Anda di halaman 1dari 11

Pendahuluan:

Setiap hari kita berdoa dikurniakan taufik dan hiclayah khususnya kesihatan dan
kesejahteraan diri, keluarga dan ummah. Kita harus ingat bahawa kesihatan itu adalah
suatu nikmat yang diperlukan oleh setiap orang pada setiap masa. Tanpa kesihatan yang
baik kita tidak dapat menguruskan tugas harian kita sama ada di pejabat ataupun di
rumah. Kesihatan yang tidak memuaskan akan mengurangkan minat dan daya
konsentrasi, menjejaskan produktiviti, dan lama kelamaan kerja akan diabaikan, suami
dan anak-anak tidak terurus dan diberi perhatian, dan ini menimbulkan pelbagai masalah
keluarga.

Kesihatan badan dan kesejahteraan tidak datang dengan sendirinya tetapi perlu
diusahakan oleh setiap individu. Kita perlu memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip
kesihatan asas unfuk diri sendiri dan keluarga dan menjauhi dari amalan-amalan yang
tidak sihat atau yang merbahaya. Daiam konteks ini kita harus faham bahawa kesihatan
tidak hanya bermakna bebas daripada penyakit. Lebih penting kesihatan merangkumi
kesejahteraan fizikal, mental, sosial dan spiritual.

Lima dekad lalu Malaysia diancam hebat dengan pelbagai penyakit berjangkit.
Walau bagaimanapun kini negara kita sudah beralih ke suasana baru di mana penyakit
gaya hidup telah menunjukkan tren yang meningkat. Peralihan ini adalah hasil perubahan
gaya hidup penduduk dan juga pembangunan pesat berikutan proses 'urbanisation'.
Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan masyarakat desa dan pendalaman juga
tidak terlepas daripada impak pembangunan yang berlaku di seluruh negara. Usaha-usaha
kerajaan memberi penekanan kepada pendidikan, kesihatan, kebajikan dan pembasmian
kemiskinan, telah meningkatkan kesejahteraan rakyat amnya. Angka-angka petunjuk
menggambarkan kemajuan rakyat Malaysia semakin meningkat.

1
Kandungan:

1) Gejala Sosial di Malaysia

Sistem keluarga sebagai institusi asas masyarakat perlu terus diperkukuhkan.


Kerajaan sedar bahawa keluarga ialah penerima dan penyumbang kepada pembangunan
negara. Kekuatan dan keutuhan sesebuah keluarga dapat mempengaruhi dan menjamin
kestabilan masyarakat dan negara. Rosak keluarga, maka pincanglah masyarakat. Runtuh
keluarga, maka musnahlah negara. Aliran yang berlaku kebelakangan ini benar-benar
mengejutkan dan membimbangkan kita. Ketika kita mengecapi pelbagai corak kemajuan,
banyak gejala sosial dan penyakit masyarakat yang telah berlaku. Gejala-gejala ini boleh
mengganggu gugat keamanan masyarakat, menjejaskan perpaduan bangsa, dan
membantutkan perkembangan negara. Sesungguhnya, kejadian amuk, bunuh, rogol,
menagih dadah, sumbang mahram, penderaan ke atas ahli-ahli keluarga, pemujaan
syaitan, ajaran sesat, remaja lari dari rumah, salahlaku pelajar, menonton video lucah
serta pelbagai keganasan dan jenayah rumahtangga menjadi semakin berat.

Mengikut statistik Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman, ada terdapat 265
gadis bawah umur lari mengikut kekasih. Sementara itu, dalam tempoh 20 tahun sehingga
1999, jumlah penagih dadah menjangkau sebanyak 240,000. Kes juvana pula semakin
membimbangkan. Dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998, kadar jenayah yang
membabitkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus, manakala remaja perempuan
meningkat sebanyak 25 peratus. Lebih memeranjatkan ialah penglibatan sebilangan
remaja dalam kumpulan penyembah syaitan black metal. Ada di antara yang terlibat
dalam kumpulan ini memakai tudung dan berjubah tetapi memakai salib yang
diterbalikkan. Ianya jelas mereka sudah terjebak dalam kegiatan sesat dan bertentangan
dengan agama.

Fenomena sebegini perlu ditangani dan dibendung secara bersama oleh semua
pihak, sebelum ianya dapat bertapak di Malaysia dan seterusnya menggugat kejituan
institusi keluarga, yang selama ini dipupuk dengan nilai-nilai tradisional yang kaya

2
dengan sopan santun dan tali persaudaraan, serta nilai-nilai keagamaan yang teguh.
Sekali imbas kita tentu mengagak bahawa masalah- masalah ini timbul akibat
kelonggaran jalinan dan ikatan kasih sayang di dalam keluarga. Sebenarnya, kasih sayang
adalah pengikat keluarga. Kasih sayang boleh diibaratkan sebagai `gam' yang
menyatupadukan keluarga sejahtera. Ianya dilahirkan melalui perasaan, dan ditunjukkan
dengan perbuatan.

Dengan adanya perasaan kasih sayang maka tercetuslah perasaan hormat


menghormati, prihatin, mengambil berat, memberi sokongan serta perlindungan, dan
lain-lain lagi. Kasih sayang ibubapa adalah ibarat `asas kehidupan' anak-anak. Keluarga
yang dibina dengan penuh kasih sayang akan dapat melahirkan insan yang prihatin dan
bersifat penyayang. Ingatlah bahawa anak adalah amanah dari Allah. Kita perlu jaga
amanah ini dengan betul dan cermat supaya ia tidak mendatangkan sebarang mudarat.
Allah swt telah berfirman dalam surah Luqman, ayat 13, bermaksud; "dan (ingatlah)
tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: `wahai
anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang
lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar". Begitulah Al-
quran menjelaskan bagaimana ibubapa mesti mempastikan anak-anaknya sentiasa berada
di jalan yang benar dan mencapai kejayaan.

Kita perlu sedar bahawa anak-anak kita adalah pewaris yang bakal menerajui
negara. Oleh itu, mereka perlu mempunyai akhlak yang luhur dan tingkahlaku yang
terpuji. Sebenarnya, ibubapa juga harus dididik supaya memberi perhatian kepada
perkembangan pendidikan dan akhlak anak-anak mereka, agar pengawasan yang
mencukupi dapat diberikan. Anak-anak tidak patut merasa terabai oleh ibubapa. Bakal
ibu dan bapa hendaklah dilatih supaya mempunyai kemahiran mendidik anak-anak.
Jangan fikirkan ilmu keibubapaan ("parenting skills") ini datang secara automatik. Ilmu
ini perlu dipelajari dan didalami oleh setiap pasangan ibubapa. Ini amat penting bagi
menghasilkan generasi muda yang bertanggungjawab, berwawasan serta berdisplin.
Justeru, program kemahiran keibubapaan harus diberi keutamaan dan diajar di institusi-
institusi pendidikan, pusat-pusat komuniti serta tempat-tempat kerja. Menerusi program

3
seperti ini, kita dapat melahirkan generasi ibu bapa yang lebih bertanggungjawab dan
berdedikasi.

Memang benar kita mahu mengejar kemajuan sama seperti negara-negara maju di
dunia. Kita mahu maju kerana kita ingin meningkatkan lagi taraf hidup kita. Apabila kita
maju, kita akan dihormati dan kita tidak akan ditindas. Apabila kita maju, kita ada
kekuatan. Apabila kita maju, kita mesti ada kekuatan dari segi mental dan pegangan
keagamaan. Namun, kita tidak boleh meniru sesetengah negara maju, apabila ia menjadi
semakin maju, maka institusi keluarganya pula turut runtuh. Kehidupan mereka amat
pincang, bebas melakukan apa sahaja dan menjadi masyarakat yang sukar dikawal.

Di Malaysia, kita tidak mahu terperangkap dalam mengejar pembangunan


sehingga mengorbankan keluarga sebagai satu institusi sosial yang terpenting. Kita mahu
mewujudkan keseimbangan antara membawa kemajuan kepada negara dan
mempertahankan sistem sosial kita dari terjejas. Dalam hal ini, tumpuan kita terhadap
institusi keluarga juga tidak terhad kepada talian kekeluargaan melalui proses beranak
cucu sahaja. Di Malaysia kita hidup dalam masyarakat yang lebih besar, iaitu masyarakat
yang berbilang kaum yang juga merupakan keluarga kita. Walaupun talian kekeluargaan
masyarakat tidak setebal talian keluarga biasa, ia tidak kurang pentingnya dalam
menentukan keamanan dan kestabilan negara. Bak kata pepatah, masyarakat kita hidup
`bagai aur dengan tebing'. Justeru itu, amatlah penting bagi kita menjalin hubungan yang
rapat dalam keluarga masyarakat Malaysia.

Kerajaan telah melaksanakan agenda menyemai nilai- nilai positif pada setiap
lapisan masyarakat. Sistem nilai yang baik akan terus dibentuk menerusi penekanan
kepada aspek agama, tradisi dan nilai sivik, khususnya melalui sistem pendidikan. Nilai-
nilai kemasyarakatan yang luhur seperti taat setia, kewarganegaraan yang baik, keadilan
sosial dan sikap toleransi akan terus dipertingkatkan. Sesungguhnya, penyemaian nilai-
nilai tersebut akan mempercepatkan lagi pembentukan sebuah Bangsa Malaysia yang
bersatupadu dan berjaya.

4
Kerajaan Malaysia sentiasa memberi perhatian yang serius kepada usaha-usaha
mengukuhkan institusi keluarga. Pelbagai program pro-aktif dan menyeluruh telah dan
sedang dilaksanakan oleh pelbagai agensi. Bagi menjayakan program-program
pembangunan keluarga misalnya, LPPKN telah diberi mandat oleh kerajaan untuk
bertindak sebagai agensi utama. LPPKN telahpun membangunkan pakej-pakej modul
latihan keibubapaan dan kekeluargaan di bawah pakej kasih. Modul-modul ini, yang
meliputi persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga, kemahiran keibubapaan bagi
ibu yang mempunyai anak kecil dan remaja, pembangunan remaja dan kebapaan, adalah
satu program yang baik dan patut diteruskan. Bahkan program-program sebegini harus
dikembangkan lagi agar lebih ramai anggota masyarakat mendapat manfaat daripada
program tersebut. Adalah diharapkan usaha-usaha ini dapat membantu kita membendung
gejala-gejala sosial dari terus membelenggu masyarakat, dan seterusnya mewujudkan
keluarga Malaysia yang harmoni dan sejahtera. Semoga matlamat kita ke arah satu
masyarakat dan negara yang aman, stabil dan makmur akan tercapai, insya-allah.

5
2) Penculikan kanak-Kanak

Belum pun reda kesedihan rakyat Malaysia terhadap keluarga Adik Nurin Jazlin,
kini isu yang hampir sama datang lagi. Datang pada awal tahun 2008. Kali ini, isu
penculikan adik Sharlinie yang sedang hangat diperkatakan. Pihak akhbar melaporkan
Sharlinie hilang ketika berjalan pulang ke rumah bersama kakaknya di Jalan PJS 2C/11N,
Taman Medan, selepas bermain di taman permainan berdekatan, pada kira-kira jam 11.30
pagi. Berdasarkan maklumat kakaknya, Sharliena, seorang wanita berambut paras leher
dan memakai kasut tumit tinggi mengumpan adiknya dengan gula-gula sebelum
menariknya masuk ke dalam kereta berwarna hitam lalu melarikannya.

Isu sebegini cukup membimbangkan para ibu bapa khususnya. Adakah jika
tertangkapnya nanti penjenayah yang terbabit, maka jenayah penculikan di negara kita
akan berakhir? Pihak kerajaan juga telah menggariskan beberapa langkah bagi mengatasi
jenayah ini, dan antaranya adalah mewajibkan pemilik bangunan memasang CCTV,
menawarkan kontrak kepada pegawai polis bersara atau akan bersara, menambah pusat
latihan polis dan polis mengambil lebih ramai orang awam untuk tugas bukan jenayah.

Wajarkan ibubapa dipersalahkan kerana tidak mengikuti setiap langkah, tidak


memerhati setiap perkara ataupun tidak menegur setiap perbuatan yang dilakukan oleh
seorang kanak-kanak. Salah ibubapa juga kerana tidak menekankan kepada mereka
jangan mudah mengikut orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi menerima apa jua
pemberian orang yang tidak dikenali hatta sebiji gula-gula. Dalam senario sebegini
ibubapa tetap akan dipersalahkan walaupun sedang dalam keadaan tertekan dan dihantui
rasa bersalah disebabkan oleh kehilangan anak yang disayangi.

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan kes-kes sebegini berlaku, bukan


sekadar kesalahan atau kecuaian ibu bapa sahaja, malah mungkin faktor kanak-kanak,
faktor penjenayah itu sendiri dan juga faktor kerajaan. Namun ibu bapa perlulah
mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka sebenarnya amat besar iaitu memastikan
keselamatan keluarga dan anak-anak mereka adalah terjamin. Jangan membiarkan anak-

6
anak kita berseorangan di tempat-tempat awam seperti pasaraya, taman, pasar malam dan
sebagainya tanpa diawasi oleh orang dewasa. Anak-anak kita sebenarnya tidak
mengetahui apa-apa bahaya disekeliling mereka, yang mereka tahu ialah bermain dan
berseronok, maklumlah fitrah kanak-kanak.

Kita (ibu bapa) perlu sentiasa berpesan kepada anak-anak agar tidak bercakap
dengan orang yang tidak dikenali (Dont Talk To Stranger!), jangan menerima pemberian
orang asing, jangan membuka pintu sewenang-wenangnya apabila diketuk dan
sebagainya. Ini semua adalah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kita sebagai Ibu
Bapa. Jangan sekali-kali membiarkan anak-anak berjalan seorang diri di malam hari
tanpa ditemani oleh orang dewasa walaupun sekadar nak pergi tempat yang berhampiran
dengan rumah. Namun usaha yang terpenting sekali ialah sentiasa berdoa dengan
khusyuk dan tawaddu’ agar Allah s.w.t memelihara keselamatan keluarga dan anak-anak
serta menjauhi kita dan keluarga dari bala bencana, musibah, sakit demam dan sejahtera
di dunia dan akhirat. Ketahuilah Doa itu merupakan senjata bagi orang Mukmin. Solat
hajat untuk keselamatan sekurang-kurangnya sekali seminggu/sebulan pun tak mengapa
agar Allah s.w.t memelihara kita dari sebarang bahaya, maklumlah kita sebagai manusia
ini tidak mampu untuk melakukan apa-apa tanpa keizinan dari-Nya.

Saya percaya sekiranya penekanan serius diberikan terhadap kandungan subjek


HBHE 2203 Kesihatan Diri Dan Keluarga, ianya akan dapat memberikan sumbangan
serta imak yang amat besar dalam membantu kea rah penemuan jalan penyelesaian
terbaik kepada isu-isu yang telah dibincangkan. Justeru itu, amatlah besar faedahnya
sekiranya pelajaran subjek ini dijadikan subjek wajib di semua peringkat pembelajaran.

7
Penutup:

Kepentingan pendidikan kesihatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Hanya


rakyat yang sihat dan sempurna akan dapat memastikan kestabilan negara terjamin di
masa kini dan akan datang. Cabaran globalisasi dan perkembangan drastik teknologi
maklumat masa kini telah menjadi satu cabaran besar kepada kerajaan dalam
menyediakan warga yang berkemampuan dan berkebolehan mengharungi cabaran ini.

Menyedari hakikat ini, maka kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memulakan
usaha di peringkat akar umbi iaitu bermula dari prasekolah dan berterusan hinggalah
dewasa. Walaupun terdapat perbezaan dari segi isi kandungan serta kaedah
perlaksanaannya, namun usaha ini akan dapat memastikan keujudan satu generasi
malaysia yang sihat dari segala segi sekaligus mampu menggalas cabaran negara di masa
depan.

Segala perubahan yang berlaku di dunia masa kini telah turut sama
mempengaruhi sektor pendidikan di negara ini. Kerajaan telah menggabungkan beberapa
bidang ilmu dalam pendidikan kesihatan sebagai satu usaha dalam menyediakan
pendidikan kesihatan yang baik dan lengkap kepada murid-murid. Adalah menjadi
harapan negara agar menerusi matapelajaran ini akan dapat melahirkan individu yang
sihat dan cemerlang dalam semua aspek sekaligus membantu negara mencapai Wawasan
2020 serta menepis semua cabaran yang datang.

8
Bibliografi:

Mahadi Osman, 1996 . Masyarakat melayu dan gejala sosial. Kuala Lumpur: Institut
Perkembangan Minda. 

Utusan Malaysia, 20 Sept.2000 . Seks Bebas.

Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.

Utusan Malaysia, 17 Oktober 2000 . Jenayah Pelajar.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pk/sp_kbsr_kbsm_p_kesihatan.pdf

www.emc.cmich.edu/mm/

9
Lampiran 1:

Negara hancur jika gejala sosial tidak ditangani


01/11/2006 |

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Negara kini sedang menuju kehancuran jika gejala sosial di kalangan belia
yang semakin bertambah hari demi hari, tidak ditangani segera.

Kebimbangan itu diluahkan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Syed Ali
Tawfik Al-Attas berikutan bertambahnya jumlah penagih dadah, kes juvenil dan penghidap HIV di seluruh
negara.

Beliau berkata, golongan belia perlu disedarkan dan diberi bimbingan agar nilai baik yang ada pada diri
dapat disubur serta disalur ke arah kebaikan ummah.

‘‘Dengan mengambil kira kes-kes sosial seperti gejala ‘mat rempit', seks bebas, kongsi gelap, ragut, samun,
rogol dan sebagaimana yang sering disiarkan di akhbar dan berita televisyen, kita boleh katakan bahawa
jika beginilah bentuk belia yang ada pada hari ini, negara kita sebenarnya sedang menuju ke arah
kehancuran,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Konvensyen Islam Hadhari Belia Peringkat Kebangsaan bertajuk
Belia Pemacu Generasi Hadhari di sini hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Mohd. Yasin Mohd..
Saleh.

Menurut Syed Ali Tawfik, berdasarkan data Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), bilangan
penagih yang dikesan pada tahun 2005 ialah seramai 32,808 orang.

Daripada jumlah itu katanya, 23,699 orang atau 72.23 peratus adalah golongan belia yang berusia 16
hingga 39 tahun.

Katanya, kaum Melayu mencatatkan bilangan penagih teramai iaitu 22,344 orang berbanding Cina iaitu
5,131 orang dan India (3,228 orang).

Bagi angka jangkitan HIV dan kes Aids sehingga Disember 2004, seramai 64,439 adalah pembawa HIV
dan 9,442 pesakit Aids dikesan di seluruh negara, katanya.

Mereka yang berusia 20 hingga 39 tahun menjadi kelompok terbesar pembawa dan penghidap penyakit
berbahaya itu.

Beliau memberitahu, perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 6,056 kes
juvana dilaporkan pada 2004.

Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1,058 kes juvana berbanding kes yang dilaporkan pada
tahun 2003, katanya.

‘‘Jika permasalahan ini tidak dibendung, kita khuatir ia akan merebak dan seterusnya menjadi satu
kebiasaan walaupun sebelum ini, ia merupakan sesuatu yang menyalahi nilai akhlak ketimuran yang kita
amalkan,'' jelasnya.

Sumber Utusan Malaysia 1/11/06

10
Lampiran 2:
Dua faktor gejala sosial meningkat
Friday, 14 July 2006

KUALA LUMPUR: Penganjuran program belia yang tidak bermaya dan kegagalan mengecapi
didikan sempurna di
rumah dikesan menjadi antara punca utama peningkatan ketara salah laku sosial remaja
Malaysia dalam tempoh 10
tahun kebelakangan ini.
Selain dua faktor berkenaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat turut
menyifatkan pembangunan
infrastruktur dan pertumbuhan pesat pusat hiburan di seluruh negara juga menjadi antara
penyumbang gejala sosial di
kalangan belia negara ini berbanding 10 tahun lalu.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad (gambar), berkata kebanyakan
belia yang terbabit
dengan gejala sosial termasuk lumba haram, keluar lewat malam, hisap rokok dan gangsterisme
adalah dikalangan
mereka yang tidak berpersatuan.

“Kajian mendapati rata-rata belia bermasalah adalah golongan yang langsung tidak menyertai
mana-mana pertubuhan,
kegiatan sukan mahupun program riadah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini
semalam.
Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan perlu merangka mekanisme lebih berkesan dalam
penganjuran sebarang
program belia negara yang lebih relevan dengan kehendak dan naluri remaja tempatan.
“Selain program belia yang lebih berkesan, kerajaan juga perlu mencari pendekatan yang lebih
sesuai untuk menarik
minat mereka berpersatuan.
“Kita mahu belia dibentuk dengan daya kepemimpinan tinggi selain mampu berdaya saing.
Sehubungan itu, usaha
bersepadu perlu dirangka bagi menarik lebih 8.5 juta belia yang dilaporkan tidak mendaftarkan
diri dalam sebarang
pertubuhan,” katanya.
Kelmarin akhbar melaporkan, hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke empat (KPKM-4)
oleh Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mendapati salah laku sosial di
kalangan remaja membabitkan
perbuatan keluar hingga larut malam, merokok, gangsterisme, dadah, lumba haram dan kahwin
lewat meningkat agak
ketara dalam tempoh 10 tahun.
Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) , Dr Mastura
Badzis, berkata mengikut
kajian, kaedah pendidikan awal yang dipraktikkan ibu bapa sehingga usia anak mencecah tujuh
tahun adalah penentu
dalam mencorak peribadi anak.
©The New Straits Times Press (M) Berhad
Majlis Belia Malaysia
http://belia.org.my Menggunakan Joomla! Generated: 4 October, 2008, 13:27

11

Anda mungkin juga menyukai