya kehidupan manusia benar-benar berpandukan Al-
Quran dan Sunnah sudah pasti mereka akan dapat
menemukan jalan penyelesaian nya. Buku ini telah mengupas
dengan secara terpeinci tip-tip yang telah diajar dalam Al-
Quran dan telah diguna pakai oleh orang-orang terdahulu
dan ianya benar-benar member manfaat besar kepada
mereka. Al-Quran adalah kitab yang mempunyai ajaran-
ajaran yang relevan untuk diamalkan untuk sepanjang
zaman.

Pembelajaran yang diperolehi : 4. Kepentingan mengenal perjuangan para Sahabat


Nabi S.A.W
5. Kepentingan untuk mengikut Sunnah Rasulullah
dalam kehidupan seharian.
6. Kepentingan mendalami ilmu untuk berhadapan
dengan dunia yang penuh mencabar.

8 Aplikasi di dalam organisasi : 4. Pekerjaan di tempat kerja adalah ibadah.


5. Melakukan setiap tugas yang diberikan dengan jujur
dan ikhlas berpandukan kepada ajaran Al Quran.
6. Dapat memberi motivasi kepada pelajar tentang
semangat yang telah ditunjukkan oleh tentera Islam
suatu ketika dahulu.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

……………………………………………………… ……………………………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai